Secara Prinsipnya Wakil Rakyat Yang Mahu Berbeza Pendirian Dengan Parti Memang Wajib Letak Jawatan




Berikutan seorang demi seorang Ahli Parlimen blok pembangkang tampil secara terbuka memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim dan kerajaan perpaduan, tetapi dalam masa yang sama tidak keluar daripada parti yang dianggotai, moral mereka yang berbuat demikian semakin diperdebatkan.


Sepatutnya dengan adanya akta lompat parti dan surat perjanjian yang ditandatangani sebelum bertanding dahulu, disertai mereka yang terpilih untuk bertanding itu sendiri adalah manusia terpilih dan terbaik di antara yang baik-baik, soal ingin mengalih sokongan selepas menang amat tidak wajar berlaku lagi.


Sebagai usaha tambahan mengelakkan perkara yang sama terus berlaku, nampaknya kini semua parti tiada pilihan lain melainkan perlu meminda perlembagaan masing-masing pula.


Keadaan ini semacam memperlihatkan manusia-manusia politik ini “lebih ganas daripada haiwan buas” sehingga semua undang-undang, akta, peraturan dan hukuman perlu dikenakan untuk mengawal mereka.


Bagaimana rakyat mahu hormat kepada pemimpin dan wakil rakyat kalau kekuatan pendirian mereka sendiri tidak lebih senipis kulit bawang?


Tambahan pula yang memenangkan mereka sehingga dipilih sebagai Ahli Parlimen adalah parti, guna wang dan jentera parti, bukan melalui kekuatan peribadi mereka yang berkenaan.


Kalau bertanding atas nama sendiri, jangan sembang kencanglah, tak hilang deposit sudah cukup baik, tetapi kalah memang dalam tangan.


Dengan itu, mereka yang terpilih sebagai Ahli Parlimen atau wakil rakyat seharusnya ada rasa setia dan akur kepada parti selama mereka bergelar Yang Berhormat.


Jika tidak setuju lagi dengan parti dan ingin bersama kelompok lain, langkah paling bertanggungjawab dan terpuji ialah meletakkan jawatan dan serahkan kembali mandat kepada pengundi membuat pilihan semula.


Mengalih sokongan semata-mata kerana ada kelompongan dalam akta lompat parti, kemudian masih mahu kekal dalam parti yang dikhianati, atas alasan apa sekali pun, ia adalah tindakan paling tidak bertanggungjawab dan wajib dikutuk.


Selepas itu, apabila didesak meletak jawatan, mereka mencabar pula agar parti memecat mereka.


Tak ke gila semua ini?


Hakikatnya semua orang sedar dan faham tindakan mencabar agar dipecat itu ialah agar mereka tidak perlu mengosongkan kerusi dan boleh terus kekal sebagai Ahli Parlimen sehingga habis penggal melalui tindakan pecat itu.


Kiranya betul-betul bertanggungjawab, ada hati dan perasaan serta masih tebal rasa malu dalam diri, letak sajalah jawatan dan tak perlu minta parti memecat mereka.


Tak malu ke ambil gaji dan elaun sebagai Ahli Parlimen, sedangkan jawatan yang diperolehi itu dimenangkan oleh parti?


Selain itu, parti yang membentuk kerajaan juga, walaupun kehadiran Ahli Parlimen yang ingin mengalih sokongan itu bererti menambahkan lagi kekuatan, tetapi makna dari segi moralnya langsung tiada.


Rakyat sedikit pun tidak hormat dengan kehsdiran mereka, apa lagi kalau selepas itu diberi jawatan tertentu.


Mereka hadir memberi sokongan bukan dengan hati yang ikhlas atau yakin dengan perjuangan parti yang berjaya membentuk kerajaan, sebaliknya hanya kerana inginkan peruntukan.


Jika tiada peruntukan, mereka pun tak sudi nak datang.


Tambahan lagi jika hadirnya Ahli Parlimen blok pembangkang yang tampil memberi sokongan itu dalam keadaan parti kerajaan sendiri sudah ada majoriti yang kukuh untuk kekal bertahan sehingga habis penggal.


Tanpa mereka pun tak mengapa sebenarnya, sebaliknya mereka itu yang tidak boleh hidup tanpa berdekat dengan kerajaan. – ShahbudinHusin 30/01/2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/01/30/secara-prinsipnya-wakil-rakyat-yang-mahu-berbeza-pendirian-dengan-parti-memang-wajib-letak-jawatan.html






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/01/secara-prinsipnya-wakil-rakyat-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mansuh Dulu Skim Pencen Wakil Rakyat Menteri Warga Net

Mansuh Dulu Skim Pencen Wakil Rakyat Menteri Warga Net

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 168 hits
Imej hiasanKUALA LUMPUR Seiring cadangan pelaksanaan skim tidak berpencen kepada penjawat awam baharu pengguna media sosial hari ini menuntut langkah itu dikuatkuasakan terlebih dulu kepada semua lantikan politik Selain membabitkan menteri ...
Tak Adil Pencen Penjawat Awam Dimansuhkan Wakil Rakyat Dapat Pula Pemuda Umno

Tak Adil Pencen Penjawat Awam Dimansuhkan Wakil Rakyat Dapat Pula Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 259 hits
Dr Muhamad Akmal SalehKUALA LUMPUR Pergerakan Pemuda UMNO menggesa cadangan pemansuhan pencen wakil rakyat dilaksanakan terlebih dahulu sebelum melaksanakannya kepada penjawat awam Ketuanya Dr Muhamad Akmal Saleh berkata semua pihak memaham...
Menteri Wakil Rakyat Juga Tidak Harus Nikmati Sistem Pencen

Menteri Wakil Rakyat Juga Tidak Harus Nikmati Sistem Pencen

papar berkaitan - pada 25/1/2024 - jumlah : 317 hits
LOKMAN ADAMSesetengah rakyat boleh memahami beban fiskal yang diwarisi oleh Kerajaan Madani khususnya bebanan hutang RM686 8 bilion yang ditinggalkan oleh kerajaan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak Pada tahun 2017 jumlah hutang negara hanya 5...
Wakil Menteri Atr Berkat Presiden Jokowi Rakyat Bisa Tidur Nyenyak Tanpa Takut Mafia Tanah

Wakil Menteri Atr Berkat Presiden Jokowi Rakyat Bisa Tidur Nyenyak Tanpa Takut Mafia Tanah

papar berkaitan - pada 25/1/2024 - jumlah : 144 hits
Raja Antoni mengungkapkan betapa pentingnya memliki sertipikat tanah sebab sertipikat menjadi tanda bukti kepemilikan yang sah atas suatu bidang tanah
Sekutu Perlu Rombak Pemimpin Puad Kata Wakil Rakyat Pkr Tak Tahu Cermin Diri

Sekutu Perlu Rombak Pemimpin Puad Kata Wakil Rakyat Pkr Tak Tahu Cermin Diri

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 153 hits
Puad Zarkashi berkata Hassan Karim tidak tahu cermin diri susulan kenyataannya berkenaan Umno PETALING JAYA Puad Zarkashi membidas seorang wakil rakyat PKR kerana menyatakan Umno perlu rombakan pemimpin Ahli majlis kerja tertinggi Umno itu ...
Netizen Wujudkan Petisyen Minta Dj Lin Letak Jawatan Anggap Dah Tak Relevan

Netizen Wujudkan Petisyen Minta Dj Lin Letak Jawatan Anggap Dah Tak Relevan

papar berkaitan - pada 18/1/2024 - jumlah : 179 hits
Baru baru ini kecoh di media sosial berkenaan tentang seorang penyampai radio Suria FM iaitu Tyzo yang ditamatkan kontrak secara tiba tiba dan difahamkan ia adalah sebuah penganiayaan yang dikenakan oleh seorang DJ senior yang dikenali seba...
Naikkan Gaji Penjawat Awam Hapuskan Pencen Menteri Wakil Rakyat

Naikkan Gaji Penjawat Awam Hapuskan Pencen Menteri Wakil Rakyat

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 297 hits
Syed Saddiq gesa kerajaan naikkan gaji penjawat awam berbanding menghapuskan pencen mereka kerana gaji golongan itu tidak dinaikkan sejak 2013 selain berdepan cabaran lain seperti tempat tinggal yang daif Gambar failSHAH ALAM Ahli Parlimen ...
Pmx Mansuh Pencen Juga Terpakai Kepada Wakil Rakyat

Pmx Mansuh Pencen Juga Terpakai Kepada Wakil Rakyat

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 193 hits
Faiz ZainudinKUALA LUMPUR Cadangan skim tidak berpencen untuk penjawat awam juga terpakai kepada ahli politik berjawatan termasuk wakil rakyat kata Anwar Ibrahim Perdana menteri berkata secara prinsipnya kerajaan bersetuju dengan keputusan ...
Trump Mahu Penduduk Gaza Dipindahkan Ke Negara Jiran

Biodata Soloz Kerjaya Filem Terbaru Game Of Life

Kemalangan Di Mesir 8 Pelajar Malaysia Cedera Dapat Bantuan Wisma Putra

Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Cara Mengatasi Tekanan Emosi Dalam Kehidupan Sehari Hari

Resepi Bbq Kambing

Drama Gadis Masa Lakonan Mira Filzah Syafiq Kyle

Sarapan Capati Di Warong Tujuh Pagi


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Pm Malay Dignity Strength Built On Foundation Of Islamic Values

Halal Certification Is A Non Muslim Issue

Why Salads Are Good For You

Ikan Siakap Bakar Kerabu Bunga Betik

Lirik Lagu Anak Raja De Fam

Monday Blues