Sejak Aku Amalkan Jadi Morning Person Ni Rezeki Allah Masuk Bertubi Tubi
Walaupun bangun pagi bukannya perkara yang susah pun, tapi seringkali menjadi masalah untuk kebanyakan orang.
Padahal banyak manfaat akan kita perolehi yang umum sendiri tahu jika kita bangun awal pagi.
Ikuti perkongsian @ZacjZakirin13 di Twittter tentang mengapa seseorang itu perlu bangun pagi ataupun be a morning person.
Selain daripada yang kita semua biasa buat iaitu solat Dhuha, baca Quran, bersedekah dan sebagainya. Waktu seawal pagi ini jugalah terbentang luasnya pintu rezeki. Selalunya akan ada benda yang baik dan yang tak disangka-sangka akan berlaku kepada kita.
Sejak aku amalkan untuk jadi morning person bermula daripada awal tahun ni, aku dapat rasakan hidup aku makin berubah yang mana menjadi lebih produktif. Rezeki masuk bertubi-tubi. Contohnya tahun ni saja, aku dapat 2 tawaran dari US company. Satu audit firm, dan satu lagi Oil and Gas.
Korang tahu tak, kalau kita ambil rahsia 10 orang top yang berjaya dalam dunia ni, mereka semua mempunyai ‘habit’ yang sama, bangun awal pagi dan bermeditasi untuk dapatkan aura positif untuk diri mereka. Rasulullah pula bangun seawal pagi utk tahajjud, subuh berjemaah dan berdakwah. Ini adalah kunci kejayaan dlm hidup.
Sejujurnya, aku rasa lebih positif dalam hidup ni. Terdapat banyak masa yang boleh dihabiskan dengan berbuat perkara yang baik. Dan setiap masalah yang datang, aku anggap ujian dari Allah. Dan aku juga dapat rasakan, kalau kita dapat bersabar dan tempuhi dengan setiap ujian yg Allah bagi ini, akan ada “reward” disebalik itu.
Aku nak ucap terima kasih sangat-sangat dekat pengurus lama aku, a good brother to me, Fauzan Abdullah sebab dia lah yang share tips ni dekat aku. Aku boleh nampak hidup dia sedang berubah kearah yang lebih baik. Hopefully you will be Partner in Big 4.
Jadi abang, adik, kakak, marilah kita bangun di awal pagi dan buat perkara yang bermanfaat serta berguna. Jadilah orang yang positif dan dekatilah juga orang-orang yang memberikan aura positif kepada kita. Anda akan rasa hidup anda berubah selepas itu.
Sumber : Twitter
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2019/11/17/sejak-aku-amalkan-jadi-morning-person-ni-rezeki-allah-masuk-bertubi-tubi/