Sebenarnya Kami Kerja Siang Malam Ketika Ph Bergaduh Siang Malam




ALHAMDULILLAH sudah genap setahun Perikatan Nasional (PN) memerintah negara yang tercinta. Langkah yang bermula dengan bismillah selepas sahaja selesai Pilihan Raya Umum ke-14, bukannya sekadar beberapa minit ketika berada di Sheraton sepertimana yang diberikan nama oleh sebahagian pihak

Sebenarnya kemenangan Pakatan Harapan sangat rapuh, lantaran ramai rakyat tertipu dengan manifesto dan janji PRU-14 yang dikemukakan, laksana permohonan Puteri Gunung Ledang dalam cerita dongeng Melayu yang mudah lupa. Khususnya mereka yang lupa terhadap janji-janji PH yang terlalu banyak, dan tidak perlu disebutkan semuanya. Jika diingati kembali, antaranya janji PH untuk menurunkan harga minyak dalam tempoh kurang 24 jam, menghapuskan tol dan banyak perkara lagi.
Bagi PH tidak salah menjanjikan sedemikian rupa, kerana itu semua bukannya kitab suci. Jika kitab suci sekalipun boleh disanggah, apatah lagi manifesto dan janji sebegitu.
Beberapa peristiwa perundangan berlaku, antaranya seperti usaha untuk membebaskan pemimpin-pemimpin tertentu laksana lampu Aladdin yang memanggil jin untuk dilakukan dengan cepat. Lebih parah ketika itu, PH berani membuat kenyataan yang mencabar kedudukan Islam, Raja-raja Melayu, hak istimewa bumiputera, dan beberapa asas dalam Perlembagaan yang lain. Semuanya berlaku sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke Putrajaya.
Kemudian mereka menunjukkan kegelojohan untuk menentukan kerusi siapa yang akan menjadi Perdana Menteri, laksana berebut pusaka ketika si ayah masih hidup segar. Masing-masing menunjukkan penumbuk sesama sendiri, selepas beberapa hari pilihan raya berlalu.
Sehingga mereka yang bersama dalam Pakatan Harapan mula menyedari bahawa sudah tiada harapan lagi, yang tinggal hanya harapan pada namanya sahaja.
Kedudukan pakatan politik mereka rapuh, laksana sudah mahu bercerai dan bersedia membahagikan perabot rumah dan membahagi-bahagikan anak pinak. Bahkan sekarang pun mereka sedang berebut anak pinak antara PAN dan PKR, apabila slogan amanahnya berkecai, keadilannya terpilih.
PAS yang sudah lama menjadi pembangkang, mendapat rakan pembangkang yang baharu, namun PAS sudah berpolitik sejak zaman penjajah lagi dan mempunyai pengalaman menyertai pilihan raya semenjak Pilihan Raya Pra-Kemerdekaan pada tahun 1955.
PAS sudah terlalu biasa dengan sepak terajang politik, bukan seperti kebanyakan komponen parti politik dalam PH yang baru belajar politik setahun jagung. Inilah barangkali yang menyebabkan mereka hanya baru menyedari dan nampak Langkah Sheraton yang sangat pendek.
Perubahan kerajaan PH kepada kerajaan PN dilakukan secara demokratik dan mengikut proses Perlembagaan Persekutuan dengan langkah paling tepat, tanpa menebuk atap dan masuk dari pintu belakang.
Ramai pemerhati luar negara sangat kagum dengan pertukaran kerajaan tanpa ada setitik darah pun yang tumpah, tanpa demonstrasi Bersih yang mempunyai niat yang tidak bersih, tanpa berlaku pergaduhan dengan polis dan tentera, dan tanpa mengganggu pegawai kerajaan yang sedang bertugas.
Apa yang berlaku adalah perubahan secara bersih, cuma sukar untuk membersihkan peninggalan yang dilakukan oleh PH dalam beberapa tahun apabila mereka membuat pelbagai kecamuk sewaktu era pemerintahan yang pendek. Bak kata orang-orang tua, hendak membaiki itu lebih susah daripada hendak merosakkan.
Sebenarnya kami bekerja siang dan malam ketika PH sedang bergaduh siang dan malam. Kejayaannya berusaha mengambil yang jernih dan menolak yang keruh. Kami menerima rakan yang keluar daripada kolam PH yang dikeruhkan airnya oleh tangan-tangan mereka sendiri yang saling bercakaran.
Kini, mereka masih bercakaran antara satu sama lain kerana merasakan PRU-15 akan diadakan pada bila-bila masa sahaja. Ketika hendak mencadangkan agar dilaksanakan PRU-15 pun mereka sudah berkhilaf antara satu sama lain. Ada yang bersuara dan mendesak agar pilihan raya ditangguhkan kerana penularan Covid-19 yang berlaku. Ada juga yang mendesak perlu disegerakan pilihan raya dengan mewujudkan Prosedur Operasi Standard (SOP).
Bahkan terdapat kalangan mereka yang lebih gelojoh mahu membuat langkah sepertimana Langkah Sheraton dalam tempoh masa yang singkat. Sehingga menghantar borang kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong supaya Tuanku mengisi borang dan bekerja mencari tandatangan wakil-wakil rakyat bagi pihak dirinya. Laksana seorang budak pejabat, yang berusaha untuk mendapatkan tandatangan ahli-ahli Parlimen yang dijadikan teka-teki telah bersetuju melantik seseorang sebagai calon PM.
Ada yang berkata, PH tidak berpolitiking, kononnya taat setia kepada titah Tuanku supaya tidak berpolitiking. Akan tetapi, mereka tetap juga berpolitiking mendesak agar diadakan Sidang Parlimen ketika tempoh masa darurat kerana Tuanku yang mengisytiharkannya boleh bersidang.
Telatah mereka yang kononnya tidak berpolitiking, seperti burung kasuari padang pasir yang menyembunyikan diri dengan menyorok kepalanya yang kecil ke dalam tanah, dan mendedahkan badannya yang besar nampak dari jauh mata memandang.
Terdapat dalam kalangan pakar politik dan ekonomi bertaraf Profesor mengatakan bahawa kerajaan PN tidak mampu menangani krisis ekonomi. Padahal kaki sembang kedai kopi pun tahu, bahawa Malaysia kini (bukan media Malaysiakini) berada di muka bumi yang seluruhnya dilanda wabak Covid-19, dan Malaysia juga berada di bumi, bukannya di planet angkasa lepas.
Semua orang mengetahui apa yang mereka telah lakukan sewaktu PH berkuasa tanpa Covid-19 dalam tempoh masa hampir dua tahun. Bandingkanlah pencapaian dan kejayaan yang dicapai oleh PN selepas genap setahun memimpin sebuah kerajaan dalam suasana wabak pada hari ini.
Malangnya, masih terdapat manusia yang terpengaruh dengan sembang kosong PH, yang sedang melompat-lompat ingin mengambil alih semula kerajaan dengan kadar lebih segera berbanding Langkah Sheraton.
Lebih malang juga, terdapat mereka yang bertindak laksana mendengar guruh di langit, air di dalam tempayan dicurahkan. Bahkan lebih dahsyat lagi, mereka yang melompat ke arah PH laksana orang lemas memeluk batu yang disangka pelampung penyelamat.
Semua perkara yang berlaku disebabkan tertelan janji yang sukar menyebut Insya-Allah, kerana harapannya setiasa melihat ke arah White House bukan ke arah Rumah Allah (Baitullah).
Marilah kita menjadi orang yang tidak lupa kepada Allah SWT, walaupun sedang menghadapi masa depan yang sukar kerana firman-Nya:
﴿وَلَا تَقُولَنَّ لِشَيْءٍ إِنِّي فَاعِلٌ ذَلِكَ غَدًا٢٣ إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ وَاذْكُرْ رَبَّكَ إِذَا نَسِيتَ وَقُلْ عَسَى أَنْ يَهْدِيَنِ رَبِّي لِأَقْرَبَ مِنْ هَذَا رَشَدًا٢٤﴾
“Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan tentang sesuatu: ‘Sesungguhnya aku akan mengerjakan ini besok pagi.’ (23); Kecuali (dengan menyebut): ‘Insya Allah.’ Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah: ‘Mudah-mudahan Tuhanku akan memberikan kepadaku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini.’ (24).” (Surah al-Kahfi: 23-24)

ABDUL HADI AWANG Presiden PAS Bertarikh: 23 Rajab 1442 / 7 Mac 2021

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2021/03/sebenarnya-kami-kerja-siang-malam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Walauncai Akan Maki Siang Malam Sesuai Dengan Tahap Bodo Gaban

Walauncai Akan Maki Siang Malam Sesuai Dengan Tahap Bodo Gaban

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 172 hits
Andai Mujahid ceduk sikap Zulkifli sebagai Menteri Agama apa reaksi masyarakat ketika ini February 24 2021 Bayangkan seandainya Dzulkefly Ahmad selaku menteri kesihatan menangani wabak Covid 19 sebagaimana Adham Baba apakah yang akan terjad...
Video Pintu Kaabah Dibuka Untuk Perdana Menteri Dan Rombongan Ketika Mengerjakan Ibadah Umrah

Video Pintu Kaabah Dibuka Untuk Perdana Menteri Dan Rombongan Ketika Mengerjakan Ibadah Umrah

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 198 hits
135 total views 135 views today Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dilaporkan selamat diba di Jeddah Arab Saudi petang semalam bagi memulakan lawatan rasmi enam hari ke negara Asia Barat Beli...
Ketika Wanita Vietnam Ikut Kursus Berpose Agar Foto Di Hp Menarik

Ketika Wanita Vietnam Ikut Kursus Berpose Agar Foto Di Hp Menarik

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 217 hits
Ketika Wanita Vietnam Ikut Kursus Berpose Agar Foto di HP Menarik Sejumlah wanita di Hanoi rela meluangkan waktu dan menyisihkan uangnya untuk mengikuti kursus yang mengajari mereka berpose agar foto foto di HP nya terlihat menarik
Power Trw Jana Hampir Rm44k Daripada Ppv T Shirt Khas Ketika Menentang Perak Ii

Power Trw Jana Hampir Rm44k Daripada Ppv T Shirt Khas Ketika Menentang Perak Ii

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 162 hits
Selepas kecewa dikencing Mycujoo pada musim lalu pengurusan TRW mengambil pendekatan drastik dengan membuat PPV untuk pasukan mereka dalam aksi Liga Premier Di mana terdapat dakwaan menyatakan bahawa TRW cuma mendapat RM400 daripad
Gara Gara Lintah Ketika Mandi Sungai Darah Keluar Tak Berhenti Anak Terpaksa Operate

Gara Gara Lintah Ketika Mandi Sungai Darah Keluar Tak Berhenti Anak Terpaksa Operate

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 361 hits
Kegembiraan ibu membawa anak untuk beriadah sambil mandi sungai berdekatan rumah nenek bertukar tragedi yang tak disangka sangka apabila keluar darah tanpa henti sehingga terpaksa dimasukkan kamera untuk melihat punca pendarahan Bagaimanapu...
Cikgu Ini Tiba Tiba Suara Jadi Lain Ketika Agihkan Makanan Pada Murid Kelas

Cikgu Ini Tiba Tiba Suara Jadi Lain Ketika Agihkan Makanan Pada Murid Kelas

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 470 hits
Ramai ibu bapa menarik nafas lega apabila anak anak mereka boleh pergi ke sekolah Dengan SOP yang telah diperketatkan di dalam sekolah insyallah keselamatan anak anak terjamin Salah satu SOP terbaru pihak sekolah adalah ketika waktu rehat S...
Kenapa Anda Perlu Bersara Ketika Umur Masih Muda Idea Yusuf Hashim Ni Sangat Menarik

Kenapa Anda Perlu Bersara Ketika Umur Masih Muda Idea Yusuf Hashim Ni Sangat Menarik

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 258 hits
Baru baru ni seorang kawan bekas pekerja Shell kongsikan satu video di Youtube Ia berkenaan idea bagaimana nak habiskan sisa kehidupan setelah penat habiskan masa yang lama bekerja cari makan Dalam bahasa mudah kita panggil bersara Video tu...
Ketika Sang Jenderal Dan Mayor Berebut Takhta Demokrat

Ketika Sang Jenderal Dan Mayor Berebut Takhta Demokrat

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 242 hits
Bak membuat hukum di atas hukum pengukuhan Moeldoko yang masih menjabat sebagai Kepala Staf Kepresidenan terjadi saat Agus Harimurti Yudhoyono alias AHY masih memegang pucuk pimpinan Partai Demokrat
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025