Sedap Ke Latok


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Sedap ke Latok? | Latok pernah jadi satu fenomena viral tahun lepas. Rata-rata kengkawan MF dok update latok ni. 
Masa tu memang tak ambil port pasal latok ni. Tambah pula nampak pelik je kan… Lagilah malas nak rasa ke apa. Nampak macam rumpai laut… Lagilah tak lalu nak makan

Tapi sejak melayan Instagram, iklan pasal latok selalu dok lalu lalang… Aisshhh… nampak macam sedap je orang makan kan. Bunyi kruk krak kruk krak je diorang makan… 
Ishhh… Tak boleh jadi… Macam nak kena try la juga. 
So, MF pun apa lagi… carilah kat Shopee dan Lazada… 
Alhamdulillah… Jumpa pun Latok yang MF nampak kat IG tu… Teruslah beli satu sebab nak rasa punya pasal… 
Sebelum MF review Latok yang MF beli tu, jom kita cerita sikit pasal Latok ni

Sumber: Google image


Apa itu latok?Dalam istilah saintifik, latok dikenali sebagai Caulerpa lentillifera, iaitu sejenis rumpai laut. Rumpai laut ni sejenis tumbuhan laut yang dikenali sebagai alga, dan berbeza mengikut pigmen warna aslinya seperti merah, hijau, atau perang. 
Latok ialah sejenis rumpai laut berwarna hijau. Oleh kerana biji-biji latok menyerupai buah anggur, ia turut digelar sebagai umibudo (anggur laut) dalam bahasa Jepun

Rumpai laut ini ialah tumbuhan berstolon (jenis batang kecil yang tumbuh menjalar dan mengeluarkan pucuk dan akar pada bahagian hujung) dan boleh tumbuh sehingga mencapai ketinggian 10 cm

Selain itu, rupa latok yang seakan-akan sama seperti telur ikan menjadikannya turut dipanggil sebagai kaviar hijau. Tekstur latok yang rangup dan ‘meletup’ apabila digigit akan memberi pengalaman yang sama seperti memakan kaviar telur ikan

Tumbuhan ini mempunyai rasa yang agak masin dengan kesegaran air laut. Di Jepun, secara tradisional, latok atau umibudo dituai daripada dasar lautan. Namun, berikutan permintaan yang tinggi di pasaran, kini, kebanyakan umibudo diternak dan dituai daripada ladang tempatan

So, yang MF beli ni adalah Latok yang dikatakan memang dari negara Jepun… Entah ye ke tidak… haha… wallahua’lam… Apa pun betullah rupanya Latok

Cara makan LatokKat Jepun, tumbuhan ini diternak dan dituai lalu dinikmati secara segar dan mentah. Di Sabah pula, latok biasanya dimakan sebagai ulam bersama-sama nasi, lauk-pauk dan sayur-sayuran lain. Ia juga boleh dimakan begitu saja bersama perahan limau kasturi dan cili padi

Di Filipina, tumbuhan ini dibersihkan dan dimakan mentah begitu sahaja atau ditambah dengan hirisan tomato, bawang, mangga, dan sos ikan

Khasiat LatokKalau dah makan sesuatu tu mesti nak tahu, ada khasiatnya ke
Semestinya ada la kan… Allah jadikan sesuatu mesti ada kebaikan untuk manusia. 
Ini khasiat latok yang MF nak kongsikan

1. Antioksida dan anti-bakteriaSatu kajian baharu yang dijalankan secara spesifik ke atas spesis rumpai laut Malaysia atau latok membuktikan bahawa ianya mempunyai kesan antioksida dan anti-bakteria yang tinggi terhadap bakteria Staphylococcus aureus. 
Bakteria ni biasanya penyebab kepada keracunan makanan dan ada dalam usus manusia. Jadi, bagus la makan latok ni, dia boleh bantu bunuh atau nyahaktif bakteria jenis ni

2. Mengawal paras gula dalam darahEkstrak tumbuhan rumpai laut ini didapati dapat meningkatkan penghasilan insulin dan pengambilan gula dari dalam darah oleh sel lemak. Oleh itu, hasil kajian mencadangkan bahawa latok berpotensi dalam membantu mengawal gula dalam darah dan mencegah diabetes. 
Bagus orang yang ada diabetes amalkan makan latok. Kat semenanjung Malaysia susah nak dapat kan… Kalau dok kat Sabah banyak la latok ni katanya. 
3. Menyumbang kepada kesihatan jantungKandungan asik lemak tidak tepu dalam latok berupaya mengurangkan kadar kolesterol, meningkatkan keanjalan salur darah, memelihara struktur kolagen arteri, lantas mencegah penyakit kardiovaskular seperti strok dan serangan jantung

Ni antara khasiat latok yang menarik perhatian MF… Tapi nak amal selalu, macam susah juga lah… sebab mahal juga latok ni. 
4. Membantu mencegah kanserMelalui satu kajian, oligosakarida yang terhasil daripada tumbuhan latok melalui rawatan asid mampu mengurangkan jumlah sel kanser payudara. Kesan ini dipercayai berikutan fungsi rumpai laut untuk menyebabkan apoptosis (kematian) sel kanser tersebut berlaku

5. Menguatkan tulang dan sendiRumpai laut atau latok kaya dengan kandungan protein, kalsium, dan asid lemak tidak tepu seperti omega-3, yang berkesan melegakan keradangan dan mengurangkan gejala artritis


6. Membantu mencegah GoiterDalam 100 gram latok, terdapat kira-kira 1.8 miligram iodin. Individu kekurangan iodin berisiko mempunyai tubuh yang tidak mampu menghasilkan hormon tiroid mencukupi lalu mengakibatkan goiter. 
Selain keju, telur, ikan air masin, dan kerang, rumpai laut juga merupakan salah satu sumber makanan yang membekalkan iodin

7. Menghasilkan kulit dan rambut yang lebih sihatKandungan lemak di dalam tumbuhan ini membantu memelihara membran sel, memperbaiki keanjalan, dan mengurangkan kebolehtelapan (permeability) dinding salur darah bagi mengurangkan gejala kulit kering

Selain itu, kandungan vitamin A dan C di dalam latok juga mampu menghasilkan kolagen dan antioksida. Oleh itu, ia dianggap sebagai ‘bahan kosmetik semula jadi’ yang menambah baik kesihatan kulit dan rambut, serta melambatkan proses penuaan

Seronok betul baca khasiat latok ni… Memang tinggi khasiat latok ni. Patutlah orang Jepun ni sihat-sihat dan cantik kan… hehe… 
Review Latok Shrink Pop Pop


Lepas dah beli, memang tak sabar nak tunggu sampai tu kan… 
Elok sampai je, MF terus la cuba makan… Latok Shrink Pop Pop ni katanya latok dari Jepun…. Yang diawet tu macam dijeruk kan la kot… so, dipasteur dibungkus segar. Siap dengan sambal diberikan. 
Cara makan Latok Shrink Pop Pop

Pertama sekali… dalam bungkusan tu korang akan dapat satu bungkus latok, dan satu bungkus sambal dia. 
Yang lain-lain tu MF free gift dari seller… baikkan seller tu.. hehe… 
Lepas tu korang sediakan bekas berisi air sejuk dan ketulan ais.. MF sejak dah tukar penapis air Coway .. bab ais ketul takde masalah dah… tekan Aje… 😂
So, korang rendam latok tadi dalam air ais tu… dalam 3 ke 5 minit camtu… 


Bila dia dah kembang tu… terus bilas. 
Latok ni masin tau… Kalau nak kurang kan masin tu korang bilas la banyak kali…
MF bilas 2 kali je… so, takde lah tak masin terus… biar ada rasa masin tu sikit… 
Lepas bilas… tos kan… dan boleh la makan cicah dengan sambal yang dia bagi sekali tadi… 
Sambal tu korang boleh olah … kalau nak lebih pedas buh la cili padi potong… macam MF tambah perahan limau kasturi sikit… rasa masam-masam pedas… campur dengan masin latok tu ngam sangat

Sedap ke latok?Sedap ke? Buat MF yang pertama kali merasa ni .. boleh la makan… sedap sebab bila kita kunyah latok tu ada bunyi pop pop… 🤣🤣🤣… syok dengar bunyi tu… 
Untuk satu pek MF beli tu kenyang la juga makan sorang .. suami MF tak makan hidupan marin macam tu… so, makan sorang… kenyang lah… 
Memang sedap la buat makan cicah sambal gitu… ngam rasa dia… pada MF boleh la makan… 
Rasa dia macam makan ulam la camtu… makan sayur rangup gitu… takde rasa hanyir ke bau hamis ke takde… boleh ditelan… 
Orang alah seafood boleh ke makan Latok?Ini persoalan MF lepas beli Latok…😂😂😂Dah beli baru nak fikir kan… 
MF ni ada alahan makanan laut… tetiba nak makan Latok pula… yang memang datang dari laut.. 
Memang risau juga la…. Kang kena alahan .. jenuh juga..  Tapi dah beli tu… tak kan tak makan… 
Akhirnya makan lah kan.. bismillah dan telan je… 😂
Alhamdulillah… takde alahan apa² selepas makan Latok.. Alhamdulillah… seronok plak rasa lepas makan takde rasa gatal ke apa… so, boleh makan lagi lah lepas ni… 

Kat mana nak beli Latok Shrink Pop Pop?Yang ni MF beli kat Lazada sebab nak dapat Free Shipping…free shipping shopee dah habis masa tu … hehe .. so, cari kat Lazada… dapat lah harga barang sahaja… RM15 tanpa perlu bayar kos pos… 🤣🤣🤣… hidup kena bijak kan… 
Kat Shopee korang boleh beli kat sini: https://shp.ee/c44iqr7Kat Lazada korang boleh beli kat sini: https://invol.co/cl9j9z6
Itulah perkongsian MF pasal latok… So, yang belum pernah rasa… boleh cuba makan… sedap dan berkhasiat latok ni… 
Kalau dok Sabah mungkin lebih banyak dan lebih fresh dari laut kita boleh cuba… 
Sekian, semoga bermanfaat… 




Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mariafirdz.com/2022/03/sedap-ke-latok.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zas Rumah Kopi Cafe Hipster Menu Sedap Di Rawang

Zas Rumah Kopi Cafe Hipster Menu Sedap Di Rawang

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 374 hits
Dah lama dah beroperasi di Anggun Rawang cuma baru baru ni sahaja kak ana direzekikan masuk ke cafe ZAS Rumah Kopi ni Dekat jer dengan rumah dan tak jauh dari AEON Rawang lokasinya Alhamdulillah ZAS Rumah Kopi ni pemilik nya orang Islam ken...
Susu Pisang Farm Fresh Terpaling Sedap

Susu Pisang Farm Fresh Terpaling Sedap

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 174 hits
Semasa encik suami singgah membeli sekembalinya ke kereta dia bawa 4 jenis minuman dalam kotak keluaran Farm Fresh selain Kopi Kaww Semua tu lain lain perisa dan tak pernah saya rasa Boleh lah buat content blog nanti Eh perli ke memang saja...
Menu Dessert Popular Oreo Cheesecake Yang Mudah Sedap

Menu Dessert Popular Oreo Cheesecake Yang Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 166 hits
Sekali sekala makan dessert atau pencuci mulut moden pun sedap juga kan Bolehlah cuba oreo cheesecake yang mudah dan sedap ini Cheesecake ini biasanya buat dalam loyang Tapi dengan resipi yang dikongsi Umi Watie ini dibuat secara individual...
Ayam Goreng Rangup Sos Salted Egg Sedap Dan Mudah

Ayam Goreng Rangup Sos Salted Egg Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 281 hits
Ayam Goreng Rangup dengan Sos Salted EggTeringin juga nak makan ayam goreng rangup dengan sos salted egg selepas melihat iklan sebuah restoran makanan segera baru baru ini Nak beli atau buat sendiri Mai memilih untuk mencuba buat sendiri di...
Jjcm Sup Lembu Tangkak Sedap Tak Terkata

Jjcm Sup Lembu Tangkak Sedap Tak Terkata

papar berkaitan - pada 27/2/2022 - jumlah : 202 hits
Assalamualaikum Hi korang Baru baru ni SA pergi makan nun jauh ke Melaka buat hal kan takde tempat lagi jauh nak makan ke hehehe apapun memang sedap dan ini merupakan kali pertama SA makan kat sini mulanya SA macam skeptikal ingat kedai cin...
Blueberries Cheese Tart Sedap

Blueberries Cheese Tart Sedap

papar berkaitan - pada 27/2/2022 - jumlah : 163 hits
Petikan kuliah Ustaz Jafri Abu Bakar sesiapa yang dalam satu hari tidak ingat akan kematian adalah termasuk dalam golongan orang yang lalai Sementara hidup berusaha lah membuat amal untuk memadamkan dosa Jika kita mati dalam keadaan berdosa...
Guna Acuan Karipap Mudah Je Buat Apam Puri Yang Lembut Sedap

Guna Acuan Karipap Mudah Je Buat Apam Puri Yang Lembut Sedap

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 590 hits
Petang petang sebegini memang sedap jika dapat makan Salah satu resipi yang RASA nak kongsi hari ni ialah resipi Apam Puri perkongsian saudara Faizal Iqmal Lembut gebu dan nampak sedap Kelim guna acuan karipap je Mudah kan Nak cuba Ini resi...
Bebola Bergedil Ayam Guna Kentang Lenyek Je Siap Buat Kudapan Untuk Anak Gerenti Sedap

Bebola Bergedil Ayam Guna Kentang Lenyek Je Siap Buat Kudapan Untuk Anak Gerenti Sedap

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 187 hits
Nak pikat selera anak sebenarnya mudah masak simple pun anak tentu suka paling penting air tangan ibu Resepi mudah Bebola bergedil ayam boleh mama buatkan untuk kudapan bersama anak anak kalau rajin boleh makan dengan soto Tapi kalau makan ...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Cat888 1 2024