Sejahtera Madani Inisiatif Menoktahkan Kemiskinan Tegar


Kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan inisiatif “Sejahtera MADANI”, satu pendekatan holistik untuk menoktahkan golongan miski tegar.
Program ini memberi tumpuan kepada penyelarasan intervensi bantuan merentas kerajaan, swasta dan masyarakat sivil untuk mengurangkan kemiskinan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat berdaftar dalam sistem eKasih.
Dalam usaha ini, kerajaan telah berjaya mengumpul dana hampir RM120 juta melalui sumbangan korporat. Sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini disalurkan ke dalam Tabung Kesejahteraan Rakyat, dan syarikat yang terlibat diberikan potongan cukai.
Kerjasama strategik antara kerajaan dan swasta ini membuktikan bahawa isu kemiskinan tegar adalah tanggungjawab bersama, dan penyelesaiannya memerlukan pendekatan yang menyeluruh.
Apa itu inisiatif Sejahtera MADANI?
Program Sejahtera MADANI ialah satu inisiatif nasional yang diselaras oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) untuk membantu isi rumah miskin dan miskin tegar yang berdaftar dalam Sistem eKasih.
Program ini menghimpunkan pelbagai bentuk intervensi bantuan merentas kementerian, agensi dan pihak swasta bagi memangkas kemiskinan secara berfokus dan bersepadu.
Inisiatif Sejahtera MADANI memberi tumpuan utama kepada usaha menoktahkan kemiskinan tegar melalui pendekatan yang lebih mendalam dan tersusun.
Program ini bertujuan membantu isi rumah yang berada dalam kategori miskin tegar, terutamanya mereka yang tersenarai dalam Sistem eKasih.
Pendekatan ini bukan sahaja memberi bantuan kewangan, tetapi turut menawarkan bimbingan dan latihan kemahiran untuk membolehkan mereka menjana pendapatan sendiri.
Dengan tumpuan kepada pembasmian kemiskinan tegar, pemerkasaan ekonomi komuniti, serta pembangunan pendidikan dan kelestarian alam, ia mewujudkan ekosistem yang menyokong kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.
Kejayaan inisiatif ini bergantung kepada kerjasama berterusan antara kerajaan, korporat, dan masyarakat untuk merealisasikan matlamat Malaysia Madani.
Artikel berkaitan: SejaTi MADANI: Permohonan Bantuan Dana Kepada Komuniti
Skop Sejahtera MADANI Program Sejahtera MADANI menghimpunkan pelbagai bentuk intervensi bantuan merentas kementerian, agensi dan pihak swasta bagi membasmi kemiskinan secara berfokus dan bersepadu.
Ia memberi fokus kepada Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) eKasih menerusi empat fokus berikut:
Peningkatan pendapatan Pendidikan Perumahan Kebajikan Perincian bantuan untuk skop diatas adalah seperti berikut:
1. Peningkatan Pendapatan:
sokongan permulaan untuk isi rumah memulakan perniagaan kecil; latihan kemahiran baharu atau peningkatan kemahiran untuk meningkatkan kebolehpasaran kerja; bantuan modal dan peralatan niaga mikro; sokongan kewangan untuk aktiviti ekonomi komuniti setempat; program pembangunan keusahawanan untuk peserta eKasih; dan program khas sektor agro dan belia. 2. Pendidikan:
kelas tambahan percuma untuk pelajar keluarga eKasih; sokongan kewangan untuk barangan asas persekolahan; dan membantu anak-anak eKasih melanjutkan pengajian tanpa beban kewangan. 3. Perumahan:
baik pulih rumah usang atau tidak selamat; pembinaan rumah baharu untuk isi rumah tanpa tempat tinggal sesuai; penyambungan bekalan air dan elektrik; penglibatan syarikat dalam menaja kediaman; dan bantuan untuk kos sewaan bagi kes kecemasan/tiada kediaman tetap. 4. Kebajikan:
bantuan one-off untuk keperluan segera seperti barangan peralatan kesihatan, bakul makanan dan lain-lain. Manfaat inisiatif
Program inisiatif Sejahtera MADANI ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada pelbagai pihak seperti berikut:
Kepada Rakyat:
Meningkatkan taraf hidup keluarga miskin/miskin tegar melalui bantuan bersasar. Peluang menyertai program pendidikan, latihan kemahiran, bantuan perumahan dan keusahawanan. Akses kepada peluang pekerjaan dan kesihatan yang lebih baik. Kepada Syarikat/Organisasi:
Pengecualian cukai. Menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) secara berimpak tinggi dan terancang. Peluang menjadi rakan strategik kerajaan dalam membantu masyarakat. Meningkatkan reputasi dan penglibatan komuniti syarikat melalui projek berimpak sosial. Syarikat boleh terlibat melalui:
Penyediaan bantuan kewangan; dan Penyediaan bantuan in-kind; Syarikat yang berminat boleh mengemukakan cadangan penglibatan melalui borang penyertaan CSR yang disediakan di portal https://madani.icu.gov.my/sejahteramadani.
Maklumat Akaun Bagi Penerimaan Sumbangan Tabung Kesejahteraan Rakyat Semua sumbangan tunai kepada Jabatan Kerajaan Persekutuan melalui Tabung Kesejahteraan Rakyat di bawah Sejahtera MADANI ini layak mendapat potongan cukai pendapatan berdasarkan Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.
Berikut merupakan maklumat akaun rasmi bagi penerimaan sumbangan tabung Kesejahteraan Rakyat:
Nama Akaun: Tabung Kesejahteraan Rakyat
Bank: Bank Muamalat (BMMB)
No. Akaun: 16010001883714
Rujukan 1: <No. Telefon>
Rujukan 2: <Alamat e-mel>
Pembayar cukai yang membuat sumbangan kepada Tabung Kesejahteraan Rakyat perlu menyimpan bukti transaksi pindahan tunai selaras dengan kehendak di bawah Seksyen 82A bagi tujuan potongan cukai di bawah Subseksyen 44(6) ACP 1967 (Rujukan: Surat Kementerian Kewangan rujukan: MOF.TAX(S)700-1/3/70 (32) bertarikh 23 Julai 2025).

Tabung Kesejahteraan RakyatDownload Maklumat Lanjut dan Pertanyaan Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh hubungi pegawai yan bertugas seperti berikut:
Sekretariat Sejahtera MADANI
Unit Penyelarasan Pelaksanaan 
Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM)
Aras 1, Blok Barat, Bangunan Perdana Putra 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
Tel : 03-8872 3814/ 3844/ 6507/ 3812
E-mel: [email protected]
Soalan Lazim (FAQ) Sejahtera MADANI
Apakah itu Program Sejahtera MADANI? Program Sejahtera MADANI ialah inisiatif kerajaan untuk membasmi kemiskinan tegar secara menyeluruh melalui pendekatan Whole-of-Nation yang melibatkan pelbagai kementerian, agensi, sektor swasta dan komuniti.
Siapakah yang layak menerima bantuan di bawah program ini? Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) yang berdaftar dalam sistem eKasih dan dikenal pasti sebagai miskin tegar layak menerima bantuan.
Adakah program ini melibatkan peruntukan baharu? Tidak. Program ini menggunakan peruntukan sedia ada kementerian dan agensi serta sumbangan CSR daripada sektor swasta.
Bagaimanakah syarikat boleh terlibat dalam program Sejahtera MADANI ini? Syarikat boleh terlibat melalui:
Penyediaan bantuan kewangan; dan
Penyediaan bantuan in-kind;
Syarikat yang berminat boleh mengemukakan cadangan penglibatan melalui borang penyertaan CSR yang disediakan di portal https://madani.icu.gov.my/sejahteramadani.
Siapakah pihak yang terlibat dalam program inisiatif ini: Program ini melibatkan kerjasama pelbagai pihak:
Kerajaan Persekutuan: melalui kementerian dan agensi pelaksana/pemberi bantuan.
Rakan strategik : sumbangan strategik atau tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihak swasta/individu.
Keluarga Miskin dan Miskin Tegar dalam eKasih: sebagai penerima manfaat utama.
Adakah sumbangan CSR untuk program ini layak untuk potongan cukai? Ya. Semua sumbangan tunai kepada Jabatan Kerajaan Persekutuan melalui Tabung Kesejahteraan Rakyat di bawah Sejahtera MADANI ini layak mendapat potongan cukai pendapatan berdasarkan Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.
Adakah sumbangan in kind layak untuk potongan cukai? Sumbangan bantuan in kind tidak layak untuk potongan cukai.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/sejahtera-madani/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=sejahtera-madani

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemerintahan Madani Dalam Masa 2 Tahun Fakta Bukan Fitnah

Pemerintahan Madani Dalam Masa 2 Tahun Fakta Bukan Fitnah

papar berkaitan - pada 19/7/2025 - jumlah : 134 hits
Samsudin Jidin Mengikut cara Rasulullah mengutip cukai drpd org kaya dan kembalikan kepada yg miskin Gaji pencen kakitangan awam naik 15 Gaji minimum swasta naik RM1 700 Menyerap lebih 15 000 perjawatan kedoktoran dlm negara Bonus tahunan t...
Pm Madani Govt Strong Due To Unity Among Coalition Partners

Pm Madani Govt Strong Due To Unity Among Coalition Partners

papar berkaitan - pada 21/7/2025 - jumlah : 135 hits
The Madani government is strong because it adheres to the principles and spirit of unity among its coalition partners as well as their shared commitment to developing the country said Prime Minister Anwar Ibrahim He acknowledged that while ...
Over 100 Ministers And Mps Join Ukhuwah Madani Programme In Pd

Over 100 Ministers And Mps Join Ukhuwah Madani Programme In Pd

papar berkaitan - pada 21/7/2025 - jumlah : 142 hits
Over 100 government leaders including cabinet ministers and MPs took part in a community gotong royong this morning as part of the Madani Government Ukhuwah Leadership programme in the district The initiative led by Prime Minister Anwar Ibr...
Kursus Ahsan Madani Di Pusat Latihan Drb Hicom Port Dickson

Kursus Ahsan Madani Di Pusat Latihan Drb Hicom Port Dickson

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 150 hits
Bismillahhirahmannirrahim As Salam and greetings to dear readers Kursus Ahsan Madani Di Pusat Latihan DRB HICOM Port Dickson Balik dari berkursus macam semangat terus Mrs A nak up date kisah menghadiri kursus Ahsan Madani Walaupun terima Me...
Madani Gov T Trolled For Using Ksn To Ban Civil Servants From Joining Turun Anwar Rally

Madani Gov T Trolled For Using Ksn To Ban Civil Servants From Joining Turun Anwar Rally

papar berkaitan - pada 21/7/2025 - jumlah : 142 hits
DETRACTORS have questioned the rationale behind the call for civil servants to stay away from this Saturday s PAS inspired This is because civil servants must adhere to the pledge enshrined in the Rukun Negara particularly by upholding the ...
Adab Belajar Bila Ilmu Datang Tundukkan Hati Kita

Ikuti Saya Di Media Sosial

Domain Extension Startup Guide

Ambil Report Card

Us Tariff Reduced Without Compromising Red Lines Says Miti

Diplomasi Strategik Malaysia Dorong As Kurangkan Tarif Kepada 19 Peratus Miti

Lirik Lagu Mendayung Rindu Afieq Shazwan

Drama Seadanya Kita


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Adakah Kanak Kanak Boleh Mengambil Magnesium

My Favourite Way To Take A Break

Capai 2k Views Blog Ini Bukti Usaha Tidak Sia Sia

Breaking News Renault Group Acquires A Former Nissan Manufacturing Facility In India

Menantu Siti Nurhaliza Diserang Caprice

Beli Lakewood Pure Cranberry Di Jaya Grocer