Sejarah Kerajaan Minoriti Di Seluruh Dunia Kebaikan Dan Keburukannya


Kerajaan minoriti adalah sebuah kerajaan yang dibentuk oleh sesebuah parti atau beberapa parti yang tidak mempunyai kelebihan majoriti di Parlimen.

Di bawah kerajaan ini, polisi atau undang-undang hanya boleh diluluskan selepas mendapat sokongan bilangan ahli parlimen mencukupi sekaligus menggalakkan penglibatan parti-parti dalam parlimen.


Bagaimanapun, ia tidak stabil berbanding kerajaan majoriti, kerana sekiranya ahli-ahli parlimen yang menentang tidak bersetuju dengan polisi yang hendak diluluskan, mereka boleh menolak atau mengadakan undi tidak percaya terhadap kerajaan berkenaan.

Justeru, untuk mengelak perkara sebegitu berlaku, kerajaan minoriti harus membentuk perjanjian keyakinan dan bekalan dengan parti-parti tertentu atau ahli parlimen bebas.

Perjanjian ini ialah parti-parti tertentu atau bebas bersedia menyokong kerajaan minoriti dengan undi kepercayaan atau menyokong usul belanjawan kerajaan sama ada dengan mengundi sokong atau memilih berkecuali.

Namun, parti-parti ini masih mempunyai hak mengundi usul-usul yang memihak kepada mereka atau berdasarkan hati nurani mereka dalam usul perundangan.

Aturan sebegini bukan perkara baru dalam soal kerajaan minoriti. Misalnya pada tahun 2017, selepas Parti Konservatif UK gagal membentuk majoriti, mereka membuat perjanjian keyakinan dan bekalan dengan Parti Kesatuan Demokratik (DUP).

Tetapi, mampukah kerajaan minoriti yang dicadangkan itu berlaku di Malaysia?

Kerajaan minoriti memerlukan ihsan dari pihak lawan untuk meluluskan undang-undang atau polisi yang cuba dilaksanakan, sekaligus menjadikan kerajaan tersebut kerajaan yang lemah.

Ini berlaku kepada kerajaan Parti Buruh UK pada tahun 1977. Perdana Menteri ketika itu, James Callaghan berhadapan usul undi tidak percaya dari parti-parti pembangkang.

James Callaghan baru saja menjawat jawatan berkenaan selama setahun menggantikan Harold Wilson.

Untuk mengelak situasi undi tidak percaya berlaku kepada mereka, James Callaghan mengadakan perjanjian dengan Parti Liberal Demokrat yang diketuai David Steel.

Sebagai tukaran kepada sokongan dalam usul undi tidak percaya, beberapa cadangan parti berkenaan akan diterima oleh Parti Buruh.

Namun, perjanjian tersebut ditamatkan pada September 1978 dengan Parti Buruh mengumumkan tidak mengadakan pilihan raya umum pada musim luruh 1978 dan akibatnya, kerajaan James Callaghan ditumbangkan dalam usul undi tidak percaya pada Mac 1979.

Ini memaksa beliau mengadakan pilihan raya beberapa bulan selepas itu dan pada Mei 1979, Parti Konservatif yang diketuai Margaret Thatcher menduduki No 10 Downing Street.

Situasi sama turut melanda India pada tahun 1996 hingga 1998. Pada tahun itu, 13 parti kecil membentuk satu perikatan politik yang dipanggil Barisan Bersatu (UF/BB).

Pada pilihan raya umum 1996, keputusan pilihan raya menyaksikan tiada parti berjaya meraih kelebihan majoriti.

Parti Bharatiya Janata (BJP) mempunyai bilangan kerusi terbesar iaitu 161 kerusi dari 543 kerusi dan dijemput membentuk kerajaan. Hasilnya, Atal Bihari Vajpayee dilantik sebagai Perdana Menteri.

Tetapi Atal Bihari Vajpayee gagal mendapat sokongan majoriti di Parlimen dan kerajaannya tumbang 13 hari kemudian.

Selepas itu, Parti Kongres yang mempunyai 140 kerusi dijemput melakukan perkara sama tetapi menolak berbuat demikian.

Ini yang membawa kepada pembentukan kerajaan BB yang disokong Parti Kongres dan Parti Komunis India-Marxist (PKI-M) dengan H.

D. Deve Gowda dilantik sebagai Perdana Menteri, bagaimanapun beliau hanya bertahan setahun (1 Jun 1996 – 21 April 1997) apabila Kongres menarik balik sokongan atas alasan tiada komunikasi antara BB dengan parti berkenaan.

Bagaimanapun, Parti Kongres beralah apabila BB melantik I. K. Gujral sebagai Perdana Menteri baru.

Malangnya, I K. Gujral hanya bertahan selama setahun (21 April 1997 – 19 Mac 1998) sebelum kerajaannya tumbang gara-gara pelbagai kontroversi berlaku ketika itu yang mendorong Parti Kongres menarik diri.

Justeru, sekiranya idea kerajaan minoriti diteruskan juga, permusuhan dan perbalahan membabitkan drama politik negara takkan berakhir.

Ia akan terus dimainkan sehingga ke satu tahap dimana negara akan berada dalam keadaan pegun kerana dasar dan polisi tak boleh dibuat.

Dalam keadaan negara yang sedang berhadapan dengan krisis ekonomi yang semakin hari semakin teruk, rakyat memerlukan kerajaan yang kuat.

Justeru, perlunya sebuah kerajaan yang memiliki mandat semula daripada rakyat untuk memperbaiki keadaan.

Bayangkan, dengan kerajaan sebelum ini pun ekonomi negara sudah tunggang-langgang, memperjudikan nasib dengan menyokong kerajaan minoriti yang juga menunggu masa untuk rebah adalah sangat membebankan.

Kalau anda sendiri seorang pelabur, adakah anda akan masuk melabur di Malaysia?

Itu baru masalah ekonomi, belum lagi masalah-masalah lain seperti masalah sosial dan hubungan antara kaum.

Sama-samalah kita menyuarakan dengan tegas mandat memilih kerajaan dikembalikan kepada rakyat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Apa Yang Akan Berlaku Jika Negara Muflis?10 Perkara 'Menakutkan' Apabila Nilai Mata Wang Negara Jatuh!
sumber: (1)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2022/11/sejarah-kerajaan-minoriti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Hamidi Dedah Agong Campur Tangan Dalam Pembentukan Kerajaan Minoriti Anwar Ibrahim

Zahid Hamidi Dedah Agong Campur Tangan Dalam Pembentukan Kerajaan Minoriti Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 287 hits
Hal ini berlaku selepas Yang Dipertuan Agong menitahkan semua 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional supaya menyokong dan mengambil bahagian dalam kerajaan yang bukan diterajui oleh Perikatan Nasional Ahmad Zahid Hamidi 1 Alhamdulillah kemelut p...
Kerajaan Minoriti Pn Mungkin Terbentuk Dahulu

Kerajaan Minoriti Pn Mungkin Terbentuk Dahulu

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 124 hits
Bekas Setiausaha Agung BN Tan Sri Annuar Musa berpandangan adalah tidak mustahil Perikatan Nasional terlebih dahulu berjaya membentuk kerajaan ketika rundingan BN dan Pakatan Harapan belum dimuktamadkan Beliau mendakwa terdapat gerakan pera...
Sejarah G20 Dan Apa Yang Akan Dibahas Para Pemimpin Dunia Di Bali

Sejarah G20 Dan Apa Yang Akan Dibahas Para Pemimpin Dunia Di Bali

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 210 hits
Para pemimpin negara yang tergabung dalam G20 akan berkumpul di Bali pada 15 16 November mendatang
Perlembagaan Benarkan Pembentukan Kerajaan Minoriti

Perlembagaan Benarkan Pembentukan Kerajaan Minoriti

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 181 hits
MOHAMED HANIPA MAIDINPRU 15 di Malaysia tanpa disangka melahirkan fenomena hung parliament atau parlimen tergantung Ini berlaku kerana tidak ada mana mana gabungan politik yang dominan yang berjaya mencapai angka majoriti mudah iaitu 112 ke...
Black Panther Wakanda Forever Kutip As 114 Juta Seluruh Dunia Pada Hari Pembukaan

Black Panther Wakanda Forever Kutip As 114 Juta Seluruh Dunia Pada Hari Pembukaan

papar berkaitan - pada 14/11/2022 - jumlah : 148 hits
Filem sekuel terbaru MCU Black Panther Wakanda Forever menunjukkan prestasi baik pada hari pembukaan tayangannya apabila mengutip AS 114 juta di box office antarabangsa Dari jumlah tersebut sebanyak AS 84 juta diraih di pasaran domestik AS ...
Kutip As 353 Juta Seluruh Dunia Black Adam Masih Belum Untung

Kutip As 353 Juta Seluruh Dunia Black Adam Masih Belum Untung

papar berkaitan - pada 18/11/2022 - jumlah : 202 hits
Kutipan terkini Black Adam sudahpun mencecah AS 353 juta seluruh dunia dengan AS 200 juta diraih di pasaran antarabangsa Namun adakah kutipan sebanyak itu sudah cukup untuk menjamin keuntungan filem komik superhero lakonan Dwayne Johnson Th...
Bentuk Kerajaan Minoriti Jika Masih Buntu

Bentuk Kerajaan Minoriti Jika Masih Buntu

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 127 hits
Tuty Haryanti Ahmad Rodziam hmetro com myKuala Lumpur Malaysia berisiko menjadi kerajaan minoriti jika blok parti sedia ada gagal mewujudkan gabungan bagi membentuk kerajaan Pakar Perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Prof Dr Nik ...
Penubuhan Kerajaan Minoriti Jika Tiada Majoriti Mudah

Penubuhan Kerajaan Minoriti Jika Tiada Majoriti Mudah

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 203 hits
Yang di Pertuan Agong perlu melantik seorang Perdana Menteri walaupun mungkin partinya tidak mempunyai cukup majoriti dalam PRU bagi membentuk sebuah kerajaan minoriti jika tiada penyelesaian kukuh untuk mendapatkan sebuah kerajaan majoriti...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya