Secawan Cappuccino Kongsi Berdua Di Luth Cafe The Royal Family Kuantan
Assalamualaikum.
Selamat penat melawat MOCA, kami membasahkan tekak dengan secawan ccppucino kongsi berdua di Luth Cafe yang terletak di salah satu bahagian di Kutubkhanah Di Raja atau The Royal Library. Luth Cafe terletak betul- betul di tepi jalan sebaris dengan Shahzan Hotel. Semalam dah tengok gambar- gambar di sekitar MOCA dan The Royal Library kan...kali ni SA nak bawak korang masuk kedalam Luth Cafe ni plak...Ramai jugak pengunjung sedang posing- posing di sekitar sini...memang instagrammable area bangunan ni semua...ada juga yang buat video Tik Tok..
Untuk SA dan suami..cukup lah hanya bergambar..
Bergambar ni pun sekadar simpan dalam gallery kenangan dan juga galeri media sosial kami...ini cara kami release stress kami bekerja..terpulang kalau ada yang persoalkan...eh ada ke? Ada..
Jom mulakan cerita..
Pintu masuk...depan pintu ni ada meja batu panjang yang diletakkan kerusi juga...kalau ada yang nak minum outdoor...nampak reflection dalam gambar tu
Suasana dalam cafe...dalam library kan
Bang...x yah la naikkan kening macam The Rock tu...x sama laaa...haih...hahahaha...belakang suami tu satu family sedang menikmati hidangan
Memang dalam part of Gallery Di Raja, bahagian belakang yang ada buku2 tu diletakkan tanda no photography...dekat buku tu la kot...dari jauh macam ni xpe rasanya
Secawan Cappuccino

Gambar ni guna timer

Jom join me...

Classic kan...meja dan kerusi macam kat Kopitiam

Suami nak jugak potrait style

Bahagian satu lagi..
Environment dalam cafe ni cosy je...senyap..hanya bunyi-bunyi langkah pekerja dan sudu garfu berlaga...muzik pun perlahan dan mendamaikan. Sebiji suasana dalam library...memang tenang..
Kami berdua suka suasana tu...Memang best dan recommended korang datang singgah sini boleh membaca buku sambil coffee & makan di Luth Cafe, at The Royal Family, Kuantan
Tapi takkan nak dating dalam library plak lepas ni kan..
Kami habiskan masa 1/2 jam kat sini...memerhati gelagat orang dan anak- anak remaja seusia Dania sedang bergambar dan buat video pendek...comel aje ragam masing- masing...selepas tu kemana kami
Kami ke Kemaman sekali lagi...semalam separuh jalan kan...kali ni kami terus ke Kemaman..
Buat apa
Saje jalan- jalan buang masa...
Jangan lupa singgah
LUTH CafeKompleks Muzium Sultan Haji Ahmad Shah, Jalan Masjid, 25000 Kuantan, Pahang
Nanti SA share next entry..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suriaamanda.com/2025/02/secawan-cappuccino-kongsi-berdua-di.html