Sejarah Rohingya


Sejarah Rohingya dikatakan bermula dari awal kurun ke-7 di Negeri Arakan. Mereka mempunyai bahasa, budaya dan fizikal seperti orang Benggali.

Rohingya merupakan kelompok minoriti Islam di Myanmar. Sebahagian besar orang Rohingya menetap di Arakan tetapi kini dikenali sebagai Rakhine terutamanya di sekitar Maungdaw, Buthidaung, Rathedaung, Sittwe dan Kyauktaw. Rakhine hari ini merupakan tumpuan utama orang Islam semenjak abad ke-8 masihi lagi.
Nama lama bagi Rakhine iaitu Arakan dikatakan berasal daripada perkataan Arab “Arkan” yang bermaksud rukun-rukun. Kedudukannya yang terletak berhampiran dengan laut menjadi tempat persinggahan pedagang Islam. 
Pedagang Arab yang singgah di Arakan sebahagiannya berkahwin dengan masyarakat tempatan dan kemudiannya menetap di Arakan. Orang pertama yang dikatakan mengembangkan Islam di Arakan adalah Muhammad Ibn Hanifiya

Ini menyumbang kepada kepadatan penduduk Islam yang tinggi di Arakan. Berdasarkan perkembangan sejarah, Rohingya merupakan kacukan daripada pelbagai bangsa termasuklah Arab, Parsi, Afghanistan mahupun dari Bengal dan Chittagong

Jumlah penduduk Rohingya di Rakhine pula dikatakan 1.4 juta orang, mewakili separuh daripada jumlah penduduk Rakhine. Antara isu utama bagi umat Islam Rohingya adalah status mereka sebagai warganegara Myanmar

Selama ini kita biasa dengar isu penindasan di Palestin, Syria, Iraq dan sebagainya. Namun isu Rohingya tenggelam timbul dan jarang mendapat perhatian media, mungkin kerana keterbatasan maklumat mengenai mereka


Episod duka ke atas Rohingya berpanjangan sejak sekian lamanya kerana isu agama dan etnik minoriti. Ramai yang telah berhijrah ke negara lain demi menyelamatkan diri tetapi ada juga yang cedera dan kehilangan nyawa sebelum sempat melarikan diri
Ketika zaman British, mereka diklasifikasikan Indo-Burman. Ketika Myanmar mencapai kemerdekaan pula, mereka dianggap sebagai bukan warganegara, padahal orang Rohingya dah beratus-ratus tahun mendiami Rakhine.
Pendek kata, status orang Rohingya sebagai minoriti yang terasing adalah merupakan sumbangan penjajahan British di Myanmar. Di Myanmar, terdapat 134 etnik antaranya Karen, Chin dan Mon. Namun, Rohingya tidak diiktiraf sebagai kumpulan dan etnik tersebut

Kehilangan identiti masyarakat Rohingya berlaku apabila mereka melarikan diri ke Bangladesh pada tahun 1942 ketika berlaku perang etnik. Apabila mereka kembali semula ke Myanmar, dasar negara berubah. Akibatnya mereka tidak lagi diakui sebagai rakyat negara itu

Mereka menjadi mangsa di negara sendiri. Ketika kerajaan Ne Win berkuasa, pihak tentera yang sedang berhadapan dengan pemberontakan komunis dan etnik menjadikan isu Rohingya sebagai isu yang tidak penting

Nasib malang terus menimpa mereka apabila Citizenship Act of Burma (Undang-Undang Kewarganegaraan Burma) diperkenalkan pada tahun 1982. Akta ini diluluskan oleh Ne Win yang bertujuan mahu menghapuskan terus etnik Rohingya dari Myanmar

Ini menyebabkan Kementerian Luar Myanmar tidak mengiktiraf Rohingya sebagai sebahagian daripada kumpulan etnik di Myanmar

PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) menyenaraikan Rohingya sebagai golongan masyarakat yang menerima penindasan paling teruk di dunia. Penduduk Muslim Arakan dibunuh dan dihapuskan secara besar-besaran sejak Burma menceroboh Arakan pada tahun 1784

Mereka mahu menukar Arakan menjadi wilayah Buddha yang berpengaruh di Myanmar. Bahkan kira-kira 1.5 juta Muslim Rohingya dipaksa keluar dari tanah air mereka apabila junta tentera berkuasa sejak tahun 1962. Junta ialah majlis atau bentuk pemerintahan keaskaran (military)

Junta tentera menetapkan peraturan yang ketat kepada agama selain Buddha di Myanmar. Antara operasi yang dianggap paling kejam ke atas masyarakat Rohingya adalah Operasi Naga Min (King Dragon Operation) yang merupakan sebahagian daripada Pelan 20 Tahun Penghapusan Rohingya (The 20-year Rohingya Extermination Plan)

Operasi ini yang dimulakan pada 6 Feb 1978, secara umumnya bertujuan menangkap pendatang haram di Myanmar terutamanya dari China, Bangladesh, India dan Nepal. Namun tujuan yang terselindung di sebalik operasi ini adalah ke atas orang Rohingya yang sememangnya tiada pengenalan diri

Orang Rohingya yang menyedari mereka menjadi sasaran bertindak menentang balas. Orang Rohingya yang bangkit cuba mempertahankan diri dianggap terrorist (pengganas) oleh Myanmar. Serang balas ini kemudiannya dijadikan alasan oleh pihak kerajaan untuk bertindak lebih kejam ke atas mereka

Ketika operasi ini berkembang ke Buthidaung dan Maungdaw, beratus-ratus Muslim lelaki dan wanita dihumban ke dalam penjara. Ada yang diseksa dan dibunuh. Kekejaman ini menyebabkan sebahagian besar orang Rohingya lari meninggalkan kediaman masing-masing dan menjadi pelarian

Pada 1991, kempen menghapuskan etnik orang Rohingya dilancarkan dengan kod nama “Pyi Thaya”. Dalam operasi ini, penyeksaan dan kezaliman ke atas orang Rohingya berterusan. Mereka ditangkap, dibunuh malah kaum wanitanya dirogol

Pada 2001, ratusan masjid dimusnahkan. Banyak tempat-tempat tinggal orang Rohingya turut dirobohkan

Bukan sahaja masjid malah madrasah dan sekolah agama juga diarahkan supaya dimusnahkan. Masjid dan madrasah yang masih belum dirobohkan akan ditutup secara paksa

Mereka juga dihalang dari membina masjid baru mahupun membaik pulih masjid sedia ada. Ini menyebabkan banyak masjid dalam keadaan tidak terurus

Kanak-kanak Rohingya turut terjejas. Mereka berdepan dengan diskriminasi berhubung pendidikan, penjagaan kesihatan dan perkerjaan. Kanak-kanak yang lahir mesti didaftarkan dengan bayaran yang bertambah mahal sejak 2002

Konflik membabitkan Rohingya dan Rakhine kembali meletus pada 2012. Khabar yang menyatakan kononnya seorang gadis Rakhine menjadi mangsa rogol oleh pemuda Rohingya menyebabkan penganut-penganut Buddha membalas dengan membunuh 10 orang penduduk Islam

Lebih 1,000 orang terkorban dibunuh oleh puak Rakhine. Kira-kira 4,000 cedera, 10,000 hilang dan 115,000 hidup merana di khemah penempatan sementara. Malahan ratusan sami Buddha yang jahat berkumpul pada awal September 2012 dalam perarakan menyokong tindakan Presiden agar orang Rohingya dihantar keluar dari Myanmar

Ini memberi kesan yang besar kepada orang Rohingya lebih-lebih lagi yang tidak mempunyai wang. Mereka juga menghadapi masalah kebuluran. Sebanyak 60% kanak-kanak Rohingya menderita kurang zat makanan sekaligus mendedahkan mereka kepada wabak penyakit dan menjejaskan pertumbuhan fizikal dan mental mereka

Diskriminasi ke atas pendidikan kanak-kanak Rohingya menyebabkan ramai kanak-kanak buta huruf terutamanya di kawasan Rakhine Utara. Bahkan mereka juga dipaksa menjadi buruh untuk melakukan kerja-kerja berat

Antara tragedi menyayat hati yang melanda umat Islam Rohingya adalah pembunuhan 400 orang awam pada bulan Oktober 2016. Lebih 430 buah kediaman di 3 buah kampung dibakar oleh tentera. Sekumpulan wanita dan kanak-kanak juga dilaporkan dikurung dan dibakar hidup-hidup di Yay Khae Chaung Kwa Sone

30,000 orang menjadi pelarian di Rakhine. Tentera Myanmar juga dilaporkan menggunakan pelancar roket serta melepaskan tembakan daripada helikopter untuk membunuh penduduk Rohingya. Beberapa orang penduduk ditembak ketika cuba melarikan diri

Bahkan ada antara penduduk yang dibakar hidup-hidup atas timbunan rumput kering. Ini jelas menunjukkan pihak tentera Myanmar memang mahu melakukan genosid iaitu pembunuhan beramai-ramai ke atas etnik Rohingya
Sebahagian orang Rohingya yang berjaya melarikan diri sudah berada di Malaysia sejak kira-kira 20 tahun yang lalu. Anak-anak Rohingya memerlukan pendidikan sama seperti anak-anak lain di Malaysia malangnya mereka tidak dibenarkan bersekolah di sekolah kerajaan.
Kebanyakkan dari mereka tidak mendapat sebarang pendidikan formal namun harus mengharungi kehidupan seperti penduduk Malaysia. Tanpa pendidikan yang secukupnya mereka terdedah kepada pelbagai penipuan, kerugian, penyalahgunaan kuasa dan sindiket pemerdagangan manusia.
Video pelarian Rohingya dipindahkan ke pulau terpencil Bangladesh

Antara naskhah yang membicarakan secara mendalam mengenai sejarah Rohingya dan masyarakatnya di Malaysia ialah tulisan Azlinariah Abdullah iaitu “Air Mata Kesengsaraan Rohingya: Identiti, Penindasan dan Pelarian”. Asalnya ia adalah hasil tesis penulis di peringkat Sarjana Sejarah Asia Tenggara (Myanmar) dan kemudiannya dibukukan

Sama-sama kita doakan semoga Allah lindungi saudara-saudara Islam kita dari kezaliman puak-puak yang membenci Islam


Sumber
Siapa Rohingya?
Siapa Rohingya dan sejarah ringkas di sebalik penindasan mereka




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bebasperibadimu.blogspot.com/2020/12/sejarah-rohingya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adun Dap Perak Tak Dapat Lupa Sejarah Hitam Gesa Parti Tolak Calon Mb Umno

Adun Dap Perak Tak Dapat Lupa Sejarah Hitam Gesa Parti Tolak Calon Mb Umno

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 338 hits
December 6 2020 5 40 PMPETALING JAYA Seorang Adun DAP Perak hari ini bertindak berlawanan dengan Pengerusi negerinya Nga Kor Ming yang menyuarakan kesediaan bekerjasama dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan negeri baru Adun Pokok Assam Leow...
Dun Perak Cipta Sejarah Mb Gagal Dapat Sokongan Undi Percaya

Dun Perak Cipta Sejarah Mb Gagal Dapat Sokongan Undi Percaya

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 256 hits
Pada 5 Disember 2020oleh PENTADBIRKomen Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Jumaat 4 Disember 2020 Dewan Undangan Negeri Perak melakarkan sejarah dunia pencadang dan penyokong usul kepercayaan kep...
Perodua Catat Jualan Harian Tertinggi Dalam Sejarah Di Tahun 2020

