Sedia Jadi Orang Tengah Damaikan Yamani Abdillah Tak Campur Konflik Zaki Dan Jamal Abdillah
Sedia Jadi Orang Tengah Damaikan, Yamani Abdillah Tak Campur Konflik Zaki Dan Jamal Abdillah
ENGGAN mengeruhkan lagi keadaan, penyanyi Yamani Abdillah mengambil langkah tidak masuk campur dalam perselisihan faham antara bapa, Datuk Jamal Abdillah dan adik tirinya, Zaki Yamani.
Yamani atau nama sebenarnya Osama Yamani Abdillah, 21, menghormati setiap pandangan yang dikeluarkan kedua-duanya dan tidak menyebelahi mana-mana pihak
“Berat rasanya untuk saya bercakap tentang perkara ini kerana saya berada pada satu pihak yang berbeza.
“Saya tidak berani nak masuk campur kerana tidak mahu keruhkan lagi keadaan. Saya kena hormat setiap pandangan mereka,” ujarnya ketika dihubungi mStar.
Sebagai anak sulung, Yamani berharap isu sebegini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin.
Yamani juga terbuka untuk menghulurkan sebarang bentuk pertolongan jika ia boleh membawa sengketa tersebut ke titik perdamaian.
“Saya harap permasalahan ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik. Sebagai anak tidak salah jika Zaki sendiri yang pergi berjumpa ayah
“Saya mahu melihat kami sekeluarga dapat hidup bahagia walau berlainan ibu.
“Jika diperlukan untuk selesaikan masalah ini, saya akan bantu,” jelasnya.
Salah faham tercetus selepas Zaki meluahkan rasa rindu apabila sudah enam tahun tidak beraya dengan bapanya.
Jamal kemudian mendakwa dia dihalang bertemu anaknya itu selepas bercerai dengan ibu Zaki iaitu Fatimatuzahra Samad.
Zaki menafikan hal tersebut dan memohon bapanya agar tidak bercakap perkara yang tidak benar tentang ibunya.
Untuk rekod, Zaki adalah anak daripada hasil perkahwinan Jamal dengan Fatimatuzahra Samad.
Selain Zaki, Jamal turut mempunyai anak lelaki bernama Osama Yamani hasil perkahwinan dengan Intan Noraina Mohd Yusof.
Pada 1 April 2017, Jamal berkahwin dengan Zai Izzati Khiruddin dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani, 2 dan Iskandar Rayyan Yamani yang baru dilahirkan Februari lalu.-mSTAR
Sedia Jadi Orang Tengah Damaikan, Yamani Abdillah Tak Campur Konflik Zaki Dan Jamal Abdillah
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Kongsi potret beruk bertengkolok, Fahmi Reza dipanggil Bukit Aman
Cara Mohon Laptop Percuma 2022
Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…
Setiap inci Tok Ram saya tak suka – Alyah
Resepi Udang Khamped Thai Padu
Ustazah Asma Selar Model Berhijab Pakai Baju Raya Ketat
Ebit belanja minyak percuma untuk ‘rider’ di Jakarta
Siti Bainun dera Bella setiap malam hampir 4 bulan – saksi
Mansuh langkah wajib pakai pelitup muka – Karim Hamzah
Zaki Yamani Tampil Jelaskan..’Baba Sendiri Tak Nak Jumpa, Tiada Siapa Halang’ [VIDEO]
DJ Wong cerai isteri talak 3 ketika siaran langsung FB
Kes langgar mati: Penangguhan hukuman ditolak, MP pembangkang melompat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak
Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji
The post Sedia Jadi Orang Tengah Damaikan, Yamani Abdillah Tak Campur Konflik Zaki Dan Jamal Abdillah appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/04/14/sedia-jadi-orang-tengah-damaikan-yamani-abdillah-tak-campur-konflik-zaki-dan-jamal-abdillah/