Sean Lee Paranoid Keluar Rumah






Niat pelakon dan pengacara, Sean Lee, 26, meraikan Syawal bersama teman beragama Islam terpaksa dilupakan, tahun ini.

Jika tidak, pengacara program I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVM) itu pasti tidak ketinggalan melakukan aktiviti ziarah menziarahi dan memenuhi majlis rumah terbuka.

"Nampaknya, saya tidak dapat mengunjungi teman yang meraikan Syawal, tahun ini memandangkan seluruh dunia diancam wabak COVID-19. Selalunya, saya pasti mengunjungi mereka dan menikmati juadah hari raya.

"Demi keselamatan, saya hanya duduk di rumah sahaja. Saya faham, ramai yang tidak dapat mengadakan rumah terbuka atau mengundang tetamu ke rumah," katanya kepada BH Online.

Hampir dua bulan berkurung akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), diikuti Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Sean berkata, dia tidak rasa bosan memandangkan tinggal bersama keluarga.

"Keadaan saya tidaklah seteruk mana. Mungkin kerana keluarga ada bersama sepanjang masa, jadi tak rasa bosan. Saya tak boleh bayangkan sekiranya tinggal bersendirian dalam keadaan perintah berkurung ini.

"Jujurnya, saya semakin dapat menyesuaikan diri. Saya masih takut mahu keluar rumah biarpun angka positif COVID-19 berkurangan dan kebanyakan tempat juga sudah berada dalam zon hijau.

"Kebanyakan masa terluang diisi dengan menghasilkan kandungan untuk saluran YouTube dan laman sosial. Bagaimanapun, tidaklah banyak sangat kandungan yang sempat saya dihasilkan sepanjang tempoh PKP kerana ada masanya saya tiada mood," katanya.

Jejaka yang mula dikenali sebagai bintang YouTube sebelum dilamar membintangi drama Keluarga Ponti Mau itu berkata, penularan wabak yang diisytiharkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) itu menyebabkan dirinya menjadi paranoid.

Sean atau nama sebenarnya, Sean Lee Jia Ern berkata, dia sedang menyesuaikan diri dengan normal baharu yang menjadi cara kehidupan masyarakat seluruh dunia.

"Wabak COVID-19 menjadikan masyarakat seluruh dunia lebih berhati-hati dengan keadaan sekeliling. Kehidupan kita bukan bertukar, sebaliknya virus ini menjadikan kita lebih berwaspada.

"Contohnya, sebelum ini, kita sentiasa berhati-hati dengan peragut, tetapi kini kesedaran semakin tinggi apabila perlu mengawasi virus yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar," kata Sean yang bakal muncul dalam edisi khas raya ICSYVM. Edisi raya program berkenaan menemui penonton pada 31 Mei ini, jam 9 malam di TV3.

Pelakon yang menempa populariti menerusi drama Sweet Dreams dan Demi Rindumu itu berkata, rakaman program berkenaan dibuat dalam tempoh awal PKP. Berikutan itu, jumlah tetamu dalam program berkenaan dihadkan sebagai langkah keselamatan.

"Peminat program ICSYVM tidak harus melepaskan peluang menontonnya kerana edisi raya sangat istimewa. Ia membangkitkan suasana raya.

"Lebih istimewa, kami mengundang penyanyi berpengalaman, Ramlah Ram. Saya mengagumi Ramlah kerana dia seorang penyanyi lagenda yang hebat dan sukar ditandingi," kata Sean.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2020/05/sean-lee-paranoid-keluar-rumah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lirik Lagu Harmoni Aidilfitri Ismail Izzani Naim Daniel Daniesh Suffian Sean Lee Kidd Santhe

Lirik Lagu Harmoni Aidilfitri Ismail Izzani Naim Daniel Daniesh Suffian Sean Lee Kidd Santhe

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 677 hits
Lirik Lagu Harmoni Aidilfitri Ismail Izzani Naim Daniel Daniesh Suffian Sean Lee Kidd Santhe Verse Takbir raya Gema di pagi syawal mulia Mak ayah dah bersuara Siap sedia kita Sanak saudara dah tiba Lihat semua Kacak bergaya anggun lawanya B...
Sembuh Corona Polisi Di Kupang Keluar Rumah Sakit Diiringi Tepuk Tangan

Sembuh Corona Polisi Di Kupang Keluar Rumah Sakit Diiringi Tepuk Tangan

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 200 hits
Satu pasien positif Covid 19 yang mendapat perawatan medis di Rumah Sakit Bhayangkara Titus Uly Kupang Nusa Tenggara Timur dinyatakan sembuh Pasien klaster Sukabumi ini diketahui sembuh setelah hasil swab PCR kedua negatif sehingga pasien d...
Keluar Rumah Setelah Bangun Tidur Irt Ditemukan Meninggl Di Sungai Bah Bolon

Keluar Rumah Setelah Bangun Tidur Irt Ditemukan Meninggl Di Sungai Bah Bolon

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 203 hits
Jasad Bunga awalnya ditemukan pekerja yang tengah menggali dan mengumpulkan pasir Temuan itu dilaporkan ke polisi
Pemerintah Anggota Keluarga Keluar Rumah Adalah Yang Paling Sehat

Pemerintah Anggota Keluarga Keluar Rumah Adalah Yang Paling Sehat

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 369 hits
Yurianto menganjurkan untuk keluar dalam tempo secepatnya Setelah selesai dengan urusannya maka diharapkan agar segera kembali ke tempat
Ismail Izzani Naim Daniel Daniesh Suffian Kidd Santhe Sean Lee Harmoni Aidilfitri Chord

Ismail Izzani Naim Daniel Daniesh Suffian Kidd Santhe Sean Lee Harmoni Aidilfitri Chord

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 589 hits
G m E D E D G mTakbir rayaG mGema di pagi Esyawal muliaMak ayah dah C mbersuaraSiap D sedia kitaG mSanak saudara dah D GtibaG mLihat semuaG mKacak bergaya Eanggun lawanyaBersalam C mbermaafan saling D hulurkan tanganG mSengketa lama di D lu...
Serbuan Ke Rumah Najib Malam Ramadan 2018 Keterlaluan

Serbuan Ke Rumah Najib Malam Ramadan 2018 Keterlaluan

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 312 hits
MALAYSIAKINIMengenang detik detik penggeledahan rumah bekas perdana menteri pada malam pertama Ramadan 2018 bekas pengawal peribadi kepada Najib Razak berkata sebagai anggota polis tindakan itu dilihatnya keterlaluan Sub Inspektor Alias Yah...
Tidak Boleh Panggil Penggunting Rambut Ke Rumah Pejabat

Tidak Boleh Panggil Penggunting Rambut Ke Rumah Pejabat

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 364 hits
Sektor kedai gunting rambut masih dalam senarai larangan bawah PKP PUTRAJAYA Orang ramai tidak boleh memanggil penggunting rambut ke rumah atau pejabat dalam tempoh perintah kawalan pergerakan Ini kerana sektor kedai gunting rambut masih da...
Pkpd Polis Akan Pecah Masuk Rumah Yang Belum Diperiksa

Pkpd Polis Akan Pecah Masuk Rumah Yang Belum Diperiksa

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 360 hits
PKPD Polis Akan Pecah Masuk Rumah Yang Belum DiperiksarePublish Berita Terkini MalaysiaPKPD Polis Akan Pecah Masuk Rumah Yang Belum Diperiksa Medium perkongsian sosial berbentuk media Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi ...
Menag Masih Pandemi Saya Imbau Salat Id Di Rumah Dengan Keluarga Inti

Menag Masih Pandemi Saya Imbau Salat Id Di Rumah Dengan Keluarga Inti

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 226 hits
Usahakan Salat Id jangan ditinggalkan tapi diselenggarakan bersama keluarga di rumah sesuai teladan Rasulullah SAW yang tidak pernah meninggalkan salat Id lanjut dia
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Raikan Kemeriahan Hari Raya Dengan Himpunan Unik Trio Carlo Rino

Perlis Festival Goes On Despite Muddy Conditions Some Events Relocated


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet

Tauhu Bunga Untuk Sarapan Pagi

Lebai Risau Arak Dari Dadah Dadah Tak Haram Kah