Sekali Sekala Bergaduh Buat Pasangan Makin Sayang Lebih Menghargai Dihargai
Tahun pertama, tahun kedua kahwin malah tahun ketiga, memang selalu gaduhkan. Kebanyakannya macam tu lah. Sebab setakat setahun dua kahwin ni memang kita dalam proses nak kenal pasangan. Eh, kahwin 30 tahun pun masih boleh bergaduh lagi.
Fahamilah bukan senang nak diri kita difahami. Malah ketika kursus kahwin pun ada juga ustaz kongsi 10 tahun kahwin pun kita mungkin tak dapat kenal 100% antara satu sama lain.
Disebabkan itulah perkahwinan juga satu “proses” pembelajaran.. Bukan senang-senang nak capai ‘goal’ bahagia jika tiada usaha ke arah itu. Tanyalah semua orang. Pasti jawapan hampir sama.
Oleh itu sebagai suami isteri, kita kena faham. “Bergaduh” bukan bermakna semuanya kena “berakhir”.
Bergaduh is a “proses”. Proses untuk menundukkan ego. Proses menjadi pemaaf. Proses menjadi lebih bertolak ansur. Proses menyedarkan diri untuk lebih memahami orang lain. Proses mematangkan diri. Sangat banyak proses sebenarnya terlibat bila tercetusnya satu pergaduhan.
Kadang-kadang lepas bergaduh boleh jadi makin sayang pun ada. Lepas bergaduh rasa macam pengantin baru. Lepas bergaduh rasa lebih menghargai dan dihargai.
Bergaduh not necessarily a bad thing. Bergaduh juga bukan benda luar biasa. Sangatlah biasa sebenarnya.
Cuma persoalannya ke mana pergaduhan akan bawa kite lepas tu. Apakah kita betul-betul memahami segala proses yang sepatutnya kita alami seperti yang disebutkan tadi. Atau kita memilih untuk akhiri segalanya demi tuntutan hawa nafsu untuk pegang trofi menang tapi rugi tanpa kita sedari?
Jika ada anak, fikirlah anak-anak. Mungkin kita fikir bergaduh itu boleh tunjukkan siapa yang betul tapi kesannya boleh jadi punca hubungan kita bermasalah hingga anak-anak turt sama menerima tempias jangka panjang.
Hargai dan sayanglah pasangan anda seperti mula-mula anak nak terimanya dalam hidup. Tiada yang sempurna kecuali masing-masing sentiasa rendahkan hatinya menerima setiap kelebihan dan kekurangan dengan hati terbuka serta berusaha jadi yang lebih baik.
Sumber: Noor Hamidah Mohd Zaki
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://beautifulnaara.blogspot.com/2019/09/sekali-sekala-bergaduh-buat-pasangan.html