Sejarah Penemuan Kopi



biji kopi
Di sebalik penangan kopi, tahukah anda kambing adalah makhluk pertama yang mula-mula menjumpai kopiMenurut rekod,sejarah penemuannya bermula di Ethiopia sekitar abad ke-11. Ketika itu, seorang penggembala kambing berasa hairan melihat tingkah laku ternakannya yang begitu aktif selepas makan sejenis buah beri berwarna merah. Melihat keadaan itu, dia lantas melakukan uji kaji ke atas buah berkenaan dengan merebus dan meminum airnya. Ternyata, air rebusan itu menjadikan tubuhnya lebih bertenaga dan segar. Maka terhasillah 'qohwah'
Sekian lama kopi berada di negara terbabit, ia kemudiannya dibawa ke Yaman sekitar abad ke-14. Di sana, minuman ajaib itu menjadi sangat terkenal dalam kalangan ahli sufi. Mereka menjadikan minuman itu sebagai alternatif terbaik untuk kekal cergas ketika melakukan ibadah-ibadah khusus pada satu pertiga malam. Sepanjang tempoh itu, kopi tidak dijual, ia hanya ditanam untuk kegunaan sendiri. Sehingga abad ke-15, kopi kemudiannya dibawa masuk ke Mekah dan juga Turki.
Revolusi kopi mula berlaku di Istanbul. Orang-orang Turki telah memperkenalkan satu kaedah 'bru' untuk membuat kopi menjadi lazat. Mereka memanggang biji kopi dan mengisarnya untuk rasa yang lebih pekat. Rasanya jauh lebih sedap daripada kaedah rebusan tradisional yang digunakan hampir 4,000 tahun. Orang- orang Istanbul juga turut menukar nama qohwah kepada 'kahve' mengikut keupayaan lidah bangsa mereka. Istanbul juga turut menjadikan kopi sebagai minuman utama di mahkamah hingga tertubuhnya jawatan pembuat kopi.
Sehingga kurun ke-17, rumusan tentang kesedapan kopi mula meresap ke seluruh Eropah. Bermula dengan Venice sekitar tahun 1615, air kopi mula dijual di kaki-kaki lima. Disebabkan kopi mampu menjadikan seseorang lebih bertenaga, kedai-kedai kopi mula menjadi tumpuan ilmuwan-ilmuwan, golongan pemikir, penyair, saintis, orang-orang ternama dan ramai lagi individu hebat. Dari situlah wujudnya kedai kopi yang menjadi tumpuan untuk membincangkan isu-isu semasa sebagaimana kita lihat pada hari ini.Tengok saja di kampung-kampung, kedai kopi pasti penuh.
Kemudian, sekitar tahun 1669, kopi turut dibawa masuk ke Paris. Dari perkataan qohwah ke kahve. la diubah lagi menjadi Cafe. Istilah ini juga mengikut pelat lidah budaya mereka. Kemudian, ia ditukar lagi kepada Coffee setelah masuk ke London. Juga mengikut keupayaan lidah bangsa mereka. Nama akhir bagi coffee itu terus diguna hingga ke hari ini dan tidak lagi diubah.
Sejarah kewujudan kopi tidak terhenti setakat di London. Menurut rekod, sekitar tahun 1683, kopi 'tiba-tiba' muncul di Vienna, la bukan dibawa masuk untuk didagangkan sebaliknya kopi ditinggalkan oleh tentera-tentera Turki setelah keluar dari Vienna. Orang-orang Austria tidak tahu apa yang perlu dilakukan dengan 500 guni biji kopi yang ditinggalkan hingga ada cadangan untuk membuang saja ke dalam laut. Mereka menyangka biji kopi hanyalah makanan haiwan ternakan musuh mereka.
Walaubagaimanapun, seorang mata-mata daripada bangsa Austria mendapat tahu tentang berita itu  Dia yang pernah ditugaskan mengintip tentera-tentera Turki satu masa dulu sangat sinonim dengan kopi. Lalu, meminta biji-biji kopi berkenaan untuk dijadikan minuman dan diberi kepada semua orang secara percuma. Sejak itu, kopi menjadi terkenal dan dinikmati oleh semua masyarakat di negara itu.
Dalam 'banyak-banyak' sejarah kemunculan kopi di Eropah, kemasukan kopi ke Belanda paling unik. Orang-orang Dutch memang hebat. Mereka dapat mengagak bahawa kopi boleh memberi pulangan lumayan kepada mereka satu hari nanti. Mereka kemudiannya menjadikan biji kopi sebagai barang dagangan paling bernilai berbanding minuman. Kopi mula-mula masuk ke negara itu sekitar abad ke-17dari Yaman.
Jika anda masih ingat sejarah pendudukan Belanda di Sumatera, tentu anda akan berjumpa dengan kopi. Kedatangan Belanda ke rantau Indonesia adalah bersama kopi. Mereka membawa biji kopi untuk ditanam di kepulauan Jawa. Dari situlah ia diperkenalkan ke negaranya sendiri serta beberapa buah negara lain. Bagaimanapun, kopi di Belanda tidak dijual di kaki-kaki lima sebaliknya ia dijual secara eksklusif di kedai bertaraf lima bintang dan hanya dinikmati oleh ahli-ahli perniagaan. Beberapa tahun kemudian, ia dibawa masuk ke Amerika dan negara-negara lain melalui perdagangan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sedapnya-makan.blogspot.com/2021/04/sejarah-penemuan-kopi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sejarah Membuktikan Kempen Utk Pru Ph Lambat Panas

Sejarah Membuktikan Kempen Utk Pru Ph Lambat Panas

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 326 hits
PADA AKU INVOKE telah melakukan yang TERBAIK utk gerakan kempen lebih awal sebelum PH Kalau Invoke tak bergerak lebih dulu nak harap jentera kempen PH yg lambat panas Lambat lagi Sama juga dgn GERAK98 dan Ezam Mereka melakukan yg terdaya Ez...
Sejarah Kedudukan Undang Undang Wilayah Negeri Sabah Sarawak Ada Beza Besar Di Antara Tahun 1963 Dan 1976

Sejarah Kedudukan Undang Undang Wilayah Negeri Sabah Sarawak Ada Beza Besar Di Antara Tahun 1963 Dan 1976

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 458 hits
Endrian LiApabila Malaysia dibentuk pada tahun 1963 Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan pada ketika itu menyatakan secara spesifik bahawa Persekutuan Malaysia dibentuk oleh tiga entiti iaitu 1 Negeri negeri Malaya 3 Negeri SingapuraTiga enti...
Dalam Sejarah Dunia Belum Ada Negara Bankrap Kerana Bantu Rakyat Susah

Dalam Sejarah Dunia Belum Ada Negara Bankrap Kerana Bantu Rakyat Susah

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 260 hits
POSTED BY AMIR WRLR Pandangan andainya Presiden KEADILAN menjadi Perdana Menteri dan terlalu menumpukan kepada peruntukan membangunkan luar bandar pendidikan serta kesihatan akan mengugat ekonomi negara adalah mengarut Datuk Seri Anwar Ibra...
Hub Pelancongan Agama Dedah Sejarah Pulau Besar

Hub Pelancongan Agama Dedah Sejarah Pulau Besar

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 235 hits
Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA KERAJAAN Negeri Melaka bercadang menjadikan Pulau Besar sebagai lokasi hub pelancongan agama dengan mendedahkan sejarah penyebaran Islam di pulau itu UTUSAN DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA ALOR GAJAH Kerajaan negeri a...
Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 1 10 Yang Padat Dan Menarik

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 1 10 Yang Padat Dan Menarik

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 1028 hits
Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 1 10 Yang Menarik dan Padat ini adalah untuk kegunaan para guru dan murid murid untuk memudahkan proses mengingati fakta fakta dalam mata pelajaran Sejarah Nota yang dikongsikan terdiri daripada Bab 1 sehingga B...
Sejarah Johor Bermula

Sejarah Johor Bermula

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 660 hits
Sejarah Johor bermula pada tahun 801 Masihi sebagai suatu petempatan perdagangan yang penting Pada tahun 1511 Melaka telah dikuasai oleh Portugis Sultan Melaka pada pada waktu itu iaitu Sultan Mahmud Shah telah berundur ke Pahang dan kemudi...
Kejayaan China Basmi Kemiskinan Lakar Sejarah

Kejayaan China Basmi Kemiskinan Lakar Sejarah

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 192 hits
Kejayaan China basmi kemiskinan lakar sejarah nbsp Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 6 Apr 2021 11 30PM
Layan Kopi Latte Ala Kampung Waktu Sahur Buat Ketagih Ini Cara Bancuh Kopi Paling Kaw

Layan Kopi Latte Ala Kampung Waktu Sahur Buat Ketagih Ini Cara Bancuh Kopi Paling Kaw

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 421 hits
Bagi pencinta kopi pastinya secawan kopi panas antara menu wajib ada ketika waktu bersahur Seakan tidak lengkap tanpa menikmati secawan kopi yang sentiasa membuatkan terus segar Jika kena gaya dan rasa padunya kopi panas pasti tak cukup sec...
Rafizi Ramli Protes Pemilihan Pkr Ini Yang Berlaku Sebenarnya

Need And Want

Sahabat Sejati Permata Yang Sukar Dicari Tapi Sentiasa Ada Ketika Diperlukan

Jodoh Itu Memang Takdir Tetapi Kamu Berhak Memilih Jodoh Terbaikmu

Gempar Shamsul Iskandar Dedah Kenapa Pmx Mahu Singkirkan Rafizi Ma

Makan Malam Di Rodakafe Kulai

Sepak Takraw Piala Asia Penantian 34 Tahun Regu Berpasukan Berlarutan Thailand Tewaskan Malaysia 2 0

11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mutiara Terhasil Luka Jadi Nilai

Tattoo Supplies Essential Tools For Professional Tattoo Artists

Hadiah Hari Guru

Pemilihan Pkr Bila Penamat Kian Hampir

Suami Didakwa Lembik Lepas Makan Pizza Wagyu Usahawan Kontroversi Doktor Suspek Keracunan Makanan

Kedutaan Indonesia Di Malaysia Gesa Rakyatnya Yang Tiada Permit Pulang Ke Tanah Air