Scan Lelaki Masa Dalam Perut Daddy Selalu Panggil Hasyim Keluar Tetap Geng Mama


Perjalanan mengandung dan melahirkan anak bagi setiap ibu berbeza-beza. Ada yang mudah, ada yang sakit sampai dah serik nak bersalin lagi. Bukan itu saja, bagi pasangan suami isteri, bila anak anak sulung lelaki atau perempuan dan untuk anak seterusnya pasti impikan juga anak yang lain jantinanya.
Menyentuh mengenai jantina anak, ia adalah rezeki Allah. Jika dapat selang bunga alhamdulillah, dapat anak lelaki atau perempuan berderet pun alhamdulillah, janji anak-anak lahir sihat dan sempurna.

Scan jantina lelaki, keluar perempuan
Namun biasalah keinginan untuk dapat anak lelaki dan perempuan dalam keluarga tetap ada buat suami isteri. Seperti kisah ibu ini, Puan Nuramirah Shafiqah, selepas dapat 4 anak perempuan berderet, bila tahu hamil pula anak kelima, mengharapkan anak lelaki.
Cuma impian itu hanya sementara dan selepas bayi lahir, rupanya bayi perempuan juga yang keluar walaupun masa scan doktor beritahu bakal menimang bayi lelaki.
Saya nak cerita bila saya tertipu dengan scan. Scan masa 7 bulan doktor siap tunjuk ‘biji’ dia lagi dan sahkan saya akan lahirkan bayi lelaki. Waktu itu saya gembira sangat-sangat sebab dah ada empat anak perempuan.
Apa yang lucunya saya siap buat kejutan lagi pada suami dengan membuat video dan menangis tanda kesyukuran. Suami pun bila tahu bakal ada gengnya turut bersyukur. Orang kata keterujaan nak timang bayi lelaki lain macam.

Suami pun excited beli baju dan pilih warna yang sesuai dengan bayi lelaki. Jika dulu banyak pink, kali ini berpinar mata nak pilih warna biru. Bukan itu saja, kami suami isteri dah siap ada nama untuk bayi lelaki yang akan keluar nanti.
Masa dalam kandungan, daddy dah panggil Hasyim
Nama yang kami pilih Hasyim Fatteh. Sepanjang mengandung tu daddynya selalu usap perut dan panggil Hasyim. Tak sangka bila 37 minggu 6 hari (18 April 2021), bayi keluar doktor angkat dan tunjukkan jantinanya pada saya.
“Mama nampak jantina baby..?”..Dengan muka hairan “perempuan? perempuan ke doktor?” Doktor cakap “ya . Tengok la betul-betul, perempuan ni..”

Waktu tu terus saya teringat semula keputusan scan kali ke-3 ketika kandungan 7 bulan. Terus senyum seorang diri dan sebelum masuk ke wad sempatlah whatsapp suami beritahu yang anak kelimanya dipanggil Hasyim sebelum ini adalah bayi perempuan.
Disebabkan suami tak dapat masuk, bila dapat whatsapp saya itu dia tak percaya dan ingat saya bergurau. Setelah saya ambil gambar gelang pink di kaki baby barulah dia tahu saya cakap betul.

KIV dulu nama Hasyim Fatteh, pilih Safwa Qaireen 
Apa pun saya dan suami tetap bersyukur dengan kurniaan Allah yang kelima ini. Proses melahirkan bayi pun mudah sangat dan alhamdulillah tiada koyakan sama seperti bersalinkan empat kakaknya.
Kiranya doa kakak-kakak yang selalu minta adik yang keluar perempuan dimakbulkan Allah. Ini kerana keempat-empat kakaknya memang nak adik perempuan. Bila doktor beritahu hari tu bayi lelaki akan keluar nanti, masing-masing merajuk dan cakap tak mahu kawan. Bila bawa balik ke rumah dan tahu bertambah lagi geng kakak, semua pakat suka dan sukarela nak jaga.
Selepas beberapa hari lahir, kami suami isteri fikir semula nama bayi perempuan sebab sebelum ini tak cari kerana percaya pada scan tersebut. Jadi nama Hasyim Fatteh kami simpan dulu dan setuju untuk letak nama Safwa Qaireen.

Rehat dulu, jika ada rezeki dapat baby boy alhamdulillah
Nuramirah berkata, buat masa sekarang dia mahu fokuskan untuk membesarkan kelima-lima anaknya dulu sebelum menambah ahli baru dalam keluarga. Lagipun saya berkahwin ketika usia 16 tahun.
Memandangkan saya baru berumur 25 tahun jadi masih ada peluang lagi selepas ini. Mungkin orang tak percaya usia 20-an dah ada lima anak usia 9, 8, 5, 2 tahun 3 bulan dan yang dalam pantang sekarang ini.

Anak-anak dah boleh harap buat kerja rumah
Apa pun saya harapkan kelima-lima anak ini mampu beri kebahagiaan dan kesenangan pada kami suami isteri apabila besar nanti. Sekarang ni pun, anak sulung dan yang kedua dah boleh harap buat kerja rumah dan jaga adik-adik.
Ringanlah sikit kerja saya uruskan rumah tangga kerana kedua-duanya tahu nak buat apa semasa berada di rumah tanpa perlu disuruh banyak kali. Pesanan saya buat ibu bapa yang ada anak lelaki atau perempuan berderet, bersyukurlah. Orang lain belum tentu dapat rezeki anak ramai.
Kredit: Nuramirah Shafiqah 

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Scan Lelaki, Masa Dalam Perut Daddy Selalu Panggil ‘Hasyim’. Keluar Tetap Geng Mama.” appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/scan-lelaki-masa-dalam-perut-daddy-selalu-panggil-hasyim-keluar-tetap-geng-mama/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Interpol Keluar Notis Merah Buru Ketua Geng Nicky

Interpol Keluar Notis Merah Buru Ketua Geng Nicky

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 219 hits
Interpol keluar notis merah buru ketua Geng Nicky Dikemas kini 24 minit yang lalu Diterbitkan pada 22 Apr 2021 7 06PM
Ni Anak Angkat Ke Dua Anak Saya Albino Tiap Kali Keluar Orang Selalu Tanya

Ni Anak Angkat Ke Dua Anak Saya Albino Tiap Kali Keluar Orang Selalu Tanya

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 414 hits
Setiap kelahiran anak pasti ditunggu tunggu oleh ibu Dalam masa sama perasaan berdebar takut dan risau sentiasa bermain dalam fikiran Bukan hanya memikirkan saat kelahiran sahaja tetapi juga bayi dalam kandungan Selama 9 bulan dalam kandung...
5 Hari Lagi Due Date Perut Mama Mengeras Tak Sangka Petanda Aisya Pergi Selamanya

5 Hari Lagi Due Date Perut Mama Mengeras Tak Sangka Petanda Aisya Pergi Selamanya

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 462 hits
Hanya beberapa hari lagi nak tunggu kelahiran permata hati mama nyata Allah lebih mengetahui segala galanya Segala persiapan menyambut anak sulung mama dah siapkan Tapi semua itu jadi kenangan buat selama lamanya Bukan nak menagih simpati b...
Bitcoin Cuba Keluar Dari Aliran Menurun

Bitcoin Cuba Keluar Dari Aliran Menurun

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 243 hits
Setelah mempelajari carta bitcoin kami dapat melihat dengan jelas perincian baru yang membawa kepada kesimpulan yang menarik Dalam artikel ini saya akan mempertimbangkan kemungkinan senario teknikal jangka pendek untuk BTC dengan mengambil ...
Cepswam Keperluan Mengisi Consignment Note Dalam Eswis Hari Yang Sama Buangan Terjadual Diangkut Keluar Dari Premis

Cepswam Keperluan Mengisi Consignment Note Dalam Eswis Hari Yang Sama Buangan Terjadual Diangkut Keluar Dari Premis

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 339 hits
Terdahulu saya telah berkongsi secara ringkas Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan kertas kerja cara menggunakan laman web eSWIS boleh ja hantar email kepada saya di simiey a gmail com Untuk pengetahuan anda JAS ke arah menguatkuasakan...
Hiburan Tap Tap Love Che Salmah Didie Alias Keluar Lagu Single Terbaru

Hiburan Tap Tap Love Che Salmah Didie Alias Keluar Lagu Single Terbaru

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 506 hits
Semakin mengecap populariti setelah membintangi drama popular Takdir Yang Tertulis Didie Alias kini semakin dikenali dengan nama Che Salmah gara gara watak jahat yang dibawa pelakon wanita itu dalam drama tersebut Nama watak yang masih meni...
Kekal Atau Keluar Dari Kerajaan Mesyuarat Mkt Esok Saksikan Pertembungan Dua Kem

Kekal Atau Keluar Dari Kerajaan Mesyuarat Mkt Esok Saksikan Pertembungan Dua Kem

papar berkaitan - pada 25/4/2021 - jumlah : 201 hits
April 24 2021 Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 25 April ini dijangka menyaksikan pertembungan dua kem iaitu kem ahli ahli majlis tertinggi parti menyokong Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan satu lagi kem ahli MKT meny...
Turki Keluar Waran Tangkap Pengasas Mata Wang Kripto

Turki Keluar Waran Tangkap Pengasas Mata Wang Kripto

papar berkaitan - pada 25/4/2021 - jumlah : 267 hits
ISTANBUL Turki semalam mengeluarkan waran penahanan antarabangsa terhadap pengasas pelaburan mata wang kripto yang melarikan diri bersama aset pelabur bernilai AS 2 bilion Polis dalam satu serbuan turut menahan 62 individu yang didakwa berk...
Hadi Keluar Fatwa Tak Sokong Darurat Pula

Hadi Keluar Fatwa Tak Sokong Darurat Pula

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 373 hits
Apakah ini suatu fatwa sesat baru oleh Hj Hadi Rakyat yang tidak bersetuju dgn keputusan kerajaan tebuk atap tidak menyokong pendirian parti PAS dlm bab darurat ini kini dianggap diumpamakan oleh Hj Hadi sebagai golongan pelampau agama yg m...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini