Sejarawan Dakwa Buku Teks Sejarah Menyimpang Pro Melayu


FMT ReportersSejarawan Ranjit Singh Malhi berkata, buku teks sejarah itu ‘menyimpang ke arah mewujudkan dominasi Islam dan orang Melayu’. (Gambar UKM)PETALING JAYA: Seorang sejarawan menggesa Kementerian Pendidikan mengambil tindakan selepas mendapati buku teks sejarah sekolah menengah edisi terbaru berat sebelah dan tidak tepat.
Ranjit Singh Malhi berkata, buku teks itu, untuk Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5, menumpukan Islam serta orang Melayu dan tidak memasukkan fakta penting berkaitan pembinaan negara, selain menyimpang dan membesar-besarkan fakta.
Disebabkan kebanyakan penulis buku teks ialah orang Melayu, beliau berkata, ini bermaksud pelajar mempelajari sejarah Malaysia dan dunia dari perspektif kumpulan etnik tertentu.
“Kelemahan ketara dalam buku teks sejarah sedia ada hanya membuktikan penulis berat sebelah. Mereka tidak menyatakan kemunculan dan perkembangan masyarakat majmuk Malaysia secara seimbang, adil serta memadai,” katanya dalam kenyataan.
"Generasi muda kita tidak diajar sejarah sebenar dan inklusif negara kita, tetapi naratif sejarah terpilih yang menyimpang ke arah mewujudkan dominasi Islam dan orang Melayu berdasarkan konsep perpecahan ‘ketuanan Melayu’.
“Contohnya, berbanding buku teks sebelum ini, buku teks sejarah sekarang memandang rendah peranan dan sumbangan penting masyarakat Cina serta India Malaysia dalam pembangunan ekonomi dan infrastruktur negara.”
Ranjit, yang juga pensyarah di Universiti Teknologi dan Inovasi Asia Pasifik, berkata peranan orang India dalam membangunkan industri getah dan orang Cina dalam sektor perlombongan bijih timah dikurangkan kepada dua hingga tiga ayat dalam buku teks sejarah Tingkatan 3.
Beliau berkata, buku teks itu juga gagal menunjukkan kesan peradaban Hindu-Buddha terhadap budaya, bahasa, kesusasteraan Melayu, bahkan kerajaan.
“Perlu diingatkan raja-raja Melayu awal dianggap sebagai penjelmaan dewa Hindu berdasarkan konsep ‘devaraja’ (dewa raja). Malah, hingga hari ini, unsur pengaruh budaya India masih tersebar luas dalam budaya Melayu.”
Ranjit berkata, unsur berat sebelah yang menumpukan Islam dalam buku teks ketara dalam topik peradaban India dan Cina yang kurang daripada 10 halaman setiap satu, manakala peradaban Islam mempunyai 26 halaman.
Katanya, ada beberapa kesalahan “tidak dapat dimaafkan” dalam buku teks itu, walaupun terdapat panel pakar memeriksanya.
Beliau menggesa prasangka terhadap etnik dan agama dalam buku teks dihentikan kerana rakyat perlu mempelajari cara menghargai warisan pelbagai budaya yang membentuk jiwa negara.
“Pengajaran sejarah secara inklusif ialah bahagian penting dalam pembinaan negara. Buku teks sejarah kita harus mengguna pakai ‘kerangka pluralistik’ yang mempromosi identiti negara dan semangat kekitaan yang penting untuk keharmonian kaum serta perpaduan negara.
“Saya tidak membantah naratif Melayu/Islam menjadi teras sejarah Malaysia, tetapi bukannya sampai tahap meminggirkan sejarah orang bukan Melayu, Orang Asli di Malaysia Barat dan Orang Asal dari Sabah dan Sarawak.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/sejarawan-dakwa-buku-teks-sejarah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Salah Unsur Melayu Islam Lebih Ditonjolkan Dalam Buku Teks Sejarah Kata Sejarawan

Tak Salah Unsur Melayu Islam Lebih Ditonjolkan Dalam Buku Teks Sejarah Kata Sejarawan

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 357 hits
Sejarah adalah fakta yang perlu disampaikan secara telus dan jelas kata ahli sejarah PETALING JAYA Ahli sejarah berpendapat tidak salah jika unsur Melayu dan Islam lebih ditonjolkan berbanding etnik atau kaum lain dalam buku teks sejarah ne...
Sejarah Perlindungan Istimewa Pd Cine Oleh Penguase Melayu

Sejarah Perlindungan Istimewa Pd Cine Oleh Penguase Melayu

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 257 hits
Sejarah perlindungan istimewa pd cine oleh penguase melayu dicatatkn dlm riwayat sejarah lame tanah melayu sjk tahun 1800an lg termsk negeri perak Byk kongsi2 gelap melayu yg plg digeruni british ketike itu cube dihapuskn dgn menggunekn kua...
Coinbase Pro Dah Masukkan 1inch Enjin Coin Nkn And Origin Token

Coinbase Pro Dah Masukkan 1inch Enjin Coin Nkn And Origin Token

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 202 hits
Good news ATH mungkin untuk 4 altcoin yang baru saja dimasukkan di platform coinbase pro Setakat diberitahu dalam blog coinbase 1INCH ENJ NKN OGN hanya dimasukkan dalam list coinbase pro Untuk coinbase biasa mereka akan announce kemudian At...
Back Off Selangor Mb S Sec Tells Pro Anwar Groups

Back Off Selangor Mb S Sec Tells Pro Anwar Groups

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 362 hits
Juwairiya Zulkifli has asked Mohamad Ezam Md Nor not to interfere in PKR s selection of candidates for GE15 PETALING JAYA Outsiders should not interfere in the selection of candidates for Pakatan Harapan in the next general election as it c...
Pihak Luar Jangan Sibuk Urusan Dalaman Ph Setpol Mb Selangor Jawab Kumpulan Pro Anwar

Pihak Luar Jangan Sibuk Urusan Dalaman Ph Setpol Mb Selangor Jawab Kumpulan Pro Anwar

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 279 hits
PETALING JAYA Pihak luar termasuk penyokong pembangkang tidak perlu campur tangan urusan dalaman Pakatan Harapan berhubung soal pemilihan calon kerana ia boleh mengeruhkan lagi keadaan antara parti komponen gabungan itu Setiausaha Politik M...
Pelancaran Rasmi Realme 8 Pro Dan Muzium 108mp Pertama Dunia Di Malaysia

Pelancaran Rasmi Realme 8 Pro Dan Muzium 108mp Pertama Dunia Di Malaysia

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 350 hits
realme Malaysia akan segera memperkenalkan realme 8 Pro terbarunya telefon pintar realme pertama yang dilengkapi dengan Kamera Ultra Quad 108MP untuk Menangkap Infinity Peminat fotografi akan dapat membawa fotografi dan videografi ke tahap ...
Ulasan Windscribe Vpn Pro 2021 Baca Artikel Ini Sebelum Melanggan

Ulasan Windscribe Vpn Pro 2021 Baca Artikel Ini Sebelum Melanggan

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 240 hits
Agak kerap juga saya membaca komen dari mereka yang ingin mengetahui sama ada servis VPN dari Windscribe ini bagus atau tidak Selepas beberapa bulan mencuba inilah dia serba sedikit perkongsian dari saya untuk anda ialah servis VPN freemium...
Pradesain Istana Negara Di Ibu Kota Baru Tuai Pro Kontra Presiden Jokowi Minta Masukan

Pradesain Istana Negara Di Ibu Kota Baru Tuai Pro Kontra Presiden Jokowi Minta Masukan

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 424 hits
Dirancang oleh seorang pematung asosiasi arsitek profesional pun menilai rancangan tersebut tak mencerminkan prinsip pembangunan rendah karbon
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi