Sebab Apa Buat


SEBAB APA BUAT | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. TELAH SELESAI SYAWAL 1446H. ALHAMDULILLAH. Semoga Allah swt rezekikan lagi untuk kita menemui Ramadan seterusnya Syawal ditahun 1447H nanti. Aamiin. Bak kata babah.. "tak lama lagi kita dah nak puasa lagi. Rasa macam lama.. macam lambat.. alih-alih ehhh diumumkan Ramadan.. diumumkan Syawal".  Memang betullah. Sudah 3 tahun puasa dan raya tanpa mama. Aidiladha pun kurang 3 minggu nak sampai ni. 
Sebulan lebih berlaku Syawal. Tapi masih ada yang buat majlis sambutan hari raya la. Bermaafan dan meriahnya lain macam. Agaknya makan saki baki kuih muih raya ni lagi ada uummphh la. Bila tinggal sikit dan serdak-serdak itulah yang lagi sedap sangat biskut raya. Kerepek ke.. keropok ke.. pun sedap pula rasanya. PC selalu percaya, sesuatu yang berlaku ada hikmah.
Sudah beberapa kali tanam biji benih labu.. suku jalan dah lesap kena cabut dengan sesuatu.. bersabarlah.. cabaran realisasikan minat..

Hikmah yang dicari ketika memutuskan untuk lakukan sesuatu perkara. Wajarnya begitu. Kalau boleh cuma kebaikan yang sangat-sangat diingini namun tidak semua berlaku sebagaimana kita harapkan. Betul tak?. Tiga kata kunci sebagai contoh. Tanggungjawab. Ikhsan. Minat.
TANGGUNGJAWAB. Luas pengertiannya. Luas dan banyak skopnya juga. Tanggungjawab kepada siapa?. Pencipta (Allah swt), agama, diri sendiri.  Ibu bapa. Keluarga. Masyarakat. Negara. Banyakkan pecahannya. Jangan ambil mudah. Sebab hidup di dunia ni bukan begitu ceritanya. Memang akan selalu ada ujian dan perlu dilunasi. Dulukan mana yang sangat perlu. Kadang pada luaran macam ini lebih patut didahulukan.. rupa-rupanya sebaliknya. 
IKHSAN. Lebih mudahnya rasa empati. Tidak pada sesama manusia tapi pada semua makhluk. Ya. Semua makhluk. Bukan ke kita ni kena jaga hubungan dengan Allah swt dan jaga hubungan dengan sesama makhluk. Jaga dua-dua. Awak rajin beribadah.. tapi awak sakiti makhluk. Pun sia-sia. Awak sayang sesama makhluk tapi awak langgar apa yang disuruh dan ditegah Allah swt. Pun tak jadi juga.
MINAT. Tidak sama. Minat kita ni berbeza-beza. PC pun ada minat sendiri. Minat kita ni kalau pun mungkin macam sama tapi cara olahnya berbeza. Jangan kata tiru atau bagaimana takut timbul fitnah. Semua ada jalan takdir luar pengetahuan manusia. 
Seban apa buat. Atas dasar tanggungjawab. Sebab rasa ikhsan atau kerana minat. Tiga-tiganya ada pengertian yang berbeza. Ada nikmat yang tidak sama. Cuma diri sendiri yang tahu.
NOTA PC : Hello June.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.perducinta.com/2025/05/sebab-apa-buat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menjamu Selara Makan Petang Di Sufian Cafe One Borneo Kota Kinabalu Sabah

As Tingkatkan Tekanan Ke Atas Venezuela Operasi Ketiga Menjadi Perhatian Dunia

Aktiviti The 3rd Malaysia International Muslim Food Culture Tourism Festival Ppim 25 12 2025

Carta Kedudukan Akhir Kumpulan B Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

Krismas Hidup Dalam Jiwa Saya Tiada Siapa Mampu Merampasnya Deanna Yusof Jelaskan Sebab Masih Raikan Hari Natal

Najib Kena 15 Tahun Penjara Dan Denda Rm11 38 Bilion Bagi Tuduhan Salah Guna Kuasa

Quick Diet Dinner Recipes Veg

Najib Punyai Kepentingan Langsung Terhadap 1mdb Sejak Tia Hakim


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Drama Pak Su Ammara

Yang Tak Pernah Aku Ceritakan Tapi Menguatkanku

Lelaki Palestin Cedera Dilanggar Ketika Solat Tentera Simpanan Israel Disiasat

Hiburan Video Peribadi Tular Pekin Ibrahim Nafi Sambut Hari Natal Kami Hanya Sambut Hari Lahir Bukan Bertukar Hadiah

Dari Tampin Ke Simpang Ampat Alor Gajah Beli Nenas

Rawatan Pergigian Di Klinik Pergigian Familia Megaway