Sejarah Padi



Para pakar percaya bahawa BERAS / NASI yang dihasilkan daripada padi merupakan makanan terbaik yang telah tersebar luas dimuka bumi ini. Walau pun beras telah lama berlegar dipemikiran manusia berhubung wap, tanah rendah tropika di Asia, dimana ia membentuk bahan keperluan tetap bilangan majoriti manusia, ia juga ditanam di kawasan tinggi Himalaya, Eropah Timur, Australia,Barat Afrika dan di Amerika.
Selain merupakan makanan termurah, menjadi makanan asas kepada sebilangan masyarakat miskin diatas planet ini, ia juga dihidangkan di restoran termahal yang menyediakan pelbagai juadah luarbiasa. Ia tidak boleh dimakan mentah tetapi setelah dimasak, ia boleh dihidangkan semasa panas, sejuk, digoreng, steam dihidang bersama hidangan lain atau ia bersendirian.

Di kebanyakan negara di Asia, sesuatu hidangan itu tidak dianggap hidangan makanan kecuali dihidang bersama nasi. Ini digambarkan dengan jelas dalam perkataan Jepun ‘gohan’ yang bererti ‘makanan’ ‘nasi ditanak / masak.’ Dihidangkan dengan beberapa makanan lain yang kita suka tapi bagi masyarakat Jepun ia merupakan makanan sampingan belaka (ozaku – makanan tambahan.) Kewujudan beras membentuknya menjadi makanan yang tepat.
Masyarakat Tiong Hua suka memakannya sebagai bubur, masyarakat Amerika membuatnya sebagai makanan lembut yang dihidangkan sebagai bahan bijirin samasa bersarapan pagi. Tidak terhitung pelbagai jenis makanan yang mampu dihasilkan dari tanaman ini. Ia boleh dibuat kueh, mee, beer dan ‘wine.’ Nasi dimakan dikebanyakan negeri di Asia samada dengan cara biasa atau pun dicampur garam sebagai makanan gantian kepada kentang garing dari Barat.
Nasi bukan sahaja boleh di makan, batang padi yang ditinggalkan selepas menuai boleh dibuat bakul, topi, kulit padi boleh dijadikan baja dan makanan binatang. Kanji beras pernah dibuat bahan kecantikan, dan padi telah lama berpengaruh menjadi lambang kesuburan – itulah sebabnya ‘beras kuning’ ditaburkan dimajlis perkahwinan.
Di Asia, semangat padi sentiasa dianggap berbentuk wanita terkecuali di Filipina dengan alasan yang tidak diketahui, secara tradisional ia adalah lelaki. Di Bali, Indonesia, kueh-mueh dari yang dihasilkan dari beras dalam pelbagai warna dihantar ke kuil-kuil. Di Malaysia (terutamanya dikalangan Masyarakat Kadazan Dusun Murut dan beberapa suku kaum lain) dan sebilangan negara lain, padi / beras merupakan pusat kegiatan keagamaan dan kepercayaan tradisi.
Di Thailand, beras dipercayai mengandungi ‘semangat Ibu Tuhan padi’ maka nasimesti dimasak jauh dari kawasan sawah tempat ia ditanam supaya tidak membuat Ibu Padi marah.
Mungkin agak mengejutkan, Penanaman padi di Malaysia hanya bermula pada abad ke-17. Lebih kurang pada masa yang sama ia diperkenalkan di Amerika Utara tetapi sejarah perusahaannya telah lama ujud atau berlaku lebih awal. Itulah sebabnya padi liar wujud dikebanyakkan bahagian didunia. Kepentingannya dibidang pertanian agaknya membuat ia diusahakan diberbagai tempat pada berbagai masa.
Di Asia, telah lama diketahui bahawa kawasan timur di Utara India dan Utara Thailand merupakan kawasan pertama perusahaan tanaman padi. Kesan peninggalan arkaelogi dari kawasan berkaitan menunjukkan ia berusia sekitar 3,000 tahun lalu. Baru-baru ini bagaimanapun, padi yang ditemui di Daerah Jiangsu, China berusia sekitar 6,000 tahun. Lainnya menemui sepanjang Sungai Yangtze dibahagian tengah negara China. Ini menunjukkan inilah kawasan asal perusahaan tanaman padi yang bermula semenjak 8,500 tahun dahulu.
Dua ribu tahun dahulu, tanaman padi telah berkembang di India, China dan dikawasan utara negara-negara Asia Tenggara. Beberapa tahun selepas itu ia berkembang ke Korea dan Jepun. Walaupun perkembangannya disana agak perlahan sehinggalah abad ke-18 ia dikembangkan kebahagian utara negara-negara tersebut bila usaha-usaha baru mensesuaikannya dengan cuaca sejuk dicipta.
Dinegara Jepun, padi merupakan bahan pusat perayaan kebudayaan kerana kepercayaan mereka yang begitu kuat bahawa kewujudan negara itu dihubungkan dengan rahsia penanaman padi yang dianugerahkan Tuhan kepada rakyat negara itu. Hingga ke hari ini, Maharaja Jepun masih mengadakan “kigansai” berdoa untuk tuaian yang memuaskan. Perayaannya diadakan di Istana Maharaja.
Di Jepun, Padi pernah digunakan untuk membayar cukai dan juga gaji. Ia merupakan asas yang telah begitu lama dalam perniagaan pertukaran barang( barter trade,) ketika itu wang belum lagi diujudkan sehinggalah abad ke-17. Kombinasi unik berbentuk sekular dan yang berunsurkan keagamaan mengenai kepentingan padi berkembang di kebanyakkan negara-negara Asia.
Sementara itu padi juga dikembangkan kearah Barat. Greek dan Roman Kuno tahu mengenainya dan walaupun makanan itu tidak disebut didalam kitab Injil tapi ia ada disebut didalam ‘Talmud Yahudi’ yang menanggarkan ia mula tiba di Timur Tengah pada abad ke-6 sebelum masehi ( B.C.) walaupun ia kekal sebagai makanan yang jarang dan ganjil diwilayah tersebut. Masyarakat Arab memperkenalkan padi ke Eropah bila mereka mula menanam di kawasan jajahan mereka di Selatan Italy dan Sepanyol. (‘Paella’ yang terdiri dari pada nasi, kerang, ayam dan juga sayur-sayuran sekarang ini merupakan makanan terkenal di Sepanyol.)
Pada abad 11 masehi ( A.D.) nasi merupakan makanan utama pada hidangan masyarakat Arab. ( Dolma, daun anggur dimasukkan bersama daging dan nasi merupakan hidangan terkenal di Timur Tengah, Turki dan Greece. Pilaf atau Pilau sejenis lagi makanan Arab dikenali diperingkat antarabangsa, disediakan dengan cara memasak nasi dicampurkan dengan rempah-ratus, daging, ayam atau ikan.
Di Eropah, Nasi kekal sebagai makanan mewah. Sebagai contoh, dilaporkan pada abad ke-13, Henry III di England menganggapnya sebagai makanan asing, luar-biasa dan mahal seperti juga di Italy, ia didikenakan cukai yang berat sama seperti bahan ‘cinnamon.’ Sebahagian besar menganggapnya sebagai ubat. Sebahagian sejarahwan mencadangkan pengambil alihan perusahaan penanaman padi
di Selatan Eropah akibat dari berlakunya wabak penyakit yang membunuh hampir sepertiga penduduknya selain itu penanaman padi tidak memerlukan banyak tenaga buruh seperti penanaman barli atau gandum selain itu membuahkan hasil yang lumayan.
Sekarang ini, “ricotto” yang disediakan dalam bentuk nasi dihidangkan bersama tomato, keju dan juga ayam atau lain-lain, merupakan makanan biasa di Italy. Nama itu diperolehi dari orang-orang Italy untuk beras, ‘riso.’ Nasi sekarang ini didapati begitu banyak dalam hidangan masyarakat Italy hingga mereka menghasilkan ais-krim berperasa nasi!
Penerimaan terhadap padi agak lewat diutara Eropah tetapi pada tahun 1747. sebuah buku masakan Inggeris berjudul “The Art of Cooking Made Plain and Easy” mengandungi 20 resepi yang menyebut ‘beras / Nasi.’ Seabad kemudian, beras yang telah diketahui dan telah tersebar begitu luas di Asia, kalah dengan keangkuhan manusia. Ia dikatakan sebagai ‘makanan orang miskin’ di Asia Timur, tidak mendapat simpati terkecuali ‘puding nasi’ yang terkenal dikalangan penuntut British untuk beberapa generasi.
Pada Tahun 1842 terdapat juga tuduhan mengenai Padi / beras / nasi dalam buku petua urusan rumah tangga yang menyebut “terdapat kepercayaan diperingkat akar-umbi di England bahawa pemakanan nasi yang berlebihan mengakibatkan buta tetapi pendapat ini bukan berasaskan pengalaman. Hanya selepas beberapa dasawarsa, nasi banyak dinikmati semula di Utara Eropah.
Anehnya, nasi bagaimanapun menjadi sebahagian dari keperluan perayaan Hari Natal ( christmas ) di Finlan. Bubur nasi dinikmati pada malam sebelum Hari Natal lebihannya akan dihiris, digoreng dan dihidangkan bersama makanan lain pada hari berikutnya. Lebih jauh ke Barat, penjajah Sepanyol dan Portugis memperkenalkan padi kebahagian tengah Amerika. Padi juga ditanam diwilayah jajahan Amerika Utara yang dimulakan oleh masyarakat Inggeris.
Ia mula ditanam di Virginia pada 1620 dan Selatan Carolina pada 1690. Berdasarkan cerita dongeng dinegara itu, penanamanya bukan dirancang tetapi secara kebetulan kerana ‘nasib malang.’
Kononnya sebuah kapal yang sedang belayar dari Madagascar tiba-tiba mengalami kerosakkan diperairan Virginia dan sebagai menghargai bantuan yang diberikan oleh masyarakat tempatan disana, sekarung padi diberikan oleh nakhoda kapal itu kepada mereka. Padi tumbuh subur sesuai dengan cuaca diselatan Amerika. Hasil tanamannya kemudian diexport meskipun kepentingannya berkurangan selepas pembasmian perhambaan (abolition of slavery.)
Pusat perusahaan penanaman padi di Amerika sekarang ini beralih ke lembah Mississippi dimana tanahnya yang kurang berpaya agak sesuai untuk mengunakan jentera. Creoles di Selatan Amerika dan kawasan Caribbean merupakan pembekal beras didunia. ‘Jambalaya” merupakan makanan nasi yang direbus bersama daging ayam, ikan, bawang dan rempah-ratus.
Kini, 90% bekalan beras dunia masih datang dari negara-negara Asia dengan China sebagai pengeluar dan pembekal utamanya dianggarkan sekitar 180 juta ton setahun, India juga banyak mengusahakan penanaman padi tapi jenis-jenis (varieties) padi yang ditanam kurang dari yang terdapat dinegara China. Hasil padi di Jepun dan Australia lebih banyak dari jiran mereka, China tetapi kurang diusahakan. Tidak seperti tanaman bijirin lain, kebanyakan hasil padi disana adalah untuk keperluan tempatan dan hanya lebih kurang 3% sahaja dieksport.
Thailand merupakan pengeksport beras utama dunia diikuti oleh USA dan juga Vietnam. Negara China mempunyai ‘perjanjian sulit’ dimana eksport berasnya yang berkualiti tinggi ditukar untuk keperluan memperolehi pendapatan tukaran asing dengan mengimport beras jenis kurang berkualiti untuk makanan tempatan.
Di Australia, kempen paling berkesan melalui iklan telah mendorong pengambilan / pemakanan nasi dengan banyaknya dan agak mengejutkan, negara itu telah tersenarai sebagai negara ke-6 pengeksport beras terbesar didunia. Tanpa diduga, negara-negara di Asia seperti Taiwan dan Jepun, penghasilan dan pengambilan / pemakanan nasi sebenarnya menurun dan digalakkan oleh kerajaan disana.
Begitupun, seorang rakyat Jepun akan memakan 65 kilogram nasi setahun berbanding dengan lebih kurang 3 kilogram untuk orang di Barat. Kerajaan Jepun secara khusus mempunyai hubungan yang kompleks dengan beras / nasi kerana keengganannya mengimport makanan kebangsaan mereka itu dari lain-lain negara didunia. Meskipun baru-baru ini, konsessi telah dibuat.
Akibat dari pengharaman dan pemberian subsidi yang begitu banyak untuk para petani, dinegara Jepun beras pada umumnya sangat mahal berbanding dilain-lain negara.
Para suri rumah dinegara matahari terbit itu masih mengelak dari bahan-bahan import asing yang murah dan mudah diperolehi mungkin untuk terus membolehkan mereka membayar cukai beras seperti pada masa dahulu atau agaknya mereka khuatir ‘menyakiti hati’ Tuhan padi Jepun.
Ini jelas menunjukkan, bila tiba kepada perkara PADI ia bukan setakat bahan makanan asas belaka tetapi ia merupakan tumbuhan yang berkat dan memiliki kuasa ghaib yang terus memegang peranan penting dalam kebudayaan didunia !​

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://iniceritadunia.blogspot.com/2025/10/sejarah-padi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Sejarah Ringkas Komputer Kuantum

Video Sejarah Ringkas Komputer Kuantum

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 159 hits
Oleh Editor MajalahSains Komputer kuantum ialah generasi baharu teknologi pengkomputeran yang menggunakan prinsip fizik kuantum untuk memproses maklumat Tidak seperti komputer klasik yang beroperasi berdasarkan bit yang hanya bernilai 0 ata...
Govt Boosts Padi Farmers With Record Rm2 62 Bil In Subsidies

Govt Boosts Padi Farmers With Record Rm2 62 Bil In Subsidies

papar berkaitan - pada 11/10/2025 - jumlah : 86 hits
THE government remains committed to supporting padi farmers with an RM2 62 bil allocation for subsidies in Budget 2026 the highest sum in the nation s history said Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim The Finance Minister said the fundin...
Sejarah Dan Asal Usul Flotilla Ke Gaza

Sejarah Dan Asal Usul Flotilla Ke Gaza

papar berkaitan - pada 3/10/2025 - jumlah : 240 hits
AssalamualaikumSejarah Dan Asal Usul Flotilla Ke Gaza Dunia sentiasa dikejutkan dengan berita tentang Israel menyerang Gaza sehingga puluhan ribu yang terkorban Rakyat Palestine menjadi mangsa keganasan Israel Allahuakhbar Kali nie aku nak ...
Kru Jadi Gamechangers Catat Sejarah Adakan Konsert Ke 5 Dalam Setahun

Kru Jadi Gamechangers Catat Sejarah Adakan Konsert Ke 5 Dalam Setahun

papar berkaitan - pada 8/10/2025 - jumlah : 136 hits
KRU Jadi Gamechangers Catat Sejarah Adakan Konsert Ke 5 Dalam Setahun Sejarah industri tempatan terus tercipta secara am dan khususnya buat pemuzik tanah air sebelum 2025 menutup tirai Sejarah peribadi dan epik bakal dilakar penganjur Icon ...
Dari Jeriji Besi Ke Galeri Seni Menjejak Sejarah Di Kotajail Johor Bahru

Dari Jeriji Besi Ke Galeri Seni Menjejak Sejarah Di Kotajail Johor Bahru

papar berkaitan - pada 12/10/2025 - jumlah : 112 hits
Assalamualaikum Hari Ahad lepas SA 3 beranak mengambil keputusan untuk keluar dari rutin biasa dan lawat sebuah tempat yang agak unik di iaitu Tempat ini sudah dijadikan tarikan pelancongan ruang kreatif bukan sekadar bangunan lama dan peng...
Dari Jeriji Besi Ke Galeri Seni Menjejak Sejarah Di Kotajail Johor Bahru Part 2

Dari Jeriji Besi Ke Galeri Seni Menjejak Sejarah Di Kotajail Johor Bahru Part 2

papar berkaitan - pada 12/10/2025 - jumlah : 113 hits
Assalamualaikum Lepas dah melawat bilik bilik atau sel sel penjara dengan cuba menutup pintu salah satu sel penjara yg memang besi padu giler berat pintu sel tu confirm banduan yang kena penjara susah nak melarikan diri dinding dinding penj...
Disambut Setiap 13 Oktober Kenali Sejarah Unik International Day For Failure

Disambut Setiap 13 Oktober Kenali Sejarah Unik International Day For Failure

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 52 hits
Disambut Setiap 13 Oktober Kenali Sejarah Unik International Day For Failure Setiap insan yang hidup di dunia ini pasti pernah merasai kegagalan malah ia adalah lumrah kehidupan yang tidak dapat dielakkan Kegagalan bukanlah tanda kelemahan ...
Consider Sarawak S Special Grant Formula In Next Budget Says Sim

Madani Government Pledges More Affordable Homes Under Rumah Mesra Rakyat Initiative To Ease Burden On B40 Families

Macc Chief Points To Nepal In Warning Against Graft

Perbezaan Takaful Dan Insurans Biasa Mana Sesuai Untuk Anda

The Seamless Path From Cryptocurrency To Amazon Purchases

Ffc X Tmtg 9 Aktivis Malaysia Selamat Tiba Di Tanah Air

Mic And Mca Remain Core Bn Partners Despite Overtures From Pn Zahid

Argus168 25 Argus168 Top 35 By Jaxon


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sejarah Padi

Cara Lajukan Laptop Belajar Terus Dengan Chatgpt

Anak Kita Dunia Kita Bila Akhlak Jadi Krisis

Realme Game Of Thrones Limited Edition Rekaan Epik Prestasi Hebat

Hubungan Kaedah Green Dengan Supersimetri Kuantum Mudahnyabacajurnal

Jangan Uji Sabar Orang Baik Sekali Dia Marah