Sbdj Siri 193 Daging Pipinya Relai


Akhirnya, saya mengetahui juga nama pemuda misteri yang menjemput Datuk dan Haji Basilam datang ke rumah pesakit. Nama sebenarnya, Shamsul Anuar tetapi, dipanggil SHAM saja.



Kata Haji Basilam, orangnya kacak dan tinggi, berkulit putih kemerah¬merahan. Rambut kerinting berombak. Kerana keistimewaan yang dimiliki tidak hairanlah Sham menjadi pilihan janda tua yang dikelilingi wang ringgit.

Dua jam setelah berada di rumah (kira-kira pukul lima petang), Datuk dan Haji Basilam dikejutkan oleh kedatangan Sham.

"Ada apa hal Sham?" Tanya Haji Basilam dari muka pintu.

"Dia sudah meninggalkan kita," ada kesedihan terpamer di wajah Sham.

Datuk segera berdiri di kanan Haji Basilam, mereka saling berpandangan.

"Pukul berapa dia mati?" Tanya Datuk.

"Kira-kira setengah jam, selepas pakcik berdua meninggalkan rumah."

"Sudah kamu beritahu orang lain tentangkematian tu," keluar lagi pertanyaan dari mulut Haji Basilam.

"Sudah tapi, tak ada yang datang."

"Saudara mara kamu yang terdekat bagaimana? Apa mereka juga tak datang?"

"Mereka datang, malangnya tak tahu nak buat apa. Mereka tak tahu nak uruskan jenazah, tak pandai baca Quraan, tak pandai baca yassin. Jadi, saya datang ni, nak minta tolong jasa baik pakcik berdua uruskan jenazah isteri saya. Panggil orang kampung, mereka macam, tak mahu datang," adu Sham dengan wajah yang sayu, penuh kehibaan.

Dia begitu setia menunggu di kepala tangga menanti jawapan dari Datuk dan Haji Basilam. Datuk dan Haji Basilam memang bersimpati dengan Sham.

Tetapi, dalam masa yang sama mereka terfikir, mengapa jiran tetangga (orang kampung) keberatan memberi kerjasama pada Sham.

Andainya, mereka mengambil peranan menguruskan perkara tersebut, apa pula kata orang kampung.

"Kami berdua bersimpati dengan kamu. Masalahnya, tentu tidak elok kami membelakangi orangorang disini. Kami hanya pendatang untuk sementara waktu disini. Kalau kami mendahului mereka akan menimbulkan kesulitan pula," dalam nada suara tersangkut-sangkut Datuk memberikan pendapat. Sham, tunduk merenung kami.

"Tolonglah saya," Sham terus merayu.

"Saya yakin, bila pakcik datang ke rumah, orang-orang kampung juga akan datang. Kalau cara ini tidak berjaya, saya minta pakcik berdua jemput mereka."

Serentak dengan itu, Haji Basilam dan Datuk menarik nafas dalam-dalam. Dan dalam usahanya meraih simpati dari Datuk dan Haji Basilam, Sham terus duduk bersila dikaki tangga.

Usaha Syam itu berhasil, rasa belas simpati terhadapnya, kian mengunung dihati Datuk dan Haji Basilam.

"Pelik, dalam keadaan sekarang, masih ada orang yang tak tahu baca Quraan atau Yassin," bisik Datuk ke telinga Haji Basilam, tiada ungkapan yang Haji Basilam lahirkan, kecuali menggelengkan kepala, tanda kesal.

"Begini saja, kamu balik dulu. Biar aku jumpa Pak Imam, minta jasa baiknya, beritahu pada orang kampung tentang perkara ini," itulah janji yang diluahkan oleh Haji Basilam kepada Sham.

Ternyata, janji itu amat menyenangkan hatinya. Wajahnya, nampak ceria sekali.

"Baiklah," sambutnya sambil bangun, lalu melangkahkan kaki kanan meninggalkan halaman rumah.

Sebaik sahaja batang tubuh Sham hilang dibalik liku jalan, Datuk dan Haji Basilam segera bertindak. Dengan serta merta mereka berangkat untuk menemui ketua kampung dan pak imam.

"Kalau mereka berdua tak mahu bagaimana?" Datuk bersuara.

"Kita pujuk hingga berjaya, perkara begini tak boleh dibuat main¬main," balas Haji Basilam.

"Iya, kita pujuk," Datuk memberi sokongan dan mereka mempercepatkan langkah.

CERAH

Ketibaan Datuk dan Haji Basilam disambut oleh ketua kampung dan Pak imam dengan wajah yang cerah. Cara kebetulan rumah ketua kampung bersebelahan dengan rumah Pak imam.

Haji Basilam segera menyampaikan berita dan tujuan kedatangan mereka.

Meskipun tidak ada kata-kata yang diluahkan oleh Ketua Kampung dan Pak imam tetapi, Datuk dapat membaca keengganan mereka untuk memenuhi permintaan Haji Basilam melalui gerak-geri dan mimik muka mereka berdua.

"Bagaimana? kita pergi sekarang," Datuk cuba menguji.

"Tak baik begitu, melihat dan mengurus jenazah, jadi tanggungjawab orang yang hidup, fardhu kifayah hukumnya. Tidak boleh dibuat ringan. Kalau jenazah tidak disempurnakan satu kampung tanggung dosa, satu kampung ditanya di akhirat kelak," secara sambil lalu Datuk mengingatkan.

"Kalau ada apa-apa yang tidak baik, eloklah kita lupakan saja, lagi pun dia dah mati," Haji Basilam bagaikan memujuk dan merayu.

Buat beberapa ketika, Ketua Kampung dan Pak imam membatu. Akhirnya, serentak mereka gelengkan kepala.

"Kenapa?" Tanya Haji Basilam sambil membeliakkan biji mata.

"Masa hayatnya, mati hidup orang sekeliling tak pernah mahu ambil tahu. Kenduri kendara orang kampung, tak mahu campur. Dijemput pun tak datang," Ketua Kampung meluahkan suara hatinya.

"Lupakan saja perkara yang remeh temeh," Datuk cuba menenangkan keadaan.

"Kita kena tunjuk perkara yang baik pada orang lain, kalau kita ikutkan perasaan marah dan benci, kita juga yang rugi. Silap-silap cara orang lain tuduh kita pendek akal," lagi sekali Haji Basilam mengeluarkan komentarnya.

"Betul juga cakapnya," ketua kampung renung muka Pak Imam.

"Saya belum bersedia, kalau nak pergi, saya kena tukar pakaian dulu," Pak Imam mengaru cuping telinga. Pendiriannya mula berubah.

"Saya juga begitu, belum bersedia," balas ketua kampung.

"Itu perkara mudah, kami tunggu. Pergilah tukar baju dan kain kamu berdua."

Ada keriangan bermain di wajah Haji Basilam. Sementara menanti Pak imam dan ketua kampung menukarkan pakaian, datuk dan Haji Basilam duduk dibangku panjang di bawah pokok manggis disudut rumah.

Kira-kira lima minit kemudian Pak imam dan Ketua kampung muncul, mereka memakai baju melayu teluk belangga, berkain pelekat samarinda. Kedua-duanya memakai songkok putih.

Datuk dan Haji Basilam tersenyum gembira kerana berjaya memujuk dan melembutkan hati orang yang dianggap penting dalam kampung tersebut.

"Mari," kata ketua kampung.

"Jum kita pergi," sahut Haji Basilam dan datuk serentak.

Di bawah sinar matahari petang yang kian condong ke barat, empat insan melangkah serentak dipermukaan jalan enam kaki menuju ke rumah besar di hujung kampung.

Ketika mereka sampai di halaman rumah papan besar beratap genting, mereka terhidu bau kemenyan.

Beberapa orang anak muda duduk berlonggok di bawah rumpun kemboja, kumpulan anak-anak muda itu berborak kosong sambil menghisap rokok, ada juga di antara mereka sedang main catur.

Gerak-geri kumpulan anak-anak muda itu ternyata menarik perhatian Ketua kampung.

"Kamu kenal mereka?" Tanya Haji Basilam pada ketua kampung.

"Bukan anak muda kampung ni."

"Habis dari mana?"

"Barangkali dari kampung lain."

"Hum..." Haji Basilam anggukkan kepala dan dia tidak meneruskan pertanyaan berhubung dengan kumpulan pemuda tersebut.

Selain dari kumpulan anak-anak muda tersebut, tidak ada orang lain yang datang mengunjungi rumah simati.

Keadaan sekeliling rumah, tidak mengambarkan yang di dalam rumah besar itu ada sekujur mayat.

SEKITAR

Melihat keadaan sekitar, ketua kampung tidak senang hati. Dia pun mengambil inisiatif yang drastik.

Ketua kampung pergi mengetuk pintu rumah penghuni kampung dan mengesa mereka datang ke rumah orang mati. Usaha ketua kampung tidak mengecewakan. Rumah besar beratap genting di hujung kampung mula didatangi oleh para penduduk.

"Terima kasih, usaha awak tidak sia-sia, bila orang dah ramai, senanglah kita buat kerja," kata Haji Basilam sambil menepuk bahu Ketua kampung.

"Pengaruh awak memang kuat, sepuluh minit awak tinggalkan kami disini, lebih dari seratus penduduk kampung dah datang," Datuk pula memuji.

Ketua kampung tersenyum dan merasa agak kesal kerana meninggalkan Datuk, Haji Basilam dan pak imam dihalaman rumah.

"Suami simati tak nampak," Ketua kampung merenung ke kiri dan ke kanan.

"Tak nampak pula," Datuk menjawab.

"Agak, dia sibuk di dalam rumah," tingkah pak imam.

"Kalau begitu, kita naik saja, setidak-tidaknya kita boleh membaca yassin," Datuk mengeluarkan usul.

Ternyata tidak ada yang membantah. Semuanya akur dengan cadangan datuk. Sebaik sahaja sampai di kaki tangga, langkah datuk terhenti. Macam ada sesuatu yang menarik kakinya dari dalam bumi.

Pandangannya mula berpinar-pinar dan samar-samar. Kepala sebelah kiri terasa amat sakit seperti ditusuk dengan besi tajam.

Urat leher terasa tegang dan Datuk tidak dapat mengimbangi badan hampir sahaja Datuk mahu jatuh di kaki tangga.

"Kenapa ni?" Haji Basilam segera menerpa dan memeluk tubuh Datuk.

Ketua kampung dan Pak imam segera membantu. Dan Datuk pun dibawa ke satu sudut lalu didudukan atas bangku panjang.

Mereka pun merawat Datuk dengan memicit dan mengurut bahagian belakang. Perbuatan itu tidak dibenarkan oleh Datuk berlanjutan lebih dari tiga minit.

Pantang bagi Datuk, urat ditubuhnya di jamah atau diurut sesuka hati. Dia mempunyai formula tersendiri dalam menanggani masalah sakit ditubuhnya.

"Sudahlah, aku boleh bangun," Datuk mula terasa tenaganya sudah pulih seperti tadi.

Datuk segera berdiri dan berjalan ke kiri dan ke kanan didepan bangku panjang.

"Kenapa dengan kamu?" Tanya Haji Basilam secara berbisik.

"Aku semacam ternampak bayangan arwah suami wanita itu duduk berjuntai kaki dimuka tangga. Ditangannya ada tempurung, dia berpakaian compang-camping, macam peminta sedekah. Bila aku lihat lama-lama dia membalingkan tempurungnya ke arah aku, membuat badan aku terasa lemah dan kepala jadi pening," penjelasan Datuk itu membuat Haji Basilam mengkerutkan kening.

Pak imam dan Ketua kampung yang tidak dapat menangkap apa yang dicakapkan oleh datuk pada Haji Basilam turut tersenyum.

"Bagaimana? mahu kita teruskan?" Belum pun sempat datuk menjawap pertanyaan yang diajukan oleh Haji Basilam, secara mendadak Sham muncul dimuka pintu.

"Silakan naik," jemputnya dengan wajah damai.

Datuk dan kawan-kawan mengucapkan terima kasih dan terus naik ke rumah dan duduk menghadap mayat.

"Buka, saya tenguk mukanya," Pak Imam mengkemukakan permintaan. Tanpa membuang masa Sham terus menunaikan.

Sebaik sahaja kain yang menutup bahagian mukanya dibuka, Datuk dan Haji Basilam mengalami kejutan yang amat sangat. Mereka bagaikan tidak percaya, wajah wanita yang dilihat beberapa jam sebelumnya sudah berubah sama sekali.

Kulit dan daging di bahagian pipi sudah relai, begitu juga dengan bahagian hidung dan dagu. Tulang-¬tulang dibahagian tersebut jelas menonjol. Keadaannya amat ngeri dan menakutkan.

"Tutup."

Sham segera menutup muka mayat isterinya.

"Apa yang patut saya buat pakcik?" Tanya Sham.

"Kita uruskan macam mayat-mayat yang lain," sahut Haji Basilam.

"Jadi, pakcik berdua uruskan."

"Ramai orang boleh uruskan, kita ada pak imam, kita ada Ketua kampung, mereka sanggup menolong," tingkah Datuk sambil merenung wajah Haji Basilam, Pak imam dan Ketua kampung.

"Tapi, hubungan saya dengan mereka tak begitu baik," Sham seperti tergagap.

"Lupakan perkara yang lalu," Ketua kampung mula masuk campur. Serentak Pak imam, Haji Basilam dan Datuk anggukkan kepala. Setuju dengan apa yang disuarakan oleh ketua kampung.

Sham tunduk seribu bahasa.

DOA

Setelah menghadiahkan doa pendek pada simati, Datuk dan kawan-kawan terus membaca surah yasin.

Semasa yasin dibaca, Datuk dapat merasakan sepasang kaki mayat bergerak-gerak dalam kain. Datuk buat tidak kisah dengan kejadian itu.

Dia terus membaca tetapi, kali ini sepasang tangan mayat pula bergerak seolah-olah seperti minta tolong supaya dibangunkan. Datuk mempersetankan semuanya itu, dia terus membaca.

Bila kepala mayat bergerak-gerak, pembacaan datuk jadi terganggu. Buat beberapa ketika datuk merenung sekujur mayat yang sedang terbaring didepan matanya.

Semuanya macam biasa, tiada sesuatu yang ganjil. Bila pembacaan diteruskan mayat mula buat hal. Kaki, tangan, kepala dan lutut turut bergoyang.

Datuk tidak tahu, apakah Pak imam, Ketua kampung dan Haji Basilam turut mengalami seperti apa yang dialaminya.

Apa yang pasti, Datuk berusaha dengan sedaya upaya menghadapi suasana yang menakutkan itu dengan perasaan yang tenang.

Nasib baik, sehingga pembacaan yasin berakhir, tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

"Bagaimana Pak imam? Pada hemat saya, mayat ini harus dikebumikan dengan segera. Sebaiknya, dikebumikan petang ini juga," beritahu datuk pada Pak imam, semasa mereka bergerak ke ruang anjung dan berlabuh disitu.

"Perkara ni dah saya beritahu pada suami arwah, saya dah suruh dia sediakan barang keperluan untuk mengkebumikan jenazah," kata Pak imam.

"Oh, begitu cepat awak bertindak," Datuk anggukkan kepala lalu merenung ke arah halaman rumah.

Datuk menarik nafas lega, bila dia melihat Ketua kampung mengetahui beberapa orang penduduk membuat keranda. Haji Basilam menyediakan batang pisang untuk dijadikan mandi mayat.

Beberapa orang anak muda sudah disuruh pergi ke tanah perkuburan untuk mengali lubang mayat.

Nampaknya, semua berjalan dengan lancar dan baik sekali.

"Siapa yang menguruskan mandi jenazah?" Sepasang anak mata Datuk tertumpu ke wajah Pak imam yang kelihatan tenang.

Datuk mengalihkan pandangannya kembali ke halaman rumah. Semuanya nampak sibuk dengan tugas masing-masing.

"Tak apa, biar saya uruskan," Pak imam segera bangun lalu menemui suami simati yang berada dibawah rumah.

Ada sesuatu yang dicakapkan oleh pak imam. Suami simati mencatat dikertas apa yang dicakapkan oleh Pak imam.

Tidak lama berselang, suami simati segera beredar menuju ke pekan kecil. Barangkali mencari sesuatu.

Pak Imam segera beredar menuju ke arah sekumpulan wanita yang duduk diruang yang agak tersorok dekat bahagian dapur. Rata-rata mereka berusia antara 50 hingga 60 tahun.

Setelah bercakap sebentar dengan mereka, Pak imam mendekati datuk.

"Semuanya selesai. Hajjah Safiah dan kawan-kawan menguruskan mandi mayat dan mengkafankannya. Kalau kesuntukan masa kita kebumikan lepas Isyak."

"Tak kira, lepas maghrib atau isyak, pokoknya jenazah ini tidak boleh dibiarkan lama-lama dirumah. Nampaknya awak berjaya menguruskannya dengan baik," Datuk memuji Pak Imam.

"Saya sekadar menjalankan perintah hukum-hakam agama."

"Tak apalah imam, kita kena fikirkan dimana jenazah ini mahu disembahyangkan di rumah atau di masjid."

"Iya, sementara menanti kerja mereka selesaikan, kita harus memikirkan perkara yang awak sebut tu. Nanti saya jumpa suami simati," kata Pak imam.

"Silakan imam," datuk memberi jalan.

Pak imam segera beredar meninggalkan Datuk sendirian disitu. Bila bersendirian, macam-macam yang tergambar dalam otak Datuk, semuanya ada hubungkait dengan simati.

Tetapi, usahanya itu tidak berhasil, sambil merenung langit petang menerusi jendela yang terdedah, Datuk terus mengeluh.

ANAK

Mengapa dia bersuamikan Sham yang boleh dijadikan anak? Mungkin ada tujuan tertentu. Barangkali, dia mahu dirinya sentiasa kelihatan muda, itulah sebabnya dia menikah dengan Sham yang muda belia.

Biasanya, wanita yang mahu kulit wajahnya tidak mengecut atau runtuh akan menikah atau bersama dengan anak-anak muda yang berusia antara 20 hingga 25 tahun dalam jumlah paling kurang tiga puluh orang.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 193/284

BACA: SBDJ Siri 192: Makhluk Aneh Usung Mayat
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2023/10/daging-pipinya-relai-sbdj-siri-193.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pasar Raya Di Selayang Didakwa Jual Daging Katak

Pasar Raya Di Selayang Didakwa Jual Daging Katak

papar berkaitan - pada 26/10/2023 - jumlah : 237 hits
Sebuah pasar raya di Selayang Selangor didakwa jual daging katak berdasarkan perkongsian dua keping gambar yang tular di media sosial Pasar raya jual daging katak Menerusi satu perkongsian di Facebook gambar yang dimuat naik oleh pengguna A...
Daging Paprik Konco Konconya

Daging Paprik Konco Konconya

papar berkaitan - pada 24/10/2023 - jumlah : 142 hits
Assalamualaikum WBTmasih berbaki dua ketul Sk beritahu Pak Inche nanti makan malam nak panaskan sup je dan tambah telur dadar Sebenarnya minggu lepas tak ingat ada cerita tak Pak Inche minta masak Sambal Daging Tapi tak jadi masak sebab tib...
Masak Lemak Daging Salai Belimbing Buloh

Masak Lemak Daging Salai Belimbing Buloh

papar berkaitan - pada 17/10/2023 - jumlah : 272 hits
Saya banyak hari juga terfikir fikir tentang ujian kehidupan selepas membaca kisah viral seorang penyanyi tersohor dengan keluarganya Sesungguhnya kehidupan ini pelbagai ragam dan cubaan Ujian antara seorang dengan seorang yang lain tidak s...
Apes Ibu Di Depok Kena Peluru Nyasar Ke Pipinya Saat Menuju Pasar Bareng Suami

Apes Ibu Di Depok Kena Peluru Nyasar Ke Pipinya Saat Menuju Pasar Bareng Suami

papar berkaitan - pada 2/11/2023 - jumlah : 123 hits
Ibu rumah tangga menjadi korban peluru karet nyasar saat berboncengan dengan suami ke pasar
Ingat Tak Monopoli Kartel Daging Berusia 40 Tahun Letak Sticker Halal Pada Daging Babi Nauzubillah Apa Jadi Kes Itu

Ingat Tak Monopoli Kartel Daging Berusia 40 Tahun Letak Sticker Halal Pada Daging Babi Nauzubillah Apa Jadi Kes Itu

papar berkaitan - pada 1/11/2023 - jumlah : 264 hits
2021 major scam uncertified frozen meat repacked with halal labelsincluded kangaroo horse meat pork passed off as halal beef OSTB The following is adapted from Asia Sentinel It was written by Cyril Perreira whole country stunned by drop in ...
Daging Bakar Thai Mudah

Daging Bakar Thai Mudah

papar berkaitan - pada 2/11/2023 - jumlah : 219 hits
ada daging dalam freezer yang dah kejung beku tu meh lah kita tukarkan dia jadi daging bakar ni kalau nak ikitkan malas memang tak menjadi lah gamaknya tapi bila ada tukang makan maka kita pun merajinkan diri lah membuatnya walaupun masa pe...
Siri Jelajah Bebaskan Najib Kerja Sia Sia

Siri Jelajah Bebaskan Najib Kerja Sia Sia

papar berkaitan - pada 30/10/2023 - jumlah : 135 hits
Malam semalam telah berlangsung siri pembukaan jelajah yang dikatakan untuk memperjuangkan keadilan buat bekas Perdana Menteri Najib Razak yang kini sedang menjalani hukuman penjara selama 12 tahun di Penjara Kajang Jelajah kali pertama dia...
Netflix Dedah Pandangan Pertama Siri Aksi Langsung Yu Yu Hakusho

Netflix Dedah Pandangan Pertama Siri Aksi Langsung Yu Yu Hakusho

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 152 hits
Netflix telah berkongsi pandangan pertama siri aksi langsung Yu Yu Hakusho yang akan datang Pandangan pertama itu hadir menerusi trailer Geeked Week 2023 yang dikeluarkan Netflix Ia memaparkan pandangan rasmi pelakon Takumi Kitamura yang me...
Poster Terbaru Monarch Legacy Of Monsters Untuk Siri Terbaru Monsterverse Apple Tv

Poster Terbaru Monarch Legacy Of Monsters Untuk Siri Terbaru Monsterverse Apple Tv

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 165 hits
Poster terbaru siri MonsterVerse yang dinantikan telah didedahkan mengusik kehadiran raksasa besar kepada penonton Siri Kaiju bertajuk Monarch Legacy of Monsters ini akan ditayangkan di Apple TV mulai 17 November 2023 Poster itu tidak mende...
Merry Christmas And Happy New Year

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jenis Bekam

A Short Story Menara Impian

Antara Hidup Lama Dengan Hidup Berkualiti Mana Satu Pilihan Anda

Masak Lemak Putih Kentang

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Why Are Some People So Serious All The Time