Sejauh Manakah Kekuatan Tentera China


KEKUATAN tentera China menjadi perhatian sejak akhir-akhir ini selepas tersebarnya berita kontroversi bahawa negara komunis itu melakukan dua ujian peluru berpandu hipersonik yang boleh membawa peledak nuklear dan mengelilingi bumi baru-baru ini.
Bagaimanapun, berita itu kemudian segera dinafikan oleh kerajaan China dengan menyatakan ia hanya melakukan ujian sebuah pesawat angkasa lepas bagi mencari kaedah bagi mengurangkan kos pelancarannya.
Namun, Amerika Syarikat (AS) masih memberi prasangka yang tidak baik terhadap negara komunis itu yang melancarkan sebuah satelit baharu, Shijian-21 pada 24 Oktober lalu dengan menggunakan roket Long March-3B bagi menguji teknologi untuk membersihkan sampah-sampah di angkasa lepas.
Sampah-sampah itu adalah terdiri daripada pelbagai objek buatan manusia seperti satelit yang masih terapung tetapi tidak lagi digunakan dan dilaporkan terdapat lebih 27,000 sampah di angkasa lepas.
Bagaimanapun, Washington memberi amaran bahawa teknologi yang sama akan digunakan oleh Beijing untuk memusnahkan satelit milik AS di angkasa lepas.
Pada 25 Oktober pula, tersebar berita bahawa China melancarkan ujian bahan letupan di bawah laut yang dianggap oleh media negara komunis itu boleh digunakan untuk menentang kapal-kapal tentera dan pelabuhan atau dermaga AS jika berlakunya satu peperangan antara kedua-dua buah negara.
DIDAKWA AKAN SERANG TAIWAN
Ujian letupan itu dilakukan kerana Washington didakwa mengubah taktik di Lautan Pasifik dengan menempatkan tenteranya di lokasi lebih kecil berbanding memusatkan tentera ‘Uncle Sam’ tersebut di sebuah tempat sahaja sebagai cara untuk mengurangkan kerosakan akibat diserang.
Dalam pada itu, sebuah jet pejuang senyap atau ‘stealth’ yang mempunyai dua buah tempat duduk akan memulakan penerbangan sulungnya tidak lama lagi ketika China semakin ‘galak’ menunjukkan kekuatam teknologi ketenteraannya pada tahun ini.
Kekuataan ketenteraan China menjadi tumpuan selepas negara itu dikatakan akan menyerang dan menakluk semula Taiwan yang terpisah daripada pentadbiran komunis sejak tahun 1940an lagi.
Menurut satu artikel di Forbes, Beijing mungkin memerlukan seramai dua juta askar dan melakukan 14 kali pendaratan pencerobohan pantai atau mendarat di 10 pelabuhan utama di Taiwan yang terletak amat hampir dengan China.
Berdasarkan kepada laporan ‘Pembangunan Keselamatan dan Ketenteraan Melibatkan Republik Rakyat China 2020’ yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertahanan AS baru-baru ini, negara komunis itu didapati mempunyai angkatan laut terbesar di dunia.
Ia mempunyai kira-kira 350 pelbagai jenis kapal perang berbanding AS iaitu 293 buah kapal sejak awal tahun 2020 selain mempunyai dua buah kapal pengangkut pesawat, Liaonong serrta Shandong manakala yang ketiga, Type 003 masih lagi dalam pembinaan.
 
Tentera China mempunyai peluru berpandu hipersonik jarak pertengahan iaitu DF-17 yang menggunakan teknologi canggih. – Foto AFP  
Tentera AS pula mempunyai 11 kapal pengangkut pesawat iaitu yang paling banyak di dunia.
Sebagai tambahan, China mempunyai 46 kapal selam berkuasa diesel, enam buah kapal selam berkuasa nuklear dan empat kapal selam kelas misil balistik dan dibantu dengan 255 kapal milik Pasukan Peronda Pantai.
Tentera negara komunis itu pula dilaporkan mempunyai lebih 1,250 peluru berpandu balistik yang boleh dilancarkan dari daratan dan peluru berpandu daratan yang boleh bergerak sejauh 500 hingga 5,000 kilometer.
Pada tahun 2019, peluru berpandu antara benua China iaitu DF-41 didedahkan kepada orang ramai pada perarakan tentera sempena Hari Kebangsaan yang boleh bergerak sejauh 15,000 kilometer.
Namun, ia juga mempunyai peluru berpandu jarak pertengahan iaitu DF-17 hipersonik yang ditambah baik dan menurut penganalisis senjata bahawa tidak ada mana-mana sistem peluru berpandu boleh memintasnya.
China juga merupakan salah sebuah angkatan tentera yang mempunyai sistem pertahanan udara berintegrasi yang terbesar di dunia termasuk sistem pertahanan dari permukaan ke udara buatan Rusia iaitu S-400s, S-300s dan sistem pertahanan udara buatan sendiri.
TERBESAR DI DUNIA
Menurut portal The National Interest pada Januari tahun lalu, China memiliki angkatan kereta kebal yang terbesar di dunia iaitu kira-kira 6,900 buah mengatasi AS dan Rusia.
Terdapat spekulasi bahawa tentera negara komunis itu mempunyai kira-kira 400 peledak senjata nuklear tetapi AS pula menyatakan Beijing hanya mempunyai sejumlah kecil senjata berkenaan.
Menurut laporan ‘Pembangunan Keselamatan dan Ketenteraan Melibatkan Republik Rakyat China 2020’, China membangunkan tentera udaranya sehingga menjadi terbesar di rantau Asia Pasifik dan ketiga terbesar di dunia apabila mempunyai lebih 2,500 pesawat dan kira-kira 2,000 pesawat tempur.
Dari segi bilangan askar pula, Beijing dilaporkan mempunyai lebih 915,000 anggota tentera yang aktif mengatasi AS yang hanya mempunyai 486,000 anggota tentera yang aktif.
China juga menjadi pengeksport terbesar dron dengan para pelanggannya terdiri dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi.
Dron buatan negara komunis itu dieksport ke rantau Arab kerana Kongres AS mengharamkan banyak negara daripada membelinya atas alasan kebimbangan tentang isu hak-hak asasi manusia. – Agensi
Sejauh manakah kekuatan tentera China?
Baca Artikel Menarik :
Maut leher ditoreh bapa kandung kerana ubah saluran TV Vellfire kereta rasmi menteri? Tanyalah Atok dan Abah kau Filem Prebet Sapu wakili Malaysia ke Oscars Bekas Ketua Menteri Melaka Tidak Mengaku Penganut Syiah Isteri Shuk nekad minta cerai Pas hilang peluang bertapak di Melaka bila guna lambang PN Kenapa Tertuduh Dalam Kes Buli Zulfarhan Terlepas Hukuman Mati? Isteri tidur dengan bos agar suami dinaikkan pangkat Wanita Israel dipenjara kerana enggan menentang Palestine ‘Ada pihak gembira rakyat tidak dapat keluarkan wang KWSP’ Tempah pelacur menerusi WeChat, RM190 sekali langgan Layari Laman Facebook MYKMU</a
Parti Muhyiddin Tukar PAS Jadi Tidak Terlalu Melayu Tidak Terlalu Islam

The post Sejauh manakah kekuatan tentera China? appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/11/05/sejauh-manakah-kekuatan-tentera-china/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mh370 Satelit China Kesan 3 Objek Dipercayai Ada Kaitan Dengan Kehilangan Pesawat

Mh370 Satelit China Kesan 3 Objek Dipercayai Ada Kaitan Dengan Kehilangan Pesawat

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 160 hits
KUALA LUMPUR Satelit negara China mendakwa menemui tiga objek yang terapung di perairan Laut Cina Selatan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat Boeing 777 MH370 Sabtu lalu Menurut laporan berita saluran CNN itu objek ob...
Acara Kejam Memanah Ayam Hidup Di China

Acara Kejam Memanah Ayam Hidup Di China

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 120 hits
Pihak penganjur di Jilin Ice Festival di Yanji telah menimbulkan kontroversi apabila telah menawarkan pengunjung peluang untuk memanah ayam hidup yang digantung di dinding ais Walaupun dikritik pihak penganjur mempertahankan acara itu denga...
Situasi Yang Hanya Berlaku Di China

Situasi Yang Hanya Berlaku Di China

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 81 hits
Kalau gambar yang pelik lagi merepek ni mesti banyak terdapat di China Jom layan gambar gambar yang jarang kita lihat
Cara Ekstrem Jurulatih China Mengajar Altlit Gimnastik

Cara Ekstrem Jurulatih China Mengajar Altlit Gimnastik

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 96 hits
Memang teruk cara mereka sehingga ada budak yang menangis Admin rasa ramai daripada budak ini dipaksa oleh ibu bapa mereka
Penang Health Dept Destroys 1 620kg Of Celery From China

Penang Health Dept Destroys 1 620kg Of Celery From China

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 160 hits
The Penang Health Department today disposed of 1 620kg of celery imported from China worth RM12 960 after they were detected to contain pesticide residue above the permitted limit Penang Health director Dr Ma arof Sudin said the Health Mini...
China Beri Amaran Bungkusan Sales 11 11 Berisiko Tercemar Covid 19

China Beri Amaran Bungkusan Sales 11 11 Berisiko Tercemar Covid 19

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 204 hits
China beri amaran bungkusan Sales 11 11 berisiko tercemar Covid 19Tarikh 11 11 merupakan tarikh yang dinantikan oleh para pembeli setia dalam talian seperti Shopee dan Lazada serta banyak lagi platform lain yang disediakan Ini kerana tarikh...
Pesakit Mental Di China

Pesakit Mental Di China

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 79 hits
Lagi kisah pesakit mental di china Xie Guobiao 11 terpaksa diikat bagi mengelakanya lari dan merosakkan rumah jirannya kemiskinan keluarganya menyebabkan kos perubatannya terabai sumber
Wow Lamborghini Lp64 Buatan China 99 Sama Dengan Yang Asal

Wow Lamborghini Lp64 Buatan China 99 Sama Dengan Yang Asal

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 128 hits
mana satu yang asli Bila tanya apa kereta idaman anda mesti ada yang jawab Lamborghini yedok Kepada anda yang nak sangat rasa pakai kereta mewah ni bolehla try beli kete Lamborghini buatan China ni ditiru dari Lamborghini LP64 Kereta ini ba...
Toddler Couple Married In China

Toddler Couple Married In China

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 82 hits
Toddlers who married in China ZHENGZHOU A kindergarten in China married more than 100 toddlers This is done as part of the subjects about life in the family The bride and groom who were aged between three and six this years wearing a suit a...
Tahap Empat Babitkan Keseluruhan Kulit Otot Dan Tulang Ini Gambaran Lecur Mengikut Tahap

Kenyataan Cukai Jalan Oleh Bjak

Guideline Needed For Maintenance Of Old Trees In Kl Ft Minister

Pertumbuhan Berterusan Wall Street Hijau Untuk Hari Ketiga Berturut Turut

Kecewa Makanan Potluck Sekolah Anak Tak Disentuh Ikutlah Apa Budak Suka Makan Bukan Kita

Don T Let Renovations Ruin Your Home And Your Budget Or Some Tips For Choosing A Contractor

5 Tips And Ways That Can Help You To Reduce Body Fat

Faisal Halim Kini Di Icu Tangan Kiri Tiada Tindak Balas



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3


Apakah Surat Asy Syu Ara Disebut Juga Surat Pemusik

Terapkan Budaya Kemas Dan Susun Di Mana Saja Anda Berada

Selepas Bersara Setiap Ringgit Berguna

Laundry Day Woes Say Goodbye To Lost Socks With Inchbug

Astrazeneca Akhirnya Tarik Balik Vaksin Covid 19 Selepas Pengakuannya Yang Mengejutkan

Buat Ujian Darah Menjelang Usia Menua