Sekarang Badan Iman Dah Tak Boleh Terima Ubat Mohon Terus Doakannya Kuat


Masih ingat lagi kisah adik Muhammad Iman Al Khausar bin Ismail yang hanya disebabkan terhantuk di kerusi dan kepalanya bengkak menjadi asbab sehingga dapat tahu yang dia disahkan menghidap kanser saraf tahap 4.
Kisah anak kecil ini yang kuat semangat bermula dari awal dia sakit hinggalah keadaannya hari ini membuktikan keluarga adik Iman tak putus asa untuk berusaha merawat sakitnya selagi ada peluang.
Perkongsian dari mama adik Iman, Puan Nursasabila Kamarulzaman ini benar-benar meruntun hati.
ARTIKEL BERKAITAN [Tolonglah Doakan! Hanya Terhantuk Di Kerusi, Sekelip Mata Hidup Iman Berubah]
Tubuh Iman dah tak dapat terima ubat
Assalammualaikum semua..salam sayang dari Iman untuk semua yang tak putus-putus mendoakan Iman. Dalam terketar-ketar mama Iman gagahkan juga untuk berkongsi setiap baris kata-kata yang nak disampaikan.
Bukan senang bukan mudah tapi harus diterima dan redha dengan ketentuan Yang Maha Esa. Iman dapat pulang ke rumah selepas seminggu di wad. Iman bukan dibenarkan pulang atas alasan dia sudah sihat dan demam sudah baik tapi Iman dibenarkan pulang bila doktor memutuskan tiada lagi rawatan untuk Iman.

Tubuh badan Iman sudah tidak dapat menerima ubat-ubat yang doktor bagi. Tindak balas positif dari ubat-ubat yang diberi juga sudah tidak ada. Demam masih tidak kebah dan kuman di dalam darah juga tidak menunjukkan semakin menurun malah makin bertambah.
ARTIKEL BERKAITAN [Rambut Iman Dah Gugur Kesan Kimoterapi. Terus Doakan Iman Kuat Ya Semua!]
Iman balik dibekalkan dengan ubat tahan sakit dan ubat antibiotik yang perlu dihabiskn di rumah. Sekarang Iman juga selalu mengadu sakit-sakit di bahagian kaki dan tangannya.

Mungkin sel-sel yang merebak perlahan-lahan menyerang di setiap saraf-saraf utamanya. Dikesempatan di bulan Syawal ini mama dan semua keluarga Iman memohon maaf zahir dan batin,dan berterima kasih kepada semua yang bermurah hati berkongsi rezeki dengan Iman
Tak lupa kepada semua yang selalu mendoakan Iman tak kira ahli keluarga, sahabat-sahabat mama dan semua yang pernah mendoakan Iman. Terima kasih banyak-banyak semoga Allah membalas segala kebaikan kalian pada Iman dengan 1001 kali kebaikan lagi pada kalian dan keluarga. Amin.

Keadaan Iman semakin lemah
Kepada sesiapa yang bertanya bagaimana keadaan Iman sekarang, keadaan Iman agak lemah, tapi Iman sangat-sangat kuat. Dia masih mampu nak bermain di rumah. Semoga hari-hari Iman sentiasa indah dan gembira. Segala ketentuan di tangan Allah. Kami ahli keluarga akan cuba mencari jalan lain untuk merawat Iman selagi ada masa dan waktu kami akan ikhtiarkan untuk Iman..Inshaa allah…
Mari sama-sama doakan iman.. Bismillahhirahmanirahimm…
Ya Allah, hilangkan penyakitnya, Muhammad Iman Al Khausar bin Ismail.. Berikanlah kesembuhan padanya kerana Engkaulah penyembuh segala penyakit. Tiada kesembuhan kecuali kesembuhanMu iaitu kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Hanya padaMu kami memohon dan berserah diri. Ameen Allahumma Ameen.

Sebelum ini kisah adik Iman pernah disiarkan di Pa&Ma dan menurut ibunya, Iman seorang kanak-kanak yang sangat riang dan petah berkata-kata. Namun ketentuan Allah sudah tertulis, Allah uji kami dengan ujian yang langsung tak pernah pun terlintas di fikiran.
“Hanya dengan terhantuk biasa sahaja di kerusi dan bukanlah jatuh di tempat yang tinggi atau terhantuk yang menyebabkan dia luka, segalanya berubah dalam masa dua minggu,” katanya.
Buat X-Ray Tapi Tiada Kecederaan Serius
Nursasabila berkata, selepas Iman jatuh terus bawa ke hospital dan buat X-ray tapi tiada kesan retak atau kecederaan serius.
“Selepas Iman jatuh demam on off dan bawanya ke klinik swasta untuk rawatan dan diberikan antibiotik. Seminggu makan antibiotik, keadaan Iman masih lagi tak baik. Demamnya masih lagi on off,” kongsinya.
CT Scan nampak ada ketumbuhan
Doktor telah buat CT scan dan hasilnya nampak ketumbuhan di depan kepala dan belakang bola mata Iman.
Selepas dapat tahu keputusan inilah, kehidupan Iman dari sehari ke sehari berubah sejak tahun lepas sehinggalah kini.
Namun apa yang pasti, semangat Iman begitu kuat dan seolah-olah faham keadaan dirinya yang sakit.

Walaupun ujian ini sangat besar, selagi Allah bagi Iman ada depan mata, kami akan usahakan sehabis baik untuk dia terus gembira. Sebolehnya kami tak nak dia tahu kesedihan yang semua ahli keluarga rasai dengan kesakitannya itu.
Jika Allah beri pilihan nak sangat lihat Iman kembali sihat dan ceria seperti sebelum ini.
Terima kasih sudi doakan #muhammadimanalkhausar. Moga Allah perkenankan doa kita.
Sumber: Pura Latif via Nursasabila Kamarulzaman
 
The post Sekarang Badan Iman Dah Tak Boleh Terima Ubat. Mohon Terus Doakannya Kuat! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/sekarang-badan-iman-dah-tak-boleh-terima-ubat-mohon-terus-doakannya-kuat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panggilan Video Google Meet Kini Boleh Dilakukan Terus Dari Gmail Pada Peranti Mudah Alih

Panggilan Video Google Meet Kini Boleh Dilakukan Terus Dari Gmail Pada Peranti Mudah Alih

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 290 hits
Norma baharu dunia Covid 19 ialah melakukan mesyuarat atas talian menerusi aplikasi telesidang Sejak lebih dua bulan yang lalu kami sendiri telah menghadiri beberapa sesi telesidang pelancaran produk yang dilakukan secara atas talian Antar ...
Wajib Pakai Ubat Gigi Berfluorida Untuk Gigi Bayi Pakar Pesan Jangan Takut Boleh Cegah Kerosakan Gigi

Wajib Pakai Ubat Gigi Berfluorida Untuk Gigi Bayi Pakar Pesan Jangan Takut Boleh Cegah Kerosakan Gigi

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 414 hits
Memberus gigi adalah antara amalan penjagaan mulut yang sebaiknya dilakukan untuk kebersihan diri Memberus gigi menggunakan ubat gigi berfluorida setiap hari boleh mencegah kerosakan gigi Penggunaan ubat gigi berfluorida merupakan salah sat...
Cam A Lot Ialah Skrin Hijau Yang Boleh Dipasang Terus Pada Kerusi

Cam A Lot Ialah Skrin Hijau Yang Boleh Dipasang Terus Pada Kerusi

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 271 hits
Antara cabaran bekerja dari rumah ialah mencari latar belakang yang elok sebelum melakukan sesi telesidang Cabaran menjadi semakin sukar apabila anda duduk bersama keluarga atau rumah yang agak sempit Oleh itu aplikasi seperti Zoom ada meny...
Kena Ajar Anak Berenang Seawal Mungkin Boleh Jadi Bijak Fizikal Kuat

Kena Ajar Anak Berenang Seawal Mungkin Boleh Jadi Bijak Fizikal Kuat

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 475 hits
Berenang adalah salah satu aktiviti kegemaran ramai kanak kanak Kanak kanak gemar berendam di dalam air yang sejuk dan bermain dalam kolam renang seharian Akan tetapi berenang bukan hanya untuk suka suka Dengan latihan yang betul anak anda ...
Hiburan Masih Ada Sampai Sekarang Wawa Zainal Pakai Pinggan Free Ubat Gigi Sejak Awal Kahwin

Hiburan Masih Ada Sampai Sekarang Wawa Zainal Pakai Pinggan Free Ubat Gigi Sejak Awal Kahwin

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 644 hits
Pelakon cantik Wawa Zainal membuat pengakuan di Instagram bahawa dia tidak memiliki peralatan pinggan mangkuk mahal ataupun yang sedang rancak tular dalam kalangan suri rumah Dia yang memuat naik foto memaparkan dua buah pinggan dipercayai ...
Dah Bagi Ubat Demam Tapi Badan Anak Masih Panas Ini Kesilapan Yang Selalu Dibuat

Dah Bagi Ubat Demam Tapi Badan Anak Masih Panas Ini Kesilapan Yang Selalu Dibuat

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 380 hits
Ibu ayah semestinya akan merasa risau jika anak anak demam dan masih tidak kebah walaupun sudah diberikan ubat Pelik juga sebab paracetamol yang disuap pada anak mengikut sukatan seperti yang tertulis di kotak Tidak lebih dan tidak kurang D...
Payung Gergasi Boleh Memayungi Seluruh Badan

Payung Gergasi Boleh Memayungi Seluruh Badan

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 378 hits
Saat hujan lebat dan diiringi dengan angin kencang terkadang payung biasa tidak cukup untuk menjaga tubuh yang kering Untuk menjaga tubuh tetap tertutup payung anti hujan ini pertama kali dilihat di Jepun Payung moden ini nampak seperti 5 p...
Badan Terlalu Kurus 5 Jenis Makanan Ini Boleh Menaikkan Berat Badan

Badan Terlalu Kurus 5 Jenis Makanan Ini Boleh Menaikkan Berat Badan

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 918 hits
Kita sering mendengar masalah orang yang mengalami masalah berat badan berlebihan dan kegemukan Namun jarang sekali kita ambil tahu tentang mereka yang mempunyai masalah kurus kering Oleh yang demikian ohmedia nak kongsi dekat korang 5 maka...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba