Sebelum Disember 8 Tangkap Semua Haprak Dan Sumbat Dalam Penjara


This is taken in full from Shahbudin.com




http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/11/8hb-disember-adalah-huru-hara-dan.html

8HB DISEMBER ADALAH HURU-HARA DAN PERGADUHAN, 8HB DISEMBER JUGA ADALAH RUSUHAN DAN KEMATIAN....
Perhimpunan membantah ICERD yang dirancang oleh UMNO dan Pas pada 8 Disember sebenanya bukanlah suatu perhimpunan biasa yang sekadar untuk menunjukkan bantahan terhadap sesuatu isu semata-mata, tetapi matlamatnya lebih jauh daripada itu.
Matlamatnya tidak lain ialah untuk menggugat kedudukan kerajaan, malah untuk menjatuhkannya melalui mainan sentimen kaum dan agama yang sengaja dibakar secara keterlaluan.
Melalui sentimen agama dan kaum itu, diharapkan akan berlakulah pergaduhan, huru-hara, rusuhan serta kematian.
Sebab itu, sebelum himpunan diadakan di ibukota pada 8 Disember nanti, ia lebih dulu diadakan di Pasir Salak di tempat di mana Residen British, JWW Birch pernah dibunuh suatu ketika dahulu.
Selain itu, yang lebih penting dan harus diingat bahawa di belakang himpunan membantah ICERD itu  Presiden UMNO, Zahid Hamidi yang sedang berdepan 45 pertuduhan berkaitan pecah amanah, menerima rasuah dan penggubahan wang haram yang jika sabit kesalahan, menantinya adalah hukuman penjara selama puluhan tahun lamanya.
Di belakang himpunan bantah ICERD juga ada Najib Razak yang kini sudah dikenakan 38 pertuduhan di mahkamah dan lebih banyak lagi bakal menanti. Juga jika sabit kesalahan, hukumannya sama puluhan tahun penjara.
Di belakang himpunan ICERD  terdapat sama pemimpin-pemimpin UMNO yang sudah atau bakal dihadapkan ke mahkamah atas pelbagai kesalahan jenayah yang pernah mereka lakukan.
Di belakang himpunan bantah ICERD turut terdapat ratusan pemimpin UMNO lain yang dulu bebas menyamun dan mengumpul kekayaan, tetapi kini peluang berbuat demikian sudah pun terhenti dengan tiba-tiba.
Lantaran, dari hari ke hari, bantahan terhadap ICERD sudah bertukar menjadi serangan kepada DAP yang kononnya menguasai kerajaan dan mahu menghapuskan kedudukan serta hak orang-orang Melayu di negara ini.
Dari hari ke hari juga, jelas dapat dilihat tindakan meniup serta membakar semangat perkauman dan agama begitu berleluasa di media-media sosial dan kumpulan whatsapp tertentu.
Bantahan terhadap ICERD yang sentiasa dibakar oleh UMNO dengan bantuan Pas, ditambah dengan mainan tidak henti-henti isu perkauman dan agama di media sosial, secara tidak langsung telah merangsang orang awam berbuat sesuatu yang tidak normal kepada kaum yang berbeza di tempat-tempat awam sebagaimana yang ditunjukkan oleh seorang lelaki memprotes suatu promosi arak di sebuah pasaraya.
Kenapa sebelum ini perkara itu tidak pernah berlaku, sedangkan promosi arak oleh pasaraya tertentu kepada bukan Islam bukanlah perkara yang baru?
Itulah juga sebabnya, meskipun setelah Tun Mahathir Mohamad bertegas menyatakan ICERD mustahil dilaksanakan di negara ini kerana kedudukan unik Malaysia yang berbagai kaum serta wujud peruntukan dalam Perlembagaan berkaitan hak-hak istimewa orang Melayu, mereka tidak memperdulikannya dan tetap juga mahu berhimpun pada 8 Disember nanti.
Himpunan itu nanti, matlamatnya tidak lain ialah semata-mata untuk menumbangkan kerajaan melalui percikan sentiman perkauman dan agama yang akan dimarakkan dengan seluas-luasnya.
Bagi Zahid Hamidi,  Najib dan mereka yang ada kes, hanya dengan tumbangnya kerajaan yang ada ini saja dapat menyelamatkan mereka daripada segala pertuduhan yang sedang dihadapi di mahkamah.
Bagi pemimpin UMNO yang lain pula, hanya melalui kembalinya BN berkuasa semula saja yang dapat membuka ruang untuk mereka terus menyamun dan menambah kekayaan.
Oleh (itu), bantahan terhadap ICERD adalah ruang terbuka untuk mencapai semua matlamat tersebut.
Berhubung dengan matlamat itu, jika pihak berkuasa tidak segera membendungnya,  himpunan 8 Disember nanti akan bertukar menjadi perhimpunan yang penuh huru-hara, pergaduhan, rusuhan kaum, malah berbunuhan sekali pun.
Kempen-kempen yang semakin rancak atas nama membantah ICERD, tetapi melarat kepada pelbagai firnah terhadap kerajaan ada jelas menggalakkan pergaduhan, rusuhan serta pertumpahan darah yang dengannya diharapkan kepimpinan Tun Mahathir akan segera dapat diakhiri, tidaklah terlalu sukar untuk difahami.
Jadi, apa pula peranan Pas setuju bersama-sama dengan UMNO membantah ICERD?
Dalam hal ini, Pas sebenarnya hanyalah menjadi alat kepada  UMNO semata-mata.
Kalau pun Pas ada kepentingan, ia hanyalah berkaitan harapan untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan di masa depan untuk menggantikan tempat pemimpin-pemimpin Amanah yang sekarang ini nampak bergaya dengan kot dan tali leher bersama jawatan masing-masing. (ShahbudinHusin 22/11/2018)

My comments :  Tangkap saja mangkuk-mangkuk hayun ini semua. Termasuk geng lilit kepala tu. Gunakan NSC, SOSMA, POCA, POTA dan segala apa yang mereka sendiri pernah gunakan dulu.  Inilah masanya bagi mereka merasai sedapnya ubat mereka sendiri. 

Mereka tidak mempunyai sokongan daripada semua warga Malaysia yang waras, yang suka hidup harmonis dan yang hidup mematuhi undang-undang negara. Sokongan mereka datang daripada kumpulan samseng, penyamun, pencuri, perasuah dan penipu. Maksudnya diri-diri mereka sendiri.

Bagi saya Disember 8 adalah peluang keemasan bagi negara kita membersihkan persekitaran kita daripada tahi ayam dan tahi kucing ini terutama sekali mereka yang belum lagi atau terlepas daripada dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan jenayah bersama "pemimpin" mereka. 

Huru hara? Rusuhan? Pergaduhan? Kematian?  Let them try. 

Tangkap mereka semua dan campakkan saja dalam penjara.  
Mari kita lihat berapa lama mereka boleh tahan. 

Sebab mereka marah ialah seperti mana sdra Shahbuddin menulis dengan begitu tepat sekali ia itu mereka kehilangan duit buta. 

Pada 9hb Mei, 2018 telah terbatal sama sekali lesen mereka untuk menyamun dan songlap duit orang.  Zaman pencuri telah berakhir.

Mereka bukan pejuang. Mustahil sekali bagi geng buncit dan ramai bini ini menjadi pejuang apa pun. 

Mustahil sekali untuk dibandingkan geng penyamun yang berkereta mewah ini dengan pejuang Syria atau Iraq yang hidup tanpa makanan dan minuman, rumah mereka berlantaikan tanah pasir dan yang disembelih dan dibunuh oleh Salafis, Wahabis, isis dan apa-apa lagi 'is'.   

Benar atau salah, pejuang Syria, Iraq, Afghanistan, Pakistan  rela dibunuh atau rela menjadi pengebom berani mati kerana mereka tidak mempunyai pilihan yang lain. 

Pejuang Syria dan Afghanistan tidak pernah berdangdut dengan GRO di kelab karaoke di Jakarta, memperolehi bini muda nombor 2 dan 3 atau mengaut duit menerusi  'projek dan kontrak' direct nego.

Kita harus faham bahawa bilangan mereka juga adalah sangat sedikit.  Mereka pandai menabur duit yang sedikit untuk membayar tambang bas dan beli nasi bungkus untuk pengikut dhaif yang tidak boleh memikir. 

