Kenapa Anda Perlu Bersara Ketika Umur Masih Muda Idea Yusuf Hashim Ni Sangat Menarik




Baru-baru ni seorang kawan, bekas pekerja Shell, kongsikan satu video di Youtube. Ia berkenaan idea bagaimana nak habiskan sisa kehidupan setelah penat habiskan masa yang lama bekerja cari makan. Dalam bahasa mudah, kita panggil 'bersara'.
Video tu sangat relevan untuk mereka yang makan gaji. Juga agak relevan untuk mereka yang menjalankan perniagaan.
Pendek kata, siapa saja yang selama ini bertungkus lumus korbankan masa, tenaga dan kemahiran yang ada untuk ditukarkan kepada duit, sangat elok untuk tengok video itu dan hadam apa yang saudara Yusuf Hashim kongsikan.
Orang yang tak perlu tengok video tersebut adalah mereka yang selama ini tidak perlu bekerja sebab duit dah ada banyak makan tak habis. Dia hanya habiskan masanya buat apa saja yang dia suka tanpa mengharapkan apa-apa balasan terutamanya dari segi bayaran.
Apa makna bersara
Sebelum itu, elok kita bersetuju terlebih dahulu dengan perkataan 'bersara'. Supaya tak timbul salah faham

Bersara dalam Bahasa Inggeris disebut 'Retire'. Orang kampung lebih selesa panggil 'pencen'
Ada yang berpandangan tidak ada makna bersara dalam kehidupan ini. Terutamanya jika anda suka apa yang anda buat, bersara tidak membawa apa-apa erti. Sebagai contoh, tak ada bersara dalam beribadah, dalam bercinta, dalam bersenam dan lain-lain lagi seumpamanya.
Jika anda faham tak ada bersara dalam beribadah, memang anda betul.
Bersara hanya wujud seandainya selama ini anda beribadah untuk mendapatkan bayaran berupa wang ringgit. Bila orang yang membayar itu tidak lagi mahu atau perlukan khidmat beribadah anda sebab dah cukup tempoh, maka anda boleh di anggap sebagai bersara.
Samada anda akan teruskan beribadah atau tidak, bergantung kepada tujuan anda beribadah selama ini. Kalau 100% nak duit, maka mungkin masa bersara anda akan hentikan beribadah.
Mungkin anda terus beribadah, tapi anda beribadah di merata tempat di segenap pelusuk dunia. Anda sadarkan satu waktu solat di surau atau masjid berbeza sehinggalah anda meninggal dunia. Itu bermakna anda mahu habiskan sisa hidup dengan buat aktviti solat di merata tempat surau dan masjid.
Jadi bersara ertinya anda berhenti dari melakukan aktiviti samada suka atau terpaksa, dengan tujuan untuk mendapatkan bayaran, bagi digunakan untuk menanggung segala komitmen hidup. Dengan berhenti melakukan aktiviti tersebut anda tiada sumber pendapatan, dan anda akan hadapi kesulitan untuk menyara keperluan hidup anda.
Berapa umur untuk bersaraTak lama dulu, umur wajib untuk bersara adalah 55 tahun. Tapi sekarang, umur bersara dah dinaikkan 5 tahun lagi menjadi 60 tahun. 
Ada akta berkenaan umur persaraan ni. Ia di panggil sebagai 'Minimum Retirement Age Act 2012'. Dikuat kuasakan pada 1 Julai 2013.
Dalam akta tersebut, section 4(1), menyatakan umur pekerja mestilah mencapai 60 tahun untuk bersara. Jadi, kalau majikan anda suruh anda pencen awal sebelum masuk umur 60 tahun, jadi satu kesalahan.
Akta ni saya yakin dibuat untuk jaga kepentingan rakyat yang bekerja makan gaji. Supaya mereka yang makan gaji tidak diterajang keluar dari peluang pekerjaan dengan alasan dah tua sewenang-wenangnya. 
Tujuan akta memang sangat bagus. Rata-rata rakyat Malaysia yang dah capai umur 55 tahun masih ada banyak tanggungan. Anak-anak masih tak lepas, hutang rumah marih tak habis, hutang kereta dan banyak lagi komitmen yang perlu ditunaikan.
Jadi, kalau masuk 55 tahun majikan suruh pencen, alamat dia terputus sumber pendapatan untuk tanggung semua bebanan kewangan yang masih tak habis tu. 
Ada seorang jiran kat kampung dulu saya tengok terpaksa jadi Jaga sebab umur 55 tahun dah kena pencen dan dia pulak masih kuat. Masa awal 50-an pulak dia tambah seorang lagi iseri. Jadi umur dah 50 lebih ada anak kecil nak kena sara. Maka akhirnya jadi Jaga, kesian.
Jadikan tempoh bersara paling indahUntuk anda yang dah tua, umur dah lebih dari 50 tahun, dah ada rumah sendiri, ada duit simpanan yang agak mencukupi, tapi masih kekal pulun kerja, saya rasa video ni sangat relevan.
Juga untuk anda yang masih muda, baru masuk dalam kumpulan pekerja kat Malaysia ni, perlu berikan perhatian penuh akan video dan perkongsian Yusuf Hashim ni.
Ia bakal memberikan anda idea yang sangat menarik untuk diusahakan.
Ideanya adalah untuk sasarkan tempoh bersara kita adalah satu tempoh yang panjang. Dan paling penting untuk jadikan tempoh tersebut sebagai yang paling indah dalam hidup kita.
Bersara awal panjang umurIni merupakan fakta yang dikongsikan oleh Yusuf Hashim. Katanya ia ada berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh syarikat besar dan merupakan satu kajian yang disahkan betul.
Dalam kajian yang Shell lakukan, jangka hayat pekerja ada kaitan terbalik yang rapat dengan umur pencen. Semakin awal anda pencen, semakin panjang umur anda. Semakin lewat anda pencen, makin cepat anda meninggal.
Kalau anda pencen dalam lingkungan umur 60 lebih, tak lama lepas tu, dalam 3 atau 4 tahun biasanya ramai yang meninggal. Sebaliknya yang pencen awal dalam lingkungan umur awal 50 an, mereka lanjut usia sehingga ke 80 tahun atau lebih.
Saya yakin ada faktor lain selain dari tempoh pencen. Dan pencen awal bukanlah jadi satu sebab kenapa umur panjang. 
Orang yang mampu pencen awal tentu ada wang yang mencukupi kalaupun tak banyak. Untuk ada wang yang cukup macam tu, dia tentu selama ini dibayar gaji yang tinggi. Ertinya dia jawapan yang baik dalam syarikat tempat kerja.
Bila ada jawatan baik, dia mesti agak bijak. Ada masa untuk jaga kesihatan supaya tubuh badan kuat dan bertenaga. Jadi tak hairanlah dia panjang umur. Di tambah lagi dengan pencen awal, maka jumlah stress terus menurun dengan banyak membuatkan kesihatan dirinya bertamah baik.
Idea asas yang baikPanjang perkongsian dalam video tu. Anda boleh tengok sendiri bila ada masa nanti. Tak semestinya ada perlu setuju dengan semua cakap dia. Tapi secara asasnya, saya sangat suka idea yang dia utarakan. 
Saya rumuskan idea tersebut seperti di bawah yang saya yakin bagus untuk diusahakan dan diamalkan.

Perlu berusaha untuk tingkatkan kemahiran dan ilmu supaya dapat gaji banyak. Di masa saja tahap anda sekarang, usaha ini mesti diberikan perhatian serius. Usaha supaya gaji meningkat atau pendapatan sentiasa bertambah.Duit yang dapat tu selain dari dibelanjakan, perlu dilaburkan pula supaya dapat dipakai ketika pencen nanti. Jangan bila gaji naik, perbelanjaan juga naik. Idealnya adalah kekalkan gaya hidup walau macam manapun peningkatan pendapatan anda.Pastikan anda kahwin awal. Supaya lekas dapat anak dan besarkan mereka sampai lepas berdikari dalam keadaan anda masih muda awal 50-an.Sasarkan bersara awal. Anda boleh rancang sendiri bila masanya nak bersara. Jangan tunggu 60 tahun baru nak pencen. Samada berniaga atau makan gaji sasarkan bersara awal.Bila anak dah lepas berdikari semuanya, berhenti kerja dan jadi perayau mukabumi untuk melihat kebesaran Tuhan. Hidup sederhana dengan apa yang ada saja. Jimatkan belanja dan hanya buat kerja yang memang dapat memberikan anda kepuasan sahaja.Tak perlu ada duit banyak sampai tak habis belanja. Duit anda adalah apa yang anda belanjakan. Kalau tak belanjakan ertinya akan jadi duit orang bila anda mati nanti. Jadi perabih duit yang ada.Itu antara rumusan yang dapat saya berikan. Sila lihat video di bawah ..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.jasduit.com/2021/03/kenapa-anda-perlu-bersara-ketika-umur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketika Wanita Vietnam Ikut Kursus Berpose Agar Foto Di Hp Menarik

Ketika Wanita Vietnam Ikut Kursus Berpose Agar Foto Di Hp Menarik

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 215 hits
Ketika Wanita Vietnam Ikut Kursus Berpose Agar Foto di HP Menarik Sejumlah wanita di Hanoi rela meluangkan waktu dan menyisihkan uangnya untuk mengikuti kursus yang mengajari mereka berpose agar foto foto di HP nya terlihat menarik
Hiburan Macam Siti Nurhaliza Ketika Muda Manis Disolek Peminat Puji Wajah Bella Astillah Persis Tokti Ketika Remaja

Hiburan Macam Siti Nurhaliza Ketika Muda Manis Disolek Peminat Puji Wajah Bella Astillah Persis Tokti Ketika Remaja

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 269 hits
Penyanyi dan juga pelakon Bella Astillah baru baru ini ada memuat naik sekeping foto memaparkan dirinya tampil agak lain dari kebiasaan setelah disolek Sumber Instagram Bella Astillah Manakan tidaknya ada peminat yang terkeliru antara dia d...
Mp Umno Masih Bermain Politik Ketika Muhyiddin Membeli Majoriti

Mp Umno Masih Bermain Politik Ketika Muhyiddin Membeli Majoriti

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 198 hits
ARIF ATANNaib Presiden AMANAH Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mengingatkan anggota Dewan Rakyat khususnya Umno untuk segera menyelesaikan krisis politik yang berlaku pada masa ini Ahli Parlimen Parit Buntar tersebut berkata Muhyiddin terde...
Jeli Air Kelapa Muda

Jeli Air Kelapa Muda

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 377 hits
Kalau Kjee dah start buat Jeli Air Kelapa Muda maknanya sekarang musim panasssss Akibat cuaca panas otak pun dah jadi tak menentu Dalam rumah pun pakai sun glasses sebab terlalu silau Duduk rehat sambil diteman tiga kipas yang dipasang full...
Umumkan Satu Indonesia Awards Tahun Ke 12 Astra Ingin Terus Temukan Anak Muda Inspiratif Dari Seluruh Indonesia

Umumkan Satu Indonesia Awards Tahun Ke 12 Astra Ingin Terus Temukan Anak Muda Inspiratif Dari Seluruh Indonesia

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 299 hits
Buat kamu anak muda bertalenta di Indonesia 12th SATU Indonesia Awards 2021 adalah momentum untuk saling menginspirasi
Muda Naik Angin Menteri Tiada Respon Walaupun Sebulan Dah Berlalu

Muda Naik Angin Menteri Tiada Respon Walaupun Sebulan Dah Berlalu

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 231 hits
Parti Ikatan Demokratik Malaysia menggesa Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin supaya segera memutuskan permohonan parti untuk didaftarkan sebagai parti politik rasmi Muda berkata rayuan parti politik itu sudah berlarutan selama sebulan yan...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini