Sejarah Unduk Ngadau Klang Valley Komuniti Kadazandusun


Sejarah Unduk Ngadau Kaamatan Klang Valley bermula pada tahun 2000 di Raintree Club, Jalan Ampang Hilir telah menjadi perintis kepada Pertandingan Ratu Kebudayaan pertama di Kuala Lumpur dan Tati Angelina Ongkunik Moiji merupakan Unduk Ngadau pertama yang telah mewakili KDCA Klang Valley di peringkat negeri Sabah.


Semenjak itu, Unduk Ngadau telah menjadi aktiviti tahunan KDCA Klang Valley, yang kini telah menjadi acara tahunan yang dinanti-nantikan setiap tahun.

Pemenang Unduk Ngadau peringkat Klang Valley akan mewakili komuniti KadazanDusun di Kuala Lumpur/Klang Valley ke peringkat negeri Sabah untuk bertanding di kemuncak Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai pada hujung bulan Mei, menandakan berakhirnya pesta menuai yang dirayakan setiap tahun.

Acara ini merupakan aturcara yang paling menarik minat penonton, kemunculan setiap peserta Unduk Ngadau disambut dengan suasana gamat dengan pekikan atau mamangkis menyambut kemunculan peserta kegemaran atau sokongan terhadap wakil tempat masing-masing.

Latar Belakang Unduk Ngadau

Secara ringkasnya, Unduk Ngadau merujuk kepada semangat Huminodun, bermaksud ‘korban’ yang berasal dari perkataan ‘rundun/ruminundun’ dalam bahasa KadazanDusun.

Unduk Ngadau berasal dari perkataan “runduk tadau”, yang bermakna “gadis yang dimahkotakan sinaran cahaya matahari”.

Dikatakan, selepas Huminodun dikorbankan oleh Kinoingan, selepas tujuh hari Unduk Ngadau muncul dari kakanan dan dipercayai sebagai jelmaan semangat Huminodun.

Unduk Ngadau juga dikatakan sebagai orang pertama yang mengajar Bobohizan mentera yang diamalkan sehingga sekarang.

Semenjak itu, perkataan Unduk Ngadau digunakan bagi melambangkan kecantikan dan kebaikan budi bahasa Huminodun.

Pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau diadakan pada perayaan Tadau Kaamatan yang disambut pada 30-31 Mei setiap tahun di negeri Sabah.

SYARAT MENYERTAI PERTANDINGAN UNDUK NGADAU KLANG VALLEY

1. Penyertaan adalah terbuka kepada gadis kaum Kadazandusun/Murut atau kacukan KadazanDusun/Murut berasal dari Sabah dan Warganegara Malaysia, Bumiputra. Mestilah seorang ahli KDCA Klang Valley. Keahlian KDCA Klang Valley boleh dipohon pada hari pendaftaran. Yuran minimum ($15 untuk 5 tahun pertama. Pembaharuan $1 setahun).

2. Peserta diwajibkan berbahasa ibunda sewaktu pengenalan diri pada pertandingan akhir pada hari pertandingan.

3. Peserta hendaklah masih bujang-belum berkahwin, berumur di antara 18 hingga 25 tahun pada tahun pertandingan dilangsungkan.

4. Penuntut sekolah dilarang menyertai kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada pihak sekolah.

5. Tidak pernah terlibat dalam masalah mana-mana kegiatan gejala sosial.

6. Tidak pernah memenangi tempat pertama dalam pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Klang Valley dan peringkat Negeri.

7. Pakaian, solekan, dandanan dan perhiasan semasa hari pertandingan hendaklah ditanggung oleh peserta.

8. Tarikh tutup borang penyertaan Online yang diterima selepas bulan Mei (setiap tahun) tidak akan dilayan.

9. Keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan selepas pertandingan.

10. Semua tarikh-tarikh yang disebutkan di atas adalah jangkaan terdekat sahaja, pihak penganjur boleh mengubah tarikh pada bila-bila masa apabila perlu.

11. Penyertaan dan ‘title’ sebagai Unduk Ngadau Kaamatan Klang Valley boleh dibatalkan atau ditarik semula oleh penganjur, jika didapati penyertaan seseorang peserta telah tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh penganjur, contohnya, jika maklumat yang diberikan tidak benar, atau terlibat dengan gejala yang menyebabkan aib kepada penganjur.

Kepada semua aspiran Unduk Ngadau Klang Valley, kami ucapkan selamat Berjaya.

BACA INI JUGA:
Sejarah Unduk Ngadau, Pertandingan Ratu Cantik Kebanggaan Rakyat SabahAsal-usul Pesta Tadau Kaamatan (Pesta Menuai)
sumber: 1 | 2



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/05/sejarah-unduk-ngadau-klang-valley.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sejarah Unduk Ngadau Pertandingan Ratu Cantik Kebangaan Rakyat Sabah

Sejarah Unduk Ngadau Pertandingan Ratu Cantik Kebangaan Rakyat Sabah

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 1494 hits
Menjelang bulan Mei setiap tahun Sabah Negeri Di Bawah Bayu akan menghimpun jelitawan yang bakal meraih gelaran Unduk Ngadau satu pertandingan ratu cantik yang disertai oleh anak anak dara tempatan negeri Sabah yang berbangsa Kadazan Dusun ...
Ewon Suggests Association For All Unduk Ngadau Winners To Help In Community Devt

Ewon Suggests Association For All Unduk Ngadau Winners To Help In Community Devt

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 540 hits
Ewon with newly crowned Unduk Ngadau 2019 Francisca Ester Nain and Unduk Ngadau 2018 Hosiani James Jaimis KOTA KINABALU Rural Development Minister Datuk Ewon Benedick has suggested the establishment of an official and permanent associat
Paip Pecah Klang Dan Kuala Langat Alami Gangguan Air

Paip Pecah Klang Dan Kuala Langat Alami Gangguan Air

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 365 hits
Faliq Lajim BEBERAPA kawasan di daerah Klang dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan paip utama di Setia Alam pecah kira kira 9 pagi hari ini Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Ai...
Klang Council Admits Problem Closing Down Illegal Plastic Plants

Klang Council Admits Problem Closing Down Illegal Plastic Plants

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 322 hits
Plastic parts and waste dumped at a site in Kampung Teluk Gong Klang KLANG The Klang Municipal Council has admitted difficulties in curbing illegal plastic recycling activities following delays by the utility companies in cutting off electr...
Kronologi Sejarah Jordan

Kronologi Sejarah Jordan

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 618 hits
Kawasan ini pernah melalui zaman kerajaan Mesir asySyria Babylon Parsi Macedonia Rom Bizantium Arab Mamluk dan Turki Menjadi tarikan dan
Sejarah Dusun Liwan Di Sabah

Sejarah Dusun Liwan Di Sabah

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 553 hits
Suku Liwan merupakan salah satu suku Dusun paling berpengaruh di Sabah memiliki peranan penting dalam pembentukan sejarah lama di negeri itu merupakan salah satu suku terbesar dalam rumpun Dusunic Tarian Sumazau Suku Liwan merupakan kelompo...
Fdi Tertinggi Dalam Sejarah Penipuan Bulan Ramadhan Yang Memalukan

Fdi Tertinggi Dalam Sejarah Penipuan Bulan Ramadhan Yang Memalukan

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 298 hits
FDI tertinggi dalam sejarah lapor BERNAMA Skill kewayangan Menteri Kewayangan kita level up lagi hari ini Hari ini dia puji sendiri apabila dia mengumumkan bahawa pelaburan asing ke Malaysia telah capai tahap paling tinggi pada suku pertama...
Hendropriyono Enggak Ada Sejarah Kudeta Sipil Berhasil Kecuali Didukung Tni Polri

Hendropriyono Enggak Ada Sejarah Kudeta Sipil Berhasil Kecuali Didukung Tni Polri

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 262 hits
Mantan Kepala Badan Intelijen Negara AM Hendropriyono meyakini gerakan people power tak akan terjadi jelang pengumuman resmi hasil Pemilu oleh KPU pada 22 Mei 2019 Menurut dia pemerintahan yang sah tidak akan bisa digulingkan dengan tindaka...
35 Kawasan Di Klang Masih Terjejas Bekalan Air

35 Kawasan Di Klang Masih Terjejas Bekalan Air

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 261 hits
35 kawasan di Klang masih terjejas bekalan air Dikemas kini 32 minit yang lalu Diterbitkan pada 3 Jun 2019 11 30PM
Villa Kaizen By Ark Architects A Refined Balance Between Architecture And Nature In La Zagaleta

Hard Rock Penang

Saya Cuba Diet Viral Tiktok Tapi Guna Makanan Malaysia Je Hasilnya Menangis Dalam Toilet

Pasaran As Pergerakan Sederhana Tetapi Positif

A Grand Comeback For A Grand Seaside Hotel

Seniwati Legenda Sophia Ibrahim Meninggal Dunia

Rendang Asam Tak Pedas Tapi Sedap Boleh Masak Guna Semua Jenis Ikan

Ex Armed Forces Chief To Oversee National Service Training


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bekalan Nasi Lemak Air Tangan En Suami

Permata Ametis Si Batu Kecubung

Kaabah Alami Kerosakan

Urutan Surat Dan Ayat Terakhir Yang Diturunkan Kepada Rasulullah

Lirik Lagu Saksi Sufian Suhaimi

Ea Raja Pips Layanan Sistem Manajemen Dalam Bisnis Trading Forex