Tetapi bagi berjutaan lagi rakyat biasa daripada kalangan orang Melayu dan orang Islam yang lain - mereka tidak kehilangan apa-apa pun daripada kebiasaan atau kelebihan mereka sebagai orang Melayu atau orang Islam sejak geng penyamun ini hilang kuasa pada 9hb Mei.  

Sebenarnya bagi berjutaan orang Melayu dan orang Islam mereka tidak  mendapat apa-apa yang "berlebihan"  sewaktu geng penyamun ini memerintah.  Sebenarnya orang Melayu telah menjadi lebih terkebelakang dan miskin di bawah pemerintahan penyamun ini.  

Di bawah pemerintahan penyamun ini tujuh juta orang Melayu telah dimasukkan ke dalam senarai BR1M. 7 juta orang miskin. Ini adalah satu fakta yang sungguh memalukan. 

Segala kelebihan bagi orang Melayu yang telah diwujudkan daripada dulu lagi masih kekal dan sedikit pun tidak terancam.  Perkara 153 mengenai keistimewaan  Melayu sedikitpun tidak terancam.

Sebaliknya sejak peralihan kerajaan : 
GST telah dihapuskan. Akibatnya harga barang sekarang sudah mula menurun. Harga tanah dan rumah di persekitaran Kuala Lumpur dan tempat lain sudah mula menurun.  Harga kereta juga telah berkurang (dan masih mempunyai banyak ruang untuk menurun lagi). Bayaran wifi telah menjadi 'lebih murah' (atau 'tawaran'nya bertambah baik). Harga minyak sudah dikawal dan kekal pada RM2.20 (RON95) sejak lebih enam bulan.Walaupun belum dihapuskan kadar tol di WP tidak akan naik lagi.Gaji minima sudah dinaikkan kepada RM1050 (bermula 1hb Jan, 2019)Geng penyamun yang mengabiskan duit songlap di kelab dangdut di Jakarta langsung tidak pernah merasai apa maksudnya penghapusan GST, harga rumah menurun, harga kereta menurun, wifi jadi murah, harga minyak terkawal, tiada kenaikan tol atau berapa gaji minima sebulan.  Itu semua masalah orang biasa saja - orang macam kita. Bukan masalah mereka.  They dont know anything about this. 

Saya pernah melihat dengan mata kepala saya sendiri mamak tabung haji itu masuk kedai emas saya membayar wang tunai beribu Ringgit membeli emas untuk bini mudanya.  Peristiwa itu berlaku jauh sebelum dia masuk tabung haji. Masa itu masih "putra" lagi.  Selepas masuk tabung haji, dia tak masuk kedai saya lagi. My shop is below their standard. Mereka sudah tahu rasa "pink diamond" yang dijual di London dan New York. 

Pemimpin mereka yang lain pula boleh membeli Nissan Murano berharga RM350,000 dengan bayarn tunai.

Tuan-tuan, berapa ramaikah daripada kalangan orang biasa seperti tuan-tuan, yang bekerja dari pagi hingga petang, di pejabat, kilang, gudang, ladang, pasar, sawah, sekolah, universiti atau di mana pun yang mampu beli Nissan Murano dengan wang tunai (cash purchase?) 

Jadi itulah akan menjadi "perjuangan" mereka pada 8hb Disember.  Sepertimana ditulis oleh sdra Shahbuddin tadi, perjuangan pemimpin mereka hanya untuk kembali berkuasa  untuk  menyamun dan mencuri duit kita.  

Untuk pemimpin mereka sahaja. Yang pandai bercakap, pandai berbelit dan pandai memutar belitkan keadaan. 
Pengikut mereka pula akan dibayar  duit tambang dan duit nasi bungkus. Mungkin akan mendapat T shirt dan topi percuma. Macam dulu juga lah. Bagi pengikut mereka, nothing has changed. Bagi pengikut mereka tidak ada sebarang perbezaan.


Posted by Syed Akbar Ali 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2018/11/sebelum-disember-8-tangkap-semua-haprak.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Sumbat Kanak Kanak Dalam Mesin Basuh Dihukum Penjara 2 Bulan

Lelaki Sumbat Kanak Kanak Dalam Mesin Basuh Dihukum Penjara 2 Bulan

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 359 hits
KUALA KUBU BHARU Lelaki yang videonya tular kerana memasukkan anak saudara lelakinya ke dalam mesin basuh di sebuah dobi layan diri di Bukit Sentosa bulan lalu dipenjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini Hakim Azmil Muntaph...
Semua Pendatang Dari China India Dan Lain Lain Wajib Dikuarantin Sebelum Masuk Ke Tanah Melayu

Semua Pendatang Dari China India Dan Lain Lain Wajib Dikuarantin Sebelum Masuk Ke Tanah Melayu

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 1536 hits
Sebelum tahun 1906 semua imigran dari India dan negara negara lain yang ingin ke utara Malaya wajib diproses di Q camps di Pulau Jerejak Pulau Pinang manakala mereka yang ingin ke Selangor Negeri Sembilan Melaka Johor dan Pahang diproses di...
Zikir Power Sebelum Berhajat Apa Sahaja Inshaaallah Semua Akan Termakbul Rileks Media

Zikir Power Sebelum Berhajat Apa Sahaja Inshaaallah Semua Akan Termakbul Rileks Media

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 586 hits
Bagus sekali jika diamalkan bacaan 7 zikir ini dalam kehidupan seharian Tambahnya in sha Allah kalau diamalkan anda akan terkejut rezeki datang tanpa disangka sangka Saratkan hati dengan zikir adalah lebih baik daripada membiarkan hati dibe...
Kisah Tragis Terbaru Ronaldinho Yang Mengejutkan Semua Pihak

Kisah Tragis Terbaru Ronaldinho Yang Mengejutkan Semua Pihak

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 299 hits
LONDON 24 Nov Kisah hidup tragis kini melanda Ronaldinho apabila portal sukan Football Italia melaporkan legenda Brazil itu menghadapi krisis kewangan yang sangat kritikal Ronaldinho 38 dilaporkan nyaris bangkrap setelah terjerat dengan hut...
Air Percuma 2019 Bukan Semua Rakyat Selangor Akan Dapat Hanya Golongan B40 Sahaja

Air Percuma 2019 Bukan Semua Rakyat Selangor Akan Dapat Hanya Golongan B40 Sahaja

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 309 hits
SHAH ALAM Program pemberian air percuma kepada rakyat Selangor akan hanya diberikan kepada golongan berpendapatan rendah mulai tahun depan dan bukan lagi untuk seluruh isi rumah di negeri itu seperti dinikmati sejak 2008 Menteri Besar Amiru...
Ayah Bangga Arrian Dapat Straight A Semua Subjek Tomok Hargai Pengorbanan Isterinya

Ayah Bangga Arrian Dapat Straight A Semua Subjek Tomok Hargai Pengorbanan Isterinya

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 994 hits
Penyanyi terkenal Tomok berkongsi keputusan peperiksaan anaknya Arrianshah Akid yang memperoleh gred cemerlang Perkara itu dikongsi Tomok menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum View this post on Instagram A post...
Kisah Pilu Bayi Meninggal Karena Asap Rokok Di Acara Aqiqah Peringatan Bagi Semua Perokok

Kisah Pilu Bayi Meninggal Karena Asap Rokok Di Acara Aqiqah Peringatan Bagi Semua Perokok

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 351 hits
Bagi Anda seorang pecandu rokok berhati hatilah saat berada di sekitar bayi atau balita Kisah bayi meninggal karena rokok di acara aqiqah ini mungkin bisa membuka mata Anda Keluarga ibu Indah harus menanggung pilu yang teramat sangat karena...
Pm Kata Beri Peluang Semua Orang Ada Bad Record

Pm Kata Beri Peluang Semua Orang Ada Bad Record

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 285 hits
Hadi Dan Zahid tentu boleh faham Dengan mudah mereka Ada rekod hitam Masa lalu Dan akan Datang Begitulah juga Dengan Waytha Moorty Tun memberi contoh dirinya sendiri Yang dianggap musuh paling ketat Anwar DAP tetapi akhirnya bersedia meneri...
Tergelak Semua Speaker Nga Kor Ming Sindir Shahidan Kassim Bila Beliau Bangkitkan Isu Icerd

Tergelak Semua Speaker Nga Kor Ming Sindir Shahidan Kassim Bila Beliau Bangkitkan Isu Icerd

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 282 hits
Tergelak Semua Speaker Nga Kor Ming Sindir Shahidan Kassim Bila Beliau Bangkitkan Isu Icerd
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage