Sedap Weh First Time Makan Oden Dengan Odeen Viral Cekyana Pula Tu
Ini sebenarnya pertama kali aku makan oden. Lepas tu pula, makan dengan Odeen Viral Cekyana katanya antara rempah oden yang paling mendapat sambutan atau viral di Malaysia ketika ini.
Sebenarnya rempah segera oden ni kakak aku yang bawa yang katanya beli daripada agen di Kuantan. Tetapi sebenarnya, kalau korang nak dapatkan rempah oden ni, selain daripada agent yang berada di kawasan korang, korang juga boleh dapatkan secara online di Shopee je.
Dengan harga sekitar RM10, anda boleh dapatkan Odeen Viral Cekyana di Shopee dengan pelbagai rasa. Ada Oden Original, Xtra Hot Spicy, Kimci Adabi dan Tomyam Adabi. Jika berminat, korang boleh beli kat akaun Shopee (Abam Pasar Segar) ini. Baru-baru ni aku rasa adalah Xtra Hot Spicy.
Cara Penyediaan Odeen Viral CekyanaCara penyediaan cukup mudah, lagi pun ianya hanya dimasak secara steambot. Jadi tak perlukan bahan-bahan tambahan. Anda boleh masukkan rempah oden ni dan siap.
Untuk juadah kami ni, antara bahan-bahan yang telah disediakan adalah seperti bebola ikan goren, kek ikan goreng, bebola udang kara, tauhu makanan laut, sosej, cendawan dan maggi. Untuk masak, kami gunakan periuk elektrik sahaja. Cara penyediaannya pula :
1. Sediakan air 1000 ml dan didihkan air di dalam periuk selama 1 minit. Buka rempah oden 50 g (2 paket = 100 g)
2. Masukkan rempah Odeen Viral Cekyana
3. Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah disediakan tadi. Masak dan tunggu dalam 5 - 10 minit bergantung pada bahan.
4. Dah menggelegak baru kami padamkan periuk. Dah siap masak!
Kesemua proses memasak ambil masa tidak kurang 15 minit dengan adanya rempah oden segera ini.
Rasa Oden dan ReviewOden ni biasa kita nampak kalau pergi ke Family Mart. Kita boleh dapat bau aroma, sebab ianya dijual pada bahagian kaunter kan. Walaupun kerap ke sana, tapi aku tak pernah terasa nak beli, sebab aku bukanlah peminat makanan yang berasaskan steambot ni. Jadi baru-baru ni sebab kakak aku nak juga buat oden steambot ni, jadi kena la juga makan.
Untuk pertama kali rasa, bagi aku gabungan oden dan bahan-bahan seperti fishball, sosej, maggi ini semua cukup sedap sebenarnya. Tambahan lagi, perisa oden ini Xtra Pedas. Bagi aku ianya pedas tapi tidak terlalu pedas. Mungkin orang tak kuat pedas, tak sesuai kot. Boleh beli yang original sahaja.
Kalau nak makan fishball, mesti hirup sekali dengan kuah oden tersebut, baru sedap! Tapi kalau tanya untuk perbandingan kuah oden Family Mart dan Odeen Viral ni, aku tak sure mana yang best. Sebab aku tak pernah rasa yang di FM tersebut.
BACA : Pedas Tak Terhingga Makan Sambal Di Nasi 3 Budak Gemok
Hidangan 1 pek (50 g) ini sesuai disediakan untuk 4-5 orang makan. Macam aku sebelum ini ambil 2 pek (100 g) untuk 8 - 10 orang makan. Yes! ngam-ngam sahaja. Ikut sukatan yang diberi dengan jumlah bahan yang bersesuai dengan periuk masa kita.
Jadi kalau korang ada nak buat makan-makan, boleh consider untuk cuba Odeen Viral Cekyana ini. Sedap, pedas, mengenyangkan dan nak masak pun mudah. Boleh cuba lagi selepas ini!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.aimanabdullah.com/2021/03/cuba-oden-viral-cekyana-yang-sedap.html