Sedikit Pandangan Bagi Menteri Besar Pahang Dan Mb Lain Tanah Itu Kurang Penting


 



Berita hari ini :
https://www.msn.com/en-my/news/berita/jangan-jual-tanah-mb/ar-AAPPj50?ocid=msedgntp
laporkan nasihat Menteri Besar Pahang kepada orang Melayu jangan menjual tanah. Ini berita-nya:
Jangan jual tanah: MB
KUANTAN - Penerima tanah kekal tidak digalakkan menjual tanah 
mereka disaran membangunkan tanah tersebut dengan sewajarnya
kerajaan galakkan mereka kekalkan tanah untuk dibangunkan
MB Pahang Wan Rosdy kata tanah adalah aset bernilai yang perlu dikekalkan 
tanah perlu dipertahankan untuk diwariskan kepada anak-anak atau waris 
"Kita kena ingat, tanah kini sangat terhad dan tidak mudah untuk dapatkannya 
Kalau jual mungkin tiada lagi tanah yang boleh mereka miliki selepas ini, katanya
seramai 81 penduduk menerima surat hak milik tanah kekal 
My comments :
Jadi 81 orang di Pahang telah dapat geran tanah milik kekal atau freehold title. Bukan geran tanah Rizab Melayu. Elok lah itu. 
Maksudnya tanah itu adalah sangat penting. Dan tanah milik kekal (freehold title) jauh lebih bernilai daripada tanah rizab Melayu. 
Tanah itu sangat penting bagi masyarakat yang produktiviti-nya terhad oleh ketiadaan atau kekurangan dalam penggunaan teknoloji.
Masyarakat yang kurang faham teknoloji dan penggunaannya akan tetap terjerat dalam cara hidup nenek moyang kita sejak beratus dan beribu tahun - ia itu bergantung kepada faktor-faktor asas ekonomi seperti tanah, tenaga manusia, tenaga haiwan, modal (duit tunai) untuk bangunkan usaha ekonomi. Tetapi zaman telah berubah. Fakta ini makin kurang keperluan dan kebenarannya. 
Kita perlu bersyukur kerana kerajaan penjajah British telah pun bentangkan dan luluskan undang-undang Malay Reserves Enactment atau Enakmen Tanah Rizab Melayu di Parlimen British di London bermula tahun 1913 (108 tahun dahulu).  
https://www.jkptg.gov.my/en/panduan/senarai-undang-undang/akta-enakmen/enakmen-rizab-melayu
Malay Reserves Enactment
Malay Reservation Enactment
BACKGROUND

Malay Reservation Land Law (before the commencement of Malay Reservation Enactment) was introduced on 1st January 1914 when the Malay Reservation Enactment 1913 comes into force in the Federated Malay States that includes Perak, Selangor, Negeri Sembilan and Pahang. 
This Malay Reservation Enactment 1913 was repealed starting from 15th December 1933 and is replaced by the Malay Reservation Enactment 1933. In 1935, the Malay Reservation Enactment 1933 was reviewed and was republished as Malay Reservation Enactment (FMS Cap 142) and used until today.
It is later followed by other states, enacting their own Malay Reservation Enactment, that is :

Malay Reservation Enactment Kelantan 1930Malay Reservation Enactment Kedah 1931Malay Reservation Enactment Perlis 1935Malay Reservation Enactment Johor 1936Malay Reservation Enactment Terengganu 1941
Jadi akta Tanah Rizab Melayu telah digubal oleh penjajah British. 
Hari ini pula Tanah Rizab Melayu menjadi perjuangan hidup mati ahli politik penjual air liur.  
Tanpa mereka memahami pucuk pangkal atau kesan ekonomi tanah dan pembangunan tanah - melainkan taukeh-taukeh kaya selalu sedia belanja karaoke, berlayar atas kapal yacht, dan keluarkan banyak belanja lagi untuk mendapat tanah pembangunan.
Apakah sebabnya British telah gubal Enakmen Tanah Rizab Melayu tahun 1913, 1914 dan banyak kali mengubah enakmen itu pada 1931, 1933, 1935 hingga ke 1941? 
Apakah telah berlaku banyak gempa bumi dan tanah runtuh di Tanah Semenanjung yang memerlukan penggubalan demi penggubalan enakmen Tanah Rizab Melayu ?
Saya pun tak tahu lah tetapi percayalah apabila penjajah British membuat undang-undang (contohnya Akta Hasutan atau Enakmen Tanah Rizab Melayu) tujuannya mestilah untuk menguntungkan mereka dulu dan merugikan orang lain. 
Inilah kalimah wahid dalam falsafah penjajah - "I become rich you become poor". 
Apa yang telah berlaku ialah nilai tanah BUKAN RIZAB MELAYU (non-Malay Reserve land) telah pun naik, menjadi lebih mahal daripada Tanah Rizab Melayu. 
Maka penjajah British mampu menjual tanah BUKAN RIZAB MELAYU (non-Malay Reserve land atau tanah freehold atau tanah milik kekal) yang juga dibawah control mereka dengan harga yang lebih tinggi kepada pemaju ladang getah Eropah lain seperti Perancis, Belanda yang beroperasi di rantau kita pada zaman itu dan juga kepada orang bukan Melayu seperti orang Cina dan India.
Jadi Enakmen Tanah Rizab Melayu telah 'sempitkan' keluasan tanah yang ada untuk tujuan perladangan, pembangunan dan mendirikan pekan dan bandar - yang kelazimannya adalah aktiviti kegemaran bukan Melayu dan pelabur Eropah lain.  Maka harga tanah freehold atau tanah milik kekal menjadi jauh lebih mahal dan bernilai daripada Tanah Rizab Melayu.
Jadi dengan "one stroke of the pen" atau sedikit mainan 'menggubal undang-undang di Parlimen British' penjajah British menjadi lagi kaya sebab mereka yang control kesemua tanah di Semenanjung.  
Mereka boleh declare tanah ini Tanah Rizab Melayu, tanah freehold (milik kekal) dsbnya bukan saja ikut suka hati mereka tetapi yang jauh lebih penting ialah ikut lokasi strategik tanah berikut. 
Dan hari ini - selain daripada menjadi perjuangan hidup mati politik penjual air liur - kita melihat Tanah Rizab Melayu mempunyai nilai yang sangat rendah berbanding tanah milik kekal atau freehold. 
Dan sesudah 108 tahun Enakmen Tanah Rizab Melayu oleh British pada tahun 1913, berjuta ekar Tanah Rizab Melayu tidak menambah nilainya setaraf dengan tanah bukan Rizab Melayu.
Kecuali tanah Rizab Melayu itu terletak berhampiran kawasan bandar dan pembangunan bukan rizab Melayu. (Contohnya Sungai Pencala dan Kampong Baru di Kuala Lumpur). Akan tetapi dalam keadaan itu pun nilai dan harga tanah Rizab Melayu jauh lebih murah daripada tanah bukan Rizab Melayu. 
Tetapi setiap hari, tanpa putus, matahari masih terbit di timur dan terbenam di barat pada malam harinya. Masa masih berlalu. 
Dan pada abad ke-21 ini buat kali pertama dalam sejarah manusia dan sejarah dunia LAPAN orang daripada Top 10 manusia yang "amat paling terkaya" dalam dunia ia itu

Jeff Bezos (Amazon) mempunyai harta US$112 billionBill Gates (Microsoft) mempunyai harta US$90 billionMark Zuckerberg (Facebook) US$71 billionJack Ma (Ali Baba) US$39 billionMa Huateng (TenCent) US$47.5 billionSergei Brin (Google) US$47.5 billionLarry Paige (Google) US$48 billion.Larry Ellison (Oracle software) US59 billion

tidak perlu kepada tanah milik kekal 'freehold', tanah Rizab Melayu atau tanah leasehold untuk menjadi kaya. 
Mereka semua jadi seratus ribu kali lebih kaya daripada Karun daripada berniaga secara online. Berniaga di alam  "maya".  Samada mereka mencipta software, mereka berniaga dengan menggunakan software atau mereka berniaga dalam talian Online di Internet. Dan mereka boleh jadi kaya raya.
Syarikat Grab telah menjadi antara syarikat teksi yang terbesar di dunia tanpa mempunyai satu biji kereta pun.  
Air BnB telah menjadi hotel yang terbesar did dunia tanpa mempunyai satu biji bilik hotel pun. 
Urusan niaga mereka ialah menerusi talian online.  Saya sendiri menulis artikel dalam majalah luar negara secara Online dan boleh mencetak buku secara Online di luar negara tanpa perlu kepada pencetak buku yang menggunakan kertas.  
Dan gempa-bumi yang latest pula akibat pandemik Covid 19 yang telah membuktikan bahawa berpuluh juta manusia masih boleh bekerja, berniaga dan belajar tanpa perlu ke pejabat atau ke kuliah.  Walaupun dilanda pandemik Covid hampir kesemua universiti di Amerika masih sambung kelas dan kuliah menerusi talian Online tanpa gangguan. Walaupun kena pandemik Covid yang teruk, student di universiti mereka tidak berhenti belajar atau ditangguhkan tarikh graduation mereka.  
Zaman sudah berubah-lah Tuan-tuan.
Tetapi politik penjual air liur pula masih mainkan lagu tanah, tanah, tanah.  Sebab mereka pun adalah bebudak luar bandar yang kurang faham apa yang sedang berlaku dalam dunia moden ini.
Tanpa politik perkauman, tanpa politik ke-agamaan mereka makin mati akal untuk membawa bincang perkara yang lebih berguna dan lebih kekal untuk majukan nasib orang Melayu dan bukan Melayu dalam negara kita.  
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.
By Syed Akbar Ali 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/10/sedikit-pandangan-bagi-menteri-besar.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mus

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nota Penting Di Sebalik Surah Al Kafirun Selain Ditakuti Iblis Ini Fadilat Lain Yang Perlu Kita Ketahui

Nota Penting Di Sebalik Surah Al Kafirun Selain Ditakuti Iblis Ini Fadilat Lain Yang Perlu Kita Ketahui

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 129 hits
SALAH seorang sahabat saya baru beberapa bulan memeluk agama Islam Vektor kecintaannya terhadap agama suci ini dapat dilihat menerusi kesungguhannya menghafal surah dalam al Quran
Mgnews Kalau Menteri Beri Jawapan Bodoh Bodohlah Menteri Itu Khalid

Mgnews Kalau Menteri Beri Jawapan Bodoh Bodohlah Menteri Itu Khalid

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 218 hits
Kalau Menteri Itu Bodoh Beri Jawapan Bodoh Bodohlah Menteri itu Khalid Samad Semak imbang yang berkesan speker mesti menentukan dan ditegur dan dalam soal tambahan 45 billion itu perlu disemak dan ditentukan dengan telus
Kelemahan Pemimpin I Lam Itu Endiri Menjadi Pihak Lain Kuat Dan Pijak Kepala

Kelemahan Pemimpin I Lam Itu Endiri Menjadi Pihak Lain Kuat Dan Pijak Kepala

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 292 hits
Kalaulah kepala segala mak iat jenayah kandal penunggang ugama tidak di domina i oleh pemimpin I lam apakah mereka yang bukan I lam berani angkat muka dan kaki Rakyat endiri yang MA IH menyokong egala perbuatan mereka adalah penggalak egala...
Kerajaan Negeri Pahang Menubuhkan Pasukan Khas Tangani Penerokaan Tanah Secara Haram

Kerajaan Negeri Pahang Menubuhkan Pasukan Khas Tangani Penerokaan Tanah Secara Haram

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 219 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang menubuhkan Pasukan Khas Elit Penguat Kuasa Negeri Pahang bagi melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas aktiviti penerokaan tanah secara haram di negeri ini Pasukan khas di bawah Unit Penguatkuasaan Negeri ...
Kerajaan Pahang Tidak Pernah Lantik Syarikat Untuk Buat Program Pemutihan Tanah Haram

Kerajaan Pahang Tidak Pernah Lantik Syarikat Untuk Buat Program Pemutihan Tanah Haram

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 483 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang menafikan terdapat perlantikan sebuah syarikat bagi melaksanakan program pemutihan terhadap tanah yang diteroka secara haram seperti tular dalam media sosial semalam Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Isma...
Program Rumah Rakyat Pahang Di Perluaskan Ke Tanah Hak Milik Di Dalam Kawasan Felda

Program Rumah Rakyat Pahang Di Perluaskan Ke Tanah Hak Milik Di Dalam Kawasan Felda

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 283 hits
KUANTAN Kerajaan negeri meluaskan pelaksanaan program Rumah Rakyat Pahang kepada golongan memerlukan meliputi tanah hak milik dalam kawasan FELDA di negeri ini Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata keputusan itu bagi membant...
Hiburan Mereka Bukanlah Anti Vaksin Cuma Dr Sheikh Muszaphar Kurang Setuju Pendekatan Menteri Tangani Golongan Antivax

Hiburan Mereka Bukanlah Anti Vaksin Cuma Dr Sheikh Muszaphar Kurang Setuju Pendekatan Menteri Tangani Golongan Antivax

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 500 hits
Angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor menzahirkan perasaan kurang bersetuju dengan pendekatan yang cuba diambil Menteri Kesihatan berkenaan dengan golongan yang enggan menerima vaksin COVID 19 ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementUja...
Macam Mana Depa Tahu Details Tanah Kat Um Itu 1800 Kaki Persegi

Macam Mana Depa Tahu Details Tanah Kat Um Itu 1800 Kaki Persegi

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 215 hits
Awai depa buat survey dengan pejabat tanah senyum cukong sampai ke pipi Sejak jadi kaki judi semua harta rakyat depa pakat nak jual Moral of the story jauhi judi dan lebai Kedua duanya merosakkan rakyat dan negara Lebai PAS cadang jual tana...
Iktiraf Taliban Kerajaan Akan Ambil Kira Pandangan Pas Timb Menteri

Iktiraf Taliban Kerajaan Akan Ambil Kira Pandangan Pas Timb Menteri

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 293 hits
Kerajaan akan membuat keputusan bersama antara parti parti pemerintah termasuk PAS dalam isu mengiktiraf Taliban sebagai kerajaan Afghanistan yang sah Timbalan Menteri Luar Kamarudin Jaffar berkata memandangkan PAS merupakan sebahagian dari...
Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

How To Survive Thanksgiving Travel