Perodua Catat Jualan Harian Tertinggi Dalam Sejarah Di Tahun 2020

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 356 hits
Syarikat jual 23 119 unit pada November keseluruhan 195 000 unit sepanjang tahun ini PERODUA catat jualan harian tertinggi dalam sejarah di Tahun 2020 PERODUA semakin hampir mencapai sasaran jualan keseluruhan bagi 2020 P erusahaan Otomobil...
Dua Dpo Penyelundupan Imigran Rohingya Ke Aceh Kabur Ke Malaysia

Dua Dpo Penyelundupan Imigran Rohingya Ke Aceh Kabur Ke Malaysia

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 234 hits
Kedua DPO tersebut diduga terlibat penyelundupan imigran etnis Rohingya yang masuk Indonesia melalui Pantai Seunodon Kabupaten Aceh Utara pada Juni 2020
Komentar Ideologi Radikal Beban Sejarah Yang Perlu Ditangani Bersama

Komentar Ideologi Radikal Beban Sejarah Yang Perlu Ditangani Bersama

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 112 hits
Ketika peradaban Eropah memasuki zaman kegelapannya pada kurun ke 13 dengan agama Kristian banyak dipengaruhi dengan unsur unsur tahyul anti sains dan anti pemikiran sihat seorang ahli falsafah Kristian Roger Bacon mengambil satu langkah bi...
Tukar Mb Bukan Sejarah Yang Dibanggakan Sultan Perak

Tukar Mb Bukan Sejarah Yang Dibanggakan Sultan Perak

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 154 hits
KUALA KANGSAR Krisis politik hingga menyebabkan pertukaran kerajaan dan Menteri Besar bukanlah perkara yang boleh dibanggakan Sebaliknya Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan perkara itu merupakan cerminan kepada kegagalan s...
Didakwa Mempersendakan Sejarah Drama Mr Queen Buat Netizen Korea Selatan Berang

Didakwa Mempersendakan Sejarah Drama Mr Queen Buat Netizen Korea Selatan Berang

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 355 hits
Baru sahaja mencatat sejarah dalam tayangan perdana TvN minggu lalu kerana berjaya mendapat rating kedua tertinggi drama Mr Queen kini dilanda kontroversi kerana dianggap mempersendakan figura dan sejarah Korea Khabarnya ini bukan kontrover...
Tldm Lakar Sejarah Wanita Pertama Naik Pangkat Laksamana Pertama

Tldm Lakar Sejarah Wanita Pertama Naik Pangkat Laksamana Pertama

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 416 hits
BernamaRohana dinaikkan pangkat ke Laksamana Pertama dalam majlis yang disempurnakan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany semalam fotoBERNAMA KUALA LUMPUR Tentera Laut Diraja Malaysia melakar sejarah apabila seorang p...
Maksud B60 Dan Perbezaannya Dengan B40

Showcase Misha Omar

Pac To Hold Inquiry Into Bayan Baru Sewage Treatment Plant Delay

Makanan Dari Bakal Kakak Ipar

Sabah Rep Implicated In Video Says He Was Just Joking

Gadis Maut Dua Penumpang Parah Kereta Bertembung Suv

Perkampungan Ilmu Tremendous Kota Kecemerlangan 2024

Drama Antara Dua Syurga


echo '';
Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad


Tips Pindah Rumah Di Lembah Klang Dengan Murah Dan Mudah

Air Laici Bunga Telang Minuman Sejuk Yang Menyegarkan

Relatif Berdasarkan Perbandingan

Munas Iv Relawan Tik Indonesia Hani Purnawanti Lanjutkan Tongkat Estafet Kepemimpinan

Lelaki Pengsan Dipukul Bekas Teman Wanita

Berang Kena Kacau Warga Asing Korek Mata Lelaki Tempatan