Keluarga Mangsa Bunuh Mahu Kerajaan Kekalkan Hukuman Mati Mandatori


PUTRAJAYA, 14 Jan — Ahli keluarga dan wakil mangsa bunuh sebulat suara membantah pemansuhan hukuman mati mandatori (MDP) bagi jenayah kejam termasuk pembunuhan yang dirancang.
Mereka menyatakan perkara itu selepas mengadakan perjumpaan dengan Jawatankuasa Khas Kajian Hukuman Gantian terhadap Hukuman Mati Mandatori di sini, hari ini
Mereka, antara lain, terdiri daripada ahli keluarga mendiang timbalan pendakwa raya Kevin Morais, usahawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, ahli perbankan Stephen Wong Jing Kui serta siswazah Universiti Utara Malaysia (UUM) Chee Gaik Yap, dan remaja Annie Kok Yin Cheng, yang kedua-duanya dirogol dan dibunuh masing-masing pada 2006 dan 2009.
Ibu kepada mangsa pembunuhan Tan Siew Lin bersama suami Sew Kok Wee menunjukkan keratan akhbar mengenai pembunuhan anaknya Annie Kok Yin Cheng. (Kredit: Bernama) Jangan jadikan Malaysia ‘syurga’ untuk penjenayah Aktivis sosial Tan Sri Robert Phang berkata sistem keadilan sepatutnya adalah tentang memberikan keadilan untuk mangsa-mangsa tetapi malangnya ia seolah-olah mahu melindungi penjenayah.
“Jangan jadikan Malaysia “syurga” untuk penjenayah,” kata Phang, yang juga pengerusi Yayasan Kebajikan Sosial, kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan dengan jawatankuasa itu yang diketuai bekas Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum.
Peguam Christina Teng, yang mewakili ahli keluarga berkenaan, berkata keluarga tidak mahu menerima pampasan daripada kerajaan atau pembunuh atau keluarga pembunuh untuk membebaskan penjenayah daripada hukuman mati.
Waris mangsa bunuh antaranya Kevin Morais dan Sosilawati Lawiya yang dibunuh dan dibakar kejam pada mendesak kerajaan mempertimbangkan semula cadangan itu. (Kredit: Bernama) Berani membunuh, berani pikul tanggungjawab “Jika mereka berani membunuh, mereka juga perlu berani memikul tanggungjawab atas tindakan mereka, contohnya dihukum gantung. Ini undang-undang kita,” katanya.
“Adakah anda (pihak kerajaan) telah jalankan kajian untuk melihat bagaimana negara-negara jiran, khususnya negara ASEAN mengekalkan hukuman mati untuk melindungi rakyat dan memastikan keselamatan di bandar raya.
“Adakah anda telah jalankan penyelidikan untuk melihat bahawa hukuman mati adalah berkesan untuk mencegah jenayah dan menyelamatkan nyawa,” katanya merujuk kepada cadangan kerajaan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori.
Undang-undang mansuhkan mati mandatori bakal dibentang, sebahagian manifesto Dilaporkan rang undang-undang untuk memansuhkan hukuman mati mandatori bagi 11 kesalahan serius dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang pada Mac, dan ini selaras dengan manifesto pilihan raya Pakatan Harapan dan menunjukkan komitmen kerajaan terhadap hak asasi manusia.
Sementara itu, Setiausaha Agung Gerakan Pembela Ummah (Ummah) Mansor Ibrahim yang mewakili anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kasim yang terbunuh ketika menjalankan tugas pada 2018, berkata pihaknya tidak berpuas hati dengan ahli jawatankuasa yang dilihat tegas dalam pendirian itu.
Beliau berkata Ummah yang mempunyai gabungan lebih 500 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam akan membuat bantahan besar-besaran sekiranya kerajaan tidak mendengar rintihan ahli keluarga mangsa.
Sumber: BERNAMA
The post Keluarga Mangsa Bunuh Mahu Kerajaan Kekalkan Hukuman Mati Mandatori appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/01/15/keluarga-mangsa-bunuh-mahu-kerajaan-kekalkan-hukuman-mati-mandatori/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Kaji Mansuh Hukuman Mati Mandatori Sahaja Kata Menteri

Kerajaan Kaji Mansuh Hukuman Mati Mandatori Sahaja Kata Menteri

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 281 hits
Kerajaan kaji mansuh hukuman mati mandatori sahaja kata menteri Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 15 Jan 2020 11
Mansuh Hukuman Mati Bukan Keseluruhan Hukuman Mandatori Sahaja

Mansuh Hukuman Mati Bukan Keseluruhan Hukuman Mandatori Sahaja

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 300 hits
Propaganda pembangkang kononnya kerajaan akan menggantikan hukuman mati seluruhnya dan digantikan dengan hukuman penjara seumur hidup keliru sama sekali Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong berkata hanya hukuman mati mandatori ...
Nyawa Perlu Diganti Nyawa Suami Mangsa Ragut Berharap Suspek Dikenakan Hukuman Mati

Nyawa Perlu Diganti Nyawa Suami Mangsa Ragut Berharap Suspek Dikenakan Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 487 hits
The ReporterSuspek yang meragut seorang wanita sehingga mengalami patah leher dan meninggal dunia semalam telah ditahan dan akan didakwa di mahkamah Khamis ini Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab...
Netizen Undi Mati Boleh Dipenjara 20 Tahun Kerana Subahat Dan Beri Galakan Bunuh Diri

Netizen Undi Mati Boleh Dipenjara 20 Tahun Kerana Subahat Dan Beri Galakan Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 326 hits
Hati hati menggunakan media sosial Cover image via SAYS via Stock Pada 13 Mei 2019 lalu negara digemparkan dengan berita seorang gadis remaja membunuh diri selepas mendapat undi mati tertinggi di Instagram Remaja 16 tahun itu bertindak terj...
Disahkan Telah Mati Wanita Kejutkan Ahli Keluarga Bangun Ketika Dimandikan

Disahkan Telah Mati Wanita Kejutkan Ahli Keluarga Bangun Ketika Dimandikan

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 371 hits
Seorang wanita warga emas di barat daya India menghidap demam yang tinggi tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan kecemasan Malangnya doktor cuba untuk menyelamatkan nyawanya namun tidak berjaya Pun begitu keluarga dan ...
Mahkamah Pakistan Batal Hukuman Mati Musharraf Kata Pendakwa

Mahkamah Pakistan Batal Hukuman Mati Musharraf Kata Pendakwa

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 263 hits
Mahkamah Pakistan batal hukuman mati Musharraf kata pendakwa nbsp Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 13 Jan 2020
Tidak Ada Hukuman Mati Dalam Rumusan Pasal 106 Kuhp

Tidak Ada Hukuman Mati Dalam Rumusan Pasal 106 Kuhp

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 318 hits
Siaran PersNomor 001 SK KPHHP I 2020 TIDAK ADA HUKUMAN MATI DALAM RUMUSAN PASAL 106 KUHP Tindak pidana makar diatur dalam beberapa pasal dalam KUHP salah satunya adalah Pasal 106 KUHP Untuk diketahui bahwa rumusan Pasal 106 KUHP sebagai ber...
Kerajaan Negeri Sedia Bantu Nurul Aziemah Dan Keluarga

Kerajaan Negeri Sedia Bantu Nurul Aziemah Dan Keluarga

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 507 hits
Hanafiah menyampaikan replika cek bernilai RM8 000 dari JKM untuk kos baik pulih rumahHULU TERENGGANU 7 Januari Kerajaan negeri sedia membantu dan membuat pemantauan secara berkhala kepada pesakit kronik Nurul Aziemah Mohd Fauzi yang mengal...
Sederet Tugas Tanggung Jawab Anggota Keluarga Kerajaan Inggris Ternyata Berat Banget Lo

Sederet Tugas Tanggung Jawab Anggota Keluarga Kerajaan Inggris Ternyata Berat Banget Lo

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 274 hits
Apakah ini jadi salah satu alasan Pangeran Harry dan Meghan Markle resign dari anggota senior kerajaan Inggris Hmm bisa aja sih
Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

Perkasakan Ekonomi Melayu Harus Jdi Keutgamaan Bermula Dengan Langkah Apertama

Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand

Dua Anak Jiran Dibunuh Kerana Memancing Kolam Keluarga

Segera Tangani Isu Air Selangor

World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

No Room For Narrow Minded Prejudice In Schools Says Anwar

Doa Robithoh Arab Latin Dan Artinya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Aktiviti Rumah Terbuka Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia Ppim 25 04 2025

Big Stage Alpha 2025

Sammy Simorangkir Luka Yang Luas Chord

Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Scrut Nurul Izzah Aliff Aku Suruh Mereka Keluarkan Sahaja Waran Tangkap

Insta360 X5 Di Malaysia Teknologi Dan Revolusi Kamera 360 8k