Sebar Berita Palsu Kematian Anggota Polis Perak Ambil Tindakan Pemilik Akaun Fb


Oleh Wartawan UtusanTV Tular sejak tengah malam tadi, kononnya terdapat anggota polis dari IPD Gerik dimasukkan ke Unit Kecemasan Hospital Gerik akibat komplikasi suntikan dos kedua vaksin Covid-19. POLIS Perak akan mengambil tindakan terhadap pemilik akaun media sosial selepas secara tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu mengenai kematian seorang anggota kontinjen itu akibat pengambilan dos kedua vaksin Covid-19.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kematian anggota polis dari Gerik, Korperal Rakmin Yusoff sebagaimana dakwa pemilik akaun Facebook (FB) bernama JUNAIDAH JUNE itu adalah tidak benar.
Menurutnya, tindakan pemilik akaun FB itu  juga mendatangkan kegusaran kepada masyarakat untuk menerima suntikan tersebut.
“Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah percaya dengan kenyataan yang dikeluarkan tanpa merujuk kepada pihak bertanggungjawab terhadap kesahihan maklumat yang ditularkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu,  Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik hari ini menafikan mesej tular di media sosial kononnya terdapat anggotanya yang dimasukkan ke hospital akibat komplikasi suntikan dos kedua vaksin Covid-19.
Dalam satu kenyataan di Facebook, Polis Gerik bagaimanapun memaklumkan anggota tersebut dimasukkan ke hospital akibat serangan jantung.
“Berita kematian anggota polis IPD Gerik akibat komplikasi suntikan dos kedua adalah tidak benar.
“Untuk makluman, seorang anggota dimasukan ke Hospital Gerik semalam (Sabtu) akibat serangan jantung dan telah dipindahkan ke CCU (Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Taiping, anggota tersebut berada dalam keadaan stabil,” memetik kenyataan tersebut.
Tular sejak tengah malam tadi, kononnya terdapat anggota polis dari IPD Gerik dimasukkan ke Unit Kecemasan Hospital Gerik akibat komplikasi suntikan dos kedua vaksin Covid-19.
Sebarang penciptaan atau penyebaran berita dan kandungan palsu adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr. Ding Lay Ming berkata, pegawai polis tersebut mempunyai sejarah penyakit darah tinggi dan kencing manis.
Katanya, semasa penerimaan vaksin Corminaty dos pertama pada 13 Mac, pesakit tidak mengadu sebarang gejala, begitu juga selepas menerima vaksin dos kedua pada pagi 3 April jam 9 pagi, tiada bergejala selepas 30 minit pemerhatian.
“Pegawai polis tersebut mengadu sakit pada waktu tengahari dan telah diberi rawatan awal di Hospital Gerik, seterusnya dipindahkan ke Unit Rawatan Jantung Hospital Taiping. Pesakit mengalami Myocardial Infarct (sakit jantung).
“Keadaan pesakit sekarang adalah stabil. Orang ramai juga digesa supaya tidak menularkan sebarang berita yang belum sahih kerana dibimbangi menimbulkan kegusaran orang ramai,” ujarnya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/sebar-berita-palsu-kematian-anggota.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nafi Anggota Meninggal Kerana Komplikasi Vaksin Covid 19 Polis Ambil Tindakan Pemilik Akaun Fb Sebar Berita Palsu

Nafi Anggota Meninggal Kerana Komplikasi Vaksin Covid 19 Polis Ambil Tindakan Pemilik Akaun Fb Sebar Berita Palsu

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 249 hits
116 total views 116 views today KEMIPOH 4 April Polis menafikan maklumat tular yang mendakwa seorang anggota daripada Balai Polis Gerik meninggal dunia selepas dimasukkan ke unit kecemasan hospital daerah itu akibat pengambilan dos kedua va...
Polis Kenal Pasti Wanita Dakwa Anggota Ipd Gerik Maut Akibat Vaksin Covid 19

Polis Kenal Pasti Wanita Dakwa Anggota Ipd Gerik Maut Akibat Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 237 hits
Abd Razak Mohd AliApril 8 2021 Pada 3 April lalu tular mesej di Facebook mendakwa kononnya terdapat anggota polis dari IPD Gerik meninggal dunia selepas dimasukkan ke Unit Kecemasan Hospital Gerik akibat komplikasi suntikan dos kedua vaksin...
Dakwaan Gangguan Seksual Anggota Polis Nafi Keluar Ayat You Perah Sendiri Ke Susu Tu

Dakwaan Gangguan Seksual Anggota Polis Nafi Keluar Ayat You Perah Sendiri Ke Susu Tu

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 663 hits
Dakwaan gangguan seksual Anggota polis nafi keluar ayat You perah sendiri ke susu tu kes akan disiasat tanpa kompromiAhad 28 Mac 2021 3 45 PMOleh SHUHANIZA SAIDPolis telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat dakwaan seorang wanita yang m...
This Woman Has Assaulted Me Pelajar Asing Naik Lemak Buat Dakwaan Palsu Kononnya Diserang Polis Bantuan Uia

This Woman Has Assaulted Me Pelajar Asing Naik Lemak Buat Dakwaan Palsu Kononnya Diserang Polis Bantuan Uia

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 483 hits
This woman has assaulted me Pelajar asing naik lemak buat dakwaan palsu kononnya diserang Polis Bantuan UIA Excuse me if you touch me I ll take you to court this woman has assaulted me demikian kata pelajar asing di UIA yang mendakwa dia te...
Anggota Polis Cedera Di Leher Kena Tali Tangsi Bukan Angkara Sabotaj

Anggota Polis Cedera Di Leher Kena Tali Tangsi Bukan Angkara Sabotaj

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 220 hits
164 total views 164 views today Polis menafikan kejadian seorang anggotanya cedera di leher selepas terkena tali tangsi di susur masuk ke Lebuhraya Utara Selatan di Sungai Dua di Butterworth Ahad lepas angkara sabotaj atau berunsur khianat ...
Sprm Kesan Bekas Anggota Polis Trafik

Sprm Kesan Bekas Anggota Polis Trafik

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 237 hits
Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM LADY JOHARI IDRISPUTRAJAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Kuala Lumpur kini sedang mengesan seorang bekas anggota polis trafik berpangkat koperal bagi membantu perbicaraan di mahkamah rayuan melibatkan kes...
Polis Siasat Sekumpulan Anggota Merokok Di Kedai Makan

Polis Siasat Sekumpulan Anggota Merokok Di Kedai Makan

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 258 hits
55 total views 55 views today IPOH 7 April Polis Perak menjalankan siasatan tatatertib berhubung isu beberapa anggotanya berpakaian uniform yang merokok selepas selesai menjalankan tugas di sebuah gerai makan di Pasir Puteh di sini seperti ...
Polis Ambil Tindakan Balik Kampung Sambut Ramadan

Polis Ambil Tindakan Balik Kampung Sambut Ramadan

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 606 hits
Polis Diraja Malaysia meningkatkan penguatkuasaan sekatan jalan raya terutama jalan tikus di sempadan negeri negeri bagi memastikan orang ramai tidak mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman bagi menyambut Ramadan Pengarah Jabatan Pen...
Polis Siasat Kes Selebriti Media Sosial Rentas Negeri Untuk Berbulan Madu

Polis Siasat Kes Selebriti Media Sosial Rentas Negeri Untuk Berbulan Madu

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 284 hits
KUALA LUMPUR Polis membuka kertas siasatan berhubung kes seorang selebriti media sosial dan suaminya yang dipercayai memberi maklumat palsu bagi mendapatkan kebenaran rentas negeri untuk berbulan madu Pasangan ini sebelum itu sudah dipanggi...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Tekanan Darah Turun Naik Bekas Pm Ismail Sabri Masih Lagi Perlukan Pemantauan Rapi Di Hospital

Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse