Apa Kita Belajar Dari Tertawannya Kapal Santa Catarina Di Johor Dulu



SEKALI pandang, tajuk artikel ini agak menarik kerana seakan judul novel cetusan sasterawan ulung, Hamka, Tenggelamnya Kapal Van der Wijck. Walaupun teromba penawanan kapal Santa Catarina tidak sehebat novel penulisan Hamka, namun kisah ini seharusnya diambil cakna oleh rakyat kerana kerelevanan dengan landskap politik, ekonomi, keselamatan malah sistem perundangan negara.
420 tahun lalu, iaitu 25 Februari 1603, Santa Catarina, sebuah kapal dagang milik Portugis yang membawa pelbagai muatan berharga ditawan oleh tentera laut Belanda diketuai Laksamana Jacob Van Heemskerk. Kepten Sebastiano Serrao, nakhoda Santa Catarina hanya mampu bertahan kira-kira 10 jam sebelum menyerah tewas kepada flotila pimpinan Van Heemskerk.
Fakta sejarah menyatakan, kapal tersebut ditawan semasa berada di luar pantai Johor. Lebih menarik, fakta mengenai keterlibatan ‘Orang Laut Johor’ membantu tentera laut Belanda dalam operasi menawan Santa Catarina. Orang Laut Johor ini dikatakan mempunyai ikatan sangat kuat dengan pihak istana Johor ketika itu.
Penawanan Santa Catarina merupakan titik tolak bermulanya hubungan diplomatik rasmi yang erat antara istana Johor dengan blok Barat (lebih cenderung kepada Belanda, Dutch East India Company pada ketika itu). Malah istana Johor turut mempunyai wakil diplomatik dikenali sebagai Megat Mansur untuk berurusan dengan Belanda. Dalam konteks masa kini, fungsi Megat Mansur cenderung seperti tugasan seorang duta besar.
Malah, jika diperamati dengan teliti dalam gambar-gambar lama prakemerdekaan, penampilan sultan-sultan Johor sering berpakaian uniform atau pro-Barat berbanding raja-raja Melayu lain. Ini kerana Johor merupakan negeri Tanah Melayu pertama memulakan hubungan diplomatik dengan Eropah.
Difahamkan juga, beberapa kerabat dan pembesar Johor menerima pendidikan di Eropah sejak abad ke-17 lagi. Hakikatnya, Belanda memandang tinggi bantuan yang diterima daripada Orang Laut Johor.
Memandangkan kekuatan armada Van Heemskerk agak kecil, Orang Laut Johor telah membantu membawa kapal Santa Catarina belayar ke Belanda selepas ditawan untuk dilelong sebagai rampasan perang. Orang Laut Johor ini dilaporkan menerima layanan istimewa daripada Belanda.
Dalam era moden sekarang, apa yang dilakukan oleh kerajaan Johor pada 1603 dirujuk sebagai diplomasi pertahanan. Elemen diplomasi pertahanan mampu mengikat dua kerajaan dengan begitu kukuh dan kekal setia sehingga hari ini. Bagaimana pula hubungan diplomasi perdagangan? Pada zaman kegemilangan Kesultanan Melaka, wujud jalinan hubungan perdagangan antara Melaka dengan China. Ironinya, di manakah bantuan China ketika Melaka diserang Portugis? Bukankah sebagai ‘sahabat’, China seharusnya membantu? Lebih mengecewakan apabila bahan atau fakta sejarah sepanjang hubungan perdagangan tersebut seperti peta, buku penulisan dan banyak lagi digunakan kerajaan China sebagai asas untuk menuntut hak dan kedaulatan wilayah di Laut China Selatan daripada negara serantau termasuk kita. Kategori apakah ‘sahabat’ ini?
MARE LIBERUM, MARE CLAUSUM
Kupasan kedua daripada insiden Santa Catarina ini ialah aspek sistem perundangan antarabangsa. Insiden penawanan Santa Catarina di luar pantai Johor mencetuskan perdebatan undang-undang terutama istilah sempadan maritim. Insiden ini mencetuskan pertikaian falsafah antara konsep laut lepas (mare liberum) dan laut tertutup (mare clausum).
Secara umumnya, mare liberum mendefinisikan laut tidak boleh dimiliki secara mutlak oleh mana-mana negara. Falsafah ini dicetus oleh Hugo Grotius, seorang peguam dan ahli falsafah undang-undang Belanda yang dilantik untuk mempertahankan tindakan penawanan Santa Catarina. Konsep mare clausum pula, laut boleh dimiliki secara mutlak daripada unjuran pemilikan atau kedaulatan daratan. Perbahasan dua konsep ini berakhir dengan penerimaan zon-zon maritim yang diadaptasikan oleh semua negara berpantai pada hari ini.
Terjemahan zon laut wilayah, iaitu zon maritim yang mempunyai kedaulatan penuh merujuk kepada konsep mare clausum. Zon maritim selepas laut wilayah yang turut dirujuk sebagai perairan antarabangsa adalah dijana daripada konsep mare liberum. 
Apa yang menarik, istilah dan definisi zon maritim sejagat pada hari ini sebenarnya tercetus daripada insiden yang berlaku di luar pantai Johor. Ini jelas membuktikan betapa strategiknya domain wilayah maritim Malaysia sejak dahulu lagi. Istilah dan definisi zon-zon maritim ini yang termaktub dalam Konvensyen Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982 sebenarnya bermula dengan insiden berlaku di kawasan kita.
Mengapa wilayah Laut China Selatan sangat kompleks dan menjadi medan perebutan bukan sahaja sesama negara serantau malah kuasa-kuasa besar lain? Selain kaya dengan hasil galian sumber asli terutama gas dan minyak, Laut China Selatan adalah domain maritim yang sangat-sangat strategik.
Dalam konteks ini, mahu tidak mahu, kita perlu menerima hakikat dan memahami mengapa isu ini sulit untuk diselesaikan. Namun, sesulit mana pun yang perlu dihadapi, wilayah ini adalah milik kita.
Malangnya kesulitan isu wilayah maritim Malaysia tidak penting bagi sesetengah pihak. Lihat sahaja keupayaan aset pertahanan seperti kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Lebih 60 peratus telah usang dan melampaui tempoh perkhidmatan. Nilai sejenak, di mana kita berbanding aset-aset dimiliki negara-negara serantau? Memetik falsafah Latin, si vis pacem, para bellum yang bermaksud, jika ingin berdamai, bersedialah untuk berperang. Adakah keupayaan yang kita miliki hari ini menyokong falsafah tersebut?
Wilayah ini dimiliki atas faktor kelayakan sebagai negara berpantai. Wilayah bertuah ini perlu dipelihara, dijaga dan ditadbir urus sebaik mungkin. Jika kita gagal, wilayah yang sejak dahulu lagi disifatkan sebagai kawasan strategik dan memberi tuah kepada tuannya, sedikit-sedikit akan hilang. Cukuplah kita kehilangan hak dan kelayakan ke atas Batu Puteh. Lukanya terlalu dalam dan akan kekal menjadi sejarah hitam yang pahit untuk ditelan. Bersatulah demi tanah air tercinta dan tiada lagi kompromi dalam mempertahankan wilayah bertuah ini.

Laksamana Pertama Dr. Najhan Md. Said Timbalan Panglima Armada Timur
Asal artikel dari SINI
Baca juga di sini..  https://peacepalacelibrary.nl/blog/2018/capture-santa-catarina-1603

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/03/apa-kita-belajar-dari-tertawannya-kapal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Reaksi Syamsulyusof Bila Ditanya Betul Ke Diapvkul Puterisarah Dulu

Ini Reaksi Syamsulyusof Bila Ditanya Betul Ke Diapvkul Puterisarah Dulu

papar berkaitan - pada 8/3/2023 - jumlah : 95 hits
YAMSUL Yusof hanya menggelengkan kepala ketika diajukan pertanyaan berhubung pendedahan Puteri Sarah Liyana yang mendakwa pernah dipu kul suaminya itu
Mgnews Royalti Petroleum Mp Pembangkang Patut Baca Dulu Malu Kalau Ja

Mgnews Royalti Petroleum Mp Pembangkang Patut Baca Dulu Malu Kalau Ja

papar berkaitan - pada 9/3/2023 - jumlah : 122 hits
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli bercakap kepada media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman antara Malaysia Petroleum Resources Corporation dengan IFP Energies Nouvelles of France di Hotel Hilton Kuala Lumpur
Boleh Beri Peruntukan Mp Pembangkang Tapi Runding Dulu

Boleh Beri Peruntukan Mp Pembangkang Tapi Runding Dulu

papar berkaitan - pada 9/3/2023 - jumlah : 148 hits
Kerajaan Perpaduan tidak akan mengamalkan dasar diskriminasi seperti sebelum ini terhadap Ahli Parlimen pembangkang Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebaliknya peruntukan akan diberikan oleh Kerajaan Persekutuan selepas pros...
Giliran Anwar Jawab Maknanya Dulu Pagoh Tak Adil

Giliran Anwar Jawab Maknanya Dulu Pagoh Tak Adil

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 99 hits
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata secara prinsipnya dia tidak menolak peruntukan sama rata kepada anggota parlimen kerajaan dan pembangkang Anwar berkata dia sentiasa konsisten berkaitan perkara itu dan menafikan menolak tuntutan yang d...
Ini Pelik Kerajaan Kelantan Kenapa Dulu Seolah Bisu

Ini Pelik Kerajaan Kelantan Kenapa Dulu Seolah Bisu

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 184 hits
Masa tidak jadi kerajaan pelbagai sogokan dibuat seolah kelantan adalah paling terpencil paling tidak menjadi tumpuan Tetapi masa diberi peluang memerintah dan menteri PAS diberi kuasa perundangan Kenapa ketika itu bayaram royalti tidak ber...
Dulu Pemimpin Umno Berdepan Kes Mahkamah Akan Digantung Sekarang

Dulu Pemimpin Umno Berdepan Kes Mahkamah Akan Digantung Sekarang

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 176 hits
bharian com myOleh Mac 5 2023 11 00amNoh pada sesi Dialog Sepentas Perjuangan Yang Hilang Bersama Tun M di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya semalam Foto FB Zuraida KamaruddinPUTRAJAYA Bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang Tan Sri Noh Om...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco