Sc Bursa Malaysia Tingkat Pemantauan Pastikan Pasaran Modal Stabil Susulan Konflik Timur Tengah




PETALING JAYA: Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Bursa Malaysia telah meningkatkan pemantauan dan pengawasan untuk memastikan aktiviti pasaran modal Malaysia kekal stabil, saksama dan teratur susulan perkembangan terkini konflik di Timur Tengah.
SC dan Bursa Malaysia dalam kenyataan bersama hari ini berkata, mereka memberi jaminan bahawa asas pasaran kekal kukuh dan pengantara dipermodalkan dengan baik.
“Kami juga mempunyai sistem yang mantap untuk memastikan penjelasan dan penyelesaian perdagangan yang berterusan dan berkesan.
“Selain itu, kami mempunyai kawalan yang diperlukan untuk menangani potensi peningkatan mendadak dalam turun naik pasaran ekuiti.
“Kami akan terus menilai keadaan dengan teliti untuk memastikan integriti pasaran modal kami kekal utuh,” demikian menurut kenyataan.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sedang memantau rapat perkembangan terkini dan kesan peningkatan ketegangan yang berlaku di Timur Tengah termasuk potensi konflik berkenaan terhadap impak ke atas ekonomi dan rakyat negara ini.
“Kerajaan akan bertindak dengan bijaksana bagi memperkukuh kestabilan ekonomi dan kewangan negara. Kita juga mengambil kira sebarang faktor yang mungkin memberi kesan kepada kita,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Dalam pada itu, Anwar berkata, Malaysia kekal teguh dengan pendiriannya untuk bersama dengan warga Palestin yang terus menanggung derita dari kemelut berkenaan.
Konflik Iran-Israel tercetus apabila Iran melancarkan berpuluh-puluh dron dan peluru berpandu di wilayah diduduki Israel semalam.
Pelancaran dron yang dipercayai buatan Iran, Shahed-136 telah disahkan oleh tentera Israel dan media berkaitan negara Iran, Press TV.
Iran telah berikrar membalas dendam atas apa yang disifatkannya sebagai serangan Israel ke atas konsulatnya di Damsyik pada 1 April yang membunuh tujuh pegawai pengawal termasuk dua komander kanan dan berkata serangannya adalah hukuman bagi ‘jenayah Israel.’ – UTUSAN




Source link
The post SC, Bursa Malaysia tingkat pemantauan pastikan pasaran modal stabil susulan konflik Timur Tengah appeared first on Edisi Viral Plus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://plus.edisiviral.com/sc-bursa-malaysia-tingkat-pemantauan-pastikan-pasaran-modal-stabil-susulan-konflik-timur-tengah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sc Dan Bursa Malaysia Bersedia Untuk Menangani Sebarang Peningkatan Mendadak Dalam Ketidakstabilan Pasaran Saham

Sc Dan Bursa Malaysia Bersedia Untuk Menangani Sebarang Peningkatan Mendadak Dalam Ketidakstabilan Pasaran Saham

papar berkaitan - pada 15/4/2024 - jumlah : 450 hits
Berdasarkan perkembangan terkini dalam konflik Timur Tengah dan setelah kenyataan oleh Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bursa Malaysia mengatakan mereka telah meningkatkan pemantauan pasaran dan peng...
Konflik Timur Tengah Kerajaan Akn Bertindak Dengan Bijaksana

Konflik Timur Tengah Kerajaan Akn Bertindak Dengan Bijaksana

papar berkaitan - pada 16/4/2024 - jumlah : 201 hits
Perdana Menteri YAB Dato Seri Anwar Ibrahim berkata ia termasuk potensi dampak ke atas Malaysia dan kedudukan pasaran kewangan MalaysiaMADANI JabatanPenerangan
Jokowi Gelar Rapat Bahas Situasi Timur Tengah Setelah Iran Serang Israel

Jokowi Gelar Rapat Bahas Situasi Timur Tengah Setelah Iran Serang Israel

papar berkaitan - pada 16/4/2024 - jumlah : 178 hits
Presiden Jokowi hari ini dijadwalkan menggelar rapat membahas situasi geopolitik menyusul serangan Iran ke Israel yang memicu ketegangan di Timur Tengah
Pm Malaysia Akan Berusaha Mengurangkan Dampak Kecenderungan Kesukaran Di Pasaran Kewangan

Pm Malaysia Akan Berusaha Mengurangkan Dampak Kecenderungan Kesukaran Di Pasaran Kewangan

papar berkaitan - pada 15/4/2024 - jumlah : 203 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan khas dengan ahli ahli kabinetnya dan kementerian utama untuk membincangkan perkembangan yang sedang berlaku di Timur Tengah Anwar berkongsi perkembangan tersebut di halaman...
Jokowi Yakin China Bisa Cegah Eskalasi Di Timur Tengah

Jokowi Yakin China Bisa Cegah Eskalasi Di Timur Tengah

papar berkaitan - pada 18/4/2024 - jumlah : 166 hits
Indonesia sendiri terus melakukan komunikasi diplomatik dengan Iran dan Amerika Serikat
Perang Iran Vs Israel Pemerintah Imbau Wni Tunda Perjalanan Ke Timur Tengah

Perang Iran Vs Israel Pemerintah Imbau Wni Tunda Perjalanan Ke Timur Tengah

papar berkaitan - pada 14/4/2024 - jumlah : 229 hits
Kementerian Luar Negeri juga meminta para WNI segera menghubungi maskapai masing masing untuk mendapatkan informasi terkini terkait penerbangan mereka
Foto Usai Lebaran Harga Beras Di Pasaran Masih Belum Stabil

Foto Usai Lebaran Harga Beras Di Pasaran Masih Belum Stabil

papar berkaitan - pada 18/4/2024 - jumlah : 195 hits
Pada Selasa harga beras mengalami kenaikan bersamaan dengan harga pangan lainnya Lalu sempat turun pada Rabu
Kenanga Meningkatkan Pandangan Pasaran Bursa Adv

Kenanga Meningkatkan Pandangan Pasaran Bursa Adv

papar berkaitan - pada 15/4/2024 - jumlah : 200 hits
Kenanga telah mengekalkan panggilan UP tetapi menaikkan TP kepada RM6 70 pada Bursa Malaysia memperhatikan ADV 1QCY24 yang lebih baik dari yang dijangka berikutan sentimen perdagangan yang lebih tinggi di bursa tempatan Menghadapi momentum ...
Bersatu Pahang Aman Dan Damai Abdul Khalib Nafi Laporan Sebuah Portal Yang Mendakwa Beliau Mahu Sertai Pas

Vietnam Tutup Lapangan Terbang Siap Sedia Hadapi Taufan Bualoi

Rahsia Nasi Kekal Segar Dari Pagi Hingga Malam

Lunch Dengan Ikan Puput Goreng

Budi95 Ternyata Menjimatkan Terima Kasih Kerajaan Warga Atm

Cuepacs Calls For Safety Audit On Schools After Boy Falls Into Sewer Pit

Cuba Pilih Mana Daun Sirih

Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Week Number 39 52

Kod Bahasa Yang Selalu Digunakan Oleh Doktor

Onoplus 15 Onoplus Top 46 By Marina

Prep Daging Menu Sihat

8 Kali Jantung Terhenti Seolah Olah Tak Ada Harapan Kongsi Buat Solat Hajat Untuk A Aida Kebaikan Ameng Dipuji Netizen

Sopan Dan Cantik Erissa Puteri Dan Gadis Veil Viral Diraikan Dalam Majlis Resepsi Di Kelantan Netizen Puji