Sebarkan Dakwah Dengan Kelembutan





Berdakwah merupakan tanggungjawab setiap muslim. Tugas untuk menyebarkan dakwah itu tergalas di bahu setiap muslim.Tak perlu menjadi manusia sesempurna kejadian untuk dijadikan syarat untuk berdakwah. Kerana kita manusia yang sifatnya takkan pernah sempurna. Kita semua ada kekurangan masing-masing.“Kalian adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah.” (Surah Ali Imran: 110)Tidak kira apa pun pekerjaan seseorang muslim itu, tugasnya untuk berdakwah tidak boleh ditinggalkan.Setiap muslim wajib untuk menyampaikan dakwah sesuai dengan kemampuannya. Dakwah adalah jalan hidup yang akan sentiasa mewarnai setiap apa yang kita lakukan setiap hari.“Katakanlah: “Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik.” (Surah Yusuf: 108)
Dakwah itu ada banyak cara. Kita boleh memilih cara yang mana yang kita rasakan paling berkesan untuk kita guna.Sememangnya untuk menyebarkan dakwah yang sempurna itu tak mudah. Akan ada sahaja rintangan dan cabaran yang bakal dihadapi.Antara akhlak yang harus dimiliki oleh seorang da’i adalah bersikap lapang dada, menunjukkan wajah yang ceria dan bersikap lemah lembut.Akhlak itu akan membantu untuk memudahkan penerimaan dakwah yang ingin disampaikan dan membantu mendidik saudara Islam untuk lebih mendalami agama, serta menyeru orang bukan Islam untuk tertarik mendekati dan mengenali Islam.Cubalah untuk tidak menggunakan kata sindiran dalam menyebarkan dakwah.Contohnya, daripada menggunakan ayat seperti, “Rambut tu dah memang confirmkalis api neraka ke sampai berani tak pakai tudung.”Cuba ubah kepada ayat yang lebih lembut dan indah untuk didengar. Jika tak mampu, berdoalah agar Allah mudahkan dia untuk mengikut apa yang Allah perintahkan daripada menambahkan pedih pada ayat yang dituturkan.“Sesungguhnya lemah lembut tidaklah ada pada sesuatu kecuali akan menghiasinya, dan tidaklah dibuang daripada sesuatu kecuali akan mengeruhkannya.” (Hadith riwayat Abu Dawud)Kelembutan itu indah, sedangkan hilangnya kelembutan membuatkan sesuatu perkara menjadi tidak lagi indah. Dan antara perkara yang memerlukan kelembutan adalah dakwah.Contohilah Baginda S.A.W dalam menyebarkan dakwah. Baginda manusia yang mempunyai nilai kelembutan dan kasih sayang yang sangat tinggi dalam setiap dakwah yang disebarkan.“Serulah (manusia) kepada jalan Rabbmu dengan hikmah (lemah lembut) dan telunjuk yang baik dan ajarlah mereka dengan cara yang baik.” (Surah An-Nahl: 125)Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya Allah itu Maha Lembut, dan Dia menyukai kelembutan dalam segala urusan.” (Muttafaq ‘Alaihi)Rasulullah mengajar kita untuk berdakwah dengan begitu indah. Baginda tidak pernah memaksa mana-mana bukan Islam untuk masuk ke dalam agama Islam.Bahkan, Baginda menarik mereka dengan menunjukkan sifat kasih sayang serta lemah lembut terhadap mereka. Dakwah yang dilakukan Baginda tersangatlah halus dan menyentuh jiwa.Manusia itu memang sifatnya pelbagai. Ada yang mudah untuk ditegur, dilentur, dan diajak ke arah kebaikan. Namun, ada juga yang sukar untuk didakwah. Tetap jua, cara berdakwah yang paling berkesan adalah dengan menggunakan kelembutan.Rasulullah S.A.W menyatakan bahawa syurga itu diperuntukkan untuk mereka yang memiliki jiwa yang lembut, kerana Allah S.W.T amat mencintai kelembutanBaginda S.A.W bersabda dalam hadis daripada Iyadh ibnu Hamar r.a, “Ahli (penghuni) syurga itu terdiri daripada tiga golongan: mereka yang memiliki kekuasaan, adil dan diberi petunjuk (muwaffaq), mereka yang pengasih dan berhati lembut kepada orang sekelilingnya dan setiap muslim, dan mereka yang menjaga kehormatan dan (sentiasa) menjaga kehormatannya padahal mereka memerlukan sesuatu untuk keluarganya.” (Hadith riwayat Muslim)Sepertimana teladan yang ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah S.A.W ketika suatu hari saat Rasulullah dan para sahabat berada di masjid, tiba-tiba datang seseorang daripada suku kaum Badwi lalu kencing di satu sudut masjid.Rasulullah menghalang sahabat-sahabat Baginda daripada terus berlaku kasar terhadap Badwi tersebut dan menunggunya sehingga selesai melaksanakan hajatnya.Abu Hurairah berkata, seorang Arab Badwi berdiri dan kencing di masjid, lalu orang-orang ingin menghalaunya. Maka Nabi S.A.W pun bersabda kepada mereka, “Biarkanlah dia dan siramlah bekas kencingnya dengan setimba air, sesungguhnya kalian diutus untuk memberi kemudahan dan tidak diutus untuk menambahkan kesusahan.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)Namun begitu, lembut bukanlah bererti tidak tegas terhadap kesesatan atau maksiat yang berlaku di sekeliling kita. Bukan juga membawa erti bahawa kita membutakan mata dengan segala bentuk penghinaan terhadap agama.Kerana, tegas itu perlu pada tempatnya. Bersikap damai terhadap mereka yang sesat adalah munafik.Rasulullah S.A.W pernah melakukan 29 kali peperangan dalam hidup Baginda. Tidak dinafikan peperangan merupakan tindakan yang kasar, yang membawa kepada pertumpahan darah, kehilangan harta benda bahkan kehilangan nyawa.Namun, peperangan adalah solusi terakhir yang perlu diambil.Ketegasan ini jugalah yang diteladani oleh para Khulafa’ Ar-Rasyidin r.a. Sepertimana Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a tanpa ragu-ragu memerangi kaum murtad daripada kalangan pengikut nabi palsu Musailamah Al-Kadzdzab dan mereka yang tidak mahu membayar zakat – setelah terlebih dahulu diajak untuk bertaubat dengan penuh kelembutan.Sebagaimana juga Saidina Ali Al-Murtadha dengan tegas mengambil tindakan terhadap kaum bughat (pemberontak) yang derhaka terhadap pemimpinnya – setelah terlebih dahulu beliau mengajak mereka untuk kembali kepada penyatuandan mentaati pemimpin.Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, “Muhammad itu adalah utusan Allah, dan orang-orang yang bersama dengannya adalah tegas terhadap orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka.” (Surah Al-Fath: 29)Islam itu mencintai kedamaian, tapi bukan bermaksud pasrah kepada kesesatan. Islam itu penuh dengan kelembutan, tapi bukanlah bisu dengan kemaksiatan. Islam itu penuh dengan kasih sayang, lembut pada tempatnya, tegas pada saatnya.Dalam berdakwah, jangan hanya meletakkan diri kita sebagai pendakwah semata-mata. Cuba letakkan diri kita sebagai seseorang yang menerima dakwah.Adakah kita suka untuk menerima dakwah yang disebarkan dengan cara kita berdakwah sekarang? Jika sebaliknya, ubahlah cara kita menyampaikan dakwah tersebut.“Hendaklah seseorang itu memberi kepada orang lain apa yang dia suka untuk diberikan padanya.” (Hadith riwayat Muslim)Berdakwahlah secara berhemah. Fikirkan mereka yang ingin didakwah. Mereka juga manusia, mereka punya emosi sendiri.Contohi gaya Rasulullah, dibaling batu, dilempar najis, dikutuk keji, tetap jua tersenyum.Bila kita gunakan kekerasan, akan ada penghadang antara dakwah yang disampaikan dengan penerima dakwah.Akhirnya, hanya satu yang akan sampai kepada mad’u – tone suara. Isinya? Bertaburan.Nurul Azzianie 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tulahan.blogspot.com/2019/06/sebarkan-dakwah-dengan-kelembutan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dakwah Di Lorong Ustaz Ebit Lew Sebak Tiada Yang Sudi Dekati Mereka Sebelum Ini

Dakwah Di Lorong Ustaz Ebit Lew Sebak Tiada Yang Sudi Dekati Mereka Sebelum Ini

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 489 hits
Dakwah di lorong Ustaz Ebit Lew sebak tiada yang sudi dekati mereka sebelum ini Siapa yang tidak mengenali penceramah popular Ustaz Ebit Lew yang sentiasa turun padang menyantuni golongan gelandangan dan anak anak jalanan Namun semalam penc...
Dakwah Sepanjang Masa

Dakwah Sepanjang Masa

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 203 hits
Tugas dakwah penting dilakukan sepanjang masa memandangkan manusia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan dan dosa Sesuatu dakwah mungkin perlu dilakukan berulang ulang kali kepada orang yang sama Sifat manusia mudah lupa dan tergoda m...
Saya Peluk Mak Nyah Tak Peluk Wanita Ustaz Ebit Lew Dakwah Di Lorong Gelap

Saya Peluk Mak Nyah Tak Peluk Wanita Ustaz Ebit Lew Dakwah Di Lorong Gelap

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 3147 hits
Sudah pasti ada yang sedia maklum dengan usaha keras Ustaz Ebit Lew dalam dakwah yang cuba membantu golongan mak nyah dan wanita yang berkerja sebagai pelacur kembali kepada fitrah BACA Menerusi video yang penceramah terkenal ini kongsikan ...
Bagaimana Cara Guru Melaksanakan Tugas Dakwah

Bagaimana Cara Guru Melaksanakan Tugas Dakwah

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 285 hits
Proses melakukan kerja dakwah bukan perkara mudah biarpun menjadi tanggungjawab semua orang Terdapat pendekatan dakwah yang berkesan perlu dipelajari dan diamalkan dalam melaksanakan tugasan dakwah Sesungguhnya tugas penting ini tidak terle...
Admin Kemenhub Posting Perbandingan Harga Tiket Pesawat Netizen Kemenhub Sebarkan Hoax

Admin Kemenhub Posting Perbandingan Harga Tiket Pesawat Netizen Kemenhub Sebarkan Hoax

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 208 hits
Kemenhub klaim tiket domestik di Jepang dan Kanada lebih mahal ketimbang di Indonesia eh ternyata nggak bener Jauh lebih murah
Diduga Sebarkan Berita Hoaks Polisi Amankan Anggota Bpn Mustofa Nahrawardaya

Diduga Sebarkan Berita Hoaks Polisi Amankan Anggota Bpn Mustofa Nahrawardaya

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 180 hits
Dalam penangkapan itu Mustafa diduga telah mengunggah di media sosial Twitter pribadinya berbau hoaks dan ujaran kebencian SARA pada 24 Mei
Pesanan Buat Sang Suami

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Continuous Learning

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Embark On The Journey Of Family Togetherness With Sharp This Parents Day

Pengangguran Hilang Kerja Dan Kerja Luar Bidang



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Meneladani 3 Nilai Semangat Ki Hajar Dewantara Sebagai Bapak Pendidikan Indonesia

Beyond The Buzz Exploring The Science Behind Mushroom Gummie

Senandung Buruh Kasar

Dibunuh Kerana Tak Mahu Rujuk Selepas Bercerai Mayat Disumbat Dalam Bagasi

Pertahan Keharmonian Bagi Mengukuhkan Ekonomi Negara Mohamad Sabu

Jangan Nanti Plot Twist Didakwa Ambil Barang Terlarang Sarah Yasmine Tak Takut Buat Ujian Air Kencing