Sedekad Ketiadaan Tokguruku Nik Aziz



Kenangan bersama Tokguru. DIRGAHAYU

HARI ini genap satu dekad pengembalian Allahyarham Tokguru Nik Aziz Nik Mat ke alam baqa. Dalam tempoh itu banyak peristiwa berlaku yang tidak sempat disaksikan oleh Allahyarham, tetapi dipersaksikan oleh para pengikutnya, muridnya dan penyokongnya khusus dalam politik.

Antara beberapa peristiwa itu ada yang membahagiakan, ada yang menyedihkan dan ada yang tersimpang jauh daripada minda dan naluri siasah Allahyarham. 
Antaranya pemutusan hubungan tahlul syiasi dengan DAP, berlaku sengketa besar dalam Pas penyingkiran golongan prolib menyebabkan tertubuhnya parti Amanah. Dua peristiwa ini mungkin tidak berlaku sekiranya Allahyarham masih ada dan berkuasa ke atas Pas. Tokguru seorang sedarhana dan sangat mencintai perpaduan dan berhemah. 

Selain peristiwa itu, satu dekad juga memberi kejayaan istimewa kepada Pas apabila dalam pilihan raya 2022 Pas berjaya menambahkan penguasaan ke atas negeri Perlis disamping mengekalkan negeri Kelantan, Terengganu dan merampas semula Kedah.

Dalam pada itu Pas juga mencatat sejarah memperolehi kerusi parlimen terbanyak, sebanyak 43 kerusi. Kejayaan ini dibanggakan oleh seluruh ahli dan penyokong Pas, ia menjadikan Pas sebagai parti terbesar dari segi bilangan kerusi, namun sayangnya kejayaan itu tidak membawa apa-apa erti apabila Pas kekal sebagai pembangkang dan gagal kerana tidak bijak mengambil peluang untuk membentuk Kerajaan.

Pengekalan itu kerana penolakan dan politik sempit presiden Pas Abdul Hadi Awang yang diperangkap oleh tipu helah musuh-musuh Anwar Ibrahim yang memperdayakannya kononnya mereka (PN) berjaya telah memperolehi jumlah cukup untuk membentuk Kerajaan.

Peluang terhidang untuk Pas menjadi kerajaan bersama kerajaan Perpaduan seperti mana dicadangkan Yang diPertuan Agong disia-siakan sahaja. Ini berlaku disebabkan ketumpulan akal politik presiden Pas yang dinasihati oleh mereka berkepentingan. Peluang keemasan buat Pas yang tidak tentu akan hadir lagi itu disia-siakan sahaja.
Sekiranya Nik Aziz ada ketika itu keadaannya berubah.
Mencaritkan perpaduan.
Dalam satu dekad itu juga Pas mencaritkan banyak tirai perpaduan dan pengukuhan politik sebangsa dan seagamanya. Misalnya Pas membuang Anwar sebagai rakan dan sahabat serta melupai jasa-jasa Anwar yang membelek ruang faktor kepada kemenangan Pas dalam pilihan raya 1999 sehingga berjaya merampas Terengganu.

Kita yakin dan percaya Pas tidak akan bermusuh dengan Anwar, bahkan kemantapan Pas sebagai parti Melayu dan Islam kian kukuh sekiranya Pas menjadi sebahagian kerajaan untuk menyemak dan mengimbangkan perjalanan kerajaan Madani hari ini. Namun sayang "cik Minah sayang, bulu ketiak panjang," cita-cita itu disia-siakan oleh kelemauan politik Abdul Hadi Awnag.

Permusuhan Pas dengan Anwar Ibrahim dan kerajaan Madani hari ini bukan disebabkan penolakan Pas seratus peratus, atau pun lantaran pertentangan idealogi dan jihad Pas, tidak. Namun penolakan itu kerana faktor peribadi Abdul Hadi dengan pemimpin kerajaan Madani Anwar Ibrahim. Hakikat ini tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun. Hal ini sudah diketahui seantero dunia.
Penolakan Pas terhadap kerajaan Madani atau kerjasama politik dengan Anwar diputuskan bukan atas semangat ukhwah yang diambil dari muktamar, keputusannya itu bukan secara kolektif dan konsesus (musyawarah) dalam muktamar, tetapi ia dibuat dengan veto Hadi Awang sebagai presiden.

Sekiranya Tokguru masih ada ketika Anwar memimpin menjadi Perdana Menteri, kita yakin Pas akan menjadi penyumbang utama kepada kerajaan hari ini, kerana dari segi konsep dan dasar perjuangan politik Anwar dan Pas tidak berbeza. Juga tidak mustahil dengan jumlah kerusi yang diperolehi Pas sekarang, mungkin Pas berada dalam posisi istimewa dalam kerajaan hari seperti jabatan timbalan Perdana Menteri disamping beberapa kementerian kanan.

Keberadaan Pas dalam kerajaan juga dapat menjamin keutuhan politik orang Melayu dan menjadi benteng kepada orang bukan Melayu khasnya DAP daripada cuba-cuba untuk menunjukkan kekuatan mereka. Dalam kata lain Pas juga boleh menjadi pengawas kepada DAP yang baik dalam kerajaan. Dengan adanya Pas dalam kerajaan DAP tidak akan terlalu galak dan orang-orang Cina juga tidak mudah melakukan try and error. 
Realiti ini harus disedari oleh Pas dan perlu bangkit membaiki segera keadaan dan kembali dimakam yang betul. Mereka tidak boleh hanyut disebabkan kedegilan dan keegoisan seorang presiden. Pas perlu ingat peluang dan kemenangan seperti yang ada hari ini tidak mungkin kekal selama-lamanya. Dalam politik kita tidak hanya perlu pandai bercakap, bersyarah tetapi perlu juga bijak merancang dan mengambil peluang.

Masa masih ada waktu untuk Pas membaiki kepincangan dan kekhilafan politik yang didayungkan Hadi Awang secara peribadi ini. Pas harus berani bertindak memperbetulkan iltizam politik. Meletkan semula lokomotif Pas yang tergelecah ke atas landasan. Tagline Pas politik "matang dan sejahtera" hendaklah dipraktiskan sebagai suatu kenyataan bukan hanya retorik.

Untuk itu tidak ada cara lain melainkan Pas harus meminta Hadi Awang berihat. Pas perlu menggantikan Abdul Hadi dengan seseorang yang boleh membawa politik Pas ke arah lebih progresif menepati citarasa politik negara ini. Tentu ada seorang tokoh yang boleh diangkat untuk memimpin Pas di masa-masa hadapan. Untuk membuang Hadi sesuatu yang amat pahit, namun demi kebaikan ia perlu dilakukan seperti mana pesakit terpaksa memakan ubat walaupun yang pahit.

Sekiranya dengan cara baik tidak boleh dilakukan, perlu ada tindakan agresif demi masa depan Pas.
Konsep kepimpinan ala Mullah dalam Pas tidak wajar diteruskan apa lagi kalau pemimpinnya mempunyai sifat dendam peribadi dan juga miskin dengan ilmu-ilmu politik kontemporari atau hanya fakih dalam bidang agama soal agama semata-mata tetapi tidak menguasai aspek keduniaan lain seperti diplomatik, pentadbiran, pengurusan kewangan, sosial dan sebagainya.

Dalam Pas masih ada mereka yang berkelayakan untuk mengganti Hadi Awang, bahkan lebih baik. Sifat individu itu ketika seperti lampu suluh ketika ini yang tidak ternampak saat siang diterangi matahari. Tetapi apabila di malam hari saat matahari sudah tergelincir, lampu itu akan mampu menerangi lebih terang daripada sebelum ini. InsyaAllah saya akan cuba memberi panduan untuk Pas melakukan tindakan baik pulih atau menyelamatkan Pas daripada politik "lengguh" Hadi Awang ini. [wm.kl.9:29 am 12/02/2025]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2025/02/sedekad-ketiadaan-tokguruku-nik-aziz.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jika Ada Pimpinan Pas Sebesar Nik Aziz Pas Akan Dihormati

Jika Ada Pimpinan Pas Sebesar Nik Aziz Pas Akan Dihormati

papar berkaitan - pada 11/2/2025 - jumlah : 91 hits
Menitik Malam Cita cita untuk lihat Pas akan bersama dan menyokong kerajaan Madani berlaku apabila parti itu masih lagi dipimpin oleh Hadi Awang Dendam peribadi menyebabkan Pas alergik dengan Anwar Ibrahim Jika Pas mahu memulihkan imejnya s...
Aaron Aziz Selebriti Family Man Hubungan Rapat Dengan Anak Macam Kawan Kawan

Aaron Aziz Selebriti Family Man Hubungan Rapat Dengan Anak Macam Kawan Kawan

papar berkaitan - pada 10/2/2025 - jumlah : 83 hits
Aaron Aziz selebriti family man hubungan rapat dengan anak macam kawan kawan Dilabel seorang selebriti family man kehidupan rumah tangga Dato Aaron dan Datin Diyana Halik sentiasa menjadi perhatian peminat Cukup mesra dan saling melengkapi ...
Liza Aziz Juara Gv11 Keputusan Gv 11 Final

Liza Aziz Juara Gv11 Keputusan Gv 11 Final

papar berkaitan - pada 10/2/2025 - jumlah : 169 hits
Tahniah diucapkan kepada Juara Gegar Vaganza Musim ke 11 Liza Aziz Beliau yang membawakan lagu I Surrender telah menewaskan 5 finalis lain dengan markah sebanyak 77 89 Tempat kedua ialah Ning Baizura ketiga Sheila Abdul keempat Dyrga Dadali...
Gegar Vaganza 11 Liza Aziz Dinobat Pemenang Gegar Vaganza Ke 11

Gegar Vaganza 11 Liza Aziz Dinobat Pemenang Gegar Vaganza Ke 11

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 137 hits
Tahniah Liza Aziz telah dinobat sebagai juara Gegar Vaganza dengan memenangi hadiah wang tunai RM100 000 dan trofi emas GV serta lain lain hadiah Penyanyi berusia 62 tahun yang memang kita sedia maklum punya vokal yang sangat bagus bukanlah...
Ketiadaan Manuel Hidalgo Amat Dirasai Sri Pahang Fc Ketika Bertemu Sabah Fc Di Temerloh Pada Ahad Ini

Ketiadaan Manuel Hidalgo Amat Dirasai Sri Pahang Fc Ketika Bertemu Sabah Fc Di Temerloh Pada Ahad Ini

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 96 hits
KUANTAN Ketiadaan pemain lincah Manuel Hidalgo amat dirasai Sri Pahang FC apabila berdepan Sabah FC pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh Ahad ini Pengendalinya Fandi Ahmad berkata pemain dari A...
Nik Amar Tuduh Kerajaan Munafik Pengguna Facebook Balas Bagaikan Buku Bertemu Ruas

Nik Amar Tuduh Kerajaan Munafik Pengguna Facebook Balas Bagaikan Buku Bertemu Ruas

papar berkaitan - pada 17/2/2025 - jumlah : 101 hits
HarapandailyPercubaan Adun Panchor Datuk Nik Amar Abdullah untuk menuduh kerajaan persekutuan sebagai munafik akhirnya membawa musibah buat dirinya Namun Allah Maha Berkuasa Hari ini setelah dua tahun berlalu segala yang dijanjikan telah te...
Bulan Bintang Sedekad Menyinar Raya Rtw 2025

Bulan Bintang Sedekad Menyinar Raya Rtw 2025

papar berkaitan - pada 6/2/2025 - jumlah : 218 hits
BULAN BINTANG SEDEKAD MENYINAR RAYA RTW 2025 Assalammualaikum semua Lagi beberapa hari kita akan berpuasa di bulan Ramadan dan paling dinantikan adalah koleksi fesyen Aidilfitri yang diperagakan oleh jenama terkemuka Malaysia iaitu Bulan Bi...
Trash Taxi Tales Real Stories Of How Fast Junk Removal Changes Lives

Nuzul Quran Sejarah Hikmah Dan Amalan Yang Digalakkan

Game On Elevate Your Gameplay Across Mobile And Pc

Yb Wong Kah Woh Timbalan Menteri Pendidikan Hadir Program Jaulah Ram

Can I Hatch Out A Shark And Grow It On Practical Fishkeeping

Even If Politician Saravanan Beats A Retreat Preacher Zamri Vinoth Must Still Face The Music

Mi Goreng Mamak Basah Dan Pedas Guna Teknik Ini Baru Menjadi

Hukum Penukaran Uang Baru Menjelang Lebaran Apakah Ada Unsur Riba


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Umno Man Rubbishes Claim 14 Mps Will Pull Support For Government

Teori Nuar Musa Bayangi Ayer Kuning

13 Arrested For Rioting After Video Shows Hundreds Of Foreigners Blocking Road

Bagaimana Menulis Contain Atau Kandungan Pemasaran Yang Baik Di Media Sosial

Drama Demam Viral

Ramadan Adalah Madrasah Untuk Setahun