Sbdj Siri 188 Bahana Duri Ikan Pari


Kami bersedia menyambut kedatangannya dalam serba kemungkinan. Kalau niatnya baik, kebaikan yang akan diperolehinya. Kalau niatnya jahat, jahat yang bakal diterimanya. Kami menanti penuh cemas. Dia terus melangkah ke arah kami dengan penuh keyakinan. Bila kain hitam membalut wajahnya dijatuhkan, menjadikan ramalan saya benar belaka.


Lelaki tua yang tertonggok di depan kami ialah Haji Basilam. Dulu memakai songkok, sekarang pakai serban. Dia menarik dan melepaskan nafas dengan perlahan. Biji matanya dihalakan ke wajah saya.

"Kenapa tak tunggu di tempat yang dijanjikan?" cepat-cepat saya alihkan pandangan ke muka Andi Kamarool. Minta bantuan agar dia menjawab pertanyaan Haji Basilam.

"Kami terlupa, terlanjur menumpang lori Abu Zaharin, kami ajak kemari," jelas Andi Kamarool.

"Siapa suruh kamu ke mari?" Sergah Haji Basilam, gerak matanya membayangkan kekesalan.

Dia langsung tidak memberikan perhatian kepada Abu Zaharin yang berdiri disebelah Andi Kamarool.

"Bukankah Pak Haji dan datuk nak datang ke Danau Kerinci," sayacubamempertahankan tindakan yang kami lakukan memang wajar.

JARI

Mendengar kata-kata yang saya luahkan itu, Haji Basilam menggigit bibir sambil jari jemari kanannya memain hujung serban. Dia terus mengerutkan kening.

"Tapi, aku dan datuk kamu tak suruh datang ke sini. Kami suruh kamu berdua tunggu di kedai Saad mata sebelah. Lain yang disuruh lain pula yang kamu berdua buat," Haji Basilam merungut tetapi wajahnya tidak sekeruh tadi.

Sudah cerah dan boleh tersenyum kepada kami. Dengan Abu Zaharin dia masih buat tidak kisah, seolah-olah Abu Zaharin tidak wujud.

"Hairan juga Pak Haji bagaikan tahu kami ada dalam lori," begitulah, berdasarkan riak wajah Andi Kamarool cuba memberanikan diri menyoal Haji Basilam.

Pertanyaan yang diajukan itu tidak dijawab oleh Haji Basilam.

Entah mengapa, secara mengejut saja dia tumpukan perhatian kepada Abu Zaharin lalu menghadiahkan senyum persahabatan yang disambut dengan penuh kemesraan oleh Abu Zaharin.

"Maaf, saya nak bercakap dengan budak-budak ni sekejap, awak tunggu di sini."

"Silakan," balas Abu Zaharin.

Dengan tergesa-gesa Haji Basilam menarik tangan saya dan Andi Kamarool ke belakang lori kecil. Kali ini secara terang-terangan Haji Basilam melepaskan ledakan kemarahan untuk kami.

Haji Basilam meningatkan kami supaya berpegang teguh kepada janji dan jangan mengulangi perbuatan yang boleh merisaukan hati orang lain. Apa yang terdaya saya dan Andi Kamarool lakukan ialah mohon maaf padanya.

"Kami tak niat nak susahkan pak haji," nada suara saya lemah.

"Sebaik saja aku sampai ke kedai Saad mata sebelah, aku tengok kamu berdua tak ada. Seluruh anggota sendi aku lemah, bila Saad mata sebelah beritahu dia nampak dua orang budak lelaki naik lori kecil, kepala merah," penuh perasaan Haji Basilam bercerita. Mulut kami berdua terlopong mendengarnya.

"Dia beri nombor lori dan arah mana lori itu pergi, aku pinjam motosikalnya, kejar kamu berdua " tambah Haji Basilam lalu kami sambut dengan ketawa dan ketawa kami berhenti dengan serta merta bila Haji Basilam menjengilkan biji matanya kepada kami.

"Sepatutnya kawan pak haji itu panggil kami," Andi Kamarool tersengih.

"Dia tak begitu yakin. Syukur kamu berdua selamat, aku takut kamu berdua kena colek."

Sungguh melucukan andaian Haji Basilam tetapi, kami tidak berani ketawa.

"Siapa nama drebar lori yang kamu tumpang tu?" Anak matanya terdampar ke wajah Andi Kamarool. Andi Kamarool pula menghalakan pandangannya kepada saya.

"Abu Zaharin, anak saudara Haji Simpul. Dia yang suruh kami naik lori ni, dia juga beritahu kami yang Haji Basilam dan datuk berada di salah sebuah kampung dekat Danau Kerinci," kata saya.

Air muka Haji Basilam berubah. Dahi dan keningnya berkedut. Tanpa berkata apa-apa Haji Basilam meninggalkan kami. Tindakan itu. sudah pasti mengejutkan saya dan Andi Kamarool.

Rupa-rupanya Haji Basilam menerkam ke arah Abu Zaharin yang sudah berada dalam lori kecil. Kami lihat mereka bercakap sebentar. Tidak lama kemudian Abu Zaharin melompat turun dari lori.

Haji Basilam menepuk bahu Abu Zaharin mereka berpelukan penuh mesra. Kemudian serentak mereka melangkah menghampiri kami.

"Bapa saudaranya Haji Simpul aku kenal. Kawan rapat ayah si Mia. Kenapa kamu berdua tak beritahu aku," cukup lantang suara Haji Basilam. Abu Zaharin tersengih. mereka masih berpelukan.

"Kalaulah aku tahu, kamu berdua naik lori anak saudara Haji Simpul memanglah aku tidak bimbang. Kamu mesti selamat," wajah Haji Simpul nampak ceria sekali.

Telapak tangan kanannya terus menepuk-nepuk bahu Abu Zaharin, bagaikan sudah berkenalan bertahun-tahun.

PELUH

Panas yang menggigit tubuh membuat bintit-bintit peluh halus menguasai dahi saya dan Andi Kamarool. Dengan hujung serban Haji Basilam menyapu peluh di dahi. Senyum Abu Zaharin bertali arus dikelopak bibir.

"Bagaimana? Boleh saya tinggalkan mereka berdua disini," Saya dan Andi Kamarool berpandangan.

Macam-macam perkara yang kurang menyenangkan timbul dalam tempurung kepala saya. Barangkali Abu Zaharin sengaja mahu mempermainkan kami. Mana mungkin kami boleh menumpang motosikal Haji Basilam.

"Sabar dulu, tunggu sekejap," tahan Haji Basilam. Kami mula merasa lega.

Di bawah sinar matahari yang kian keras itu, Abu Zaharin tatap wajah Haji Basilam dengan seribu persoalan.

"Masih memerlukan pertolongan saya lagi?"

"Sudah tentu," Haji Basilam tentang anak mata Abu Zaharin.

"Aku nak kirim motosikal ni," sambung Haji Basilam.

Abu Zaharin segera menggosok hujung hidungnya yang diruapi peluh harus.

"Nak kirim kemana pak haji?"

"Ke Sungai Penuh, hantarkan ke kedai kopi Saad mata sebelah."

Rasa hairan bermain di wajah dan dahinya kembali berkerut. Bintit-bintit peluh halus dihujung kerutan segera meleleh ke cerun pipi. Haji Basilam tahu apa yang difikirkan oleh Abu Zaharin.

"Kedainya, sebelah kanan jalan besar. Didepannya ada toko kain," kata Haji Basilam bagaikan berbisik.

"Oh, saya tahu," sahut Abu Zaharin riang.

"Kalau begitu tolong naikkan motosikal atas lori," tambahnya lalu menerkam ke arah motosikal.

Dengan penuh tenaga dia mendorong motosikal hingga ke bahagian belakan lori untuk dijadikan titian.

"Sekarang kita ramai-ramai tolak motosikal," arahan pun dikeluarkan oleh Haji Basilam. Kami segera mematuhinya.

Saya ditugaskan menolak motosikal dari belakang, Abu Zaharin menjaga bahagian depan dan handle.

Andi Kamarool menjaga bahagian tepi. Haji Basilam berdiri dalam perut lori kecil memberi arahan. Tidak sampai dua puluh minit semua urusan selesai.

"Motosikal tu mesti diikat supaya tidak jatuh bila melalui selekoh. Kamu ikatkan Tamar, ini talinya," Haji Basilam mencampakan tali belati kepada saya.

Tidak tahu dari mana dia memperolehi tali tersebut. Saya sempurnakan ikatan dengan sebaik mungkin. Bagi mempastikan sama ada ikatan itu kemas dan kuat, dua tiga kali badan motor saya goncang.

"Dah kuat tu, tak payah digoyang-goyang," tegur Andi Kamarool.

"Aku pun fikir begitu, dah cukup kuat. Lagipun aku bawa lori bukannya laju sangat," tingkah Abu Zaharin.

Saya terima semua komen yang diluahkan dengan senyum.

"Bab pertama sudah selesai," Semua biji mata tertumpu ke arah Haji Basilam yang berdiri di tengah lori kecil.

Kemudian dia melangkah dan lantas terjun dari lori. Kami juga turut berbuat demikian.

"Begini, kerana kamu mahu balik ke Sungai Penuh, kami tumpang lori kamu separuh jalan. Turunkan kami di simpang, dari situ kami berjalan ke kampung dalam. Datuk di Tamar menanti di situ."

"Boleh, tak jadi masalah. Saya boleh hantar sampai ke kaki tangga," jawab Abu Zaharin lalu masuk kedalam lori. Sudah tentu janji yang diluahkan itu membuat kami riang.

GARANG

Setelah membuat pusingan, lori kecil kepala merah berpatah balik menghala ke Sungai Penuh.

Matahari garang, Abu Zaharin nampak begitu selesa memandu, begitu juga dengan Haji Basilam cukup aman duduk di sebelah.

Saya dan Andi Kamarool sengaja memilih untuk berdiri di bahagian belakang lori. Tidak seronok rasanya duduk dekat Haji Basilam.

Lori kecil kepala merah terus bergerak lancar, kami terpaksa berpaut pada dinding lori. Rambut kami mengerbang disentuh angin dan mata mula berair, tidak boleh dibuka luas kerana pedih akibat angin.

Apa yang pasti sepanjang jalan itu, Abu Zaharin dan Haji Basilam cukup rancak bercakap.

"Oooppp...," jerit saya sambil berpaut pada dinding lori.

Ternyata saya gagal mengimbangi badan, akibatnya tubuh tersungkur atas lantai lori. Tergesa-gesa saya bangun.

"Celaka si Abu kenapa membelok macam tu," terpancut kata dari mulut.

"Salah kamu juga, sepatutnya pegang kuat-kuat dan berdiri betul," Andi Kamarool melunturkan pendapat.

Memang benar, apa yang diungkapkan itu. Saya cuai tetapi, memang dasar tidak mahu mengakui kelemahan diri sendiri, saya tidak mahu menerima pandangan Andi Kamarool.

MERAH

Setelah melepasi selekoh tajam, lori kecil berkepala merah mula bergerak perlahan.

Di hadapannya terbentang simpang tiga, kelihatan beberapa buah lori kecil, kereta dan motosikal berhenti di bibir jalan.

Para pemandu kenderaan tersebut menyemberang jalan menuju ke sebuah warung yang terletak di kepala simpang.

"Cukup di sini saja Abu," gegendang telinga saya dapat menangkap suara Haji Basilam dalam deru enjin lori.

Tayar lori mula melanggar rumput dan lopak tepi tepi jalan membuat tubuh saya dan Kamarool turut bergerak ke kiri dan ke kanan, mengikut pergerakan badan lori.

Akibatnya enjin lori dimatikan. Haji Basilam melompat turun.

"Turun, tunggu apa lagi."

Saya dan Andi Kamarool segera terjun dari lori.

"Kita minum di kedai seberang jalan Abu."

"Terima kasih, kerana susah payah menolong budak dua orang ni, sampaikan salam saya pada Haji Simpul."

"InsyaAllah."

Lori kecil berkepala merah terus meninggalkan kami bertiga di gigi jalan. Perut mula terasa lapar. Saya mula teringat tentang nasi lemak sambal tumis ikan bilis yang dibekalkan oleh Mia untuk kami.

Haji Basilam dongak ke langit, melihat kedudukan matahari untuk beberapa minit. Kemudian dia tersenyum merenung ke arah saya dan Andi Kamarool.

"Kamu berdua lapar?"

Kami segera mengangguk.

"Mia bekalkan kamu nasi lemak sambal tumis ikan bilis."

“Iya Pak Haji, macamana Pak Haji tahu," tanya Andi Kamarool.

"Aku kenal emak bapa Mia, aku kenal keturunannya. Memang sudah jadi rasmi keluarga Mia, setiap orang luar yang baru dikenali dan bermalam di rumahnya akan dibekalkan dengan nasi lemak sambal tumis ikan bilis bersama tiga biji bertih, hujung daun pisang pembungkus nasi lemak sebelah kiri dipotong. Kalau tetamu tidak dibekalkan dengan perkara tersebut nanti SAKA menganggu, kecuali orang yang kuat ilmu batinnya."

Penjelasan Haji Basilam membuat saya dan Andi Kamarool menarik nafas serentak. Memang tidak dinafikan, saya melihat bertih dan daun pisang yang dipotong hujungnya ketika saya mahu memasukan bungkusan nasi lemak kedalam beg galas. Cara kebetulan bungkusan itu terbuka sendiri.

"Tak usah susah hati, nasi lemak tu selamat dimakan, kalau terjadi sesuatu yang tak baik aku boleh tawarkan," janji Haji Basilam kepada saya dan Andi Kamarool.

Kami bertiga segera melintas jalanraya menuju ke warung di kepala simpang. Kami disambut dengan ramah oleh pemilik warung yang memang kenal Haji Basilam.

Kami tidak dibenarkan duduk bersama pelanggan warungnya yang lain. Kami ditempatkan di bilik khas dan dilayan dengan sebaik mungkin.

Episod lapar yang kami alami pun berakhir. Nasi lemak yang dibekalkan oleh Mia habis masuk perut, hingga kami terlupa untuk mencari bertih dan daun pisang yang dipotong hujung.

"Haji ni berjasa besar kepada saya, dia banyak membantu, kalaulah bukan kerana usahanya, mungkin awak berdua tidak dapat singgah di kedai saya ini," pemilik warung yang berhidung besar dengan parut selebar dua inci dipipi kanan meletakkan tiga cawan kopi di depan kami.

"Usahlah dikenangkan perkara itu, semuanya dengan izin Allah," jawab Haji Basilam.

Pemilik warung meninggalkan kami di bilik khas. Dia meneruskan tugasnya melayani pelanggan.

"Siapa namanya Pak Haji?" saya mula mencungkil rahsia.

"Jaafar."

"Apa jasa pak haji dengannya?"

"Adalah sedikit, semuanya cara kebetulan. Datuk kamu tahu ceritanya, kau tanyalah sama dia."

"Minta maaf, saya tak berani. Sambil minum ada baiknya pak haji bercerita sambil lalu."

"Tolonglah ceritakan pak haji, kami sekadar mahu mendengarnya," rayu Andi Kamarool.

Haji Basilam meneguk kopi, matanya merenung dinding warung. Akhirnya, dia akur dengan permintaan. Haji Basilam pun mulakan ceritanya.

TINGGAM

Di daerah Sumatera, sejenis ilmu yang disebut TINGGAM masih dimanfaatkan atau digunakan bagi merosakkan (menyakiti) lawan atau orang yang tidak disenangi.

Bila TINGGAM mula berkerja (bergerak) bahagian tepi leher terasa sakit sakit yang kadangkala berpindah pindah.

Bila sakit sudah sampai pada puncaknya (kemuncaknya) dari tepi leher akan muncul jenis bisul yang kemudiannya pecah serta mengeluarkan air yang busuk baunya. Akibatnya, si pengidap penyakit dijauhi atau kurang disenangi.

"Pak haji, saya nak tanya apa makna TINGGAM tu?" tanya saya.

"Perkataan TINGGAM berasal dari Minangkabau yang bermaksud jampi-jampi untuk menjadikan seseorang itu sakit bengkak-bengkak dan bahagian dan sebagainya dengan mencucukkan duri ekor ikan pari pada gambar orang yang disakit atau pada ikan pari," jelas Haji Basilam.

"Dahsyatnya," keluh Andi Kamarool.

Selanjutnya Haji Basilam menjelaskan, TINGGAM ada bermacam-macam jenis. Tetapi yang paling popular dan sangat jahat ialah Tinggam tulang ikan pari.

Tulang yang digunakan ialah tulang yang terdapat di bahagian pangkal ekor iaitu tulang yang runcing dan tajam. Tulang itu digunakan untuk dimasukan ke tubuh musuh atau atau lawan secara ghaib.

Setelah tulang itu diambil ikan pari tersebut dilepaskan kembali ke tengah laut. Jika ikan itu masih hidup, maka tulang yang digunakan untuk tinggam tetap akan bergerak dalam tubuh orang yang dimaksudkan sehingga orang tersebut hidup menderita.

"Si Jaafar pemilik warung ni, salah seorang bekas mangsa Tinggam," bisik Haji Basilam kepada saya dan Andi Kamarool.

Dia memberi senyuman kepada Jaafar yang secara kebetulan masuk ke bilik khas mengambil sesuatu untuk pclanggannya.

Kerana tidak mahu cerita tentang Tinggam dan Jaafar mati begitu saja, kami berdua terus memujuk dan merayu Haji Basilam meneruskan ceritanya. Usaha kami berhasil.

Menurut Haji Basilam, Jaafar anak jati kampung Simpang merantau ke Pekan Baru yang ketika itu belum begitu maju dan penduduknya tidak seramai sekarang.

Haji Basilam tidak menyebut tahun berapa Jaafar merantau ke tempat tersebut. Di rantau orang Jaafar berkenalan dengan Marson yang berasal dari Magelang, Jawa Tengah.

Perkenalan Jaafar dengan Masron terjadi secara kebetulan.

Suatu petang lebih kurang jam lima, Jaafar minum di sebuah gerai sambil menghirup teh fikirannya berperang sama sendiri. Dia tidak dapat membuat keputusan yang pasti sama ada mahu terus memperjudikan nasib di Pekan Baru atau merentas Selat Melaka menuju Melaka atau Johor.

Tiba-tiba Masron datang lalu duduk dikerusi sebelahnya, mereka memperkenalkan diri masing-masing.

Masron juga mahu mencuba nasib di Pekan Baru kemudian merancang mahu pergi ke Pontian Kecil di Johor kerana saudara sebelah ayahnya ada disitu.

Perkenalan singkat itu menghasilkan persahabatan yang kental. Mereka memutuskan untuk mencuba nasib di Pekan Baru dulu, kalau gagal baru mereka berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu.

RUMAH

Masa terus berlalu, tidak terasa sudah lima tahun Jaafar dan Masron bersahabat, bagaikan adik beradik. Masing-masing sudah membuka perniagaan sendiri. Antara mereka berdua ternyata Jaafar lebih berjaya.

Pada suatu petang Jumaat, lebih kurang pukul enam, Masron datang ke rumah sewa Jaafar, mereka merancang sembahyang jemaah dan membaca Yasin.

Sebagai meraikan sahabat karib, Jaafar menyediakan makanan enak yang dimasaknya sendiri. Lepas sembahyang Isyak mereka akan makan bersama diruang tamu.

Malam itu, setelah selesai melaksanakan sembahyang Isyak, Jaafar terus ke dapur untuk mengambil makanan. Dengan tidak diduga, dia jatuh dan terus pengsan.

Di saat mahu rebah terdengar bunyi yang agak kuat di bumbung, macam ada seseorang yang membalingkan batu keatap genteng.

Masron segera memapah tubuh Jaafar, dibawa ke katil dan dibaringkan. Pertolongan cemas segera dilakukan oleh Masron. Cepat-cepat Masron mendekatinya lalu memicit-micit tubuh Jaafar.

Masron yang tahu serba sedikit petua dan pantang larang orang tua-tua, segera membuat tanggapan bahawa ada sesuatu yang tidak kena terjadi pada diri Jaafar.

Dalam rintihan kesakitan itu, Jaafar memberitahu Masron bahawa di dalam tubuhnya terasa seperti ada benda yang bergerak-gerak dan terasa mencucuk-cucuk. Hampir seluruh tubuhnya tidak dapat digerakkan.

Masron terus berada di sisi Jaafar, sepanjang malam dia tidak dapat tidur, malah makanan yang dimasak Jaafar tidak dijamahnya.

Dia terus berdoa agar penyakit aneh yang singgah di tubuh sahabatnya segera hilang.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 188/284

BACA: SBDJ Siri 187: Saka Nenek Moyang
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2023/02/bahana-duri-ikan-pari-sbdj-siri-188.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ikan Pari Terbesar Dunia Dilekatkan Tag Bagi Pantau Pergerakan

Ikan Pari Terbesar Dunia Dilekatkan Tag Bagi Pantau Pergerakan

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 245 hits
Seorang penyelam menyelam dekat seekor ikan pari smalleye di Lautan Pasifik Marine Megafauna FoundationMAPUTO Sebanyak 11 ekor ikan pari paling besar dan jarang dilihat daripada spesies smalleye atau Megatrygon microps dilekatkan dengan tag...
Sbdj Siri 187 Saka Nenek Moyang

Sbdj Siri 187 Saka Nenek Moyang

papar berkaitan - pada 6/2/2023 - jumlah : 416 hits
Tidak dinafikan sedikit sebanyak kata kata yang terhambur dari mulut pemandu lori itu memang ada kebenarannya Kami memang keberatan mahu menceritakan peristiwa di rumah batu dan di ladang Mia kepada sesiapa Biarlah kejadian itu menjadi mili...
Kari Ikan Bawal Guna Serbuk Krim Kelapa Kara

Kari Ikan Bawal Guna Serbuk Krim Kelapa Kara

papar berkaitan - pada 14/2/2023 - jumlah : 190 hits
Assalamualaikum WBTSEMALAM dekat dekat pukul 3 petang Pak Inche hantar gambar sepinggan nasi dengan caption dah makan nasi Kalau dah hantar laporan macam tu maknanya malam nak makan benda lain selain nasi Sk tahu dia aim nak makan Hari ahad...
Niat Pancing Ikan Tapi Dapat Ayam

Niat Pancing Ikan Tapi Dapat Ayam

papar berkaitan - pada 13/2/2023 - jumlah : 388 hits
NIAT PANCING IKAN TAPI DAPAT AYAM Article ini saya baca di Facebook secara tak langsung tergerak hati untuk kongsi di sini kerana joke ini memang tak tercapai dek akal saya Ceritanya begini Ada satu kolam pancing ikan kutip RM30 00 untuk se...
Sprm Tumpu Rasuah Skala Besar Dulu Sibuk Tangkap Ikan Bilis

Sprm Tumpu Rasuah Skala Besar Dulu Sibuk Tangkap Ikan Bilis

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 166 hits
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata sasaran utama SPRM ketika ini adalah kepada kes berskala besar bagi menyelamatkan wang rakyat dan tidak lagi hanya kepada kes kecil Selain itu katanya SPRM akan melaksanakan siasatan dan pencegahan yang...
Cara Simpan Ikan Agar Kekal Segar Dan Tahan Lama

Cara Simpan Ikan Agar Kekal Segar Dan Tahan Lama

papar berkaitan - pada 18/2/2023 - jumlah : 225 hits
Salah satu cara simpan ikan agar kekal segar dan tahan lama ialah menyimpannya pada suhu yang rendah Bahagian Freezer mestilah diletakkan pada 4 darjah celcius Suhu yang rendah boleh merencatkan pertumbuhan dan pembiakan bakteria pada ikan ...
Terung Dengan Ikan Bilis Goreng Berlado

Terung Dengan Ikan Bilis Goreng Berlado

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 412 hits
Alhamdulillah kita bertemu lagi dengan entri masakan Maklum saya juga sekarang sedang membuat posting entri berkenaan perjalanan Umrah saya pada bulan Januari yang lalu Boleh klik di untuk entri pertama dan klik link di sana untuk entri sam...
Singgah Makan Ikan Bakar Di D Anjung Ikan Bakar

Singgah Makan Ikan Bakar Di D Anjung Ikan Bakar

papar berkaitan - pada 9/2/2023 - jumlah : 251 hits
Sebelum check in kita isi perut duluan Sebenarnya kalau ke Melaka berhajat nak makan asam pedas Masa singgah di ada kedai asam pedas tapi tutup Lepas tu encik suami suggest makan di Kedai makan D Anjung Ikan Bakar ni Jalan nak ke entrance P...
Hiburan Nampak N Nok Tembam Tu Haa Ayda Dan Fyna Jebat Dikecam Baju Tema Pari Pari Terjojol Bentuk Alat Sulit

Hiburan Nampak N Nok Tembam Tu Haa Ayda Dan Fyna Jebat Dikecam Baju Tema Pari Pari Terjojol Bentuk Alat Sulit

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 364 hits
Program nyanyian Famili Duo musim ke 2 baru sahaja melabuhkan tirai pada hujung minggu lalu di mana ia menyaksikan pasangan adik beradik Zaki Yamani dan juga Yamani Abdillah berjaya menjadi juara dan membawa pulang hadiah wang tunai bernila...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco

Lauk Paling Sedap

Hiburan Aktif Kegiatan Mencuri Ayam Di Pasar Awam Sekitar Daerah Batang Padang Tiga Lelaki Akhirnya Ditangkap

Keutamaan Berdoa Dalam Islam

Isshhh Tak Kan La Hangpa Ni Takat Sekampit Beras Ja

Jalan Kaki Tapi Magic Sampai India Dah