Sejarah Badminton Negara Servis Sidek



Pada penghujung dekad 1970-an 'lahir'nya beberapa bintang sukan muda yang dikenali sebagai anak-anak Sidek atau adik beradik Sidek. Misbun Sidek, Razif Sidek dan Jalani Sidek mencipta nama dalam arena sukan badminton Malaysia dalam masa yang begitu cepat. Banyak kejuaraan yang mereka menang di dalam negara ketika itu hingga layak dipilih mewakili negara ke pertandingan badminton peringkat antarabangsa dalam usia yang masih remaja.
Adik beradik Sidek menjadi terkenal serta merta dalam arena badminton antarabangsa setelah mereka memperkenalkan teknik servis (pukulan bulu tangkis) yang luar biasa, yang tidak pernah terfikir boleh dilakukan oleh mana-mana pemain badminton di dunia. Teknik servis tersebut kini dikenali sebagai Servis Sidek.
Cara melakukan Servis Sidek ialah dengan sebelah tangan memegang kepala bulu tangkis ke arah atas, manakala bahagian bulunya pula menghala ke arah permukaan gelanggang. Sebelah tangan lagi yang memegang raket perlu berada dalam kedudukan untuk membuat pukulan backhand (memukul bulu tangkis dengan tolakan pergelangan tangan, dan bukannya dengan hayunan keseluruhan tangan). Setelah berada dalam kedudukan tersebut, servis akan dilakukan dengan tolakan raket ke arah bahagian bulu. Bulu tangkis yang dipukul sebegitu akan berpusing-pusing melayang ke arah gelanggang lawan. Servis Sidek dianggap menyukarkan pihak lawan untuk membalas pukulan kerana pihak lawan perlu betul-betul pasti bilakah kepala bulu tangkis yang berpusing-pusing itu akan menghadap ke arah mereka sebelum ia boleh dipukul kembali, kerana pukulan balas yang salah pada bahagian bulu akan menyebabkan hantaran yang tidak sempurna malah boleh menyebabkan bulu tangkis melekat pada jaringan raket pihak lawan.
Penggunaan Servis Sidek mendapat banyak bantahan dalam arena badminton antarabangsa ketika itu, tetapi bukanlah kerana ia memberi kelebihan kepada adik beradik Sidek semata-mata. Servis Sidek sebenarnya boleh digunakan oleh semua pemain badminton di seluruh dunia untuk kelebihan mereka sendiri, malah adik beradik Sidek sendiri juga tidak terlepas daripada menjadi 'mangsa' teknik servis ciptaan mereka itu. Kontroversi teknik pukulan bulu tangkis yang luar biasa itu memaksa Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) mengambil keputusan untuk mengharamkan penggunaan Servis Sidek pada 1980. Oleh kerana terdapat perbezaan pendapat di mana beberapa buah negara selain Malaysia telah menyokong penggunaan Servis Sidek, maka pengharaman itu dibatalkan setahun kemudian.
Pada 29 Mac 1982, pasangan beregu Razif (19 tahun) dan Jalani (18 tahun) mencipta sejarah dengan memenangi pertandingan badminton berprestij All England yang sudah lama tidak dimenangi oleh Malaysia. Sejurus selepas itu IBF mengambil keputusan untuk mengharamkan terus Servis Sidek daripada digunakan dalam semua pertandingan badminton di seluruh dunia dengan alasan bahawa bulu tangkis dicipta untuk dipukul pada bahagian kepalanya dan bukan bulunya. Walaupun begitu, kejayaan adik beradik Sidek menjuarai satu demi satu pertandingan badminton antarabangsa selepas itu membuktikan kehandalan semulajadi mereka dalam sukan ini. Sekiranya Servis Sidek tidak diharamkan dulu, mungkinkah telah tercipta pula teknik pukulan balas yang tidak kurang hebatnya?
<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://iniceritadunia.blogspot.com/2022/05/sejarah-badminton-negara-servis-sidek.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jaguh Badminton Perseorangan Lelaki Negara Lee Zee Jia Kini Rangking Kelima Dunia

Jaguh Badminton Perseorangan Lelaki Negara Lee Zee Jia Kini Rangking Kelima Dunia

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 160 hits
KUALA LUMPUR Jaguh badminton perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia melonjak satu anak tangga ke kedudukan kelima ranking Persekutuan Badminton Dunia selepas meraih 90 378 mata daripada 41 kejohanan disertainya Berdasarkan kedudukan ranking...
Seramai 1 5 Juta Rakyat Malaysia Menetap Di Luar Negara Dan Majoritinya Adalah Anti Kerajaan

Seramai 1 5 Juta Rakyat Malaysia Menetap Di Luar Negara Dan Majoritinya Adalah Anti Kerajaan

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 161 hits
Pada PRU tahun 2018 salah satu sebab Barisan Nasional tumbang ialah kerana ramai rakyat Malaysia dari luar negara balik untuk mengundi BN menang besar di PRN Melaka dan juga di Johor disebabkan ramai pengundi tak balik kampung untuk mengund...
Sukan Sea Vietnam 2021 Emas Terlepas Ziyad Bawa Balik Gangsa Buat Negara

Sukan Sea Vietnam 2021 Emas Terlepas Ziyad Bawa Balik Gangsa Buat Negara

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 164 hits
Muhammad Ziyad berjaya meraih pingat gangsa dalam acara lontar peluru lelaki pada temasya Sukan SEA Vietnam 2021 sebentar tadi HANOI Atlet paralimpik negara Muhammad Ziyad Zolkefli berbangga apabila berjaya meraih pingat gangsa dalam acara ...
Umno Tiada Dna Cetus Kekacauan Kata Zahid Lupa Tarik Sokongan Jejas Kestabilan Negara

Umno Tiada Dna Cetus Kekacauan Kata Zahid Lupa Tarik Sokongan Jejas Kestabilan Negara

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 227 hits
agendaily com15 5 2022Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika mengumumkan penarikan sokongan 15 Ahli Parlimen UMNO terhadap Kerajaan Perikatan Nasional dan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 3 Ogos 2021 Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi b...
Berjuang Demi Negara Netizen Sebak Lihat Pesilat Negara Cedera Tapi Tetap Terus Berlawan

Berjuang Demi Negara Netizen Sebak Lihat Pesilat Negara Cedera Tapi Tetap Terus Berlawan

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 147 hits
Tular video pesilat negara Al Jufferi Jamari yang kelihatan cedera sewaktu menentang pesilat dari Indonesia Iqbal Candra Pratama telah membuatkan ramai penyokong team Malaysia panik Memetik laporan dari Astro Arena kecederaan dialami Al Juf...
Puteri Sarah Nak Dua Anak Teroka Dunia Pasang Niat Hantar Belajar Luar Negara Jangan Malukan Nama Mama Okey

Puteri Sarah Nak Dua Anak Teroka Dunia Pasang Niat Hantar Belajar Luar Negara Jangan Malukan Nama Mama Okey

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 227 hits
Umum tahu pelakon Puteri Sarah dan dua anaknya bercuti di Turki selepas dari menunaikan umrah sejak 21 April lalu Rancang masa depanMenerusi Instagram Stories Puteri Sarah memaklumkan kehadiran dia ke sana bukan sekadar untuk melancong Dala...
Cadangan Petronas Ambil Alih Sapura Energy Perlu Lihat Prestasi Kewangan Negara Kata Mustapa

Cadangan Petronas Ambil Alih Sapura Energy Perlu Lihat Prestasi Kewangan Negara Kata Mustapa

papar berkaitan - pada 14/5/2022 - jumlah : 124 hits
Cadangan Petronas ambil alih Sapura Energy perlu lihat prestasi kewangan negara kata Mustapa Dikemas kini 2 jam yang lalu Di
Ulasan Kesan Ngeri Konsep Negara Berpendapatan Tinggi Najib

Ulasan Kesan Ngeri Konsep Negara Berpendapatan Tinggi Najib

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 148 hits
ULASAN Kesan ngeri konsep negara berpendapatan tinggi Najib Dalam debat semalam Najib Razak menyebut dengan tegas jangan tinggalkan idea negara berpendapatan tinggi Mana mana kerajaan dan perdana menteri ketika pentadbiran mereka akan selal...
Negara Asean Bakal Bentuk Standar Protokol Kesehatan Bersama

Negara Asean Bakal Bentuk Standar Protokol Kesehatan Bersama

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 149 hits
Menteri Kesehatan Budi Gunadi Sadikin mengatakan negara anggota ASEAN akan mengeluarkan joint statement mengenai standar protokol kesehatan Protokol kesehatan menjadi atensi setelah pandemi Covid 19 melanda dunia
Economists Tout Entrepreneurship As Panacea For Poverty

Teroka Pemikiran Baharu Bina Ekosistem Teknologi Ai

Maksud All Eyes On Rafah

Majlis Rumah Terbuka Koperasi Norras Berhad

Savour Malaysia Tour Packages Provided By Malaysian Aviation Group

3 Top Rated Things To Do In Jakarta

Jengah Kebun Melihat Tanaman

Vivo Unveils The Perfect Night Party 2024 At Zepp Kuala Lumpur



Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra


Bezakan Diri Anda Dari Pesaing Dengan Kotak Dan Sticker Yang Unik

Penjawat Awam Ditahan Salah Guna Jawatan Luluskan Rm12 000 Untuk Kegunaan Diri

Berkait Rasuah Di Perlis Sprm Cadangkan Seorang Suspek Didakwa

Beware Misplaced Trust In Pseudo Intellectuals

Menu Tengahari Sup Ayam Ala Thai Kobis Goreng

Undang Luak Rembau Selamat Dikebumikan