Sedapnya Putu Bambu Ayer Hitam
Sedapnya Putu Bambu Ayer Hitam, Johor. Putu bambu dan putu piring pun sedap. Kalau kat tempat saya putu bambu warna putih, manakala putu piring warna hijau dan leper bulat. Hehe.. Saja nak introduce kat korang yang belum pernah makan putu bambu. Last kita orang makan putu bambu yang sedap gini dan beli di Ayer Hitam adalah pada tahun 2015 dan 2016. Lama kan? Lagipun sekarang ni dah kurang pergi Batu Pahat. Jika semasa hero sulung saya belajar di MRSM Batu Pahat, adalah kerap dapat beli dan makan. Kerana kerinduan itu, kami datang lagi hari ini ke Ayer Hitam. Bukan sesaja nak ke sana. Ada hal lain juga sebenarnya.. Hehe
Keadaan di pekan Ayer Hitam pun dah lain sekarang ni. Putu bambu Juriah pun dah tak jammed lagi. Banyak kedai dah dipindahkan ke kawasan baru yang di panggil Bandar Baru Ayer Hitam. Kedai khemah tepi jalan dah tak ada lagi.. Tepi jalan jadi luas dan lapang..
Sedapnya Putu Bambu Ayer Hitam
Alahai sedapnya putu bambu. Kelapa luarnya masin dan inti dalam putu bambu manis. Sesedap rasa semuanya.. bila makan panas-panas lagi la kaw!
Kami beli 3 bungkus dengan harga RM10.00. Dalam dia ada 5 batang putu bambu. Dulu dia orang letak daun pisang alas putu bambu tu, tapi kini tak lagi. Mungkin daun pisang dah semakin pupus..
Setelah sekian lama tak berhenti di Ayer Hitam, kini kami datang lagi. Tapi bukan semata nak beli putu bambu, selain itu nak cari kerusi rehat/ malas untuk kegunaan Encik suami. Ada banyak manfaatnya kerusi tu, sambil dia menegangkan badan yang kurang sihat. Tapi yang lebih guna si kecil tu la, sambil melayan kartun di TV.
Di bandar Ayer Hitam ada banyak kedai-kedai menjual karpet dan barangan kraftangan. Memang rambang mata di buatnya. Bantal pelbagai bentuk semua ada. Harganya? Kena pandai runding la, kalau ada rezeki dapat beli pada harga yang murah. Kerusi rehat tu kami beli pada harga RM65.
Itulah kisah kami hari ini, jalan pun lengang. Budak-budak dah mula bersekolah kan.. jadi mak bapak pun tak merayau.. haha..
Anak saya masih lagi bercuti, sebab MRSM akan mula sesi persekolahan pada 9 Ogos nanti.
Semoga bermanfaat
Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2020/07/sedapnya-putu-bambu-ayer-hitam.html