5 Hari Lagi Due Date Perut Mama Mengeras Tak Sangka Petanda Aisya Pergi Selamanya


Hanya beberapa hari lagi nak tunggu kelahiran permata hati mama, nyata Allah lebih mengetahui segala-galanya. Segala persiapan menyambut anak sulung, mama dah siapkan. Tapi semua itu jadi kenangan buat selama-lamanya.
Bukan nak menagih simpati, bukan nak layan perasaan sedih cuma sekadar nak berkongsi pengalaman dan memori anak syurga mama, Nur Aisyah Humaira. Walaupun mama terpaksa berpantang tanpa Aisya, mama syukur papa sentiasa bagi semangat.
Berikut perkongsian Eyra Zaharah dan boleh dijadikan peringatan bersama buat ibu-ibu yang sedang hamil. Moga-moga semua urusan kita menunggu kelahiran dipermudahkan.

Assalamualaikum. Salam 8 Ramadhan Al Mubarak…Cukup seminggu sayang mama dah ke syurga. Rasa macam baru kelmarin peluk cium Aisya. Jangan salah faham. Eyra bukan nak menagih simpati, bukan nak meroyan kesedihan cuma nak berkongsi pengalaman dan memori. Cukup sekadar mengubati rindu pada anak syurga mama yang comel ni.
Baru-baru ini ada satu artikel viral ibu mengandung kematian anaknya akibat daripada perut mengeras dan after few hours pergi check baby dah tak bergerak. Kes yang sama dengan Eyra.
ARTIKEL BERKENAAN [“Ingatkan Biasa Perut Mengeras. Tak Sempat Belai & Pelukmu, Maafkan Ibu Sayang..”]
Terasa sakit mengeras di bahagian perut dan pinggang
Due Aisya 15/4 tapi perut Eyra dah mula mengeras dari malam 8/4. Tetapi masih boleh rasa tendangannya, sikunya dan memusing-musing. Sungguh aktif baby masa tu. Papa siap main-main sentuh lagi dengan Aisya masa ni. Tapi siapa sangka ini kali terakhir untuk papa.
Tiba-tiba malam 9/4 perut Eyra sakit, perut mengeras sekali lagi dan keluar sedikit lendir. Cuba mencari posisi yang selesa dengan meletakkan bantal di bawah perut. Tapi malam ni Eyra dah tak rasa sebarang gerakan. Eyra tertidur dengan sendiri selepas lama tahan sakit.

Tak bunyi degupan jantung Aisya
Bangun je keesokannya 10/4 kalut pergi ke hospital. Awal tu jumpa jururawat dulu. Masa tengah periksa, bunyi jantung tu memang dah tak dengar sebarang bunyi. Panggil la seorang jururawat buat benda yang sama. Tak dengar juga. Akhirnya suruh doktor scan.
Waktu scan tu memang hati berdebar debar dan sah memang baby dah tak bergerak. Memang tak ada sebarang pergerakan kat jantung baby. Masa tu mengalir air mata cakap dekat doktor jangan buat macam ni. Check la sekali lagi. Tak tahu nak rasa apa…. sedih, kecewa marah pada diri sendiri.
Macam-macam rasa ada, lepas tu doktor check Eyra dah buka 3cm, tapi scan baby Aisya dah tak bergerak. Ya Allah masa ni Tuhan je tahu macam mana perasaan Eyra. Memang air mata tu tak berhenti mengalir.

Sambil menangis beritahu papa…anak kita dah tak ada
Keluar dari wad, ternampak papa senyum je mengharapkan berita yang baik. Bila dengar suara papa je, terasa macam orang gila masa tu. Tak boleh cakap, menangis je.
Hari ni (10 April) sepatutnya menjadi hari yang paling bahagia sebab hari jadi papa dan kami memang menjangka akan deliver hari ni tetapi sebaliknya. Papa cuba tenangkan mama, hari tu juga buat keputusan untuk bersalinkan Aisya. Jadi duduklah semalaman di wad.

Bersalin secara normal, dapat peluk cium Aisya buat kali terakhir
Disebabkan baby dalam perut dah tak bergerak, terpaksa la Eyra teran sampai terbuka 10cm dengan kontraksi. Ingat boleh buat cepat lagi tapi kontraksi lama juga. Ambil masa 24jam.
Baby Aisya keluar berat 3.2kg, besar juga, 51cm. Ya Allah tingginya tak macam mama dia, macam papa dia ni. Cukup sifat, tak bengkak, tak gelupas, putih kemerah-merahan. Geram mama tengok. Masa tengah jahit, peluk cium sambil tak berhenti menangis. Ya Allah, berat sungguh ujian Mu Ya Allah.

Jumpa nanti di syurga sayang
Pada yang masih mengandung jagalah sebaik mungkin, sila peka dengan kandungan. Bagi kes Eyra, perut mengeras tu sangat bahaya, walaupun sesetengah orang cakap tak.
Al Fatihah untuk baby Nur Aisyah Humaira. Berlari-larilah Aisya di sana. Tariklah tangan mama, papa dan kami sekeluarga semua masuk syurga sama-sama ye. Aisya tetap dalam ingatan mama dan papa. Sudah ditakdirkan Aisya hanya bersama dengan mama sehingga 39 minggu 5 hari.
Salam takziah buat Puan Eyra sekeluarga. Moga Allah berikan rezeki lain yang lebih baik lagi selepas ini.
Kredit: Eyra Zaharah
**Nak menang hadiah menarik dari SSPN, boleh hantar penyertaan Cabaran RM10 mengikut kreativiti anak. Nak tahu lanjut boleh klik sini

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “5 Hari Lagi Due Date, Perut Mama Mengeras, Tak Sangka Petanda Aisya Pergi Selamanya” appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/5-hari-lagi-due-date-perut-mama-mengeras-tak-sangka-petanda-aisya-pergi-selamanya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Scan Lelaki Masa Dalam Perut Daddy Selalu Panggil Hasyim Keluar Tetap Geng Mama

Scan Lelaki Masa Dalam Perut Daddy Selalu Panggil Hasyim Keluar Tetap Geng Mama

papar berkaitan - pada 25/4/2021 - jumlah : 427 hits
Perjalanan mengandung dan melahirkan anak bagi setiap ibu berbeza beza Ada yang mudah ada yang sakit sampai dah serik nak bersalin lagi Bukan itu saja bagi pasangan suami isteri bila anak anak sulung lelaki atau perempuan dan untuk anak set...
Ingatkan Biasa Perut Mengeras Tak Sempat Belai Pelukmu Maafkan Ibu Sayang

Ingatkan Biasa Perut Mengeras Tak Sempat Belai Pelukmu Maafkan Ibu Sayang

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 322 hits
Luluh hati ibu saat mendapat tahu kamu dah tiada sayang Hanya tinggal beberapa minggu je lagi ibu abah abang dan kakak nak jumpa Walaupun ujian ini sungguh berat ibu terima takdir ini Mulut mungkin boleh cakap sabar tapi dalam hati ibu teta...
Tiap Hari Mama Tunggu Awak Senyum Mama Janji Jaga Sampai Akhir Hayat Daffrel Kuat

Tiap Hari Mama Tunggu Awak Senyum Mama Janji Jaga Sampai Akhir Hayat Daffrel Kuat

papar berkaitan - pada 25/4/2021 - jumlah : 344 hits
Mama rindu senyuman anak mama Rindunya mama nak tengok awak senyum dik Setiap hari mama menunggu Mama tak putus berdoa dan berharap adik kembali sihat pulih Jika ini rezeki yang Allah berikan untuk mama jaga adik sehingga nafas terakhir mam...
Rupanya Itu Petanda Firasat Anak Krew Kapal Nri Menangis Tak Bagi Ayah Pergi Kerja Betul

Rupanya Itu Petanda Firasat Anak Krew Kapal Nri Menangis Tak Bagi Ayah Pergi Kerja Betul

papar berkaitan - pada 25/4/2021 - jumlah : 432 hits
Tak sangka video yang dirakam menyaksikan gelagat anak yang tak membenarkan si ayah keluar untuk bekerja sebenarnya petanda akan berlaku kejadian tak diingini Firasat anak seperti seakan mengetahui kejadian yang bakal menimpa ayahnya iaitu ...
Air Ketuban Sikit Petanda Bahaya Pada Janin Mama Wajib Ambil Tahu

Air Ketuban Sikit Petanda Bahaya Pada Janin Mama Wajib Ambil Tahu

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 244 hits
Air ketuban merupakan salah satu elemen kehamilan yang penting untuk tumbesaran dan perkembangan anak di dalam kandungan Oleh sebab itulah apabila usia kandungan anda meningkat doktor akan memeriksa isipadu air ketuban di dalam kandungan Ki...
Syukur Anak Mama 6 5 Tahun Puasa Penuh Hari Ini Almy Nadia Kongsi Moment Hari Pertama Puasa

Syukur Anak Mama 6 5 Tahun Puasa Penuh Hari Ini Almy Nadia Kongsi Moment Hari Pertama Puasa

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 332 hits
Semalam merupakan hari pertama buat seluruh umat islam menunaikan ibadah berpuasa Ramai yang berkongsi di laman media sosial tentang perkembangan hari pertama berpuasa termasuklah selebriti selebriti terkenal tanah air Pelakon Almy Nadia tu...
Cabaran Hari Persekolahan Anak Anak Kita Di Musim Pkp Covid 19

Cabaran Hari Persekolahan Anak Anak Kita Di Musim Pkp Covid 19

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 274 hits
Hampir seminggu anak anak kita kembali ke sekolah dengan norma baru pada tahun 2021 Selepas hampir setahun ditutup alam persekolahan sejak Mac 2020 akibat pandemik CoronaVirus Covid 19 Ia sangat berbeza dengan zaman kita dulu bila memulakan...
Satgas Covid 19 Wajibkan Masyarakat Nekat Mudik Isolasi Mandiri 5 Hari

Satgas Covid 19 Wajibkan Masyarakat Nekat Mudik Isolasi Mandiri 5 Hari

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 200 hits
Karantina dilakukan di fasilitas yang disediakan Pemda dan hotel yang berprokes ketat dengan biaya mandiri jelas dia
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tips Hartanah Pocket Calculator Cara Mengumpul Deposit Untuk Beli Rumah

Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint