Sebelum Ko Scam Aku Baik Aku Scam Ko Dulu
Assalamualaikum..
Ceritanya macam ni, hari sabtu kot Cik Nor dapat satu whatsapp dari seseorang yang tak dikenali. Dia perkenalkan diri dia dan dia dari syarikat sekian-sekian. Tujuan dia whatsapp Cik Nor untuk menyatakan dia menjalan satu survey berkaitan percutian kalau tak salah la. Survey dia mudah sahaja, hanya jawab 2 3 soalan macam tu dan subscribe satu link youtube yang dia bagi dan kita akan dapat RM30 setelah siap semuanya. Cik Nor pun jawablah macam biasa sebab Cik Nor ni kaki survey jugak.
Dah siap semuanya Cik Nor printscreen hantar kat orang tu, dia mintak detail untuk pembayaran. Ingatkan dia tipu sekali betul dapat RM30 tu. Dah settle semua tu dia tanya ada masa ke nak jawab survey lagi. Cik Nor pun tengah excited ni sebab dapat duit mudah. Dia bagilah nama seseorang supaya add kat akaun telegram.
Cik Nor pun add la dan Cik Nor perkenalkan diri. Orang tu pun bagilah penerangan dan add Cik Nor masuk satu group kat telegram. Cik Nor buatlah task seperti yang diminta. Task nya mudah jer cuma subscribe link youtube yang dia bagi.. Printscreen hantar kat group dan prinscreen hantar kat incas menandakan kita dah settle tugasan.
Dalam subscribe tu ada tugasan yang memerlukan kita mengeluarkan duit kita. Kalau tak silap dia panggil merchant quest kot. Contohnya kalau kita bayar RM100 kita akan dapat pulangan RM130. Tapi Cik Nor skip sebab ia melibatkan duit sendiri. CIk Nor pun pernah kena scam sebelum ni dan tak nak kena scam untuk kali ke 2. Incas tu macam marah lah sebab Cik Nor tak buat task merchant quest ni. Cik Nor cakap dalam akaun Cik Nor duit tak mencukupi. Dia siap kata kat Cik Nor, tak kan dengan umur Cik Nor sekarang dalam akaun tak ada pun RM100. Untuk tidak mengeruhkan keadaan Cik Nor bagitahu dia yang Cik Nor baru lepas bayar bil dan hutang.
Dia diam, mungkin tak nak nampak sangat dia scammer. Task ni berakhir pukul 8.30 malam setiap hari. Oleh kerana Cik Nor baru join group, Cik Nor hanya dapat RM60 sahaja. Mungkin hari pertama dia nak pikat hari kita kot dia bayarlah dulu..haha. Untuk hari ke-2 Cik Nor buat lagi task yang subscribe tu tapi masih lagi tak buat yang merchant quest tu.
Korang tau tak yang dia sekat dan tak bayar 20 task Cik Nor buat tu sebab skip merchant quest tu.haha. kalau Cik Nor buat task merchant quest tu baru dia bayar task yang lain. Korang nampak dah kan permainan dia. Hari ke 3 dah tak buat. Biar jer macam tu. Dari rugi baik Cik Nor kaut duit dia dulu. Sehari tu dapatlah RM90. Senang betul orang buat duit zaman sekarang. Fuhh..nasib baik Cik Nor dapat scam dia dulu dari dia. RM90 sejuk-sejuk jer masuk akaun Cik Nor..haha
Korang kalau dapat whatsapp macam ni, korang layan jer dlu. Selagi tak melibatkan duit korang layan jer. Kalau dia suruh bayar. Cepat-cepatlah block yer..hehe. Tak baik punya pesanan. hihi. Korang jangan tak tahu setiap masa Cik Nor check acc takut dia guna cara kotor nak ambik balik duit dia tu. Alhamdulillah setakat ni masih selamat.
Baca juga : Nak Marah Ke Nak Gelak?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://norminieza.blogspot.com/2023/02/sebelum-ko-scam-aku-baik-aku-scam-ko.html