Sedapnya Makan Domino S Pizza Dan Kempen It S All About You
Sedapnya Makan Domino’s Pizza dan Kempen It's All About You | Siapa peminat Domino’s Pizza sila angkat kening? Kita geng. Ingat lagi dulu masa mula belajar makan Domino’s pizza punya la penakut nak order dekat kaunter. Malu ye jugak. Takut salah order. Padahal staff dekat kaunter tu layan baik je. Cawangan Domino’s yang Diah suka pergi semestinya di Domino's Pizza Wangsa Delima. Mesra pelanggan, tak lokek dengan kata maaf dan murah senyuman. Sabar je melayan pelanggan.
Domino's Pizza - It's All About You bergaya bersama model tak berbayarMinggu lepas sempena hari gantung kuali, kami order Domino’s pizza untuk makan malam. Oleh sebab nak cari barang dulu petang tu jadi dah order Domino’s siap-siap dalam website dan tetapkan pukul berapa nak ambil. Tinggal nak bayar dan ambil pizza je. (Boleh buat bayaran secara online juga) Jadi tak la lama nak menunggu. Waktu menunggu itu ibarat bom jangka kalau keluar dengan baby. Bila-bila masa je angin kus-kus dia boleh datang. So memang elok la order online sahaja.
Domino's Pizza Wangsa DelimaDiam tak diam rupanya dah lama rupanya Domino’s berada di Malaysia. Terinspirasi sungguh dengan kisah kejayaan Domino Malaysia yang bermula 21 tahun lepas bermula dengan satu-satunya kedai dibuka di USJ dan masa tu mereka bermula dengan 15 orang pekerja sahaja. Kalau tengok sekarang mereka berjaya melebarkan sayap ke seluruh Malaysia dengan lebih 200 cawangan yang ada. Tahniah Domino’s Malaysia.
Domino's Journey
Memang bersesuaian la dengan kempen It's All About You yang mana matlamat utama Domino’s untuk menghargai setiap pelanggan mereka "Tidak kira siapa anda, dan tidak kira apa yang anda lakukan ... kami akan berada di sana untuk anda." Domino’s amat memahami selera rakyat Malaysia yang sukakan makanan.
Pilihan Flavour / Topping dan Crust Yang Pelbagai
Apa yang Diah suka tentang Domino’s Pizza ni mereka tawarkan banyak flavour dan juga pilihan crust untuk pizza dia. Baru-baru ni Domino’s memperkenalkan crust terbaru mereka iaitu Cheddar Cheese Tarik dan Mozarella Cheese Tarik. Hari tu Diah cuba Mozarella Cheese Tarik dan memang pilihan yang tepat. Sedap nya hoi. Jangan risau mozarella cheese tu tak muak pun.
Mozarella Cheese Crust dia power
Yang Diah beli dekat bawah ni adalah Set Combo Deal. Dapat pizza size Regular dan pilihan side order Diah pilih Breadstix. Rasa bawang putih dan dapat sos masam. Breadstix ni favourite Diah, makan sambil pejam mata sebab roti dia lembut yakmat. Walau dah sejuk pun masih lembut. Terbayang lagi kesedapan dia. Kalau nak roti manis pilih Cinnastix ok.
Combo Deal - Smoking Beef Pepperoni dan Breadstix DominosOrder Online Atau Delivery Pun Boleh
Domino’s Pizza juga ada buat penghantaran ke rumah anda. Tak perlu risau kalau anda malas nak keluar redah jem call je dan buat tempahan di talian 1-300-888-333. Sampai la pizza depan pintu. Nak rujuk promosi terbaru dan mendapatkan diskaun kena layari website mereka di https://www.dominos.com.my
Selain daripada makanan yang sedap, Domino juga amat menjaga hati pelanggan mereka dengan sentiasa memberikan potongan harga dan diskaun untuk pembelian pizza yang seterusnya. Memang tak pernah habis la tawaran percuma pizza tu dan lain-lain juga. Tu makin lama makin sayang Dominos
Beef Pepperoni Topping Kegemaran setiap masa dan tak pernah bosanUntuk memastikan Domino's sentiasa berdaya saing dan nak pikat hati pelanggan dari hari ke hari ada sahaja menu menarik dan semestinya sedap ditawarkan oleh mereka. Selain pizza hidangan sampingan yang lain turut ditawarkan oleh Domino seperti roti, pencuci mulut, hidangan ayam dan juga hidangan barat yang lain (meatball, spageti dll).
Pendek kata memang berbaloi-baloi kalau makan di Domino dan tak rugi mencuba. Sekali lagi Tahniah Domino's di atas pencapaian 21 tahun melakar kejayaan. Teruskan menghasilkan makanan yang dekat di hati pelanggan. Semestinya kalau craving nak makan Pizza, Domino's semestinya pilihan kami sekeluarga.
Jom ke Dominos
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2018/11/sedapnya-makan-dominos-pizza-dan-kempen.html