Bulan Bintang Sedekad Menyinar Raya Rtw 2025


BULAN BINTANG SEDEKAD MENYINAR RAYA RTW 2025 | Assalammualaikum semua! Lagi beberapa hari kita akan berpuasa di bulan Ramadan dan paling dinantikan adalah koleksi fesyen Aidilfitri yang diperagakan oleh jenama terkemuka Malaysia iaitu Bulan Bintang. Raya Aidilfitri tidak akan berseri jika tiada Bulan Bintang. 
Bersempena Ulang Tahun Ke-10 Bulan Bintang, acara pertunjukan fesyen raya telah diadakan. Malah, sepanjang acara tersebut adalah meraikan kejayaan Bulan Bintang. Kejayaan tidak berlaku dalam sekelip mata tanpa bantuan ramai pihak. Maka, Bulan Bintang juga turut mengadakan peraduan dan memberi hadiah kepada peminat setia yang memiliki pakaian dari jenama Bulan Bintang khususnya. 




Menampilkan koleksi mampu milik dan sasaran utama adalah untuk seisi keluarga. Bulan Bintang mengadakan pertunjukan fesyen yang berjaya menawan ramai jiwa para peminatnya. Ramai yang memberi maklum balas bahawa pilihan warna dan rekaan Bulan Bintang tahun ini serasi dengan idea pelanggan yang lebih ingin kekalkan gaya tradisional tetapi ingin nampak segar pada Aidilfitri ini. 
Pertunjukkan Fesyen Bulan Bintang Sedekad Menyinar Sempena meraikan ulangtahun kesepuluh Bulan Bintang, sebuah pertunjukan fesyen dengan tema Sedekad Menyinar telah diadakan pada 2 Februari 2025 bertempat di KL Convention Center, Kuala Lumpur











Pertunjukan fesyen Bulan Bintang kali ini menampilkan koleksi raya “ready-to-wear” (RTW) untuk seisi keluarga merangkumi baju melayu pelbagai pilihan potongan beserta koleksi pakaian raya sedondon untuk wanita dan kanak-kanak dengan lebih 70 pilihan warna. Terbaharu, Bulan Bintang mengumumkan koleksi Baju Melayu dengan tiga pilihan potongan Slim Fit, Tailored Fit dan Traditional Fit serta penggunaan kain yang lebih lembut, ringan, sejuk dan jahitan yang kemas untuk digayakan sepanjang hari. Sebagai jenama yang inklusif, koleksi kali ini ditawarkan dengan pilihan saiz sehingga 8XL dan pelbagai pilihan kurta.

Kesemua koleksi ini diperagakan oleh barisan selebriti ternama tanah air seperti Datuk Rosyam Nor, Datuk Remy Ishak, Shukri Yahaya, Syafiq Kyle, Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Johan Ghazali dan Hannah Delisha. Bulan Bintang juga menampilkan barisan duta istimewa seperti, Zahiril Adzim, Ain Edruce, Zahirah MacWilson, Aiman Hakim Ridza, Mimi Lana, Dato’ Ramli MS, Dato’ Jalaluddin Hassan, Joey Daud, Zamarul Hisham, Sabri Yunus dan Angeline Tan

Encik Azzim Zahid Azmi, Pengasas Bulan Bintang semasa Pertunjukan Fesyen Bulan Bintang Sedekad Menyinar

Pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi berkata, beliau amat bersyukur jenama Bulan Bintang masih berkembang pesat dan kekal bersinar selama sedekad dalam pasaran yang amat kompetitif ini. Semua ini adalah hasil sokongan rakyat Malaysia disamping penambahbaikan daripada segi kualiti dan khidmat pelanggan yang sentiasa menjadi keutamaan syarikat


Datuk Rosyam Nor turut berkongsi pengalaman sebagai duta kepada Bulan Bintang, "Ya,‬‭ banyak‬‭ jenama‬‭ approach‬‭ saya‬‭ tapi‬‭ saya‬‭ pilih‬‭ Bulan‬‭ Bintang‬‭ sebab‬‭ saya‬‭ dah‬ lama‬‭ perhatikan‬‭ perkembangan‬‭ jenama‬‭ anak‬‭ muda‬‭ ini.‬‭ Bulan‬‭ Bintang‬‭ ni‬‭ bukan‬‭ sekadar‬ terkenal‬‭ seluruh‬‭ Malaysia,‬‭ tapi‬‭ saya‬‭ tertarik‬‭ dengan‬‭ usaha‬‭ penambahbaikkan‬‭ selama‬‭ 10‬ tahun‬‭ ini.‬‭ Tahun‬‭ ni‬‭ pula,‬‭ Bulan‬‭ Bintang‬‭ perkenal‬‭ koleksi‬‭ baharu‬‭ yang‬‭ lebih‬‭ berkualiti,‬‭ design‬ modern dan klasik yang tak merepek sampai tahap menjejaskan nilai baju melayu tu sendiri.‬" jelas beliau


Manakala Pelakon Shukri Yahaya kekal‬‭ selama‬‭ 5‬‭ tahun‬‭ bersama Bulan‬‭ Bintang‬‭ sebagai Duta Senior juga turut berkongsi, "Saya‬‭ suka‬‭ dengan‬‭ idea-idea‬‭ kreatif‬‭ daripada‬‭ Bulan‬‭ Bintang‬‭ ni.‬‭ Idea‬‭ mereka‬‭ asli,‬‭ tak‬ tiru-meniru,‬‭ dan‬‭ mereka‬‭ berani‬‭ buat‬‭ kerja‬‭ gila‬‭ untuk‬‭ memasarkan‬‭ baju‬‭ melayu‬‭ ni.‬‭ 5‬‭ tahun‬ bersama,‬‭ saya‬‭ tengok‬‭ Bulan‬‭ Bintang‬‭ sentiasa‬‭ improve‬‭ terutamanya‬‭ bab‬‭ kualiti‬‭ dan‬‭ khidmat‬ pelanggan.‬‭ Apa‬‭ sahaja‬‭ masalah‬‭ dengan‬‭ baju,‬‭ customer‬‭ boleh‬‭ hubungi‬‭ Bulan‬‭ Bintang‬‭ 24‬ jam sehari, 7 hari seminggu! Jadi saya terus yakin dengan jenama ni.‬" jelas beliau


Datuk Remy Ishak berkongsi pengalaman apabila bergelar Duta Bulan Bintang sejak dua tahun lepas yang menjadi fenomena‬‭ di‬‭ kalangan‬‭ rakyat‬‭ Malaysia‬‭, "Jujurnya‬‭ saya‬‭ amat‬‭ memilih‬‭ dengan‬‭ siapa‬‭ saya‬‭ bekerja‬‭ dan‬‭ produk‬‭ apa‬‭ yang‬‭ saya‬ wakili.‬‭ Saya‬‭ mesti‬‭ personally‬‭ suka‬‭ dengan‬‭ jenama‬‭ dan‬‭ produk‬‭ tersebut.‬‭ Sebelum‬‭ saya‬ setuju‬‭ dengan‬‭ Bulan‬‭ Bintang,‬‭ team‬‭ mereka‬‭ perlu‬‭ hantar‬‭ semua‬‭ sample‬‭ produk‬‭ untuk‬‭ saya‬ teliti‬‭ dahulu‬‭ kualitinya‬‭ dan‬‭ saya‬‭ nak‬‭ tahu‬‭ apa‬‭ inisiatif‬‭ mereka‬‭ untuk‬‭ memasarkan‬‭ baju‬ melayu‬‭ ni.‬‭ Alhamdulillah,‬‭ kualiti‬‭ terbaik,‬‭ idea‬‭ pemasaran‬‭ yang‬‭ luar‬‭ kotak,‬‭ maka‬‭ saya‬‭ setuju.‬ Ini tahun ke-2, insyaAllah kita teruskan selagi diperlukan.‬"

‭Nadhir Nasar dan Mierul Aiman yang merupakan selebriti popular pada hari ini sentiasa menjadi ikutan bagi golongan muda juga turut berkongsi, "Saya‬‭ ada‬‭ minat‬‭ dan‬‭ kecenderungan‬‭ tersendiri.‬‭ Jadi‬‭ Duta‬‭ ni‬‭ pun‬‭ pada‬‭ saya‬‭ adalah‬ berkarya.‬‭ Saya‬‭ sentiasa‬‭ akan‬‭ hasilkan‬‭ karya‬‭ yang‬‭ unik‬‭ dan‬‭ berbeza‬‭ setiap‬‭ kali‬‭ saya‬ berkarya.‬‭ Beza‬‭ Bulan‬‭ Bintang‬‭ dengan‬‭ jenama‬‭ lain‬‭ adalah‬‭ pada‬‭ karya‬‭ yang‬‭ unik‬‭ setiap‬ tahun.‬‭ Taklah‬‭ mengulang‬‭ benda‬‭ sama‬‭ je‬‭ setiap‬‭ tahun.‬‭ Takkan‬‭ setiap‬‭ tahun‬‭ kita‬‭ kena‬‭ bersilat‬ je.‬‭ Fabric‬‭ yang‬‭ digunakan‬‭ pun‬‭ bertukar‬‭ setiap‬‭ tahun,‬‭ pilihan‬‭ warna,‬‭ cutting,‬‭ inklusiviti‬ sentiasa‬‭ ditambah‬‭ baik‬‭ setiap‬‭ tahun.‬‭ Karya‬‭ Bulan‬‭ Bintang‬‭ ni‬‭ fresh,‬‭ modern,‬‭ nafas‬‭ baru‬‭ tapi‬ masih original baju melayu, tak merepek.‬"

‭Syafiq‬‭ Kyle‬‭ berkongsi pengalaman dilamar sebagai Duta Bulan Bintang kerana di anggap paling eksklusif‬‭ dan tidak pernah‬‭ menyertai‭ mana-mana‬ jenama‬‭ fasyen lain, "Jujurnya‬‭ saya‬‭ impressed‬‭ dengan‬‭ skala‬‭ kerja‬‭ yang‬‭ team‬‭ Bulan‬‭ Bintang‬‭ sanggup‬‭ buat‬ untuk‬‭ pembeli‬‭ mereka.‬‭ Bab‬‭ kualiti‬‭ semua‬‭ tu‬‭ tak‬‭ payah‬‭ cakaplah.‬‭ Macam-macam‬‭ Bulan‬ Bintang‬‭ buat‬‭ untuk‬‭ hargai‬‭ pembeli‬‭ yang‬‭ dah‬‭ menyokong‬‭ mereka‬‭ selama‬‭ 10‬‭ tahun‬‭ ni.‬ Takdelah‬‭ orang‬‭ cakap‬‭ “founder‬‭ je‬‭ yang‬‭ kaya‬‭ beli‬‭ kereta” kan? Bulan‬‭ Bintang‬‭ bagi‬‭ berpuluh‬ buah kereta pada pembeli! Sampai RM10 juta dibelanjakan untuk hadiah tahun ni.‬"

‭Johan Ghazali atau lebih mesra dengan panggilan Jojo turut berkongsi pengalaman dilantik sebagai duta‬‭ baju‬‭ melayu‬‭ dan satu-satunya‬‭ fighter‬‭ dalam‬‭ barisan‬‭ duta‬‭ Bulan‬‭ Bintang, "Setiap‬‭ kali‬‭ saya‬‭ ada‬‭ fight,‬‭ saya‬‭ mewakili‬‭ negara‬‭ saya,‬‭ Malaysia.‬‭ Secara‬‭ tak‬ langsung,‬‭ saya‬‭ akan‬‭ mempromosikan‬‭ negara‬‭ dan‬‭ budaya‬‭ orang‬‭ Malaysia‬‭ di‬‭ luar‬‭ sana‬ sampai‬‭ ke‬‭ US.‬‭ Memang‬‭ saya‬‭ akan‬‭ pakai‬‭ baju‬‭ melayu‬‭ setiap‬‭ kali‬‭ waktu‬‭ PC.‬‭ Saya‬‭ kena‬ berhati-hati‬‭ memilih‬‭ baju‬‭ melayu‬‭ yang‬‭ sesuai‬‭ untuk‬‭ mewakili‬‭ budaya‬‭ orang‬‭ Malaysia.‬ Dengan Bulan Bintang, saya tak perlu risau dah.‬"

‭Hannah Delisha yang mewakili‬‭ Bulan‬‭ Bintang‬‭ Sisters‬‭ selama beberapa‬‭ tahun turut berkongsi koleksi raya sisters tahun ini berkata, "Sudah‬‭ pastinya‬‭ Hannah‬‭ nampak‬‭ banyak‬‭ improvement‬‭ terutamanya‬‭ pada‬‭ identiti‬ Bulan‬‭ Bintang‬‭ Sisters.‬‭ Koleksi‬‭ yang‬‭ ditawarkan‬‭ tahun‬‭ ini‬‭ lebih‬‭ fresh‬‭ dan‬‭ kontemporari‬‭ yang‬ mengutamakan‬‭ keselesaan‬‭ pemakai.‬‭ Design‬‭ Bulan‬‭ Bintang‬ Sisters‬‭ tahun‬‭ ini‬‭ dibuat‬‭ untuk‬ tak‬‭ limitkan‬‭ untuk‬‭ dipakai‬‭ pada‬‭ hari‬‭ raya‬‭ je,‬‭ sesuai‬‭ untuk‬‭ pelbagai‬‭ majlis.‬‭ Selain‬‭ itu,‬‭ design‬ yang‬‭ sama‬‭ akan‬‭ ada‬‭ juga‬‭ pilihan‬‭ untuk‬‭ ‘kids’ atau‬‭ kanak-kanak‬‭ dan‬‭ warna‬‭ yang‬‭ ditawarkan‬ semuanya ada padanan warna untuk baju melayu. Mudah la satu famili nak sedondon.‬" jelas beliau. 

Sebagai penghargaan kepada pembeli Bulan Bintang selama sedekad ini, Bulan Bintang menawarkan pelbagai hadiah menarik hasil kolaborasi korporat bersama jenama-jenama hebat seperti GB Gold yang menawarkan 1kg jongkong emas, tiket penerbangan percuma selama setahun daripada AirAsia, RM150,000 duit raya daripada Hausboom, pakej haji dan umrah daripada Tabung Haji dan Kahf, 120,000 voucher daripada Tealive dan banyak lagi hadiah menarik yang disumbangkan oleh Tudung Ruffle, Russell Taylors, Mutu Case dan Mokkys Pizza dengan nilai keseluruhan berjumlah RM10juta. Terdapat juga Biskut Raya Edisi Khas yang boleh didapati secara eksklusif di 7 Eleven seluruh Malaysia. 

Kerjasama seperti ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana jenama fashion tempatan. Pertunjukkan fesyen ini diselangselikan dengan persembahan nyanyian dan tarian dari Zeppo Youngsterz Dancer, Datuk Jamal Abdillah serta Bunkface

Selain itu, pengumuman pemenang bagi Bulan Bintang Next Top Model yang menampilkan finalis dalam lingkungan 40 sehingga 70 tahun yang terdiri daripada orang awam. Pemenang juga membawa pulang hadiah utama wang tunai bernilai RM10,000 melalui undian daripada juri dan penonton yang hadir.


Azzim menyasarkan jualan sebanyak 1.5 juta helai pakaian untuk kempen kali ini dan menggesa orang ramai untuk membeli koleksi raya Bulan Bintang Sedekad Menyinar di 15 butik rasmi Bulan Bintang seluruh negara dan di platform TikTok yang merupakan rakan kerjasama strategik Bulan Bintang dan penghantaran seluruh Malaysia diuruskan oleh Ninjavan selaku rakan logistik rasmi

"Selamat Ulang Tahun Ke-10 Bulan Bintang. Sedekad Menyinar"
BULAN BINTANG | INSTAGRAM | TIKTOK





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2025/02/bulan-bintang-sedekad-menyinar-raya-rtw.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pergi Raya Sempena Cny 2025

Pergi Raya Sempena Cny 2025

papar berkaitan - pada 5/2/2025 - jumlah : 199 hits
Pergi Raya Sempena CNY 2025 Kalau ada yang tak tahu mak nieyl keturun cina masuk islam Jadi ikatan kekeluargaan dengan family cina masih lagi ada Jadi dah kecil lagi setiap kali tahun baru cina kita akan pergi ke rumah family cina untuk ber...
Aliff Syukri Beri Hint Bakal Rilis Lagu Raya 2025 Cetus Pelbagai Reaksi Netizen Dia Tak Taubat Lagi

Aliff Syukri Beri Hint Bakal Rilis Lagu Raya 2025 Cetus Pelbagai Reaksi Netizen Dia Tak Taubat Lagi

papar berkaitan - pada 3/2/2025 - jumlah : 149 hits
Usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri sebelum ini pernah mendapat kritikan netizen selepas berkongsi teaser lagu raya pada Aidilfitri tahun lalu selepas menampilkan penari penari yang berpakaian melekap pada tubuh badan serta tidak berse...
Projek Puasa Raya 2025 Jana Income Dari Sekarang

Projek Puasa Raya 2025 Jana Income Dari Sekarang

papar berkaitan - pada 11/2/2025 - jumlah : 146 hits
Projek Puasa Raya 2025 Jana Income Dari Sekarang Nak duit lebih untuk persiapan puasa raya Jom sertai sekarang Modal hanya RM100 terus naik agent Tak perlu pegang stok Produk laku keras repeat order tinggi Untung terus ke akaun bank Musim p...
Expo Raya Galaxy Sewaan Serendah Rm30 Sehari Parking Percuma Harapan Daily 11 02 2025

Expo Raya Galaxy Sewaan Serendah Rm30 Sehari Parking Percuma Harapan Daily 11 02 2025

papar berkaitan - pada 11/2/2025 - jumlah : 135 hits
FOTO BERITA Sidang Media Shopping Raya Jadi Mudah Di Galaxy Mall Bazar Ramadhan Expo Raya bersama Datuk Nadzim Johan Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Mr Yc Lee CEO CVGM di Our Private Place Villa Puteri Condominium Jalan Tun ...
Tapak Niaga Berhawa Dingin Rm13 Sehari Di Expo Raya Galaxy Mall Ampang Anjuran Ppim Ehailing Fm 11 02 2025

Tapak Niaga Berhawa Dingin Rm13 Sehari Di Expo Raya Galaxy Mall Ampang Anjuran Ppim Ehailing Fm 11 02 2025

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 144 hits
Sumber eHailingFMTAPAK NIAGA BERHAWA DINGIN RM13 SEHARI DI EXPO RAYA GALAXY MALL AMPANG ANJURAN PPIM
Membelibelah Raya Jadi Mudah Di Galaxy Mall Bazar Ramadhan Expo Raya Menanti Anda Kaca Tv 12 02 2025

Membelibelah Raya Jadi Mudah Di Galaxy Mall Bazar Ramadhan Expo Raya Menanti Anda Kaca Tv 12 02 2025

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 95 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia amat prihatin untuk membantu usahawan kecil dan sederhana untuk mengembangkan perniagaan mereka bagi meningkatkan ekonomi keluarga Justeru itu diatas semangat ini PPIM bekerjasama dengan Galaxy Mall Ampang ...
Expo Raya Galaxy Serendah Rm13 Sehari Di Galaxy Ampang Mall Aizat Ashraf 11 02 2025

Expo Raya Galaxy Serendah Rm13 Sehari Di Galaxy Ampang Mall Aizat Ashraf 11 02 2025

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 96 hits
Expo Raya Galaxy serendah RM13 sehari di Galaxy Ampang Mall Rebut Peluang Berniaga Murah Selesa Kuala Lumpur Satu peluang keemasan buat para peniaga kecil dan usahawan muda Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengumumkan pelancaran sebuah kom...
Duit Dalam Mykad Cara Semak Dan Keluarkan Duit

Air Balang Yang Tersakiti Penuh Dengan Kata Kata Jiwang Jadi Tarikan Di Bazar Ramadan

Thalapathy Vijay Tarik Perhatian Umat Islam Anjur Majlis Berbuka Puasa Di Chennai

Misteri Dinding Megalitik Montana Yang Menggegarkan Dunia Sains Dan Sejarah

Semak Keputusan Upkk 2025 Secara Online Dan Sms Upkk Jarak No Mykad Ke 15888

Lirik Lagu Husnul Khotimah Ezyree Fayyad

Kemarau Kemenangan Sri Pahang Lebih Empat Bulan Berakhir Berjaya Tewaskan Pdrm 3 1 Malam Tadi

Sungai Golok Attackers Wore Niqabs To Hide Identities Says Deputy Mayor


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tips Keluarga Bahagia Yang Mudah Diamalkan

Buffet Ramadan Bangi Golf Resort Pilihan Dengan Harga Berbaloi

Akhirnya Pembangkang Puji Cara Kerajaan Kemudi Ekonomi Negara

Ramadan Ni Karipap Antara Kuih Favorite Mak Mak Untuk Berbuka

Video Gelagat Ernie Zakri Syamel Pecah Rahsia Mengenai Fattah Amira Raih Perhatian Ramai

The Era Fm Dj S Thaipusam Fiasco Might Originally Be An Accident But It Has The Potential Of Turning Into A Disaster