Sayur Kubis Goreng



Ketika novel corona virus atau covid 19 mula tular, saya sangat sibuk sehingga tiada masa untuk membacanya secara serious. Sekadar tahu apa virus ini dan puncanya. Tapi kebelakangan ini, saya mula melihat video yang tular kisah sebenar di Wuhan, saya jadi takut. Sesungguhnya manusia menzalimi diri sendiri dengan melanggar perintah Allah yang menyebabkan berlakunya kerosakan di muka bumi ini.

Kebetulan ada kawan yang menpunyai adik ipar bekerja di sana sebagai Pensyarah, memberitahu bahawa ramai yang mati kerana kelaparan kerana tiada mendapat bekalan makanan terutama berikutan dengan tindakan lockdown. Tiada pengangkutan awam, stesen minyak petrol juga tiada beroperasi. Jadi bagaimana mahu ke kedai atau mahu ke hospital jika sakit. Untuk keluar susah, bekalan sedikit dan harga sangat mahal sehinggakan harga kubis mencecah USD90.

Balik sahaja ke rumah, saya terus mencari video video untuk mengetahui kisah dan keadaan sebenar di Wuhan. Syukur sangat kerana kita berada di negara ini yang pemerintah negara kita berusaha sedaya upaya untuk mengekang penularan virus ini walaupun angka yang disahkan positif virus ini meningkat dari masa ke semasa. 

Kuman virus ini sejenis sekunder, sangat kuat dan boleh merebak dengan cepat. Jika yang pertama kena, mungkin boleh disembuhkan tapi jika peringkat kedua, memang sesuatu yang mengerikan. Itu berdasarkan video tular seorang nurse di Hubei dengan pesanan supaya orang ramai mengambil maklum akan bahayanya virus ini dan menasihatkan orang ramai supaya tidak keluar rumah atau berada di tempat orang ramai. 

Sebagai orang Islam, bagaimana kita melihat musibah atau ujian dari penularan wabak ini. Saya petik dari video Ustaz Don Daniyal berkenaan apa perspektif Islam dengan penyakit. Nabi Ayub sendiri pernah kena penyakit yang teruk disebutkan dalam Surah Al Anbiyaa' ayat 83 di mana Allah menyebut kisah Nabi Ayub berdoa kepada Allah kerana ditimpa penyakit. Lalu Allah memberi kesembuhan. 

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani".

Pengajaran pertama, jangan hidup di muka bumi berlagak seolah kita tak akan jumpa penyakit bahaya.  Penyakit setiap zaman akan ada dan mungkin ianya terjadi di zaman kita. Contoh penyakit JE yang dari nyamuk. Kerana seekor nyamuk, manusia hidup dalam ketakutan. Hidup kena berakhlak di muka bumi ini dan sentiasa beringat ingat. Jangan sombong dan bongkak.

Kedua, Nabi Ayub berdoa. Bila ditimpa penyakit, selain mengambil ubat, kita kena berdoa sebagai senjata untuk meminta pertolongan dari Allah. Jaga hubungan dengan manusia, dengan haiwan, alam dsb. Contoh hubungan dengan manusia, ialah bila sesuatu tempat ditimpa penyakit, kita jangan pergi ke tempat tersebut bagi mengelak penularan pada manusia lain. Bila kita jaga hubungan ini, maknanya kita jaga hubungan dengan Allah, yang boleh menjaga kita. Kena penyakit adalah takdir Allah, lari dari penyakit juga adalah takdir Allah dan membuat keputusan berkenaannya juga adalah takdir Allah.  

Ketiga, Nabi Ayub Surah Sad ayat 42 Allah memerintahkan Nabi Ayub menghentakkan kaki bagi mendapat penawar. "Maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya): "Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu "(setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya):" Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin". Pengajarannya ialah ambil ubat yang sesuai, jaga kebersihan dsb sebagai langkah penyembuhan.   


Sebelum melihat resepi dan cara penyediaannya, meh kita sembang sikit bab masakan. Bila menghidangkan lauk pauk pada keluarga kita, cuba sediakan hidangan seimbang yang menpunyai khasiat yang cukup. Menpunyai kandungan protein, kabohidrat dan juga vitamin dan mineral. Jadi hidangan sayuran adalah antara yang patut ada di dalam menu seharian.

Jadi hari ini adalah contoh resepi simple untuk menyediakan sayuran buat hidangan keluarga. Simple dan mudah disediakan. Saya masa kecil kecil dulu, tak kenal pun karot, tak pernah makan langsung. Tapi bila saya tahu khasiatnya, saya cuba makan walaupun saya tidak lah sukakan sangat dengan karot. Jadi kita dalam menyiapkan hidangan perlu juga ada ilmu asas demi kesihatan keluarga kita.

Saya sendiri menpunyai anak yang tidak makan sayur. Itulah semasa mereka kecil dan mula makan, saya tidak bersama mereka. Sibuk dengan kerjaya dan menyerahkan semua pada pembantu rumah. Bila besar, baru saya sedar yang anak saya, Boy tidak mengambil sayuran. 

Cuma dua orang anak saya yang akhir, saya galakkan mereka mengambil sayuran. Saya puji mereka dan memberi insentif di peringkat awal. Alhamdulillah kerana Juita dan Aween kini bukan sahaja sukakan sayuran tapi juga memakan ulam ulaman. Itulah peranan yang seharusnya dimainkan oleh seorang ibu, terutama jika ibu yang sepenuh masa menguruskan rumahtangga. 
Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba..


Sayur Kubis GorengOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 mangkuk kubis1 batang karot1 tangkai cili merah4-5 biji bawang merah - hiris3 ulas bawang putih - hirisSejemput ikan bilisSedikit sos tiramGaramGula - opsyenal
Cara cara:Panaskan minyak dan tumis bawang bawang hiris sehingga wangi. Masukkan ikan bilis dan kacau rata.
Masukkan karot dan kubis. Kacau rata sehingga lembut. Jika perlu, masukkan sedikit air, untuk melembutkan sayuran. Tapi jangan banyak kerana saya suka sayuran yang crunchy.
Akhir sekali, masukkan sedikit sos tiram, garam dan gula. Tabur cili merah yang dihiris nipis. 
Sedia untuk diangkat dan dihidangkan.   



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2020/02/sayur-kubis-goreng.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lunch Ikan Puput Goreng Kunyit Dengan Sayur Peria

Lunch Ikan Puput Goreng Kunyit Dengan Sayur Peria

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 1004 hits
Lunch Ikan Puput Goreng Kunyit Dengan Sayur Peria Bagaimana hari anda hari ni Kita sama sama stayathome ya kekawan kerana virus COVID 19 masih berleluasa di luar sana Kekalkan jarak sosial antara satu sama lain supaya kita dapat menghindari...
Mee Goreng Basah Aneka Sayur Untuk Mami

Mee Goreng Basah Aneka Sayur Untuk Mami

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 686 hits
assalamualaikum salam sejahtera hamboi hamboi hamboi sempat update blog sementara tunggu azan Isya alhamdulillah hari ni saya dan kakak kakak berdua berpuasa bertiga baru nak puasa ganti tadi kami berbuka dgn satu lauk je yg saya masak dgn ...
Makcik Jual Goreng Pisang Lagi Kaya Dari Segelintir Artis Malaysia

Makcik Jual Goreng Pisang Lagi Kaya Dari Segelintir Artis Malaysia

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 537 hits
Sejak beberapa hari ini hangat diperkatakan mengenai luahan hati segelintir artis dimana ada penggiat seni terjejas kerana tiada kerja susulan lanjutan Perintah The post appeared first on
Resepi Ayam Goreng Berempah

Resepi Ayam Goreng Berempah

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 510 hits
Hai assalamualaikum hari ini kami nak kongsikan kepada anda semua Resepi Ayam Goreng Berempah Anda semua mesti dah bosan asyik makan ayam goreng saja kan Resepi Ayam Goreng Berempah
Nasi Goreng Nanas Pedas Manis

Nasi Goreng Nanas Pedas Manis

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 370 hits
Hari ke 11 PKP cepat masa berlalu sampai lupa harini hari sabtu dah Harap cepat juga virus Covid 19 ni berlalu pergi jauh jauh Dalam tempoh PKP ni memang laku resepi resepi encik google Lagi lagi resepi viral tu Laju je orang mencari nak cu...
Ayam Goreng Berempah Dan Tom Yam Ayam Yang Mudah

Ayam Goreng Berempah Dan Tom Yam Ayam Yang Mudah

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 317 hits
Menu yang ringkas je Sebenarnya dah tak tau nak masak apa dengan ayam ni pikiaq punya pikiaq jadilah AYAM GORENG BEREMPAH Perap semalam sebelum tidur Lagi satu TOM YAM AYAM yang sangat mudah dan semestinya sedap di mulut Raniaku sayang Dia ...
Resepi Kuew Teow Goreng

Resepi Kuew Teow Goreng

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 638 hits
Apa khabar semua Masa Perintah Kawalan Pergerakan ni mesti banyak masa dihabiskan di rumah terutamanya di dapur kan Bila dah hari2 di dapur mesti dah buntu kan nak masak apa Jom saya nak share satu resepi mudah sepanjang PKP ni Resepi hari ...
Ubi Kayu Goreng Berempah Ratus

Ubi Kayu Goreng Berempah Ratus

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 330 hits
Bahan bahan diperlukan 500 gram ubi kayu Garam secukup rasa 5 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 3 sudu makan udang kering 3 sudu makan minyak masak 3 tangkai daun kari 1 sudu makan serbuk kari 1 sudu teh serbuk kunyitCara menyediakan da...
Nasi Goreng Mentega Yang Sangat Sedap

Nasi Goreng Mentega Yang Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 598 hits
Sebelum kita mulakan nak tanya kalau dah klik iklan google di blog saya Bukan apa ramai yang takut kalau iklan tersebut menyebabkan virus Jawabnya tidak kerana iklan tersebut memang di endorse oleh google Iklan google akan memberi income pa...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut