Sedekad Cinta Kami Happy 10th Wedding Anniversary Julia Johari Husband
10 tahun, sedekad, masih bercinta.❤23-24 Julai nikah & sanding. Semoga terus menyulam cinta.Bersama doa dan izinNya.
Amin yarabbalalamin.🤵♂️👰♀️
Sekejap je dah sedekad. Tak perasan masa terus berlalu. Banyak kenangan tercipta, buddy travel paling best, buddy yang selalu ada tika diperlukan, ada banyak tak terungkap.
Biar juju simpan dan ingat kenangan tu berulang kali. Dia orang kanan, kiri ku. Tika daku susah diuji hebat suatu tika dulu, dialah menenteramkan dan menenangkan ku.
Tak terbalas sebenarnya. Selalu minta berdoa agar Tuhan jaga dia untukku. Amin.
"𝗞𝗶𝘀𝗮𝗵 𝗞𝘂 𝗜𝗻𝗴𝗶𝗻𝗸𝗮𝗻"🎵 𝐴𝑘𝑢 𝑑𝑎𝑛 𝑘𝑎𝑚𝑢 𝑡𝑎𝑘 𝑡𝑒𝑟𝑏𝑎𝑡𝑎𝑠 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝑤𝑎𝑘𝑡𝑢,𝑇𝑎𝑘 𝑡𝑒𝑟𝑙𝑎𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑡𝑢𝑘 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑢, 𝑘𝑒𝑟𝑛𝑎 𝑘𝑎𝑢 𝑟𝑎𝑠𝑚𝑖 𝑚𝑖𝑙𝑖𝑘𝑘𝑢 🎶
Lagu ini tentang kami... nak tahu siapa kami, hayati mendalam liriknya.
Subhanallah, sebak sangat selepas mendengarnya klik ➡️ Lagu Kisah Ku Inginkan
Alhamdulilah. Sambutan kecil raikan cinta yang ke 10 tahun kami.
#JuliaMasak tomyam ayam sayur seperiuk besar. Buat tumis sayur bayam sepinggan kecil.
Ringkas bersahaja, janji air tangan tak putus. Syukur dijamah licin selalu anak beranak.
Dia tak pinta untuk dipuja setiap hari. Cukupi dia dengan kasih sayang, perhatian, pendengar setia, pelukan, serta keperluan zahir batin bila diperlukan.
Itulah bahagia si suri anda.
Pasti doanya setiap hari mengiringi buat imamnya. Tanpa putus-putus meminta padaNya lindungi erat dua penyatuan ini. InsyaAllah.
Terima kasih sang suami.Terima kasih si anak cinta kami.Terima kasih sahabat atas ucapan dan doa ikhlas. Anda semua sangat berharga, tiada ganti.
Terima kasih Tuhan pinjamkan masa dan waktu ini. Untuk juju merasai secebis rahsia disebalik rasanya nikmat MENSYUKURI.
Barakallah. Mari bercinta setiap saat 💟www.juliajohari.com#10thweddinganniversary
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.juliajohari.com/2021/07/sedekad-cinta-kami-happy-10th-wedding.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+WithJulia+(With+Julia...)