Sean Lee Makin Ligat






Selepas menambat hati peminat dalam program realiti, I Can See You Voice Malaysia (ICSYVM) dan lakonan mantap dalam drama Melayu, Sean Lee Jia Ern atau lebih dikenali sebagai Sean Lee, pantas mengatur langkah.

Terbaharu, Lee berjinak-jinak dalam dunia nyanyian pula.

Menyumbangkan vokal dalam projek lagu raya dan Hari Kemerdekaan bersama World Peace (WP) Entertainment, Lee bagaimanapun, tidak berhasrat menjadi penyanyi serius.

Sebaliknya, Lee tampil dengan lagu Harmoni Aidilfitri dan Warna Merdeka bagi mencari pengalaman.

Tidak terhenti di situ, jejaka berusia 26 tahun itu sedang berjinak-jinak dalam dunia penerbitan dan bakal mengarahkan sendiri filem pendek untuk platform YouTube, yang dijangka ditayangkan, Disember depan.

Berkisar kisah percintaan, filem itu, menurut Lee, adalah percubaan sebelum dia melangkah lebih serius dalam dunia penerbitan dan pengarahan.

"Filem pendek itu dihasilkan dengan bajet sendiri. Projek ini boleh dianggap batu loncatan sebelum saya membuat keputusan untuk serius menjadi pengarah atau penerbit.

"Memandangkan baru hendak mencuba, jadi saya memilih menghasilkan filem pendek terlebih dahulu.

"Mungkin selepas ini, tidak perlulah saya berlakon dengan kerap. Sebaliknya, saya boleh memanfaatkan ilmu yang dipelajari dalam bidang seni persembahan ketika menuntut di Universiti Sunway ke dalam bidang pengarahan," katanya kepada BH Online.

Bakal berlakon dalam filem itu yang mengambil latar sambutan Hari Natal, Lee mahu menerapkan semangat muhibah dalam drama berkenaan.

"Saya lihat kita kekurangan karya yang menampilkan kisah atau mengetengahkan kepelbagaian bangsa dan bahasa.

"Jadi, untuk filem pendek yang bakal saya terbitkan, ia akan memasukkan elemen semua bangsa dan bahasa yang digunakan di Malaysia.

"Saya akan bertutur dalam bahasa Inggeris untuk filem pendek itu. Namun, kita akan paparkan babak di mana saya akan bercakap dalam bahasa Melayu.

"Saya juga akan paparkan situasi sebenar gaya hidup masyarakat berbilang bangsa di Malaysia," katanya.

Menurut Sean Lee, filem pendek itu adalah ideanya, namun, dibantu rakan untuk pengolahan skrip.

Mengulas mengenai kerjaya lakonan, Lee sedang menjalani penggambaran telefilem Aku Roda & Brownies serta sebuah drama Romantika 3 Hari 2 Malam sebanyak 13 episod untuk TV3.

Akui Lee, momentum kerjayanya bertambah baik selepas beberapa bulan terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Lee yang bermula sebagai YouTuber berkata, selepas membuat kemunculan sulung pada 2015, dia sangat berpuas hati kehadiran dalam dunia lakonan diterima baik peminat dan penerbit.

"Saya tidak pernah memilih watak. Biarpun sering diberi watak jejaka beragama Islam, saya tidak pernah menolak. Bagi saya, ia sekadar lakonan," katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2020/08/sean-lee-makin-ligat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ismail Izzani Naim Daniel Daniesh Suffian Kidd Santhe Sean Lee Warna Merdeka Chord

Ismail Izzani Naim Daniel Daniesh Suffian Kidd Santhe Sean Lee Warna Merdeka Chord

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 545 hits
A A D Bm D ASejarah negara kini berulang Dlagi Membara semangat Bmdalam hati EJiwa kita Merdeka ATiada lain kau dan aku Dsama saja Kita kan semua Bmsama rata EJiwa bebas Merdeka F mOh oh oh AKita anak MerdekaDOh oh oh DKita sama warna AMera...
Telefilem Aku Bisu Dia Diam Lakonan Emma Maembong Dan Sean Lee

Telefilem Aku Bisu Dia Diam Lakonan Emma Maembong Dan Sean Lee

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 1161 hits
Telefilem Aku Bisu Dia Diam lakonan Emma Maembong dan Sean Lee akan disiarkan pada Sabtu ini 5 September 2020 jam 9 malam di Astro Citra dan Citra HD
Rajin Pergi Usrah Fathia Latiff Nampak Makin Tenang

Rajin Pergi Usrah Fathia Latiff Nampak Makin Tenang

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 709 hits
Sejak kebelakangan ini pelakon Fathia Latiff dilihat sering menyertai program ilmuwan bersama beberapa rakannya dengan berkongsi posting di laman Instagram Terbaru Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff hadir ke ceramah pendakw...
Ngaku Kerja Makin Berat Dpr Minta Kenaikan Anggaran Jadi Rp 7 5 T Di 2021

Ngaku Kerja Makin Berat Dpr Minta Kenaikan Anggaran Jadi Rp 7 5 T Di 2021

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 342 hits
Anggota DPR RI dari Fraksi Partai Keadilan Sejahtera Achmad Dimyati Natakusumah meminta Menteri Keuangan Sri Mulyani untuk menambah anggaran kerja DPR RI tahun depan menjadi Rp 7 5 triliun Dimyati ingin kenaikan anggaran itu dimasukkan dala...
Umno Sabah Makin Berpecah

Umno Sabah Makin Berpecah

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 440 hits
Umno Sabah Makin Berpecah Ahli Majlis Tertinggi Umno Abdul Rahman Dahlan mengkritik pemilihan Bung Mokhtar Radin sebagai pengarah pilihan raya Sabah yang akan datang Pada sidang media di Kuala Lumpur malam ini beliau menyuarakan kebimbangan...
Resipi Bingka Kelapa Kuih Tradisional Sedap Yang Makin Susah Nak Jumpa

Resipi Bingka Kelapa Kuih Tradisional Sedap Yang Makin Susah Nak Jumpa

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 742 hits
Masa dahulu jika di kampung Kuih Bingka Kelapa atau Beke Nyor ini adalah salah satu kuih tradisional yang sangat sedap Lemak manis kelapa dan santan serta bau haruman kuih ini dibakar sangat membuka selera Namun kini ia agak sukar diperoleh...
Hiburan Industri Muzik Tempatan Makin Jahanam Dengan Kehadiran Lagu Sampah Nabila Razali

Hiburan Industri Muzik Tempatan Makin Jahanam Dengan Kehadiran Lagu Sampah Nabila Razali

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 585 hits
Meskipun baru sahaja melancarkan video muzik single terbarunya yang berjudul Peluang Kedua penyanyi Nabila Razali kini bagai mula mendapat perhatian netizen kembali Berikutan kejayaan yang diraihkan apabila mecapai 4 juta tontonan di YouTub...
Ustaz Sweet Lagi Ebit Lew Sarung Cincin Di Jari Manis Bidadarinya Depan Pasar Raya Setiap Hari Rasa Makin Cinta

Ustaz Sweet Lagi Ebit Lew Sarung Cincin Di Jari Manis Bidadarinya Depan Pasar Raya Setiap Hari Rasa Makin Cinta

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 479 hits
SIAPA tak kenal Ustaz Ebit Lew figura yang disegani kerana sumbangannya dalam membantu masyarakat kurang berkemampuan
Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Indonesia Hantar Pulang 30 Tan Bantuan Beras Daripada Uae

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Skuad Harimau Malaya B 23 Tiba Di Suvarnabhumi Misi Mengharumkan Nama Negara

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Menteri Kesuma Umum 4 Perkara Berkait Keselamatan Sosial

Juruteknik Didakwa Melakukan Amang Seksual Merakam Video Terhadap 3 Kanak Kanak