Sejarah Pemuda Umno


Kekalahan dan kejatuhan pentadbiran British di Tanah Melayu oleh Jepun telah membangkit semangat kepada orang Melayu bahawa kekuatan British tidaklah seberapa. Kesempatan ini telah digunakan sebaiknya oleh UMNO untuk menyemarakkan semangat untuk memperjuangkan kemerdekaan. Semangat tersebut juga telah disemarakkan hingga berjaya menggagalkan Gagasan Malayan Union.


Dalam usaha-usaha membebaskan tanah air, jentera UMNO terpaksa diperkuatkan. Diantara lainnya ialah melibatkan tenaga muda dengan penubuhan sayap pemuda pada 26 Ogos 1949 di Butterworth. Persidangan tersebut telah mengambil keputusan menamakan sayap tersebut Perikatan Pemuda UMNO  dan telah memilih Kapten Hussien Onn selaku ketua pemuda yang pertama. Pada bulan Ogos 1950, pucuk pimpinan Pemuda beralih tangan kepada Tun Abdul Razak kerana perlantikan Kapten Hussein Onn sebagai Setiausaha Agung UMNO. Satu detik penting dan bersejarah berlaku dalam mesyuarat setengah tahun Pemuda pada 14 Februari 1951 iaitu meluluskan ketetapan menukar seruan ‘Hidup Melayu‘ kepada seruan ‘Merdeka‘. Dalam persidangan agung UMNO pada 25 dan 26 Mac 1951 seruan ‘Hidup Melayu‘ dihapuskan dengan rasminya dan digantikan dengan seruan ‘Merdeka‘. Pada 25 Ogos 1951, Tun Sardon Jubir dipilih sebagia Ketua Perikatan Pemuda dan sebagai seorang yang bertenaga kuat beliau kemudian menjelajah ke seluruh semenanjung untuk menggerakkan orang-orang Melayu supaya menyokong UMNO untuk mencapai kemerdekaan negara. Dalam persidangan di Alor Star pada bulan September 1953, Pemuda UMNO telah mendesak ahli-ahli UMNO dalam majlis mesyuarat undangan persekutuan Tanah melayu supaya meninggalkan kerusi mereka jika kerajaan penjajah tidak bersetuju mengadakan pilihan raya Federal pada tahun 1954. Tetapi oleh sebab masa terlalu singkat, pilihan raya tidak dapat diadakan pada sebelum tahun 1955. Disamping itu, Pemuda juga telah membangkitkan soal ekonomi, pelajaran, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam sebagai agama rasmi dan lain-lain isu yang berhubungkait dengan kebajikan dan keutuhan bangsa Melayu. Dalam Persidangan Agung UMNO pada 26 dan 27 Disember 1955, usul Pemuda supaya tarikh kemerdekaan Malaya dipercepatkan kepada 31 Ogos 1957 telah diluluskan dan pada awal tahun 1956 rombongan Parti Perikatan yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman bertolak ke London untuk berunding dengan kerajaan British mengenai kemerdekaan Malaya. Pada bulan Disember 1955, akibat pindaan Perlembagaan UMNO, nama perikatan Pemuda UMNO ditukarkan kepada Pergerakan Pemuda UMNO sebagai menunjukkan bahawa Pemuda tidak lagi setakat mempunyai satu organisasi tetapi juga bergerak dengan lebih aktif meneroka idea-idea dan jalan-jalan baru bagi faedah parti dan rakyat. Pemuda UMNO telah melancarkan kempen-kempen menyatupadukan rakyat demi membina satu benteng yang kuat dalam menghadapi konfrontasi Soekarno yang menentang gagasan Malaysia. Selepas pilihan raya 1964 pucuk pimpinan Pemuda bertukar kepada Datuk Senu Abdul Rahman. Jentera pergerakan Pemuda terus diperkuatkan dengan mengadakan khemah-khemah kerja di merata-rata tempat sehingga Pemuda UMNO dikenali Pemuda Tahan Lasak. Usaha untuk menarik lebih ramai belia Melayu menyertai Pemuda UMNO diberikan keutamaan. Peningkatan dan perubahan sikap dan alam pemikiran orang Melayu juga dijadikan tekanan dan sasaran dengan tertubuhnya Revolusi Mental dalam tahun 1968 dan buku Revolusi Mental diterbitkan kemudiannya. Di dalam buku tersebt terkandung petunjuk-petunjuk bercorak intelektual yang menyentuh keperibadian bangsa Melayu, dengan tujuan merubah cara berfikir, pandangan dan sikap anggota masyarakat sesuai dengan kehendak-kehendak masa bagi mendorong mereka lebih giat lagi dalam merebut kemajuan di segenap bidang. Lanjutan daripada program-program Pemuda Tahan Lasak dan untuk memenuhi kehendak Pemuda berkehendakkan satu program yang berupa ‘economic offensive‘ maka terbentuklah syarikat yang diberi nama ‘Talasco‘ iaitu Tahan Lasak Company. Datuk Shariff Ahmad, Exco Pemuda UMNO ketika itu telah dilantik sebagai Pengerusi lembaga Pengarahnya yang pertama. Pada 1 Januari 1970, Datuk Ali Hj Ahamd selaku Naib Ketua telah memangku jawatan Ketua kerana perlantikan Datuk Senu sebagai Setiausaha Agung UMNO. Pilihan raya 1969 telah menimbulkan suatu pergolakan politik tanah air dan semangat yang lebih radikal telah mula menguasai Pemuda dan dalam keadaan sedemikian iaitu dalam tahun 1971, Datuk Hj Harun Idris telah mengambil alih terajui pucuk pimpinan Pemuda. Dalam kepimpinanya, pergerakan ini sangat terkenal dnegan peranannya sebagai ‘pressure group‘ yang mendedahkan berbagai masalah masyarakat agar diambil perhatian dan tindakan oleh kerajaan. Tahun 1976 merupakan tahun gelap kepada Datuk Harun sehingga beliau terpaksa mengosongkan jawatan tersebut. Tempatnya dipangku oleh Datuk Mohamad Rahmat. Tan Sri Syed Jaafar Albar telah memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia dalam pemilihan tahun 1976. Dalam usianya yang meningkat 62 tahun, beliau terus berjuang dengan gigih dan lantang menyuarakan berbagai isu dan menamakan Pemuda sebagai ‘ginger group‘. Tan Sri Albar telah meninggal dunia pada 14 Januari 1976 semasa mengadakan dialog dengan Pemuda UMNO Johor di Muar. Patah tumbuh hilang berganti, mulai dari tanggal tersebut Datuk Hj Suhaimi bin Datuk Hj Kamarudin pula dipilih menerajukan pucuk pimpinan Pemuda UMNO Malaysia sehingga persidangan Agung Perwakilan dalam tahun 1982. ‘Era bertindak‘ diperkenalkan yang telah menarik perhatian dan tumpuan terhadap berbagai isu masyarakat, diantaranya menyuarakan tentangan terhadap apa yang dikatakan terdapat usaha-usaha penghalang dan penyelewengan dalam pelaksanaan DEB dengan isu-isu UMBC,Universiti Merdeka, campurtangan warganegara asing terhadap pelaksanaan dan keluhuran undang-undang di negara ini. Dalam persidangan agung tahun 1982, pucuk pimpinan Pemuda UMNO bertukar pula kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Datuk Seri Anwar telah berjaya membawa Pemuda UMNO ke suatu zaman baru di mana Pemuda UMNO tidak hanya peka dengan perkembangan penerapan nilai-nilai Islam dan lain-lain yang berkaitan dengan rakyat malahan telah membawa Pemuda UMNO melibatkan diri dengan isu-isu antarabangsa. Disamping itu, beliau kian berjaya menarik golongan intelek dan profesional muda Melayu untuk bergerak dalam Pergerakan Pemuda. Beliau juga telah memulakan langkah bagi menyatukan barisan kepimpinan Pemuda di kalangan anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) bagi menjayakan berbagai aktiviti seperti khemah kerja dan sebagainya untuk faedah bersama tanpa menjejaskan perjuangan Pemuda UMNO. Seterusnya jawatan Ketua Pemuda UMNO diterajui oleh Datuk Seri Najib bin Tun Razak dari 1987 hingga 1993. (memangku 1987). Kemudiannya bertukar kepada Tan Sri Rahim Tamby Chik , dari 1993 hingga 1994, sambung kembali Januari 1996 hingga Oktober 1996. Bermula pada 1994 hingga tahun 1996, Jawatan beliau di pangku oleh Datuk Seri Nazri Aziz kerana siasatan kes jenayah ke atas Tan Sri Rahim Tamby Chik). Seterusnya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dari tahun 1996 hingga 1998, (meletak jawatan, dipangku oleh Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein sehingga tahun 2000). Kemudiannya Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein mengambil alih dari 2000 hingga 2009. dan seterusnya Khairy Jamaluddin, sejak bulan Mac 2009 hingga kini.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://thekl-chronicle.blogspot.com/2019/08/sejarah-pemuda-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sim Tze Tzin Celupar Biadap Hina Skuad Sabil Pemuda Umno Dr Shamsul Anuar

Sim Tze Tzin Celupar Biadap Hina Skuad Sabil Pemuda Umno Dr Shamsul Anuar

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 342 hits
Biadap dan tidak melambangkan keperibadian sebagai seorang pemimpin rakyat Demikian tempelak Ketua Penerangan UMNO Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah ke atas Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani Sim Tze Tzin yang menghina Skuad Sabil Pemuda...
Ketua Pemuda Umno Wilayah Toleransi Ada Had Makin Melampau Golongan Bodoh Sombong

Ketua Pemuda Umno Wilayah Toleransi Ada Had Makin Melampau Golongan Bodoh Sombong

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 329 hits
KUALA LUMPUR Memang ada kewajaran untuk bertoleransi dan memberikan kebebasan kepada semua pihak termasuk golongan pimpinan tertinggi seperti menteri namun ia seharusnya tidak melampui batas Malah dengan begitu agresif dan sesuka hati membu...
Mahu Cuba Kerajaan Umno Pas Sejarah Telah Buktikan Kegagalannya

Mahu Cuba Kerajaan Umno Pas Sejarah Telah Buktikan Kegagalannya

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 424 hits
Ada yg bgtahu kita mau cuba kerajaan baru Umno dan Pas pulak tentu lebih baik kata mereka Aku nak ingatkan mereka sejarah tahun 70 an Umno dan Pas pernah dalam satu kerajaan Apa yg Pas buat utk Islam waktu itu bersama Umno Perkembangan Isla...
Kerajaan Ph Terbukti Gagal Pemuda Umno

Kerajaan Ph Terbukti Gagal Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 235 hits
Datuk Dr Faiz Najmil Mohamed Aris KUALA LUMPUR Kerajaan Pakatan Harapan terbukti gagal menangani isu dalam negara yang melibatkan suara dari pelbagai kaum sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat Malaysia Exco Pergerakan Pemuda ...
Shafie Rosakkan Ekonomi Sabah Kata Pemuda Umno

Shafie Rosakkan Ekonomi Sabah Kata Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 263 hits
Ketua Pemuda Umno Sabah Aziz Julkarnain KOTA KINABALU Umno mendakwa Ketua Menteri Shafie Apdal dan kerajaan negeri yang ditadbirnya merosakkan ekonomi Sabah selepas statistik menunjukkan KDNK negeri itu jatuh 6 7 dalam tempoh kurang setahun...
Kerjasama Umno Pas Sejarah Baru Politik Malaysia Kata Annuar Musa

Kerjasama Umno Pas Sejarah Baru Politik Malaysia Kata Annuar Musa

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 403 hits
Kerjasama Umno PAS sejarah baru politik Malaysia kata Annuar Musa Dikemas kini 4 minit yang lalu Diterbitkan pada 31 Aug 201
Pemuda Umno Pas Mca Mic Bersatu Bukti Perpaduan Ummah Tidak Rasis

Pemuda Umno Pas Mca Mic Bersatu Bukti Perpaduan Ummah Tidak Rasis

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 335 hits
Gabungan Pemuda UMNO Pas MCA dan MIC di atas satu pentas ceramah buat pertama kalinya di sini malam tadi membuktikan bahawa gagasan Perpaduan Ummah tidak rasis sebagaimana yang dilabelkan oleh sesetengah pihak Ketua Pergerakan Pemuda Barisa...
Igp Accuses Umno Pas Of Destabilising And Weakening Government

Igp Accuses Umno Pas Of Destabilising And Weakening Government

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 170 hits
The IGP is angry that Umno and PAS are trying to bring down Pakatan Harapan Police Inspector General Datuk Seri Abdul Hamid Bador has accused Opposition parties for attempting to destabilise the Pakatan Harapan government amid a rise in as ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game