Seawal Anak Mula Tumbuh Gigi Bagi Makanan Sedikit Keras Untuk Kuatkan Otot Mulut


Bila anak mencecah usia 1 tahun ke atas, soalan biasa daripada ibu bapa bila anak saya boleh mula makan seperti anak-anak yang dah besar tanpa bergantung pada puri atau bubur nasi sahaja.
Buat pengetahuan ibu bapa, ada peringkat yang dah boleh diperkenalkan makanan pada bayi supaya anak akan dapat zat yang cukup, tak memilih makan dan tiada masalah perkembangan lain.
Menurut Terapis Cara Kerja, Liyana Raya jika ibu bapa nampak anak dah bersedia jangan rasa ragu-ragu. Mula perkenalkan sedikit demi sedikit dan tengok keupayaan anak.
Berikut perkongsiannya
Anak umur 1 tahun 4 bulan dah boleh makan ayam “Upin Ipin” dengan sendiri pun. Dah siat-siat isi ayam pakai mulut.
Gigi dah banyak. 6 ke 8 batang gigi tu banyak ler tu…..
Sebab dah boleh berdiri, Jadi otot dan sendi mulut dah kukuh. Dah boleh berdikari sendiri untuk siat-siat isi ayam tu walaupun dengan gigi yang ada.
Biasanya bayi yang baru lahir hingga ke usia 3 bulan,mereka bergantung penuh kepada kekuatan otot dan sendi kepala untuk menyusu. Dan biasanya mereka menggunakan lelangit atas bahagian dalam mulut ketika menyusu. Dan proses ini dijalankan sepenuhnya secara reflex (tindakan luar kawal) melalui Rooting Reflex dan Sucking Reflex.

Di usia 3-5 bulan, bayi sudah boleh mengangkat kepalanya sendiri. Namun masih belum kuat sepenuhnya dan perlu dibantu. Ini yang biasanya Coordinated Suck/Swallow/Breath Reflex akan ambil alih according to adjustment of the head.
Waktu ni nak adjust susu yang masuk(especially kalau kita baringkan bayi ketika menyusu), nak adjust breathing and swallowing semua macam mana. Itu yang kebanyakan bayi tersedak susu adalah di usia begini. Dan keupayaan reflex ketika ini adalah sangat berbeza  mengikut bayi. Itu yang pada waktu ni kalau boleh jangan bagi bayi menyusu secara baring menelentang. Angkat sedikit kepalanya sudah memadai.
Usia 6 bulan: Bayi dah diperkenalkan dengan pureed foods. Ada beberapa bayi mula tumbuh gigi di usia ini. Waktu ni, struktur rahang dan lidah sudah mula stabil untuk menyokong aktiviti mengunyah. Jadi untuk usia ini, sesuai diberikan pureed foods yang pekat/tak terlalu pekat, makanan yang cair di mulut (meltable foods) dan makanan yang lembut (soft foods) seperti pisang dan avocado.
Usia 7-9 bulan: Masa ni bayi dah boleh duduk tanpa sokongan dan mula merangkak. Perkembangan ini menyokong pergerakan rahang dengan lebih stabil, menyokong pernafasan, dan kemahiran motor halus yang berkait rapat dengan self-feeding (makan sendiri).
Masa ni kan ibu bapa dah boleh sangat tau bagi makanan/purees yang ada lumpy lumpy sikit. Bukan soft purees lagi dah. Dah boleh buat mashed potato tu ada lump potatoesnya untuk bagi bayi menggigit.
Buah (anggur dipotong kecil2 sahaja) dah boleh bagi makan.
Buah (limau) dah boleh bagi makan tapi bagi la in small portion.
Buah (pear) pun boleh. Beli pear yang jenis lembut tu la untuk bagi bayi makan.
Sebab usia 7-9 bulan ni,pergerakan mulut dah banyak contoh lip closure (penutupan bibir bak kata org melayu), pergerakan makanan dalam bentuk bolus dibawa ke kiri,kanan,atas,bawah,dan proses chewing (kunyahan) menjadi lebih tegap. Masa ni la anak-anak mula berdikari makan sendiri. Saya pun biasanya masa ni dah lenyek sikit nasi kita makan tu dalam dua tiga butir, suap bagi anak makan.
10 bulan: Bayi dah ada kebolehan pun untuk mengasingkan pergerakan mulut daripada pergerakan kepala sepenuhnya. So waktu ni makanan yang jatuh dari mulut tu ada tapi dia cuba control. Bagi ruang dan peluang je.

12-15 bulan: Nah, cubalah bagi makan nasi lembut. Cuba sekalikan dengan protein seperti ayam, daging, ikan dan sayur-sayuran gaul dalam nasi tu. Cuba bagi anak kunyah. Bagi juga “ayam Upin Ipin” tu haaaa… makan sendiri.
16-36 bulan: Dah boleh beransur ansur dah makan macam kita makan. Bukan asyik nak menyusu botol.
Masalahnya ramai ibu bapa yang saya jumpa sekarang ni takut sangat nak bagi anak makan makanan pejal. Kalau boleh, purees food tu nak maintain sampai usia 2 tahun.

Sebab itu ramai yang saya jumpa anak yang lambat cakap, picky eater dan ada masalah tak boleh control air liur lagi.
Ni saya dah bagi ilmu ni. Amalkan dan praktikkan. Seawal usia anak dah tumbuh gigi tu, boleh dah bagi dua tiga butir nasi kita, lenyek sikit kat jari bagi anak makan.
Makan tu kan nikmat????? Dah kalau ada budak tak nak makan, tak nikmatlah hidupnya…. kesian kat anak.
Sumber: Liyana Raya Training & Consultancy
The post Seawal Anak Mula Tumbuh Gigi, Bagi Makanan Sedikit Keras Untuk Kuatkan Otot Mulut appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/seawal-anak-mula-tumbuh-gigi-bagi-makanan-sedikit-keras-untuk-kuatkan-otot-mulut/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Fobia Lepas Kena Tampal Gigi Dekat Sekolah Doktor Gigi Kongsi Tip Untuk Pujuk Anak Ke Klinik

Anak Fobia Lepas Kena Tampal Gigi Dekat Sekolah Doktor Gigi Kongsi Tip Untuk Pujuk Anak Ke Klinik

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 1229 hits
Bila sebut tentang gigi klinik pergigian doktor gigi bukan sahaja kanak kanak yang terasa takut malah orang dewasa turut terasa ngilu dan sakit Walaubagaimanapun Rawatan pergigian sangat diperlukan untuk memastikan gigi sentiasa bersih gusi...
Pengusaha Sebut Industri Makanan Dan Minuman Tumbuh Sesuai Proyeksi

Pengusaha Sebut Industri Makanan Dan Minuman Tumbuh Sesuai Proyeksi

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 369 hits
Ketua Umum Gabungan Pengusaha Makanan dan Minuman Indonesia Adhi S Lukman memprediksi industri makanan dan minuman sepanjang 2018 tumbuh sesuai proyeksi yakni 8 hingga 9 persen
Apa Salah Anak Saya Adik Masih Lagi Belum Sedar Gigi Patah Dan Terdapat Lebam Pada Bibir

Apa Salah Anak Saya Adik Masih Lagi Belum Sedar Gigi Patah Dan Terdapat Lebam Pada Bibir

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 443 hits
Apa Salah Anak Saya Anak Masih Lagi Belum Sedar Gigi Patah dan Terdapat Lebam Pada Bibir Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata penahanan suspek berusia 39 tahun itu susulan laporan polis dibuat ibu bapa...
Depan Orang Ramai Terus Marah Menguatkan Sikap Keras Kepala Dan Memberontak Anak

Depan Orang Ramai Terus Marah Menguatkan Sikap Keras Kepala Dan Memberontak Anak

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 499 hits
Kadangkala tanpa sedar kita boleh marah anak depan orang ramai terutama bila mereka buat perangai yang sangat memalukan Tindakan spontan tersebut bertujuan untuk mendidik mereka supaya jangan mengulangi lagi kesalahan tersebut Selalunya lep...
Anak Anak Suka Makanan Manis Tapi Risau Nak Beli Dekat Kedai Jom Buat 6 Resipi Mudah Ni

Anak Anak Suka Makanan Manis Tapi Risau Nak Beli Dekat Kedai Jom Buat 6 Resipi Mudah Ni

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 966 hits
Anak anak suka dengan makanan manis yang menyelerakan Hidangan seperti kek cawan pudding roti dan jeli aiskrim tentu jadi pilihan untuk hidangan pemanis mulut si manja Variasi pilihan resipi khusus untuk si kecil anda jadikan hidangan peman...
Masalah Gigi Dan Mulut Yang Mungkin Muncul Akibat Stres

Masalah Gigi Dan Mulut Yang Mungkin Muncul Akibat Stres

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 635 hits
Sebelumnya telah umum diketahui bahwa stres dan tekanan mental dapat berpengaruh pasa kesehatan kulit dan pencernaan Tanpa kamu sadari stres yang kamu miliki ternyata juga dapat merusak dan mengganggu kesehatan gigi dan mulutmu
Buruknya Van Dia Terpantul Dari Mulut Anak Cara Ibunya Sekolah Kan Anak Tentang Kehidupan Sangat Menarik

Buruknya Van Dia Terpantul Dari Mulut Anak Cara Ibunya Sekolah Kan Anak Tentang Kehidupan Sangat Menarik

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 594 hits
Anak anak kecil ibarat kain putih ibu bapa la yang perlu mencorakkanya Tanpa didikan dan teguran yang betul maka rosak lah tingkah laku anak anak Kanak kanak sangat mudah terpengaruh dengan cara orang dewasa Apa yang menariknya Puan Insyira...
Anak Belasah Ibu Kerana Lambat Sediakan Makanan Dan Enggan Beri Wang

Anak Belasah Ibu Kerana Lambat Sediakan Makanan Dan Enggan Beri Wang

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 350 hits
KEPALA BATAS Gara gara lambat menyediakan makanan dan enggan memberikan wang seorang anak tergamak membelasah ibunya di rumah mereka di Kampung Pengkalan Bogor Kepala Batas Pulau Pinang semalam Dalam kejadian kira kira pukul 11 pagi suspek ...
Lunavie Home Travel Bottle Warmer Mudahnya Panaskan Makanan Dan Susu Anak

Lunavie Home Travel Bottle Warmer Mudahnya Panaskan Makanan Dan Susu Anak

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 858 hits
hai assalammualaikumLunavie Home Travel Bottle Warmer Mudahkan Kerja Panaskan Makanan Dan Susu Anak Lunavie Home Travel Bottle Warmer Mudahkan Kerja Panaskan Makanan Dan Susu Anak Nad selalu kalau nak panaskan makanan anak atau panaskan sus...
Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Indonesia Hantar Pulang 30 Tan Bantuan Beras Daripada Uae

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Lirik Lagu Mikraj Agung Munif Hijjaz X Ustaz Faizan

Menyingkap Rahsia Molekul Revolusi Ai Dalam Meramalkan Dan Merekabentuk Kehidupan

Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog