Konvoi Kmjg Semarak Cintakan Negara Dengan Kibar Jalur Gemilang




Pengarah JAPEN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Sabarudin Yeop Hamzah (tengah) bersama menyertai para peserta Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) pada Majlis Pelepasan KMJG 2025 hari ini. – Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Suasana hujung minggu di ibu negara hari ini meriah dengan kibaran Jalur Gemilang oleh Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2025 yang menjelajah ke tiga kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan membawa mesej patriotisme dan perpaduan.
Konvoi yang disertai 72 kenderaan dengan 103 peserta itu dilepaskan oleh Pengarah Jabatan Penerangan (JAPEN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (WPKLP) Lt Kol Bersekutu (PA) Sabarudin Yeop Hamzah dari Wisma FGV di sini, kira-kira 8.40 pagi tadi. “Pagi ini JAPEN WPKLP bersama NGO (pertubuhan bukan kerajaan), pejabat Parlimen dan agensi serta rakan permotoran Suzuki V-Strom, kita akan menjelajah seluruh Wilayah Persekutuan melibatkan tiga Parlimen iaitu Wangsa Maju, Cheras dan Lembah Pantai,” katanya sebelum pelepasan konvoi.
Empat lokasi persinggahan konvoi ialah di Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (TAR UMT) di Wangsa Maju, KWC Fashion Wholesale di Cheras, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Bahasa Melayu serta McDonald’s Pantai Sentral Park di Lembah Pantai.
Di sepanjang laluan dan hentian itu, konvoi mencuri perhatian orang ramai apabila peserta mengibarkan Jalur Gemilang daripada kenderaan masing-masing selain turut mengedarkan bendera kecil kepada orang ramai.
Sabarudin berkata program jelajah seluruh negara bermula 27 Julai lepas itu adalah sebahagian usaha menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat menjelang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM2025).
“Ini merupakan satu gerakan yang kita buat untuk memastikan rakyat menyedari tanggungjawab mereka untuk mengibarkan Jalur Gemilang di premis masing-masing. Satu rumah, satu Jalur Gemilang, inilah manifestasi rakyat kita bahawa masa untuk kita sama-sama membuktikan cinta pada tanah air,” katanya.
Konvoi itu turut mendapat kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan rakan strategik termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sabarudin berkata mesej utama yang ingin disampaikan melalui konvoi itu ialah kasih sayang rakyat terhadap negara dapat diterjemahkan melalui tindakan mengibarkan Jalur Gemilang.
“Saya harap rakyat di luar sana bersama dengan kita. Lepas ini setiap rumah ada bendera sendiri sebagai terjemahan cinta dan kasih sayang kepada negara,” katanya.
Pada 27 Julai lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025 di Dataran Tanjung Emas, Muar, Johor sebelum melepaskan Konvoi KMJG 2025 yang akan menjelajah seluruh negara.
Konvoi itu akan melalui 88 hentian iaitu 44 di Semenanjung, Sabah (20), Sarawak (22) serta Wilayah Persekutuan Labuan (2) sebelum dijadual berakhir pada 31 Ogos ini di Dataran Putrajaya, lokasi sambutan Hari Kebangsaan 2025.
— BERNAMA

Raikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan kempen Inilah KITA di sini


Source link


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://edisiviral.com/2025/08/16/konvoi-kmjg-semarak-cintakan-negara-dengan-kibar-jalur-gemilang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Jalur Gemilang Pas Nasihat Umno Dap Kembali Kepada Prinsip Rukun Negara

Isu Jalur Gemilang Pas Nasihat Umno Dap Kembali Kepada Prinsip Rukun Negara

papar berkaitan - pada 17/8/2025 - jumlah : 903 hits
SHAH ALAM Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyifatkan arahan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke supaya laporan polis dibuat terhadap Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Akmal Salleh berhubung himpunan di Kepala Batas sebagai tindaka...
Hati Hati Naikkan Jalur Gemilang Lambang Maruah Negara Dr Zaliha

Hati Hati Naikkan Jalur Gemilang Lambang Maruah Negara Dr Zaliha

papar berkaitan - pada 17/8/2025 - jumlah : 778 hits
Hati hati Naikkan Jalur Gemilang Lambang Maruah Negara Dr Zaliha PUTRAJAYA 17 Ogos Orang ramai dan premis perniagaan di Wilayah Persekutuan diingatkan sentiasa menghormati Jalur Gemilang sebagai simbol maruah dan identiti negara Menteri di ...
Sejarah Penciptaan Jalur Gemilang Bendera Kebanggaan Negara

Sejarah Penciptaan Jalur Gemilang Bendera Kebanggaan Negara

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 196 hits
Sejarah Penciptaan Jalur Gemilang Bendera Kebanggaan Negara Kita sudah berada di minggu kedua bulan Ogos dan tidak lama lagi akan menghampiri tarikh keramat 31 Ogos sempena Hari Kemerdekaan Bagi menyemarakkan semangat bulan kemerdekaan ini ...
Kes Kibar Jalur Gemilang Terbalik Polis Sudah Rakam Percakapan

Kes Kibar Jalur Gemilang Terbalik Polis Sudah Rakam Percakapan

papar berkaitan - pada 10/8/2025 - jumlah : 285 hits
Kes kibar Jalur Gemilang terbalik Polis sudah rakam percakapan GAMBAR hiasan KEPALA BATAS Polis sudah merakam percakapan pengadu dan suspek berhubung video tular mengibarkan Jalur Gemilang dalam keadaan terbalik di hadapan sebuah kedai perk...
Only Here For Big Flag And Nasi Kandar Umno Youth Chief Says After Igp Warns Against Jalur Gemilang Clash In Penang

Only Here For Big Flag And Nasi Kandar Umno Youth Chief Says After Igp Warns Against Jalur Gemilang Clash In Penang

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 443 hits
Penang DAP assistant secretary H ng Mooi Lye Penang Chief Minister s Special Coordinator Lay Hock Peng and hardware store owner Pang Chin Tian pose for pictures following the installation of the giant Jalur Gemilang today Picture via Facebo...
Terengganu Umno Youth Bungles Jalur Gemilang Akmal Flag Gaffe Resurfaces

Terengganu Umno Youth Bungles Jalur Gemilang Akmal Flag Gaffe Resurfaces

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 349 hits
Terengganu Umno Youth published a graphic with an incorrect Jalur Gemilang This came amid fury from the wing s chief Dr Akmal Saleh against a hardware store owner in Penang for displaying the national flag upside down Meanwhile a photo of A...
Igp Warns Of Unhealthy Confrontation Urges Umno Youth And Dap To Call Off Rival Jalur Gemilang Events In Penang

Igp Warns Of Unhealthy Confrontation Urges Umno Youth And Dap To Call Off Rival Jalur Gemilang Events In Penang

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 285 hits
A total of 38 police reports were lodged nationwide over an upside down Malaysian flag in Penang Picture by Raymond ManuelStay updated on the latest news and insights Subscribe to our newsletter KEPALA BATAS Aug 14 The police have urged the...
Insiden Jalur Gemilang Dan Zara Pm Arah Tindakan Tegas Terhadap Tokoh Menghasut Gugat Keamanan

Insiden Jalur Gemilang Dan Zara Pm Arah Tindakan Tegas Terhadap Tokoh Menghasut Gugat Keamanan

papar berkaitan - pada 16/8/2025 - jumlah : 429 hits
Faiz ZainudinPUTRAJAYA Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap penghasut yang sengaja menggugat keamananan dan keselamatan dalam beberapa peristiwa kebelakangan ini Merujuk kontroversi pemasangan...
Blog Manis Strawberi Datang Memberi Kejutan Hari Ini

Netizen Persoal Kenapa Nedim Nazri Masih Belum Padam Foto Free Hair Nora Danish Dia Dah Berhijab Kan

Mickey Ayo Beri Petunjuk Bersedia Mendirikan Rumah Tangga Netizen Kaitkan Dengan Nora Danish 8 September

Ucapan Muhyiddin Diganggu Suasana Himpunan Bersatu Bertukar Kecoh

The Trauma Code Heroes On Call Kdrama

Meet The Aprilia Rsv4 X Gp A 90 000 Motogp Race Replica

Resepi Air Lai Chi Kang Buah Luo Han Guo Kering Manis Semula Jadi Menyegarkan

Pakar Patologi Inkues Zara Buat Repot Polis Kerana Diancam Warganet


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Juara Pertandingan Dekorasi Ruang Merdeka 2025

Cara Kaifiyat Solat Sunat Gerhana Bulan

Kisah Tukang Kayu 40 Hari Di Alam Kubur Antara Cerita Dan Hakikat

Marjinal Negri Ngeri Chord

Solat Sunat Gerhana Bulan Panduan Jakim Jabatan Mufti

Pelawak Terkenal Indonesia Sule Dilaporkan Sakit