Sebar Video Hasutan Th Buat Laporan Polis Mcmc


Sebar Video Hasutan: TH Buat Laporan Polis, MCMC
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) — Lembaga Tabung Haji (TH) telah membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) susulan penyebaran beberapa video berunsur fitnah dan hasutan di media sosial.
TH dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya memandang serius perkara itu dan sedang memantau rapat terhadap sebarang hantaran di media sosial sama ada video atau pautan yang cuba menghasut masyarakat dengan maklumat tidak benar yang boleh mencemarkan imej TH.
“TH akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam menyalurkan maklumat bagi melengkapkan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana individu dan pemilik akaun media sosial yang membuat hantaran berunsur hasutan mengikut lunas undang-undang.
“TH juga ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai sebarang maklumat yang dikongsikan yang tidak dapat dipastikan kesahihan sumbernya. Ikuti saluran media sosial rasmi TH untuk dapatkan sumber maklumat yang tepat dan sahih,” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Mustakim Mohamad dalam kenyataan sama berkata hantaran video dengan provokasi dan tuduhan melulu kepada organisasi itu, terutama berkaitan inisiatif penjenamaan serta tadbir urus TH yang tidak tepat boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat umum.
Beliau berkata TH ditubuhkan dengan niat utama untuk umat Islam di negara ini menabung dan menyempurnakan simpanan bagi tujuan haji.
BACA JUGA: Tabung Haji Ingatkan Umat Islam Waspada Tawaran Badal Haji Murah, Elak Jadi Mangsa Penipuan “Namun kebelakangan ini, ia lebih dikenali bagi perkhidmatan haji dan pada masa sama, kos mengerjakan haji kian meningkat tetapi kadar simpanan pendeposit tidak berkembang. Kebanyakan pendeposit tidak mempunyai simpanan yang cukup untuk mengerjakan ibadat haji.
“Bagi menangani masalah ini, TH sedang melaksanakan inisiatif penjenamaan untuk memperkasakan TH sebagai institusi simpanan Islam pilihan dengan umat Islam kekal menabung secara sistematik dan konsisten,” katanya.
Mustakim berkata pengurusan TH dan urusan ibadat haji tetap dikendalikan pasukan pengurusan yang 100 peratus bumiputera Muslim, tetapi pelbagai sokongan teknikal diperlukan bagi inisiatif penjenamaan yang kompleks dan ini dibekalkan konsortium yang dibentuk TH.
“TH perlu menjadi sebuah institusi simpanan yang berpaksikan pelanggan dan ini memerlukan evolusi strategi operasi dan jenama yang relevan, efektif dan bersesuaian dengan perubahan demografi yang dinamik.
“Pelaksanaan pelan penjenamaan ini adalah usaha untuk memperkasakan semula peranan TH sebagai institusi simpanan Islam yang dihormati agar umat Islam dapat mengembangkan simpanan mereka dan menunaikan ibadat haji,” katanya.
Sumber: Bernama
The post Sebar Video Hasutan: TH Buat Laporan Polis, MCMC appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/22/sebar-video-hasutan-th-buat-laporan-polis-mcmc/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tabung Haji Buat Laporan Polis Skmm Berhubung Video Hasutan

Tabung Haji Buat Laporan Polis Skmm Berhubung Video Hasutan

papar berkaitan - pada 23/8/2025 - jumlah : 571 hits
SHAH ALAM Lembaga Tabung Haji membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia susulan penyebaran beberapa video berunsur fitnah serta hasutan di laman sosial Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH M...
Bungkusan Mencurigakan Guna Nama Pengerusi Mcmc Buat Laporan Polis

Bungkusan Mencurigakan Guna Nama Pengerusi Mcmc Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 22/8/2025 - jumlah : 339 hits
Bungkusan Mencurigakan Guna Nama Pengerusi MCMC Buat Laporan Polis KUALA LUMPUR 21 Ogos Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia membuat laporan polis berhubung satu penghantaran bungkusan mencurigakan melalui syarikat kurier dengan m...
Tular Video Lelaki Ada Hubungan Dengan Isteri Orang Doktor Buat Laporan Polis

Tular Video Lelaki Ada Hubungan Dengan Isteri Orang Doktor Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 1626 hits
Tular video lelaki ada hubungan dengan isteri orang doktor buat laporan polis Doktor yang bertugas di pusat perubatan di Kota Bharu buat laporan polis selepas video beliau dikatakan curang dengan isteri orang tersebar Foto tular KOTA BHARU ...
Polis Siasat Video Tular Libatkan Facebook Akmal

Polis Siasat Video Tular Libatkan Facebook Akmal

papar berkaitan - pada 16/8/2025 - jumlah : 609 hits
Polis kini menjalankan siasatan berhubung satu video tular melalui platform Facebook atas nama Akmal Saleh yang dikatakan mengeluarkan kenyataan boleh dikategorikan sebagai hate content Ketua Polis Pulau Pinang Azizee Ismail berkata dalam p...
Polis Mcmc Buru Pakar Bedah Dakwa Terlibat Bedah Siasat Zara Qairina

Polis Mcmc Buru Pakar Bedah Dakwa Terlibat Bedah Siasat Zara Qairina

papar berkaitan - pada 17/8/2025 - jumlah : 644 hits
Umavathi RamayahKUALA LUMPUR Polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sedang mengesan seorang individu yang mendakwa dirinya pakar bedah kononnya terlibat dalam proses bedah siasat ke atas jenazah pelajar Tingkatan Satu Alla...
Gempa Bumi Lemah Gegar Segamat Tiga Laporan Polis Diterima

Gempa Bumi Lemah Gegar Segamat Tiga Laporan Polis Diterima

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 1872 hits
SEGAMAT Tiga laporan polis diterima susulan gegaran gempa bumi lemah yang melanda daerah ini awal pagi tadi Ketua Polis Daerah Segamat Superintenden Ahmad Zamry Marinsah berkata laporan berkenaan membabitkan kerosakan siling surau retakan s...
Polis Siasat Video Tular Murid Kejar Kereta Ibu Di Seri Kembangan

Polis Siasat Video Tular Murid Kejar Kereta Ibu Di Seri Kembangan

papar berkaitan - pada 23/8/2025 - jumlah : 1777 hits
Polis Siasat Video Tular Murid Kejar Kereta Ibu Di Seri Kembangan KUALA LUMPUR 22 Ogos Polis telah membuka kertas siasatan berhubung satu video tular memaparkan seorang murid berlari mengejar kereta dipandu ibunya setelah tertinggal di hada...
Kes Zara Qairina Polis Mcmc Tunggu Maklumat Tiktok Fahmi

Kes Zara Qairina Polis Mcmc Tunggu Maklumat Tiktok Fahmi

papar berkaitan - pada 17/8/2025 - jumlah : 542 hits
Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai Datuk Fahmi Fadzil ketika ditemui media pada majlis Pelancaran Program Kesenian dan Kebudayaan Lembah Pantai di PPR Kerinchi hari ini Foto Bernama KUALA LUMPUR Pihak berkuasa dan Suru...
Hiburan Tekanan Emosi Akibat Buli Siber Gangguan Seksual Sophia Albarakbah Buat Laporan Polis

Hiburan Tekanan Emosi Akibat Buli Siber Gangguan Seksual Sophia Albarakbah Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 281 hits
Pelakon Sophia Albarakbah tampil membuat laporan polis selepas menjadi mangsa buli siber dan gangguan seksual sejak memenangi kategori Anugerah Selebriti Feminin Terhangat di Anugerah Terhangat Melodi baru baru ini Laporan itu dibuat ke ata...
Senarai Pemenang Aim24

Cara Buat Tepung Goreng Pisang Yang Rangup

Bahan Untuk Penanaman Pokok

Hujan Rahmat Mengiring Majlis Perkahwinan 13 09 2025

Lemang Rendang Ayam Pencen

10 Website Paling Kerap Dilayari Rakyat Malaysia Pada Bulan Ogos

Laluan Ke Pantai Timur Meriah Pengguna Kongsi Situasi Pulang Ke Kampung Halaman

Buah Belimbing Buluh Rancak Berbuah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sambal Ikan Bilis Dan Bab Bila Bersedih

Korban Ke 2 Pzem 004t

Tak Ada Sarji Sarji Ya Amp Tak Akan Terjadi Berang Sering Dijodohkan Dengan Aisar Khaled Pelakon Indonesia Hilang Sabar

Nadzmi Adhwa Sebak Rindu Ardell Tidur Susah Solat Susah Saya Yang Penat Tengok Dia

Polis Minta Orang Ramai Henti Spekulasi Sebar Video Insiden Jpj Dan Warga Asing

Umarah Dan Petunjuk