Sebidang Tanah Si Kaya Yang Tamak Saudara Pengkhianat




Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada admin & pembaca semua. Terima kasih tak terhingga kepada admin sekiranya tulisan saya ini disiarkan.
Ni merupakan confession pertama saya. Maaf coretan ini agak sedikit panjang.
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Semoga selalu dalam rahmat & redhaNya. Nama saya Aurora (bukan nama sebenar) dan tujuan saya menulis ni bukan untuk meminta simpati.
Tapi hanya ingin meluahkan apa yang terbuku di hati (tak sanggup memendam sendiri perasaan ni, mulut kata dah move on tapi hati masih lagi menyimpan rasa sakit) & memberi pengajaran kepada pembaca di luar sana. Saya pun terlupa ada page IIUM Confession ni. Saya bersyukur, at least saya boleh meluah kat sini.
Saya dah cukup lega. Ramai kawan-kawan yang tahu pasal kes ni tapi mereka tak tahu yang detail sebab memang tak pernah cerita detail pun. Yang simpati ada, yang buat tak tau pun ada. Saya ni seorang perahsia tapi kalau masalah tu masalah besar saya akan share kepada orang lain.
Sudah setahun lebih berada di rumah baru dan saya bersyukur sangat Allah permudahkan semuanya walaupun ada masa-masanya tak mudah juga. Rasa sedih, marah, terkilan, takut, kecewa dan macam-macam lagi saya rasa sepanjang saat-saat getir ni.
Jujur saya tak tahu nak mula dari mana. Sebab ceritanya sangat panjang. Dah boleh buat novel dah. Saya akan gunakan ‘aku’ sebagai kata ganti nama diri dalam penulisan ni.
Saya harap jangan ada yang terlalu cepat menghukum dan terlalu senang membuat andaian sendiri. Saya harap silalah baca sehingga selesai sebelum ingin membuat andaian apa-apa. Terima kasih.
– – – – –
Kalau orang tanya tarikh apa yang paling aku tak boleh lupakan? 11 Julai 2019. Hari di mana bermulanya ‘detik hitam’ buat aku dan keluarga. Baru sekarang nak bercerita panjang lebar dan secara detail kerana aku & keluarga terlalu sibuk dengan urusan perpindahan secara mengejut dan banyak urusan penting yang lain.
Lagipun aku nak bertenang dulu. Tak nak viralkan sesuatu perkara tak tentu hala sebab risau nanti aku dan keluarga yang kena balik walaupun aku tahu ada sesuatu yang tak kena dah berlaku.
Apa yang berlaku kepada aku & keluargaku? Tanah kerajaan yang aku dan keluargaku duduki (ada sebuah rumah dan bengkel besi atas tapak tanah) ‘dirampas’ oleh pihak-pihak yang tidak berperikemanusiaan selepas pemergian arwah ayah pertengahan tahun 2018 (bulan puasa). Tanpa sebarang pampasan.
Hampir 27 tahun mendiami kawasan tersebut dan tak sangka dihalau keluar macam tu saja.
Sebelum bercerita lebih lanjut, aku perlu bercerita pasal sejarah tanah tu dulu. Arwah ayah aku yang meneroka tanah itu pada tahun 1992. Arwah ayah juga kontraktor kecil-kecilan dan membuka perniagaan bengkel besi sendiri. Arwah ayah nampak peluang yang ada di tanah itu kerana lokasinya yang strategik dan berhadapan jalan utama.
Pantas arwah ayah genggam peluang tersebut untuk menguasahakan tanah itu. Sesetengah penduduk kampung di situ sudah semestinya tidak berpuas hati dengan tindakan arwah ayah tapi yang peliknya kalau tidak mahu orang lain menguasahakan dan mendapatkan tanah tu kenapa tidak diusahakan sendiri?
Arwah ayah salah seorang peneroka tanah itu dan merupakan peneroka ke-20 yang dihalau oleh penduduk kampung tapi tidak berganjak. Sebelum ni memang dah ada orang yang ingin mengusahakan tapak tanah tu tapi berjaya diusir orang kampung.
Masalahnya arwah ayah tidak mengambil sedikit pun hak orang lain memandangkan itu tanah kerajaan. Siapa yang usaha, dia yang dapat. Daripada mereka yang sibuk menghalau tapi langsung tiada usaha sedikitpun ke atas tanah tersebut. Lepas tu baru nak putih mata.
Asal tanah itu ialah lombong atau lebih kurang macam kawasan paya sedalam lebih kurang 5-6 meter. Boleh bayangkan dengan keadaan tanah tak rata macam tu agak-agak mustahil ke nak bina sebuah rumah? Oh semestinya tidak! Sebelum membina apa-apa di atasnya, sudah semestinya harus melabur dulu.
Arwah ayah membeli banyak tanah menggunakan lori untuk menimbus dan menambak tanah tersebut sampailah akhirnya tanah itu menjadi rata. Ingat mudahkah? Memakan banyak masa, tenaga dan wang. Bertahun-tahun tanah itu ditambak oleh arwah ayah. Bak kata pepatah, bukan senang nak senang.
Bila sebahagian kawasan dah rata, awal-awal arwah ayah buat rumah pondok daripada kayu. Kerja menambak masih diteruskan. Berbelas tahun juga tanah tu dalam proses. Lama-lama dah boleh buat rumah batu.
Ibu pernah cerita masa rumah pondok dulu, masa tu aku masih bayi, ada seekor ular berlingkar berehat bawah buaian aku. Ya Allah. Meremang. Alhamdulillah tiada apa-apa berlaku. Masa tu masih lagi kawasan semak samun. Ular banyak keluar masuk rumah.
Untuk makluman, tapak tanah tu dah dibahagi jadi 4 bahagian; 3 rumah (termasuk rumah yang arwah ayah aku bina, yang lain rumah jiran), 1 dewan orang ramai. 4 bahagian ni memang tanah kerajaan. Masing-masing usahakan sendiri setiap bahagian tapak tanah tu.
Rumah aku dan rumah jiran sebelah berhadapan jalan utama. Yang lagi 2 tapak tu bahagian belakang rumah aku dan rumah jiran. Agak-agak boleh faham tak? Maaf kalau tak faham.
Banyak kenangan pahit manis tinggal di sini. Bukan senang nak senang kan? Penduduk kampung sini bukannya semua yang tak baik dengan arwah ayah. Ada juga yang berbaik dan jadi pelanggan. Pernah juga arwah ayah hampir dilibas dengan sabit oleh jiran yang tak suka ayah.
Bila buat laporan polis, arwah ayah lambat sikit daripada jiran tu, arwah ayah pula kena marah dengan pihak polis tu sebab menyerang dia.
Nampak kan suka putar belit. Segala fitnah yang berlegar-legar kat kampung ni semuanya angkara jiran tu la. Tapi tak nak cerita lanjut pasal ni. Tapi ada sesuatu yang menarik sebelum keluarga jiran yang bermusuh dengan kami ni berpindah ke tempat lain baru-baru ni. Nanti aku sambung pasal jiran ni.
Bila ada yang tak puas hati, mesti akan ada aduan kepada DBKL. Maka berbondong-bondonglah pegawai DBKL datang ke rumah siasat tapi tiada tindakan diambil. Bukan sekali dua, tapi berkali-kali. Walaupun tiada tindakan diambil, tapi resahlah kami asyik diganggu pihak DBKL je.
Masa ni aku belum tahu kewujudan pejabat tanah (PTGWP). Duduk sini bukannya kaya pun. Cuba bayangkan dari aku kecil sampai dewasa ada saja pegawai DBKL datang rumah. Bukannya dapat jana income berjuta-juta pun. Apa yang nak didengkikan sangat tak taulah. Arwah ayah sikit pun tak ambil hak orang lain.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, rumah ni pun sudah banyak kali diubaisuai oleh arwah ayah. Disebabkan arwah ayah terlalu sibuk dengan kerjanya di luar, rumah sendiri pun kurang diberi perhatian. Tapi Alhamdulillah rumah ni makin lama makin cantik walaupun luarannya nampak macam kilang.
Sebab sebelah rumah adalah bengkel besi tempat arwah ayah menguruskan perniagaannya. Perniagaan arwah ayah boleh dikatakan maju tapi arwah terlalu berlembut dengan pelanggan sampai pelanggan berani menipu bayaran.
Nak dijadikan cerita, arwah ayah merupakan seorang pelanggan dan berkawan dengan seorang tauke kedai hardware berbangsa Cina. Aku gelarkan dia Uncle C. Mungkin dah berusia 60 tahun keatas.
Arwah ayah seorang je yang selalu berjumpa dengan dia, kami tak pernah bersua dengan Uncle C walau sekali. Kedai hardware dia terletak beberapa meter je dari rumah aku.
Ayah selalu bercerita Uncle C tu sangat kaya. Income berjuta-juta setiap tahun. Arwah ayah selalu beli barang dari dia. Cawangan kedai banyak semua tepi jalan utama, tempat yang strategik.
Malangnya kat sini, arwah ayah pernah bercerita kepada dia bahawa tanah kerajaan yang kami duduki ni sudah berkali-kali dimohon tapi tak dapat. Selama kami tinggal di tanah tu, memang ada arwah ayah pergi ke pejabat tanah, mungkin ayah lupa nak follow-up kerana kesibukan kerja. Lagipula, tanah tu dirizabkan jadi tanah hijau.
Kalau mohon memang takkan dapat. Tapi ada pula masanya di mana tanah ni boleh dimohon. Mungkin kami terlepas waktu-waktunya. Tiada halangan kalau ada orang yang nak usahakan tanah tersebut kerana belum masanya lagi kerajaan nak ambil semula tanah tu.
Ada juga orang lain mengesyorkan arwah ayah untuk ke Kementerian Wilayah berkenaan tanah tu, tapi oleh kerana desakan dan kesibukan dengan urusan kerjanya, arwah ayah pun tak sempat nak menguruskannya.
Entah macam mana, boleh pula tanah di seberang jalan berdekatan rumah aku dibeli oleh Cina Singapore. Besar kawasan tanah yang dibeli sampai melibatkan rumah-rumah orang lain, terutamanya kedai hardware Uncle C tu.
Dengar cerita, mereka yang duduk dalam kawasan tanah tu kena keluar tak lama lagi bila tuan tanah beri notis. Yang jadi persoalannya, macam mana tanah tu boleh dijual kepada Cina Singapore? Hairan sungguh aku.
Dalam tahun 2017, Uncle C ni dah mula bertindak. Dia fikirkan cara nak dapatkan tempat lain untuk kedai hardware dia. Dia tahu tanah tempat kami diami tu kosong belum ada geran, dia beli tanah lot yang terletak sebelah rumah kami dan dia tawarkan arwah ayah sebanyak RM 1.5 JUTA sebagai pampasan keluar daripada tanah tu. RM 1.5 juta.
Kau rasa? Masa ni arwah ayah tengah sakit tenat; kanser hati. Perbincangan ni berlaku dalam pertengahan tahun 2017 sampai 2018. Arwah ayah ada bercerita kepada ibu bagaimana kalau ayah terima saja tawaran pampasan tersebut dan kami sekeluarga keluar saja daripada tempat tu.
Aku yang mendengar hal tersebut terus tak setuju. Ibu juga tak setuju. Mana tahu kalau Uncle C tu berbohong nak bagi pampasan sebanyak itu. Belum lagi kalau disiasat oleh SPRM dari mana dapat duit sebanyak tu. Setelah habis berbincang, kami dah bersepakat takkan jual tempat tu.
Langkah pertama kami ialah memohon semula tanah tu ke Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PTGWP) atas nama aku.
Kira-kira dalam waktu ni juga rumah kami didatangi oleh pegawai-pegawai DBKL yang kononnya datang untuk membuat banci. Mereka interview ibu (arwah ayah sakit, jadi duduk dalam bilik saja) dan ambil dokumen kami seperti salinan IC. Pelik juga kalau DBKL buat banci memang minta salinan IC ke?
Sebelum ni tak pernah pula minta. Ada yang tiada salinan IC, jadi mereka minta nombor IC saja. Mereka melawat ke seluruh rumah sampai ke bengkel besi. Ibu pun dah banyak bercerita kepada pegawai-pegawai DBKL tu.
Seorang pegawai DBKL berkata, biasalah orang dengki tengok kita senang dan dah ada rumah cantik. Silap kami kat sini ialah kami tak minta nama pegawai-pegawai tu semua dan lupa nak simpan apa-apa bukti yang mereka pernah datang ke rumah kami.
Bila arwah ayah cakap tak nak terima tawaran tu, Uncle C hantar anaknya pula untuk berjumpa arwah ayah tawarkan amaun yang sama.
Masa tu kami tetap tak setuju lagipula arwah ayah tengah sakit. Fokus nak merawat arwah ayah dulu. Tak dan nak fikir soal pindah mana masa tu. Bila dah 2 kali dipujuk dengan duit tak jalan, masa ni la dia gunakan kuasa dia. Dah biasakan dengar istilah, MONEY IS KING?
Tiba-tiba kami dapat surat tawaran rumah PPR dari DBKL atas nama arwah ayah. Tak silap surat tawaran ni ada kaitan dengan pegawai-pegawai DBKL yang datang ke rumah dan minta salinan IC tu.
Mungkin. Masa tu kami biarkan saja surat tawaran tu. Langsung tak bagi jawapan. Sampailah akhirnya arwah ayah meninggal pada 27 Mei 2018, pertengahan bulan puasa. Sedihnya masa tu.
Kami masih lagi dalam proses menunggu keputusan tanah ni. Sama ada lulus atau tidak. Pernah rumah didatangi juru ukur dari Jabatan Ukur (dapat surat rasmi juga) dan pegawai-pegawai tu mengukur tanah dari hujung rumah kami ke tanah lot sebelah rumah kami yang dibeli Uncle C.
Masa tu ibu saja yang nampak sebab ibu seorang saja di rumah. Sangat musykil masa tu kenapa ukur tanah sampai masuk kawasan tanah lot yang dibeli Uncle C tu?
Kat sini dah nampak kan ada sesuatu yang tak kena. Maksudnya dia nak gabungkan tanah lot yang dia beli dengan tanah tempat kami tinggal ni. Licik kan?
September 2018, kami dapat surat rasmi daripada PTGWP (pejabat tanah) mengatakan permohonan kami ditolak secara terus kerana tanah ni sudah dirizabkan awam. Kecewa sungguh kami masa tu.
Rizab awam untuk taman permainan, taman rekreasi atau apa-apa-apa saja projek untuk kegunaan orang awam. Tapi dalam surat rasmi tersebut tidak diberitahu secara lebih lanjut untuk projek apa.
Macam sia-sia saja berurusan dengan PTGWP untuk memohon geran. Bukan senang nak uruskan semuanya. Masa tu kami sekeluarga biarkan saja dulu pasal tanah. Sebab ada perkara lain yang perlu diuruskan lagi-lagi lepas arwah ayah meninggal.
Aku pula baru dapat kerja baru di tempat lain. Kerja sebelum ni hanya kontrak selama 5 bulan. Jadi terpaksa cari kerja lain. Disebabkan tak nak memilih kerja, aku ambil saja apa-apa peluang kerja walaupun kontrak sekalipun. Alangkah bagusnya kalau dapat kerja tetap.
Dalam waktu ni juga datang surat tawaran rumah PPR kedua daripada seorang pegawai DBKL. Kali ni atas nama ibu pula. Ibu pun bercerita perihal tanah ni kat pegawai tu.
Beliau pun berkata bahawa tanah ni dah lama bertahun-tahun dalam perbincangan kroni-kroni DBKL untuk diambil semula. Bukan dalam perbincangan kerajaan. Sejak zaman BN lagi tapi beliau tak mahu bersubahat sekali (makan duit rasuah).
Allahualam. Dan beliau sarankan untuk siasat siapa dalang di sebaliknya. You see? Pegawai DBKL sendiri cakap macam tu. Kalau ikutkan aku, nak je jadikan pegawai DBKL tu sebagai saksi tapi tak naklah. Takut beliau jadi mangsa pula. Huhu
Maaf, aku bukan nak bersikap rasis, tapi rasanya memang dari dulu lagi kalau orang berbangsa Cina buat hal dan sogok duit, mesti kes tutup. Banyak dah bukti depan mata. Rasuah tu tak kira siapa pemerintahnya. Tapi kalau dah tampuk pemerintahan tu memang dah tak betul, pastilah rasuah pun tak dapat dibendung.
Tak kisah la BN ke PH ke kalau dah semua gila kuasa dan tamak haloba memang tak boleh nak buat apa dah. Apa lagi kalau ada kroni-kroni tersebut sudah dirasuah dengan orang kaya yang terlalu banyak duit.
Pertukaran kerajaan bulan Mac 2020 lepas umpama satu rahmat. Dah la masa tu Covid-19 mula mengganas di Malaysia. Semoga pemerintahan kali ni betul-betul berlandaskan ajaran Islam dan dapat memerangi rasuah habis-habisan. Semoga Allah melindungi TSMY.
Tak lama lepas tu pada 25 Mac 2019, beberapa pegawai PTGWP (pejabat tanah) datang ke rumah menyerahkan notis pengosongan tapak tanah dalam MASA SEMINGGU. Siap tampal kat dinding luar rumah lagi. Kuat betul gamnya. Seminggu? Sangat tak masuk akal.
Masa tu aku dan adik-adik lain tengah kerja. Yang ada di rumah cuma ibu dan adik lelaki aku yang bongsu. Kenapa kami saja yang disuruh keluar dari tanah tu? Yang lain langsung tak diberi notis. Aman je. Yang dikacau bahagian kami saja. Ingat kami buka pusat perjudian atau rumah pelacuran ke kat tanah ni?
Ibu sempat juga marah-marah pegawai-pegawai yang datang. Dan mereka kata mereka hanya menjalankan tugas. Ada betulnya juga. Mereka hanya menjalankan tugas. Yang memberi arahan orang atasan. Bergegas ibu dan adik lelakiku ke pejabat tanah minta penjelasan pada hari tu juga.
Sesampainya di sana, staff di bahagian kaunter menyarankan untuk berjumpa terus dengan pengarah PTGWP. Bila ibu minta untuk berjumpa dengan pengarah, macam-macam alasan pula mereka (pegawai lain) bagi seakan-akan nak mengelak daripada berjumpa.
Mereka seolah-olah mempermainkan ibu. Nak tau apa berlaku? Rupanya pengarah dah bertukar orang! Pengarah lama dah berhenti. Dahsyat sungguh permainan mereka.
Dah bagi notis antara hidup dan mati, lepas tu tiba-tiba berhenti. Sempat juga aku tangkap gambar siapa pengarah lama dan pengarah yang baru dilantik. Aku simpan kemas setiap bukti dalam fon dan laptop aku.
Kami sekeluarga jadi buntu dan susah hati. Lepas ayah meninggal, ingatkan boleh tinggal di sini dengan aman. Ingatkan nasib ibu tunggal macam ibu aku terbela. Malah jadi sebaliknya. Langsung tiada perikemanusiaan.
Disebabkan ibu tak dapat berjumpa dengan pengarah tersebut untuk penjelasan, aku menulis surat sehingga 3 muka surat kepada pejabat tanah memohon penjelasan atas sebab apa tanah ini mahu diambil. Panjang berjela surat aku. Sampai tak cukup tidur memikirkan hal ni.
Dan masa ni aku mengambil keputusan untuk terus berhenti kerja dan menolong ibuku. Tak sampai hati tengok ibu ke sana ke sini sendirian.
Atas nasihat rakan ibu, kami mengupah konsultan dari PPIM untuk melawan pejabat tanah berkenaan hal ni. Siap buat laporan polis kerana tindakan pejabat tanah yang tidak jelas kenapa mereka mahu mengambil tanah tu padahal yang lain tidak diambil tindakan.
Lain la kalau kami buka perniagaan haram di tanah tu. Atas persetujuan kedua belah pihak, ibu membayar RM1,500 untuk kos konsultansi ini.
Konsultan yang dilantik oleh PPIM itu begitu yakin bahawa beliau boleh tangani kes ni kerana sudah terang lagi jelas kes ni ada unsur rasuah dan penyelewengan. Gunakan kuasa atas nama kerajaan untuk rampas hak orang lain.
Bila ditanya kepada salah seorang pegawai penguatkuasa pejabat tanah di kaunter PTGWP, bahawa kenapa rumah kami saja yang dijadikan sasaran? Dia sarankan untuk buat aduan supaya rumah orang lain pun dirobohkan. Pulak dah.
Masalahnya kami TAK NAK ANIAYA orang lain. Selagi kerajaan tak suruh keluar, duduk saja la kat situ sampai bila-bila. Waktu ni, menghampiri bulan Ramadan pada tahun 2019 sekaligus teringat arwah ayah yang hampir setahun meninggalkan kami. Rindu yang tiada penghujungnya.
Sebelum ni kami pernah buat laporan polis berkenaan kes ni. Ada 3 orang anggota polis berpangkat sarjan datang ke rumah kami pada 10 hari terakhir Ramadan (kalau tak silap). Berbincang berkenaan kes ni sambil memberi nombor telefon salah seorang dari mereka kepada adik bongsu aku yang lelaki. Kiranya kes ni mereka yang akan handle.
Masa tu anggota polis tu datang tak tepat pada masanya kerana ibu sibuk nak menyediakan juadah berbuka kerana hampir masuk waktu berbuka. Kami pula baru pulang dari luar membeli barang keperluan.
Kata mereka, jika ada pihak PTGWP atau DBKL datang untuk merobohkan rumah, boleh hubungi mereka supaya mereka boleh berbincang dan mendapatkan penjelasan daripada pihak PTGWP dan DBKL sendiri.
Pada hari ke-4 raya, kami bermandi manda di Wet World, Shah Alam. Telefon adikku dimasuki air walaupun memang kalis air. Tak pasti di mana silapnya, telefon dia tak boleh dihidupkan dan hampir rosak. Bila dah jadi macam ni, barulah teringat nombor telefon sarjan tu belum sempat disalin dalam telefon lain.
Silapnya kami kat sini, kami tak terus dapatkan nombor telefon bimbit tu daripada adik aku. Bertangguh-tangguh nak dapatkan nombor tu. Dan adik aku pun silap tak terus hantar ke group WhatsApp.
Kami pergi semula ke balai polis untuk mendapatkan semula nombor telefon sarjan tersebut tapi hampa bila SOP melarang untuk mendedahkan nombor telefon peribadi anggota polis kecuali jika diberi. Kami faham hal ni kerana tiada siapa mahu campur adukkan soal kerja dan privasi. Yang jadi masalahnya nama sarjan pun lupa. Ya Allah. Haha.
Aku kira kes ni mesti mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Tapi aku silap. Terlalu percaya sangat kat konsultan PPIM tu. Huhu. Aku dan ibu sudah mula sibuk untuk menguruskan kereta arwah ayah pula.
Untuk pindah hak milik, bahagian AmanahRaya sudah selesai di mana semua waris sah setuju untuk menyerahkan 100% bahagian mereka kepada aku.
Tapi aku ni dikira macam sebagai pemegang amanah secara zahirnya. Hakikatnya, kereta ni tetap semua yang punya walaupun atas nama aku seorang. Semua ibu dan adik-adik aku berhak atas kereta tersebut.
Pagi 11 Julai 2019, permulaan kepada semua mimpi ngeri dan kemuncak kes tanah ni. Sedang kami tengah sibuk memikirkan urusan kereta yang memerlukan kos dan masa untuk baik pulih (ada bahagian kereta tak lepas di Puspakom).
Masa ni la kami diuji dengan kedatangan pihak PTGWP dan DBKL. Mereka datang untuk merobohkan rumah dan bengkel besi arwah ayah yang terletak bersebelahan rumah kami.
Dalam pukul 10 pagi, aku dan ibu terjaga dari tidur (kami tidur semula selepas Subuh kerana kepenatan menguruskan urusan yang belum selesai) kerana terdengar bunyi bising di bahagian bengkel. Bunyinya yang kuat buat kami terjaga. Dan kami mengintai dari tingkap bilik aku memandangkan aku dan ibu tidur di bilik aku.
Allah rasa nak gugur jantung aku dan ibu bila mereka merobohkan pagar bengkel besi tu. Kami cepat-cepat hubungi pihak polis (999) dan ibu menghubungi konsultan PPIM untuk tindakan lanjut. Kami tak berani nak keluar rumah masa tu tanpa menghubungi sesiapa.
Malangnya polis peronda sudah sampai tetapi oleh kerana mereka tak tahu menahu kes sebenar, jadi mereka berpihak kepada PTWGP dan DBKL dan menyalahkan kami. Benda dah jadi kan. Tak dapat nak hubungi sarjan yang datang ke rumah kami pada bulan puasa tempoh hari.
Konsultan PPIM pula bagi alasan tak boleh datang masa tu padahal kami dalam tempoh genting antara hidup dan mati ni. Orang lain pun tak boleh tolong. Tolong tengok dari jauh je. Lagipun apa yang nak ditolongkan?
Surat yang aku tulis untuk PTGWP selepas dapat notis bulan Mac hari tu pun tidak berbalas. Rasanya mereka tak baca pun surat luahan daripada rakyat marhaen tak berkuasa macam kami ni. Mungkin saja surat tu dah dicampak ke tong sampah. Mereka peduli apa kan?
Semuanya kelam kabut haru biru jadinya. Untuk mengelakkan bengkel terus diroboh tanpa belas kasihan, ibu keluar rumah juga berjumpa dengan mereka semua. Ada seorang pegawai PTGWP perempuan yang bermulut agak lancang. Layan kami macam sampah macam kami ni pendatang asing.
Cuma ada satu dua pegawai yang baik dan nasihatkan untuk terima tawaran rumah PPR tu segera. Bila ditanya atas sebab apa sampai mereka sanggup robohkan bengkel tu, dikatanya ada orang buat laporan.
Masalahnya dulu pun ada ramai je orang buat laporan pasal tanah ni kononnya nak halau kami keluar dari sini. Tapi tiada tindakan diambil. Adakah sebab ada orang yang menggunakan kuasa duit? Kali ni, mereka berani sebab ayahku dah tiada dan kali ni pasti melibatkan duit.
Masalahnya laporan terhadap apa? Kami buka pusat judi ke? Kami buka pusat pelacuran ke atau apa-apa perniagaan haram ke? Allah. Sungguh tak boleh hadamlah semua ni. Bengkel tu pun dah hampir 3 tahun tak beroperasi sejak arwah ayah sakit.
Rumah setinggan lain elok je tak dikacau terutamanya rumah setinggan sebelah rumah kami. Pandang sebelah mata pun tak. Kalau betul kerajaan nak bangunkan sesuatu kawasan tu, semua bahagian tanah akan diambil semula. Bukan bahagian kami saja.
Nampak tak kat situ tanah bahagian kami ni dipolitikkan orang? Kami redha kalau betul-betul kerajaan yang nak ambil semula tanah ni tanpa ada unsur-unsur kepentingan individu lain.
Bila ditanya tanah ni diambil semula untuk apa. Katanya itu rahsia. Private & Confidential padahal tempat yang mereka nak ambil ni dah ada rumah. Bukan tanah kosong. Ingat senang nak ke buat rumah? Nak tambak tanah bertahun-tahun? Kalau dah sikap tamak menguasai diri, hilanglah sikap perikemanusiaan.
Untuk menghentikan kegiatan roboh mereka, ibu dipaksa menandatangani satu surat (surat pink atau orang panggil surat merah) perjanjian untuk mengosongkan tapak tanah dalam masa 2 minggu dan rayuan untuk memanjangkan tempoh pengosongan boleh dibuat di pejabat PTGWP. Terbaik permainan mereka ni.
Bila mereka dah beredar, kami menangis tengok bahagian bengkel yang dah diroboh. Sampai hati buat macam ni. Kami bukan orang kaya tinggal kat sini. Marah, sedih, takut semua perasaan negatif menghantui diri kami.
Perkara ni memang kecoh satu kampung dan jadi buah mulut orang. Dan rata-rata menuduh Uncle C tu sebab Uncle C tu dah beli tanah bahagian rumah jiran yang anaknya pernah nak melibas arwah ayahku dengan sabit tu seperti yang aku ceritakan sebelum ni.
Ada yang bersimpati melihat nasib kami. Ada yang gembira dengan musibah yang menimpa kami. Masa ni ketua kampung yang baru belum dilantik sejak PH ambil alih. Kami juga tidak diberi sesen pun pampasan.
Maka berpusu-pusulah jiran-jiran datang ke rumah bertanyakan hal ni. Mereka tanya kenapa tandatangan surat merah tu tapi yang jadi masalahnya kami tiada sesiapa untuk berbincang. Bukannya mereka datang jenguk pun waktu kejadian.
Mereka (PTGWP) pun dah ugut kalau tak tandatangan, dengan rumah sekali akan dirobohkan waktu tu juga. Lebih baik jangan ambil risiko memandangkan aku dan ibu hanya berdua dan mereka ramai berpuluh-puluh lagi-lagi mereka ada pangkat dan kuasa. Tak guna juga melawan. Tiada kesudahan.
Orang lain senang bercakap je. Yang menanggungnya kami sekeluarga. Kalau tiba-tiba PTGWP robohkan juga rumah sekali, agak-agak siapa yang sanggup tolong? Dengan barang banyak, perabot lagi. Kadang nak cilikan aja mulut orang yang reti bercakap, tapi menolongnya tak reti pun.
Mereka ada juga cadangkan untuk pergi ke Kementerian Wilayah ataupun dapatkan bantuan ADUN tapi rasanya dah terlambat pun. Aku tak yakin ADUN tu akan berpihak kepada kami. Mestilah dia akan berpihak kepada kaum dia juga.
Bayangkanlah kami tak menang tangan nak uruskan semua. Jadi kami fokus nak pindah dan selamatkan barang-barang yang ada daripada rugi kemudian hari. Dalam keadaan genting macam ni, lebih baik buat keputusan yang terbaik untuk kebaikan keluarga aku juga iaitu, pindah!
Berita bengkel dah roboh juga sampai kepada bapa saudara aku dan kawannya. Mereka datang jenguk bengkel tu pada tengah hari hari yang sama. Mereka tawarkan diri nak menolong uruskan bengkel tu seperti menjual besi dan menjaga’ bengkel tu daripada dimasuki pencuri sementara aku dan ibu menguruskan surat menyurat rumah PPR.
Mungkin terbeliak dengan ‘harta karun’ arwah ayah dalam bengkel tu, di sinilah bermulanya pengkhianatan bapa saudara aku dan kawannya terhadap aku sekeluarga. Kedua-duanya bernama Man. Seorang orang panggil Man Tengkorak seorang lagi Man Burger.
Untuk pengetahuan, bapa saudaraku ni dulu memang tak serasi dengan arwah ayah. Dengki dengan arwah ayah. Tak suka berbaik. Suka cari gaduh dengan arwah ayah. Arwah ayah sabar je dapat adik begitu. Masa arwah ayah sakit, mana dia pernah datang jenguk. Bila dah meninggal je baru nak terhegeh-hegeh datang jenguk.
Malam hari yang sama, ibu dihubungi konsultan PPIM. Tiba-tiba konsultan tu putar belit cerita dan marah-marah ibu pula. Lepas tu suruh ibu terima saja tawaran rumah PPR tu. Senang je kerja dia kan?
Sebelum ni pungpangpungpang macam yakin sangat boleh lawan PTGWP tu. Tiba-tiba berpaling tadah. Bagus betul konsultan yang dilantik oleh PPIM ni. Dahlah tak boleh nak selesaikan kes ni, tiba-tiba klien dimarahnya. Kos konsultansi pun dah dibayar terlebih dahulu.
Tapi Alhamdulillah dah dapat refund pada 23 Julai 2020 sebanyak RM1,000. Itupun setelah ibu berkeras nak refund sebab kes tak selesai pun. Belum mula siasat lagi kes dah tutup. Konsultan jenis apa entah tu. Kami pun dapat tahu konsultan yang handle kes kami dah berhenti jadi konsultan PPIM.
Bab duit kita kena tegas. Simpan bukti cukup-cukup supaya kita boleh lawan balik. Kalau diikutkan hati nak saja kami minta semua sekali. Tapi anggap jelah tu sedekah. Malas nak ke tribunal dengan masalah Covid-19 yang tak tahu bila akan berakhir.
Kami pernah menang kes kat tribunal jadi kes macam ni pun kami yakin kami boleh menang. Tu cerita lain. Tiada kena mengena.
Bila kami sudah mula memindahkan perabot-perabot dan barang-barang kami yang penting ke rumah baru, dah mula ada orang yang sibuk mengambil gambar rumah lama kami dari jauh. Ramai juga yang sibuk mengambil gambar untuk tujuan peribadi mereka.
Mungkinlah lepas kami keluar dari tempat tu, dia yang nak mohon tanah tu. Mungkinlah. Pernah terserempak dengan seorang cina dalam lori sibuk ambil gambar rumah kami dari jauh. Bila aku sedar kehadiran orang tu, aku syak mungkin dia nak mengambil gambar rumah aku, jadi aku perhati je dulu kelakuan dia.
Bila dia sedar aku memerhatikan dia, terus dia pecut. Dapat jugak la aku tangkap beberapa keping gambar lori dia. Ramai betul yang berminat dengan tanah ni.
Situasi kami ni ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Rupanya selama ni kami dah letakkan kepercayaan kepada orang-orang yang salah. Pencuri terhormat. Itulah gelaran yang sesuai.
Disebabkan kami sibuk dengan mengemas barang-barang untuk pindah, mereka pula ambil kesempatan dengan semua hasil jualan barang-barang di bengkel besi macam besi lusuh (pelbagai jenis besi arwah ayah ada dalam bengkel tu), 2 buah lori, mesin-mesin yang berjumlah hampir RM10,000.00 tapi kami hanya dapat lebih kurang 10% daripada nilai tu.
Ibu dah bayar upah pekerja termasuk upah mereka tu. Mereka tak buat kerja pun. Tapi nak juga upah kononnya mereka pun buat kerja. Nak buat macam mana. Dah tak ada rezeki kami.
Disebabkan kawasan bengkel dah terdedah, pagar dah tiada, rumah kami jadi tumpuan pencuri lagi-lagi mat gian. Jadi dua-dua Man tu pandai cari peluang guna alasan ni supaya kami boleh percayakan mereka.
Kami sedar kami kena tipu apabila mak saudara aku (adik arwah ayah) telefon ibu aku tanya pasal duit zink yang dah dibeli oleh nenek. Nenek nak beli zink untuk baiki bumbung rumah dia. Dia tanya takut kami kena tipu dengan pakcik saudara aku tu.
Terlambat dah bila kami sedar. Kunci stor bengkel pun kami terbagi dia yang pegang. Habis dia jual semua mesin-mesin yang elok tanpa pengetahuan kami. Yang kelakarnya, boleh pula dua-dua Man tu bergaduh sesama sendiri. Tak pasti ni lakonan atau memang bergaduh.
Selalunya orang yang bersekongkol dengan niat jahat mesti akan bergaduh dan khianat sesama sendiri. Ni pun pasal jual beli besi tu. Mungkin sengaja nak bergaduh antara mereka sebab kami dah mula persoalkan ke mana duit jual besi tu semua.
Bila kami panggil dua-dua datang untuk selesaikan masalah ni, semua menolak macam masing-masing tak salah. Baguslah tu. Makan duit haram. Makan harta anak yatim.
Kami ingatkan pakcik aku tu memang dah berubah. Tak naklah berterusan bersengketa. Yang lalu, biarlah berlalu. Tapi tak sangka pula dia sanggup khianati anak-anak saudara sendiri. Ironi.
Benarlah orang yang berniat baik selalu disakiti. Orang yang berniat jahat memang selalu sampai hati. Terlalu mudah percaya kat orang walaupun saudara sendiri boleh memakan diri. Huhu.
Realiti yang sungguh menyakitkan. Bukan nak simpati pada kami yang baru ditimpa kemalangan rumah hampir kena roboh, sebaliknya ambil kesempatan pula atas kesusahan kami. Aku punya marah sampai aku aku panggil pakcik aku pakcik gila dalam whatsApp dan sempat juga aku bagi tazkirah kepada Man Burger tu.
Dua-dua block nombor aku dan ibu sampai sekarang. Kalau tak salah kenapa takut? Kami buat laporan polis juga tapi susah sikit sebab tiada bukti kukuh. Mereka tu pandai juga buat fitnah dan menipu. Dah kebas duit kami, lepas tu dia fitnah kami pula. Hal lain tak selesai lagi, muncul hal lain pula.
Kalau tak mampu nak menolong, janganlah pula menyusahkan. Kami bercadang nak bersemuka dengan dua makhluk bernama Man tu bila semuanya dah selesai. Tapi disebabkan Covid-19, kami pun tak pasti bila boleh bersemuka.
Disebabkan rumah kami sudah tiada pagar dan bahagian bengkel dah kosong, maka senanglah pencuri masuk ke rumah kami. Kami mula tinggal di rumah baru pada akhir Ogos 2019. Kami trauma dan dah tak selesa duduk di rumah lama. Sedih memang sedih. Arwah ayah yang buat seluruh rumah tu. Tapi hidup kena diteruskan.
Benda yang dah tak boleh dipertahankan lebih baik dilepaskan. Kami berulang-alik hari-hari untuk ambil barang-barang yang ada yang masih boleh dipakai. Rumah tu dah berpuluh tahun kami diami, jadi sudah tentu banyak barang yang kami perlu uruskan. Jual perabot. Dah banyak juga barang yang kami bagi jiran. Sayang kalau biar begitu saja.
Alhamdulillah kami dapat pertahankan rumah tu selama lebih kurang 7 bulan dari tarikh bengkel kena roboh (11 Julai 2019). Tu pun kami setiap bulan naik turun pejabat tanah dengan surat rasmi penangguhan roboh.
Banyak barang dalam rumah lama dicuri termasuk besi stainless steel yang dipasang kat dalam bilik air, rak dapur, besi-besi kecil, aircond, aluminium kat tingkap dan macam-macam lagi. Hari-hari ada saja barang yang hilang. Kami ni dah macam berebut dengan pencuri.
Memanglah dah jadi rumah tinggal tapi kan masih berkunci bermangga lagi. Tapi tu la tu kalau dah namanya pencuri mana mereka peduli. Walaupun dah jadi rumah tinggal, apa hak kau nak suka hati pecah masuk rumah orang?
Paling tak tahan, bila ada satu hari tu rumah kami dah jadi macam tongkang pecah. Sana sini barang berselerak. Habis buku-buku ditabur sampai laluan nak ke bilik aku terhalang. Macam bukit dah dalam rumah tu. Penuh barang atas lantai hasil kerja pencuri. Sakit hati betul bila tengok keadaan macam ni. Satu hal pulak nak kena kemas.
Telefon polis pun tak guna juga sebab pencuri tiada di tempat kejadian. Tapi kalau ada pun tak boleh juga berani sangat. Tak pasal-pasal nyawa jadi taruhan kalau pencuri tu bersenjata. Aku selalu rasa seram sejuk dan berdebar-debar bila pergi rumah lama ni. Takut terserempak dengan pencuri yang ganas. Tak pasal-pasal mati dalam rumah sendiri.
Pernah sekali aku dan ibu baru sampai depan pintu rumah, terdengar macam ada pencuri kat bahagian belakang rumah. Tiba-tiba ada air mengalir deras daripada tangki macam tangki tu dipecahkan.
Terus kami telefon polis peronda nak minta tolong tengokkan dan kami lari ke rumah jiran di seberang jalan. Takut kalau jadi apa-apa memandangkan aku dan ibu dua-dua perempuan. Bila polis dah sampai, polis periksa satu rumah. Polis cakap rumah kami cantik dan besar.
Polis ni pun peramah juga. Polis periksa semua bilik termasuk bilik adik aku yang berkunci. Polis buka pintu pakai kad sebab terkunci dari dalam. Bila buka pintu bilik, ternampak ada sebilah parang padahal sebelum ni tiada parang diletakkan dalam bilik adik aku tu. Sahlah pencuri punya kerja. Bahaya sungguh.
Pihak polis tu pun berasa hairan dengan kes tanah kami ni. Kenapa kami saja yang disuruh keluar dari tanah tu. Mereka pun hanya mampu bersimpati je la dengan nasib kami. Lepas polis beredar, baru kami teringat kami terlupa nak suruh polis periksa bahagian belakang dan tingkat atas rumah. Tingkat atas hanya boleh diakses melalui belakang je. Macam stor.
Ya Allah macam mana la boleh lupa padahal kat bahagian belakang tu memang tempat yang sesuai untuk bersembunyi. Kalau betul memang ada pencuri masa tu, memang rezeki dia la terlepas. Tapi terlepas kat dunia, ingat terlepas ke kat akhirat?
Tak lama lepas tu kecoh pula satu kampung bila dewan orang ramai (dewan belakang rumah aku) akan diambil alih oleh DAP. Masa ni la baru penduduk kampung bersatu dan buat persatuan penduduk. Selama ni memang belum ada persatuan. Biasalah Melayu kan. Bila dah ada krisis dengan kaum lain baru nak bersatu.
Kenapa tak bersatu dari dulu? Sejak zaman BN lagi? Ni tak, orang Islam berpecah. Satu geng UMNO satu geng PAS. Kesudahnya parti lain tepuk tangan. Tapi bagus juga. Akhirnya Melayu boleh juga bersatu dan sedar siapa musuh sebenar.
Aku dan ibu hadiri mesyuarat persatuan tu. Salah satu perkara yang dibincangkan ialah berkenaan tanah kami. Masa orang lain bercakap kat depan dewan pasal kes kami ni, mengalir air mata aku dan ibu. Orang lain pun faham ni salah satu penganiayaan.
Sebenarnya yang faham je akan betul-betul faham. Tapi tu la. Sebab kes ni macam susah nak siasat, jadi hangat-hangat tahi ayam je la. Mula-mula je AJK persatuan tu macam bersemangat nak siasat, lepas tu diam je lagi. Dia kata dia ada orang dalam. Entah la. Kadang-kadang orang ni pandai bercakap je.
Akhir tahun 2019, kami sibuk mencari kedai besi buruk yang boleh membuka besi-besi yang arwah ayah gunakan untuk membuat rumah. Memang banyak besi arwah ayah guna untuk buat asas rumah. Semua besi tu perlu ditanggalkan dan dijual memandangkan kami dah tak boleh mempertahankan rumah ni lagi.
Proses nak menanggalkan semua besi tu memang payah. Hampir kesemua kedai besi buruk yang kami tanya tiada siapa pun yang sanggup kerana kesusahan nak menanggalkan tu. Ibu ada bertanya kepada seorang pegawai PTGWP berkenaan kontraktor yang ingin membeli besi-besi tersebut.
Oleh kerana pegawai tu lambat memberi respon, kami sudah memberikan projek tersebut kepada seorang jiran kami yang tinggal berhadapan rumah lama kami. Aku gelar dia Pakcik F. Oleh kerana kami percayakan pakcik F tu, jadi kami tolak tawaran pegawai tu. Kat sini pun kami kena tipu lagi.
Kami bertanya berapa harga yang Pakcik F tu nak ambil secara lump sum untuk semua besi tu. Katanya kena keluarkan besi dulu baru boleh agak berapa anggaran. Ok la kami pun akur saja.
Pada mulanya kami pun percaya la sebab dia jiran kami dan kenal dengan arwah ayah. Sebab masa dah suntuk. Tak lama lagi PTGWP akan robohkan rumah ni. Pegawai PTGWP tu dah beritahu kalau tak ambil besi-besi tu semua nanti lepas roboh dah tak boleh ambil dah. Nanti kami yang rugi katanya.
Sebelum tu, semua perabot yang masih elok dalam rumah kami, pakcik F tu nak sedekahkan kepada tempat lain. Kami pun ok saja sebab dah tiada tempat nak simpan perabot tu semua. Kata Pakcik F tu dalam seminggu dua siap la buka besi tu semua dengan yakinnya.
Dua minggu lepas tu pun tak siap lagi kerana dia kekurangan pekerja. Kami bertanya pasal harga, dia cakap jumlah nilai besi tu kena tolak dengan upah pekerja dan peralatan yang digunakan untuk membuka besi.
Ya Allah kenapa la tak cakap awal-awal? Kenapa tak cakap awal-awal ada upah membuka besi dan upah pekerja bagai? Kata beli lump sum? Bagi aku tak kisah berapa nilai besi tu tapi semua benda kena la cakap awal-awal? Kenapa nak berselindung? Bincang kan boleh?
Ni memang dah berniat nak menipu. Walaupun besi tu jenis besi kosong bukan besi padu, tapi besi tu memang banyak. Kalau orang tu dah nak menipu, macam-macam la alasan dia bagi.
Termenung je la kami bila dengar dia cakap macam tu. Terpaksa la terima macam tu saja. Sebab benda dah bagi kat orang. Banyak yang dia nak potong daripada nilai besi tu semua. Contoh nilai semua RM 5,500. Tolak upah semua tinggal RM 2000 je.
Dalam baki tu pun dia nak bahagi dua jugak dengan kami tapi terpulang kami nak bagi berapa kepada dia. Kami diam je la dulu. Baki dah tinggal sikit nak bahagi apa lagi. Allah. Rugi sangat bagi kat Pakcik F tu. Katanya nak beli secara lump sum tapi jadi macam ni.
Patutnya pakcik tu cakap awal-awal ada upah bagai. Dah la buat tangguh-tangguh. Kadang telefon atau mesej tak dijawab. Liat sangat. Nak mengelat la tu. Sampai aku terpaksa tanya kat kawan aku (pakcik F tu abang ipar kepada kawan aku tu) kenapa dia tak jawab telefon dan mesej.
Penat berurusan dengan orang macam ni. Macam dia seorang je yang sibuk. Habis orang lain tak sibuk? Disebabkan dia buat tangguh-tangguh, kami ada berjumpa dengannya bertanya kalau dia tak mampu nak teruskan kerja ni. Kami boleh cari orang lain. Tapi dia kata dia boleh habiskan semua. Ternyata janji palsu.
Dah sampai masanya rumah lama kami kena roboh pun masih tak selesai lagi jual beli besi dengan pakcik F tu. Pada 6 Februari 2020 rumah kami dirobohkan oleh DBKL dan PTGWP tanpa kami sedari. Ramai polis yang mengawasi kawasan tu. Mungkin takut ada orang buat mogok rasanya.
Tanah tu pun dalam pemerhatian persatuan penduduk kampung. Tu semua jiran yang bagitahu kepada kami kerana kami tak tahu menahu mereka akan datang robohkan pada hari tu. Aku pun dapat mesej WhatsApp daripada Pakcik F pukul 11 pagi 6 Februari mengatakan rumah dah roboh tapi aku tak baca mesej dia. Malas nak buka dan baca. Rasa menjengkelkan.
Esoknya 7 Februari kami ada urusan dalam bandar dan dalam perjalanan pulang kami ingin melawat rumah lama tapi terkejut sikit kerana rumah dah ranap semua dan Yang kelihatan cuma longgokan besi. Benda dah agak akan terjadi, jadi kami tidak terlalu terkejut. Dah bersiap sedia mental dan fizikal sejak 11 Julai 2019 hari tu
Cuma kami tak sangka 6 Februari tu tarikh roboh rumah kami. Tapi nasib baik baki besi masih ditinggalkan. Pelik juga selalunya mereka akan angkut saja semua termasuk besi-besi tu. Mungkin Pakcik F tu merayu kat pihak DBKL dan PTGWP tu agaknya kerana urusan kami dengan dia belum selesai lagi.
Walaupun kami kurang terkejut, tapi kami rasa sedih sangat tengok rumah dah roboh. Hancur betul rasanya hati ni. Ibarat dihancurkan berkali-kali.
Masa ni baru aku buka dan baca mesej WhatsApp Pakcik F tu pasal rumah dah roboh. Tapi ada baiknya aku dan keluarga tak dapat saksikan rumah kami kena roboh. Kalau tak, mesti sedih tak boleh tidur malam. Aku terfikir kalau aku tahu hari tu hari mereka nak robohkan rumah kami, memang aku dan ibu akan bergegas ke sana nak tengok.
Tapi Allah tu Maha Penyayang. Mungkin Dia tak nak bagi kami sakit hati dan terlalu sedih lagi. Cukuplah 11 Julai 2019 membuatkan kami trauma dengan semua ni. Aku trauma tengok dan dengar bunyi jentera. Terasa macam terkena panic attack.
Bila tengok atau dengar je bunyi jentera, automatik aku terfikir rumah siapa pula jentera tu nak robohkan walaupun tak semestinya jentera tu nak merobohkan rumah orang.
Sedih melihat semuanya. Sedih melihat Luna, seekor kucing yang membesar di rumah lama aku tu. Aku bela kucing tu sejak kecil dalam umur 2 bulan sampailah kucing tu dah besar. Kucing kampung. Jiran buang kucing tu ke rumah aku. Bulu cantik warna kelabu kehitam-hitaman.
Luna memang garang tapi segarang-garang Luna ia tetap rasa trauma tengok keadaan rumah tempat dia berteduh. Kesian kucing tu terpaksa menyaksikan bengkel dan rumah kena roboh. Kucing pun ada perasaan. Kami tak boleh bawa dia ke kawasan PPR ni sebab memang dilarang. Bela dalam rumah pun tak boleh sebab rumah sempit sangat.
Hari-hari ulang-alik nak tengok dan bagi Luna makan. Dah tanya banyak orang, tiada siapa sanggup nak bela. Dah siap beli sangkar dah untuk hantar kepada kawan adik aku tapi kawan dia tiba-tiba tak nak. Pernah satu hari tu Luna sendiri nak masuk sangkar tu dalam kereta petanda dia nak ikut kami. Sedih tengok Luna. Takkan nak buang ke pasar pula?
Jadi kami biarkan saja dia di kawasan rumah lama. Lagipun sebelah rumah kami ada rumah jiran (rumah setinggan juga yang aku ceritakan kat atas). Memang Luna selalu berteduh di rumahnya sejak kami pindah.
Alhamdulillah. Tak sangka ramai sayang Luna. Ramai bagi makan. Orang tahu tu kucing siapa. Orang tahu tuan dia terpaksa pindah. Sebab tu ramai yang simpati. Aku bersyukur akhirnya anak jiran sebelah rumah aku tu akhirnya nak bela kucing tu. Dengar khabar ada orang nak ambil Luna tapi anak jiran tak bagi. Katanya dia yang nak jaga. Alhamdulillah.
Untuk makluman, kami tak berapa ngam dengan jiran sebelah rumah kami ni sebab tak suka cara dia bercakap. Kasar dan tak sensitif. Aku namakan dia Makcik Z. Masa bengkel kena roboh, dia tak jenguk dan tanya khabar pun. Dia pernah buat majlis kesyukuran tapi langsung tak panggil kami.
Tapi tak mengapalah. Lagipun kami pernah ada kes dengan makcik Z ni dulu. Dia suka melaga-lagakan dan fitnah ibu kepada penduduk kampung sampai ramai-ramai pulaukan ibu kononnya ibu seorang yang suka cari gaduh dengan orang sampai ustazah sekolah agama pun termakan fitnah dan hasutan.
Pernah aku balik dari mengaji, makcik Z ni tanya aku mengaji kat mana dengan lemah lembutnya. Pandai bermuka-muka makcik Z ni. Dengan ustazah tempat mengaji aku tu sekali termakan hasut. Masa ni aku dalam lingkungan darjah 3. Tahun 2000 macam tu.
Tapi Allah tu Maha Adil. 10 tahun lepas tu baru orang tahu kebenaran. Ramai yang minta maaf dan bertegur sapa semula dengan ibu termasuklah para ustazah sekolah agama sebab dah termakan fitnah dan hasutan orang. H
ebat dugaan ibu aku selama duduk kat sini. Semuanya hanya disebabkan kami duduk kat tanah ni. Dahsyat kan penangan dia. Hanya kerana sebidang tanah kerajaan.
Di kawasan PPR ni, ada juga ibu bercerita kepada penduduk sini berkenaan tanah tu. Kenapa kami pindah ke sini. Dah berapa lama kami tinggal di sini. Mereka agak hairan sebab ramai teringin nak menyewa PPR tapi terpaksa menunggu bertahun-tahun. R
amai dalam kalangan mereka yang susah memohon rumah PPR. Tapi kami senang saja dapat rumah PPR. Yang sebenarnya disebabkan pemindahan setinggan, sebab tu la senang dapat rumah ni. Ramai yang bersimpati dengan kisah kami dan mereka faham ini satu penganiayaan.
Masa ibu membayar zakat fitrah bulan puasa tahun ni di rumah baru PPR, ibu ada bercerita perihal rumah lama kami kepada orang yang mengutip zakat tu. Pakcik tu cakap mesti ada orang kampung yang terlibat dengan pemindahan kami.
Bila fikir balik memang betul sebab memang ada orang kampung yang tak suka arwah ayah. Jadi Uncle C gunakan peluang ni untuk checkmate kami.
Kalau zaman sebelum Malaysia merdeka dulu, ramai tali barut komunis, tak mustahil zaman sekarang pun masih ada ORANG MELAYU yang jadi tali barut. Bukan nak sokong bangsa sendiri. Tak habis-habis dengan dengki iri hati dan terlalu pentingkan diri sendiri.
Walaupun pihak PTGWP meluluskan semua permohonan penangguhan roboh rumah kami sehingga awal Februari 2020, tapi tetap takkan boleh menyembunyikan hakikat bahawa ini merupakan salah satu penganiayaan terhadap kami.
Waktu ni memang PH yang memerintah, tapi tanah ni selalu dalam perbincangan kroni-kroni sejak zaman BN lagi. Ingat! Yang bertukar kerajaan sahaja. Penjawat awam tetap orang yang sama. Kalau dah kroni-kroni tu masih dalam jabatan yang sama, jadi tak kisah bertukar kerajaan ke tak ke, akan berlaku juga penyelewangan.
Aku tak suka cakap pasal politik tapi zaman PH la yang paling teruk. Mereka hanya menunggu waktu yang sesuai untuk menghalau kami. Apatah lagi ayahku sudah meninggal, senanglah kerja mereka.
Perkara ni ibarat nasi dah jadi bubur. Tak boleh buat apa dah. Tiada tindakan boleh diambil sebab mereka ‘berlindung’ atas arahan kerajaan. Sampai bila-bila pun tiada keadilan akan tertegak untuk kami.
Jadi ini sajalah cara aku untuk meluahkan ketidakpuasan hati terhadap perkara ni. Nak siasat pun tak tau macam mana. Kita ni rakyat marhaen je kan. Tiada siapa mahu dengar cakap kami yang tiada kuasa dan miskin ni.
Orang berkuasa dan orang berduit boleh buat apa saja untuk menindas orang tiada kuasa dan tiada duit. Selalu tengok drama Korea macam mana orang-orang atasan yang berpengaruh, kaya dan berpangkat boleh memanipulasi dan menindas orang di bawahnya.
Bagaimana pihak yang sepatutnya membela nasib si mangsa akhirnya berpihak kepada pihak yang salah sama ada kerana terpaksa (diugut) ataupun secara suka rela (disogok dengan duit). Bila pihak yang dipertanggungjawabkan dengan sesuatu kes, dengan tiba-tiba berpaling tadah dan menyokong pihak yang satu lagi.
Itulah dia, ‘MONEY IS KING. Everything is possible when you have a lot of money’. Ada duit semua jalan. Geram tengok drama macam ni. Selalunya drama pasal penyiasatan dan undang-undang. Pasti berlaku dalam dunia nyata.
Kalaulah mereka sedar bahawa duit dan kuasa tidak akan dapat ‘membeli’ keadilan di akhirat sana; Mahkamah Allah. Tak mengapa. Terlepas di dunia, mahkamah Allah menanti di sana. Kuasa yang mereka perolehi di dunia ni akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak sama ada digunakan untuk menindas atau melindungi. Tepuk dada tanya iman.
Ramai yang beranggapan kami tidak berusaha untuk mempertahankan tempat ni padahal mereka tak tau berapa banyak urusan yang kami buat. Turun naik pejabat tanah, urus surat menyurat. Bukannnya kami ni warga asing pun tinggal kat situ. Bukan buat kerja haram pun.
Arwah ayah seorang BUMIPUTERA termasuklah aku dan adik-beradik. Ibu aku keturunan Minang Indonesia dah bertahun-tahun dapat IC biru. Dah bertahun-tahun jadi warganegara.
Kalau bukan bumiputera, takkan boleh aku pinjam MARA masa belajar kat UniKL dulu. Takkan boleh adik-adik aku belajar kat UiTM. Kebanyakan penguatkuasa ni suka ambil tindakan kat bangsa Melayu je.
Sekarang ni, rumah aku pun dah roboh. Persatuan penduduk pun dah siap surat menyurat untuk permohonan tanah ni untuk kampung tu. Tanah tu pun untuk rizab awam. Maknanya mana-mana individu pun tak boleh dapat tanah tu. Tanah tu hak penduduk kampung situ.
Dengar cerita lepas rumah aku dah roboh, berduyun-duyun orang mohon tanah tu. Akhirnya pihak DBKL ambil alih tanah tu. Dalam bulan Mei, seluruh kawasan dah berpagar. Tak boleh dah sesiapa masuk sesuka hati. Ada papan tanda projek DBKL untuk taman rekreasi. Tertulis di situ projek dari Mei 2020 sehingga tahun 2030. Aku ada bukti gambarnya.
Memang aku simpan segala bukti. Taman rekreasi apa kat tanah kecil macam tu? Tak sesuai langsung. Bukan ke taman kena ada kawasan parking semua. Habis tu kalau kat situ nak buat taman, pengunjung nak parking mana? Tepi jalan? Sangat tak logik la. Doesnt make sense at all. Dan projek tu akan dilakukan selama 10 tahun! 10 tahun ok?
Aku rasa terkilan sangat sebab mereka robohkan rumah kami tanpa sebab yang kukuh untuk tujuan apa. Sebelum rumah tu roboh, ibu aku pernah ke DBKL untuk dapatkan penjelasan kenapa tanah rumah kami saja yang akan diambil.
Kata pegawai DBKL tu pihak mereka tiada kena mengena dengan kes ni. Dah pulak. Mereka ni saja-saja nak permainkan rakyat marhaen macam kami ni. Masa aku dan ibu ke DBKL untuk terima tawaran PPR tu, ibu ada juga bertanya kat pegawai DBKL tu kalau pemindahan setinggan kenapa rumah setinggan lain tak kena. Katanya mungkin terlepas pandang.
Terlepas pandang? Macam mana boleh terlepas pandang tu? Senang je jawapan dia. Terbaiklah! Selagi boleh pusing, pusing la. Aku yakin tanah tu bukannya untuk taman rekreasi tapi untuk disimpan selama 10 tahun tanpa apa-apa projek dan setelah 10 tahun, akan terjual kepada mana-mana individu.
Mereka nak tutup kesalahan mereka berkenaan tanah ni supaya mereka tidak dikenakan tindakan kalau satu hari nanti terbongkar.
Sekarang ni, Uncle C tu pun tak dapat tanah tu. Bak kata pepatah, kalah jadi abu, memang jadi arang. Tapi tak tau la kan lepas 10 tahun tiba-tiba dia dapat pula tanah tu. Persatuan penduduk kampung kena kuat untuk melawan individu yang nak rampas tanah ni.
Kalau persatuan ni tak perjuangkan tanah ni, siapa lagi? Kami sudah pasti tiada harapan lagi untuk mendapatkan tanah tu. Jadi semuanya terpulang kepada persatuan penduduk untuk tindakan lanjut.
Aku yakin orang bukan Islam pun percaya konsep,what you give, you get back atau what goes around comes around. Orang Islam panggil kifarah.
Aku tak faham dengan perangai orang kaya ni macam Uncle C tu. Dah kaya raya tapi sanggup nak rampas hak orang lain. Memang perangai orang kaya ni tamak haloba ke? Tak cukup-cukup dengan kekayaan dia. Makin kaya makin buas sampai sanggup langgar orang lain.
Setiap kali melalui kawasan rumah lama aku tu, sayu je hati. Aku selalu jenguk kawasan rumah lama sebab nak tengok perkembangan tanah tu. Orang lain pun cakap, ikutilah perkembangan semasa tanah tu.
Sampai sekarang, Oktober 2020, tanah tu masih kosong. Tiada satu pun tanda-tanda mereka nak mula projek taman rekreasi tu. Lagipun tanah tu dalam pemantauan banyak pihak, jadi mereka tak boleh buat sesuka hati juga.
Banyak kali kami berfikir. Kalau kerajaan ingin mengambil semula tanah ni untuk pembangunan dan untuk orang awam, kami redha kerana kami tahu kami hanya menumpang di tanah tu. Tapi kalau alasannya tidak jelas dan rumah setinggan lain tak kena, jadi sudah pasti ada sesuatu yang tak kena.
Kami tak mahu buat laporan untuk rumah setinggan lain kerana kami tak mahu menganiaya orang. Tapi tu la orang lain pula sanggup buat macam tu kepada kami.
Aku sentiasa pegang kata-kata ni; bila ada orang berniat jahat kat kita dan dah terlaksana kejahatan dia terhadap kita, pasti akan ada pembalasan daripada Allah. Kifarah namanya.
Allah tak pernah tidur. Biarlah orang buat kita, jangan kita buat orang. Lebih baik dizalimi daripada menzalimi. Kerana pahala sabar tu sangat besar. Kalau kita bersabar, besar ganjarannya. Orang yang zalim tidak akan berjaya. Orang yang dizalimi termakbul doanya.
Keadaan dunia sekarang ni yang sedang nazak diserang Covid-19, ialah pengajaran daripada Allah untuk sekalian manusia. Tak kisah la teori konspirasi ke dajjal ke virus ciptaan manusia ke, tapi semuanya berlaku atas izin Allah. Sama la seperti apa yang berlaku kepada negara Palestin.
Majulah tanpa menyingkirkan orang lain. Naiklah tanpa menjatuhkan orang lain. Dan berbahagialah tanpa menyakiti orang lain. Kepada Uncle C, pegawai-pegawai yang terlibat dalam PTGWP, DBKL, terutamanya individu yang terlalu mementingkan diri sendiri termasuk beberapa penduduk kampung Kg. Cheras Baru Bukit A yang bersubahat, jawablah di hadapan Allah kelak.
Apa sebenarnya yang kalian buat dengan kuasa yang kalian ada. Kenapa mesti nak menjadi pengkhianat bangsa sendiri? Semuanya akan dituntut. Semuanya akan dihisab. Semuanya akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.
Money is king only applicable in the world BUT not in Hereafter. You can use that term how many as you like in this world, but in hereafter, you won’t get away with the sins you’ve done.
Kepada pakcik saudaraku dan kawannya, bertaubatlah dan pulangkan semula hak kami yang kalian dah ambil. Tenang ke hidup makan duit haram? Kita hidup kat dunia ni tak lama. Bila-bila masa saja ajal akan menjemput.
Aku sebagai anak saudara dia tersangatlah malu bila ada pakcik berperangai macam ni. Dua-dua tinggal di Kg. Cheras Baru Bukit C. Rumah nenek aku (keluarga belah ayah), kawan-kawan sekolah rendah dan menengah aku pun ramai tinggal kat Bukit C tu. Aku rasa mesti mereka kenal Man Tengkorak & Man Burger tu.
Alhamdulillah. Lega rasanya dapat luahkan semua. Maaf terlalu panjang coretan aku ni. Terlalu berat untuk dipendam sendiri.
Sepanjang tempoh genting ni, aku tak dapat tahan kesedihan aku. Terasa sesak kat dada tapi aku selalu bermuhasabah diri, beristighfar meminta ampun daripada Allah dan memohon supaya dipermudahkan segala urusan terutamanya urusan perpindahan. Selalu bagi motivasi kat diri sendiri.
Lagipun, kes ni dah jadi buah mulut orang kampung, pasti ada yang suka buat andaian sendiri kononnya kami yang salah duduk kat tanah kerajaan. Ada je kata-kata sumbang yang aku dengar dari mulut makcik-makcik bawang. Ada juga yang pernah berdebat dengan ibu. Tapi dia kalah dengan ibu. Langsung dia terdiam dan terciduk.
Ibu pun pandai berdebat sebab ibu menyatakan apa yang fakta je. Orang ni bercakap ikut sedap dia je. Jadi aku buat keputusan untuk menulis kisah sebenar apa yang sebenarnya terjadi untuk memadam salah faham orang. Khabar angin ni kan cepat tersebar. Biar kawan-kawan aku pun baca dan tau kisah sebenar.
Orang yang betul-betul faham je akan faham keadaan kami. Kalau diammu menyebabkan lebih banyak salah faham, maka berbicaralah supaya semuanya terdiam.
Allah saja yang tahu bagaimana perasaan kami kerana ‘diserang’ daripada pelbagai penjuru. Aku paling sedih bila teringat arwah ayah dan ibu. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.
Macam-macam pengalaman pahit manis di sana takkan mungkin dilupakan begitu saja. Masing-masing ada bahagian masing-masing dan aku bersyukur aku diuji sebegini.
Aku bangga aku berjaya melepasi fasa paling mencabar dan menguji iman dalam hidup aku tanpa berterusan menyalahkan takdir dan tanpa kemurungan. Semuanya ada hikmah. Tak semua hadiah itu terbungkus indah. Alhamdulillah semuanya dah berlalu. Let time heals our soul and mind.
Firman Allah, “Bahawa sesungguhnya selepas setiap kesulitan itu ada kemudahan” (Al-Insyirah: 6).
Aurora
(Bukan nama sebenar)
#Sumber : https://iiumc.com   

MR :    


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/10/sebidang-tanah-si-kaya-yang-tamak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Resipi Menggunakan Ubi Keledek Kaya Dengan Nutrisi

3 Resipi Menggunakan Ubi Keledek Kaya Dengan Nutrisi

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 261 hits
Kalau biasa kita gunakan ubi kentang dalam masakan apa kata gunakan ubi keledek Selain rasanya yang enak ia mempunyai khasiat yang pelbagai Kajian menunjukkan daun keledek kaya dengan polifenol lutein vitamin A dan B kalsium serta zink Kele...
Penyebab Kamu Susah Kaya Karena Kamu

Penyebab Kamu Susah Kaya Karena Kamu

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 279 hits
Sering bertanya kapan ya aku bisa kaya tapi kamu ga pernah ingat apa yang kamu lakukan makanya kamu ga bisa bisa ajdi kaya Coba deh bertanya ke diri kamu hal mana yang paling sulit kamu ubah This is a content summary only Visit my website f...
Ameera Khan Tolak Lamaran Jadi Isteri Kedua Tak Mahu Lelaki Kaya Sebab Dah Jutawan

Ameera Khan Tolak Lamaran Jadi Isteri Kedua Tak Mahu Lelaki Kaya Sebab Dah Jutawan

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 623 hits
Meskipun adik kepada pelakon pengacara dan usahawan Noor Neelofa iaitu Ameera Khan atau Little Miss Khan bukan seorang selebriti namun Instagram milik Ameera kini sudah mempunyai sebanyak 1 2 juta pengikut Nama Little Miss Khan ini sememang...
Jurus Investasi Dari Tokopedia Untuk Milenial Hadapi Pandemi Nggak Harus Nunggu Kaya Dulu Loh

Jurus Investasi Dari Tokopedia Untuk Milenial Hadapi Pandemi Nggak Harus Nunggu Kaya Dulu Loh

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 210 hits
Dengan ini harapannya nggak ada lagi alasan generasi milenial untuk menunda memulai investasi
Agnez Mo Selebriti Paling Kaya Di Indonesia

Agnez Mo Selebriti Paling Kaya Di Indonesia

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 219 hits
Penyanyi Agnez Mo baru baru ini dilaporkan media Indonesia sebagai selebriti paling kaya di negara itu dengan jumlah harta mencecah 450 bilion Rupiah Tidak hanya mengaut hasil daripada karier seni penyanyi lagu Matahariku itu juga memiliki ...
Drama Misteri Mengenai Keluarga Kaya Lee Boyoung Go Soyoung Ditawar Berlakon Mine

Drama Misteri Mengenai Keluarga Kaya Lee Boyoung Go Soyoung Ditawar Berlakon Mine

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 382 hits
Khabar angin bertiup mengatakan bahawa Lee Bo young mungkin akan bergandingan dengan Go So young dalam sebuah drama tvN baru tak lama nanti Serius lah Pada 16 Oktober laporan media melaporkan bahawa Lee Bo young telah menerima skrip untuk d...
Makan Di Warung Sampai Pakai Jam Tangan Murah Ini 6 Sosok Orang Kaya Beneran Tapi Nggak Lebay

Makan Di Warung Sampai Pakai Jam Tangan Murah Ini 6 Sosok Orang Kaya Beneran Tapi Nggak Lebay

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 397 hits
Ternyata orang orang sukses dan kaya beneran makannya malah di warung dan rela antre sendirian Nggak wajib makan di mal yhaa
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults

Is It Really Good Reading The Newspaper Daily