Sedia Hadapi Kemungkinan Terburuk Kkm Pilih 33 Hospital Lawan Covid 19


Hariz Mohd    Walaupun mengharapkan yang terbaik, Kementerian Kesihatan sedang bersedia untuk berdepan kemungkinan terburuk dalam mendepani Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Noor Hisham memaklumkan, sejumlah 33 hospital di seluruh negara, termasuk tujuh hospital universiti, telah dipilih untuk merawat pesakit Covid-19.

Menurutnya, secara keseluruhan ada 3,000 katil di wad biasa dan Unit Rawatan Rapi (ICU) sedia untuk berdepan kemungkinan terburuk.

Katanya lagi, dengan persediaan itu, pihaknya berharap dapat memutuskan rantaian jangkitan dan mengurangkan kes positif.

"Kami telah mengenal pasti 26 hospital, dan tujuh universiti hospital, dan diharapkan mereka mampu mendepaninya dan ada katil untuk pesakit Covid-19, termasuk ICU," katanya ketika sidang media di Putrajaya hari ini.

"Kita telah tangguh pembedahan elektif (di hospital), dan merujuk pesakit dari hospital Covid-19 ke hospital yang tidak, dan ada juga dirujuk ke (kemudahan perubatan) swasta.

"Dengan melakukan ini, kita kosongkan katil. Misalnya di Hospital Sungai Buloh, kita berjaya sediakan 1,350 katil," katanya.

Noor Hisham berkata lagi,kementerian turut menggunakan kawasan jururawat di hospital sebagai wad sementara bagi pesakit Covid-19 yang stabil, agar wad biasa dapat digunakan untuk mereka yang perlukan perhatian segera.

Jika lebih banyak katil diperlukan, beliau berkata pihaknya sedia untuk menjadikan institut latihannya sebagai wad hospital.

"Kita tak boleh bina hospital dalam masa sepuluh hari, tapi kita boleh tukarkan institut latihan kepada wad," katanya.

Dalam aspek tenaga kerja, Noor Hisham berkata sejumlah kakitangan dipindahkan ke hospital yang memerlukan lebih kakitangan untuk mengendalikan kes Covid-19, misalnya Hospital Sungai Buloh.

Kementerian juga dalam proses merekrut doktor dan jururawat yang telah bersara untuk kembali berkhidmat sepanjang tempoh ini, katanya lagi.

'Jangan sampai tahap perlu pilih siapa boleh guna peralatan'

Noor Hisham berkata, mereka berharap dapat mengelakkan peningkatan jumlah kes, yang boleh membawa kepada kebanjiran kes di hospital.

Jika sampai tahap itu, katanya, tidak mustahil jika doktor perlu memilih pesakit yang perlu diutamakan dalam soal peralatan perubatan.

"Hari ini, ada 64 pesakit dalam ICU, dengan 27 daripadanya menerima sokongan ventilator. Jika kita rawat mereka dengan baik, mereka boleh pulih pada masanya.

"Kebimbangan adalah jika ada peningkatan (kes), maka kita perlu pilih pesakit mana (untuk gunakan ventilator). Kami harap tak akan sampai ke tahap itu."

Sementara itu, beliau berkata kementerian sedang meningkatkan kapasiti makmalnya.

Mereka menjangka akan dapat melakukan 16,000 ujian sehari kira-kira dalam masa dua minggu lagi.

Dengan kapasiti itu, katanya, mereka berharap dapat mengesan lebih banyak kes positif dan asingkan pesakit secepat mungkin.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/03/sedia-hadapi-kemungkinan-terburuk-kkm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerja 35 Hari Stay Hospital Lawan Covid 19 Doktor Muda Meninggal Dunia Ini Puncanya

Kerja 35 Hari Stay Hospital Lawan Covid 19 Doktor Muda Meninggal Dunia Ini Puncanya

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 332 hits
Seorang doktor muda di China kerja 35 hari stay hospital lawan Covid 19 telah meninggal dunia hari ni Ingatkan sebab kena jangkit Covid 19 tetapi rupanya Allahu baca selanjutnya TAKZIAH Kerja 35 Hari Stay Hospital Lawan Covid 19 Doktor Muda...
Kes Bvnuh Diri Di Hospital Serdang Ini Jawapan Balas Kp Kkm

Kes Bvnuh Diri Di Hospital Serdang Ini Jawapan Balas Kp Kkm

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 209 hits
Baru ni viral kononnya ada suspek PUI pesakit Covid 19 bunuh diri di Hospital Serdang Ini jawapan Ketua Pengarah KKM Baca selanjutnya Kes Bvnuh Diri Di Hospital Serdang Ini Jawapan Balas KP KKM
Ini Senarai 13 Zon Merah Covid 19 Di Malaysia Kkm

Ini Senarai 13 Zon Merah Covid 19 Di Malaysia Kkm

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 293 hits
Astro Awani Mac 29 2020 12 55 MYT Kerajaan mengumumkan akan melaksanakan proses nyah cemar di seluruh negara bermula Isnin ini di kawasan yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi dan juga secara rumah ke rumah terutama di Projek Perumahan...
Kkm Alu Alukan Khidmat Sukarelawan Kesihatan Untuk Bantu Petugas Kesihatan Tangani Covid 19

Kkm Alu Alukan Khidmat Sukarelawan Kesihatan Untuk Bantu Petugas Kesihatan Tangani Covid 19

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 254 hits
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia mengalu alukan perkhidmatan sukarelawan dan perubatan dalam usaha menangani wabak COVID 19 Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sehingga hari ini seramai 157 orang telah berdaftar dan...
Pegawai Kkm Korban Ke 35 Covid 19

Pegawai Kkm Korban Ke 35 Covid 19

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 290 hits
Malaysia mencatatkan kematian ke 35 akibat Covid 19 malam ini selepas seorang pegawai Kementerian Kesihatan meninggal dunia dijangkiti wabak berkenaan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kematian terkini itu membabitkan...
Kkm Sudah Ramal Tsunami Covid 19

Kkm Sudah Ramal Tsunami Covid 19

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 217 hits
PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan Malaysia telah meramalkan negara akan dilanda gelombang ketiga atau tsunami Covid 19 tiga minggu lalu Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya sudah meramalkan sesuatu yang buru...
Tiga Jenis Ubat Rawat Covid 19 Dikenal Pasti Bekalan Ada Di Malaysia Kkm

Tiga Jenis Ubat Rawat Covid 19 Dikenal Pasti Bekalan Ada Di Malaysia Kkm

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 373 hits
By 29 March 2020Foto hiasan Petugas kesihatan membawa ubat ubatan untuk pesakit Covid 19 ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Hospital Kuala Lumpur foto HAZROL ZAINAL 26 MAC 2020 KUALA LUMPUR Tiga jenis ubat yang berdaftar di negara ini...
Pemuda Buat Cabaran Jilat Tandas Kini Dimasukkan Ke Hospital Positif Covid 19

Pemuda Buat Cabaran Jilat Tandas Kini Dimasukkan Ke Hospital Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 208 hits
SEORANG lelaki merakamkan dirinya menjilat mangkuk tandas dalam cabaran koronavirus kini dilaporkan terlantar sakit dihospital kerana dijangkiti virus itu Menerusi satu rakaman menggunakan aplikasi TikTok seorang lelaki dilihat mendekatkan ...
Covid 19 Kakitangan Kkm Turut Dijangkiti

Covid 19 Kakitangan Kkm Turut Dijangkiti

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 250 hits
Seramai 80 anggota kesihatan KKM dijangkiti COVID2019 iaitu 1 Hosp Teluk Intan 2 Hosp Selayang 3 HRPZ ll Kota Bahru 4 Hosp Seri Manjung 5 HTJ Seremban 6 Hosp Shah Alam Manakala 24 fasiliti kesihatan lain dengan masing masing 1 kes Sumber KK...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Zahid S Loyalty Pledge Strengthening Anwar S Unity Or Weighing It Down For Ge16

Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru