Sebagai Orang Yang Rapat Dengan Perdana Menteri Memang Patut Farhash Jadi Kaya


 
Heboh diperkatakan ramai sejak tiga empat hari kebelakangan ini tentang kejayaan Farhash Wafa Salvador muncul sebagai pemegang saham utama sebuah syarikat senaraian awam, HeiTech Padu Bhd.

Farhash adalah Setiausaha Politik Anwar Ibrahim ketika Presiden PKR itu belum bergelar Perdana Menteri.

Meskipun Farhash tidak memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan setelah Anwar bergelar Perdana Menteri, tetapi beliau diketahui sebagai orang yang dekat dan rapat dengan Pengerusi PH itu.

Farhash berjaya muncul sebagai pemegang saham utama syarikat penyedia perkhidnatan teknologi selepas memperoleh kepentingan tidak langsung sebanyak 15.9% (16.1 juta saham) menerusi Rosetta Partners Sdn Bhd yang dimilikinya bersama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Sebelum ini, sebaik Anwar bergelar Perdana Menteri, Farhash juga dilantik sebagai pengerusi dan pengarah beberapa syarikat senaraian awam, antaranya 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd dan Apex Equity Holdings Bhd.

Dalam kenyataannya semalam, Farhash mempertahankan pemilikannya dalam syarikat tersebut kerana beliau kini tidak lagi terlibat dalam politik, mahu pun pentadbiran kerajaan.

“Fokus penuh saya ketika ini adalah pada bidang perniagaan dan korporat,” katanya.

Yang menjadi perbualan tentang kemunculan Farhash menguasai HeiTech Padu itu ialah kaitannya dengan kedudukan Anwar kini selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Tidak dipastikan sama ada kejayaan Farhash ini menerusi bantuan Anwar atau atas usahanya sendiri, tetapi berjayanya seseorang menguasai sesebuah syarikat dalam pasaran ekonomi bebas bukanlah sesuatu yang janggal, malah tidak pula merupakan kesalahan.

Siapa saja yang ada upaya dan kelebihan tertentu, berhak untuk berjaya dan menjadi kaya.

Dalam konteks Farhash, kemunculannya menguasai HeiTech Padu Bhd dan menerajui banyak syarikat awam, lebih-lebih lagi kerana beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan Anwar, ia bukan sesuatu luar biasa.

Dalam kedudukan sebegitu, beliau dan sesiapa pun memang patut jadi kaya.

Sebaliknya adalah pelik, bahkan luar biasa barangkali kiranya Farhash, setelah Anwar bergelar Perdana Menteri, tetapi hidupnya tidak berubah, lebih susah dan makin miskin daripada kehidupan sebelumnya.

Berdekat dan dipercayai oleh orang yang berada di puncak kuasa, adalah merupakan laluan fanpa tol untuk menjadi kaya.

Apa lagi, Anwar ketika memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika era BN dahulu, memang terbukti bersikap pemurah dalam menukar kehidupan penyokong atau mereka yang dekat dengannya menjadi kaya raya.

Ahmad Zahid Hamidi (kini Presiden UMNO), Kamaruddin Jaafar (bekas Ahli Parlimen PKR Bandar Tun Razak dan Kamaruddin Md Nor (sekarang ahli Bersatu dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan) adalah antara mereka yang berjaya menjadi kaya atas pertolongan Anwar ketika itu dan memiliki saham di syarikat-syarikat senaraian awam.

Selebihnya, ramai juga penyokong Anwar yang lain dijadikan kaya dengan diberikan lesen bank, menguasai syarikat media serta diberi kontrak kerajaan yang lumayan.

Pendeknya, pada waktu itu ramai sekali orang Melayu yang menjadi kaya dan ramai juga yang sedia mengaku sebagai penyokong Anwar.

Sebagai orang Melayu, walaupun kita tidak kaya, kita tetap bangga melihat bangsa kita sendiri jadi kaya.

Setidak-tidaknya, apabila kaya, mereka ini akan banyak bersedekah, menderma dan suka berbelanja bagi menyuburkan lagi kitaran ekonomi, selain menunaikan kewajipan berzakat.

Sebab itu, kita patut bangga dengan kejayaan Farhash memiliki saham di beberapa syarikat awam ini, seterusnya bergelar lebih kaya daripada sebelum ini.

Dalam waktu yang sama, sementara kita tidak pasti kejayaan Farhash ini kerana ditolong-bantu oleh Anwar atau atas kemampuannya sendiri, tetapi dengan kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, tentulah sukar untuk menepis kejayaan itu mampu dicapai tanpa bantuan kuasa.

Macam mana kita cuba berhujah pun, lebih ramai yang mahu percaya kejayaan itu ada kaitan dengan kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Cuma, Anwar dalam hal ini tidak perlu gundah dan rasa bersalah dengan tanggapan ramai itu kerana menjadikan orang yang dekat dengannya sebagai kaya bukanlah suatu dosa.

Sesiapa pun, bila seseorang itu ada duit lebih dan ingin membelanja makan yang sedap-sedap, yang diajak pastilah rakan-rakan yang dekat dengannya.

Tidak pernah berlaku ada yang teringin makan steak wagyu misalnya, tetapi memanggil orang yang tidak dikenali di tepi-tepi jalan untuk menemaninya makan.

Begitu juga, apabila ada kuasa dan kebolehan untuk membantu, kecenderungan menolong orang yang dekat dan dipercayai adalah lumrah sejak zaman Nabi Adam lagi.

Dalam kapasitinya sekarang, Anwar bukan saja patut menjadikan Farhash kaya, bahkan wajar menjadikan lebih ramai orang Melayu, terutama penyokong-penyokong setianya yang berkemampuan serta berkebolehan, untuk turut sama bergelar orang kaya.

Lebih ramai Melayu yang mampu dijadikan kaya adalah lebih baik untuk legasi Anwar diingati serta dikenang zaman berzaman.

Yang tidak baik ialah bila Anwar tidak mampu melahirkan ramai Melayu kaya di sepanjang tempohnya berkuasa ini atau jika setelah tidak lagi bergelar Perdana Menteri nanti – yang disebut hanya Farhash seorang saja satu-satunya Melayu yang berjaya direfomasikannya menjadi kaya. – ShahbudinHusin 20/03/2024.

 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/03/sebagai-orang-yang-rapat-dengan-perdana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ringgit Perdana Menteri Dibidas Di Dewan Negara

Ringgit Perdana Menteri Dibidas Di Dewan Negara

papar berkaitan - pada 21/3/2024 - jumlah : 152 hits
harakahdaily comMarch 20 2024Ir Md Nasir HashimKUALA LUMPUR Kerajaan kelihatan tidak mengambil sebarang tindakan untuk menstabilkan nilai ringgit yang jatuh merudum berbanding Dolar Amerika Syarikat demikian kata Senator Ir Md Nasir Hashim ...
Dr Maza Kita Patut Puji Dan Berterima Kasih Kepada Perdana Menteri

Dr Maza Kita Patut Puji Dan Berterima Kasih Kepada Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 16/3/2024 - jumlah : 191 hits
SITI NUR ZAWANIMufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin memuji tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempertahankan pendirian dan pembelaannya terhadap Palestin di hadapan negara Barat Menulis di Facebook miliknya Mohd As...
Sultan Pahang Perdana Menteri Bertembung Di Bazar Ramadan

Sultan Pahang Perdana Menteri Bertembung Di Bazar Ramadan

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 304 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bertembung di Bazar Ramadan Mahkota Square di sini Al Sultan Abdullah yang diiringi Tengku Ampuan Pahang Tunk...
Bayaran Pencen Penjawat Awam Meningkat Lebih Rm1 Bilion Setiap Tahun Kata Menteri

Bayaran Pencen Penjawat Awam Meningkat Lebih Rm1 Bilion Setiap Tahun Kata Menteri

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 280 hits
Dr Zaliha Mustafa berkata kerajaan dapat berjimat RM22 826 65 sebulan apabila Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji pokok sejak dilantik pada Nov 2022 PETALING JAYA Tanggungan kerajaan bagi pembayaran pencen untuk pesara perkhi...
Video Pak Bas Blak Blakan Isi Rumah Menteri Di Ikn Luhut Protes Lho Kok Kecil

Video Pak Bas Blak Blakan Isi Rumah Menteri Di Ikn Luhut Protes Lho Kok Kecil

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 125 hits
Menteri PUPR Basuki Hadimuljono mengatakan rumah para menteri di IKN lebih kecil ketimbang rumah menteri di Widya Chandra Jakarta
Video Pak Bas Blak Blakan Protes Investor Ikn Ke Jokowi Singgung Menteri Bahlil

Video Pak Bas Blak Blakan Protes Investor Ikn Ke Jokowi Singgung Menteri Bahlil

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 144 hits
Menteri Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat Basuki Hadimuljono mengungkapkan ada protes dari investor ibu kota nusantara kepada Presiden Jokowi
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi