Sayyidul Istighfar Kelebihannya Penghulu Segala Istighfar


Apakah yang dimaksudkan dengan Sayyidul Istighfar, bacaannya serta kelebihannya? 
Sayyidul Istighfar adalah merupakan penghulu segala istighfar. Ia adalah merupakan salah satu doa atau ucapan taubat yang amat digalakkan.
Sebagai hamba Allah yang sering lalai dan melakukan dosa, kita hendaklah sentiasa bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah SWT melalui istighfar. 
Dalam sebuah hadith diceritakan bahawa Nabi SAW beristighfar lebih daripada 70 kali sehari. Ini adalah sebagaimana yang diriwayatkan di dalam Sahih Imam al-Bukhari:
 Daripada Abu Hurairah RA, bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: 
وَاللَّهِ إِنِّي لَأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِي اليَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً
Maksudnya: “Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya setiap hari lebih daripada 70 kali”. [Riwayat al-Bukhari (6307)]
Bagaimana pula dengan kita sebagai hamba Allah yang biasa-biasa sahaja?
Bacaan Sayyidul Istighfar Berikut ialah bacaan sayyidul istighfar yang boleh kita amalkan setiap hari:
Bacaan rumi:
Allaahumma Anta Rabbii Laa ilaaha illaa Annta Kholaq-tanii Wa Anaa ‘Abduka Wa Anaa ‘Ala ‘Ahdika Wawa’ Dika Mas-tatha’-tu Auudzu-bika Min Syarrimaa Sona’-tu Abuu-U Laka Bini’matika ‘Alayya Wa Abuu-U Bidzanmmbi, Faghfirlii Fainnahu Laa Yagh-Firudz-zunuuba Illaa Annta. 
Maksud: 
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan kecuali Engkau, Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu, dan hamba pasti menuruti ketentuan-ketentuanMu, janji-janjiMu sesuai kemampuanku. Aku meminta penjagaanMu dari buruknya segala perbuatanku, aku mengakui segala nikmat yang Engkau berikan dan mengakui adanya dosa-dosa yang aku lakukan. Tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali engkau.
BACA JUGA: Solat Taubat – Niat, Cara Menunaikannya & Doa Taubat – JAKIM
Kelebihan Sayyidul Istighfar 1. Dijanjikan Syurga
Sesiapa yang membaca Sayyidul Istighfar pada waktu pagi dan petang, Allah SWT menjanjikan syurga jika dia meninggal pada hari itu sama ada pagi atau petang.
Ini adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari.
“Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari (pagi) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia pada hari tersebut sebelum petang maka dia dari kalangan ahli syurga.
Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam (petang) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia maka dia dari kalangan ahli syurga.”
(riwayat Imam al-Bukhari)
2. Dijauhkan Daripada Kesempitan Hidup
Daripada Ibn Abbas RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
“Barangsiapa yang melazimi (sentiasa) istighfar, Allah SWT menjadikan untuknya bagi setiap kesempitan itu jalan keluar, setiap kebimbangan itu kelapangan dan Allah juga mengurniakan kepadanya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka”.
– Riwayat Abu Daud (1518)
3. Menolak Bala
Firman Allah SWT:
“Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka sedang engkau berada di tengah-tengah mereka. Dan tidak pula Allah mengazab mereka kerana mereka meminta ampun.”
(Surah Al-Anfal ayat 33)
Istighfar boleh menghalang murka Allah SWT sekaligus menolak bala.
4. Dimurahkan Rezeki
Daripada Ibnu Abbas, katanya Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang sentiasa membaca istighfar, nescaya Allah SWT jadikan baginya jalan keluar dari tiap-tiap kesempitan serta kelapangan dari setiap dukacita dan Allah SWT berikan kepadanya rezeki yang tidak diperkirakan datangnya.”
— HR. Abu Daud dan Ibnu Majah
Penutup Kesimpulannya, marilah kita bersama-sama mengamalkan istighfar untuk memohon keampunan Allah SWT. Selain itu, kelebihan mengamalkan istighfar juga sangat banyak. 
Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-Nya yang sentiasa melazimi istighfar serta menggolongkan kita dalam kalangan penghuni syurga. Amin.
RUJUKAN:
https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/941-irsyad-al-hadith-siri-ke-168-penghulu-segala-istighfar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/sayyidul-istighfar/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=sayyidul-istighfar

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Itu Sebenarnya Konten Motivasi Mak Cik Kemboja Anak Mohon Maaf Atas Segala Kontroversi Yang Berlaku

Itu Sebenarnya Konten Motivasi Mak Cik Kemboja Anak Mohon Maaf Atas Segala Kontroversi Yang Berlaku

papar berkaitan - pada 28/11/2023 - jumlah : 406 hits
Makcik Kemboja yang sebelum ini menimbulkan kemarahan ramai pihak kerana melabel Melayu malas telah membuat permohonan maaf secara terbuka Pemilik syarikat jahitan pukal Mariyah Yaakob 49 tahun mendakwa video yang tular itu dibuat bertujuan...
Kelebihan Istighfar

Kelebihan Istighfar

papar berkaitan - pada 1/12/2023 - jumlah : 98 hits
Firman Allah yang bermaksud Sehingga aku berkata Pohonlah keampunan kepada Tuhan kamu sesungguhnya Dia Maha Pengampun Dia akan menghantar hujan lebat mencurah curah kepada kamu Dan Dia akan memberikan kamu harta yang banyak berserta anak pi...
Asid Folik Kelebihannya Pada Wanita Hamil Dan Belum Kahwin

Asid Folik Kelebihannya Pada Wanita Hamil Dan Belum Kahwin

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 466 hits
Asid Folik Kelebihannya Pada Wanita Hamil dan Belum Kahwin Apakah itu asid folik dan kepentingannya kepada kesihatan kewanitaan seseorang Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan folik asid yang perlu anda tahu...
Keajaiban Melk Permata Sejarah Di Tepian Sungai Danube

Perjanjian Ekstradisi Indonesia Dan Rusia Langkah Diplomatik Menuju Kerjasama Penegakan Hukum

Yusuf Azmi Tewas Tko Yunus Martin Raih Kemenangan Sulung Di Malaysia

Buy My House Now And Seize Your Dream Home Today

Buy Your Home Now The Key To Your Dream Living

Find Local Real Estate Agents For Your Dream Home

The Polar Holiday Table One World Hotel S Arctic Inspired Christmas Feast 2025

Toyota S New Performance Beast Toyota Gr Gt And Its 650 Horsepower V8 Hybrid


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cermin Kereta Abah Pecah

Dap Tersungkur

Powerbank Solar Charger Lampu Kecemasan Terbaik Untuk Musim Banjir

The Big Fish Are Hands Behind Albert Tei

Makan Makan Di Double Tree By Hilton Jb Sempena Perayaan Krismas

Iman Asyraf Semasa Kecil