Sedap Sungguh Memperleceh Kejayaan Orang Lain


 
Baru-baru ini saya tertonton video pendek yang lalu di garis masa Facebook berkaitan ucapan seorang pelajar wanita Malaysia di hari graduasinya di salah sebuah universiti terkemuka dunia. Di pentas graduasi dia bercerita panjang tentang cabaran ditempuhinya sehinggalah dia beroleh kejayaan. Tetapi apabila melihat komen warganet, saya terperanjat dan tertanya-tanya kenapa komen berbentuk perlecehan terhadap kejayaannya terlalu banyak.
Pelik mengapa kita yang tidak kenal dia secara peribadi, dengan hanya menonton video klip pendek itu tanpa segan-silu langsung terus menyindir, mengutuk dan memperlekehkan dia seolah-olah kita ini ahli jawatankuasa penilai rasmi yang punya autoriti untuk mengiktiraf siapa layak dan siapa tidak.
“Eleh! Dapat penaja bolehlah senang-senang berjaya. Tak payah macam orang lain yang terpaksa memikirkan bebanan yuran.”
“Ijazah tinggi pun buat apa kalau kerja makan gaji juga nanti!”
Saya merungut sendiri menyatakan kalau beginilah teruknya komen yang diterima memang wajarlah agaknya wujud akta sakit hati. Patut atau tidak fikiran saya itu?
“Kau pernah dengar Sindrom Popi Tinggi?” tanya kawan saya, Faizal – seorang jurufoto potret yang amat dikenali dalam kalangan artis tanah air.
Saya mengerutkan dahi cuba mengingat. Yang saya ingat istilah itu sama dengan sebuah judul lagu tulisan Loloq dinyanyikan Hattan. Bunga popi seingat saya adalah tumbuhan herba yang dijadikan bahan untuk membuat dadah. Satu lagi, pernah saya baca di dalam majalah Gila-Gila dahulu kartunis Rejabhad yang juga bekas askar menceritakan bunga popi telah dijadikan sebagai simbol peringatan kepada askar yang terkorban pada Perang Dunia Pertama. Selain itu, bunga popi adalah nama sebuah band Malaysia, Flop Poppy. Setakat itu sahaja yang sempat terimbas di kepala saya.
Rupanya, kata Faizal – ‘Tall Poppy Syndrome’ adalah ungkapan popular di negara ‘down under’ (Australia dan New Zealand) mengenai perangai manusia yang suka melecehkan kejayaan orang lain dan merendah-rendahkan pencapaian mereka. Ibarat pokok popi yang cantik bunganya, semuanya mesti naik sama tinggi. Kalau ada yang lebih tinggi ia tak disukai dan selayaknya dicantas.
Rupanya penyakit dengki ini penyakit semua manusia tak kira apa bangsa. Kita sahaja yang rasa orang kita kuat mendengki kerana kita mahukan ‘utopia’ padahal selagi bernama manusia, perangai baik dan perangai buruk manusia di mana sahaja tetap ada dan sentiasa bertingkah. Sebab itulah orang putih pun ada istilah ‘Tall Poppy Syndrome’.
Dalam resam hidup kita di tanah bertuah ini, perumpamaan masyhur yang kita digunakan – dan mungkin seiring dengan maksud sindrom popi tinggi ialah kisah ketam dalam bakul. Mana-mana ketam yang cuba memanjat bakul untuk keluar bebas selalunya gagal. Sebabnya ialah ketam-ketam yang berada di dalam bakul, yang tidak mahukan perubahan dalam hidup dan hanya mahu terus diam di dalam bakul akan menarik ketam-ketam yang memanjat ini jatuh semula. Ketam-ketam di bawah tidak senang melihat ketam lain berusaha keras untuk naik. Bagi mereka hendak senang atau hendak susah, hendak hidup atau hendak mati biarlah bersama-sama ‘mereka’ di dalam bakul. Jangan ada yang lebih-lebih!
Di tempat kerja, di kawasan tempat kita tinggal dan hari ini di media sosial; perlecehan, jatuh-menjatuh, buli atau cantas-mencantas sentiasa berlaku. Ini berlaku kerana tebalnya sifat iri hati dan kuatnya rasa kedudukan diri tergugat. Bahaya penyakit ini jika berlarutan boleh membawa kepada sabotaj dan penganiayaan.
Kajian mendapati peratusan paling besar menjadi mangsa sindrom popi tinggi ini ialah wanita. Kecemerlangan seorang wanita di tempat kerja membuat pekerja lelaki dengki dan enggan menerimanya. Di situlah berlakunya pemulauan atau gangguan serius. Wanita berjaya juga menghadapi tekanan tersebut dalam kalangan rakan sekerja wanita juga. Teori lainnya pula menunjukkan perlecehan tersebut datang dari kawan-kawan dan dalam kalangan keluarga rapat kita sendiri.
Individu yang menjadi mangsa cemuhan dan perlecehan ini boleh mengalami kemurungan, sakit jiwa, putus asa dan kecewa jika gagal menghadapi tekanan ini. Kesan psikologi akibat daripada ini tidak boleh dipandang enteng. Bayangkan seorang yang berprestasi cemerlang tidak mustahil akan merosot mutu kerjanya, boleh mati potensinya malah mangsa boleh menyerah kalah dan lari dari tempat di mana dia berada. Lebih parah lagi si mangsa silap-silap akan bertindak membahayakan dirinya sendiri kerana terlampau tertekan.
Itu jika di dunia nyata. Manakala di dunia maya, buli siber dan komen toksik di media sosial boleh dikira sebagai serangan gaya baharu sindrom popi tinggi ini. Di ruang maya, medannya lebih besar dan lebih terdedah. Mereka yang menyerang ini pula entah siapa-siapa yang tidak pernah kita kenal muka dan batang tubuh mereka.
Untuk itu, pada pandangan saya seeloknya kita tidak perlulah terlalu ghairah mempamerkan apa juga bentuk kejayaan kita di akaun media sosial kita kerana mata-mata dengki sentiasa sahaja memerhati. Kita tidak tahu dalam kita seronok menaikkan status, bukan semua ‘friends’ akan suka. Yang menyampah lebih ramai. Bak kata orang, nak buat apa pun biarlah berpada-pada.
“Seeloknya kita ‘up’ cerita-cerita kegagalan kita sahaja sudahlah. Itu orang mesti suka. Manusia kan suka jika kita lebih susah daripada mereka?” kata saya cuba bersarkastik. Kawan saya tertawa kelucuan.
Akhir kata, paling penting bagi saya – adalah lebih baik kita cuba kawal diri kita daripada menyibuk beri komen yang tak membina lebih-lebih lagi kepada orang yang tidak ada kena-mengena dalam urusan hidup kita. Usah cepat dengki dengan orang. Tenang-tenang sahaja sebab apabila kita tenang, kita akan senang dan orang lain pun tak akan susah. Boleh atau tak boleh? - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/01/sedap-sungguh-memperleceh-kejayaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ni Sekoq Lagi Dalam Pas Banyak Gak Dia Punya Benggong Dalam Membuat Penilaian Dalam Kejayaan Atau Kegagalan Orang Lain

Ni Sekoq Lagi Dalam Pas Banyak Gak Dia Punya Benggong Dalam Membuat Penilaian Dalam Kejayaan Atau Kegagalan Orang Lain

papar berkaitan - pada 29/1/2025 - jumlah : 88 hits
Jamzuri ArdaniBuang laa kepiah tu buat malu jer cakap macam tu Kalau orang cakap PAS jadikan Abdul Rahman bin Muljam sebagai pejuang contoh okay ke
Jantung Pisang Tumis Pedas Lauk Sayur Kampung Yang Sedap Sungguh

Jantung Pisang Tumis Pedas Lauk Sayur Kampung Yang Sedap Sungguh

papar berkaitan - pada 28/1/2025 - jumlah : 155 hits
Jantung pisang tumis pedas ini antara lauk yang dah jarang kita jumpa sekarang Selalu dimasak oleh orang tua sama ada mak atau nenek kita Tapi sekali dah rasa masakan ini memang takkan lupa sedap sungguh Bagi yang merindui hidangan ini bole...
Kari Mangga Resipi Kari Sedap Lain Dari Yang Lain

Kari Mangga Resipi Kari Sedap Lain Dari Yang Lain

papar berkaitan - pada 16/1/2025 - jumlah : 168 hits
Kari mangga jarang kita dengar tapi memang ada Selalu mangga sebegini dibuat sambal pajeri atau dimasukkan dalam gulai bersama ikan ayam atau daging Cuma kari ini memang mangga semata mata tiada lauk ikan atau ayam di dalamnya Kalau tak per...
Nama Lain Al Quran Makna Kelebihan Membacanya

Nama Lain Al Quran Makna Kelebihan Membacanya

papar berkaitan - pada 29/1/2025 - jumlah : 158 hits
Al Quran merupakan kitab suci yang menjadi rujukan utama umat Islam Al Quran ini dikatakan mempunyai banyak nama lain Kepelbagaian nama ini menggambarkan keistimewaan dan kemuliaan Al Quran itu sendiri Sebagai umat Islam kita sangat digalak...
Lain Kali Apa Pun Maafkan Saja Kata Brahim

Lain Kali Apa Pun Maafkan Saja Kata Brahim

papar berkaitan - pada 29/1/2025 - jumlah : 89 hits
Aman MohamadMaksud Timbalan Presiden PAS kalau ada orang yang hina Islam dan minta maaf maafkan sahajalah mereka faham tak walaun
Jazakallah Khairan Mendoakan Kebaikan Orang Lain

Jazakallah Khairan Mendoakan Kebaikan Orang Lain

papar berkaitan - pada 31/1/2025 - jumlah : 137 hits
Setiap kebaikan wajar dihargai dan tiada ucapan yang lebih baik selain doa Rasulullah SAW mengajarkan kita untuk mendoakan orang yang berbuat baik kepada kita dengan ucapan Semoga Allah SWT membalasnya dengan segala kebaikan Orang islam dig...
Najib Layak Dapat Peluang Seperti Orang Lain Kata Ngo Antirasuah

Najib Layak Dapat Peluang Seperti Orang Lain Kata Ngo Antirasuah

papar berkaitan - pada 30/1/2025 - jumlah : 107 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jan 30 2025 12 15 PMIsu mengenai titah adendum yang membolehkan Najib Razak menjalani baki hukuman penjara di rumah terus mendapat perhatian apabila sebuah NGO menyatakan dia berhak diberi peluang menebus kesilap...
Nama Lain Babi Dan Cara Semak Status Halal Online

Nama Lain Babi Dan Cara Semak Status Halal Online

papar berkaitan - pada 31/1/2025 - jumlah : 146 hits
Sebagai Muslim adalah kewajipan buat kita mengambil makanan dan produk daripada sumber yang halal dan bersih Kita juga sudah dididik sejak dahulu agar berhati hati supaya tidak mengambil makanan yang berasaskan babi serta bahan haram yang l...
Wanita Warga Emas Maut Terbakar Disyaki Angkara Anak Lelaki Oku Mental

Startups Vs Established Industries

How To Recover Lost Data From Your Smartphone

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Nasi Lemak Lobster Jb

Dua Pendaki Wanita Maut Di Puncak Jaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


We Re At Mwc Showcasing The Latest Ai Features On Android

Nak Beli Kereta Baru Vs Kereta Lama

Mwc 2025 Malaysia Pacu Inovasi Digital Perkukuh Posisi Serantau

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Adam Sandler Keluar Dari Oscar Lebih Awal Selepas Pakaiannya Dipersoalkan Conan O Brien