Sayur Air Pucuk Manis
Sunggu cepat masa berlalu, pejam celik pejam celik, kita dah berada pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan yang mana satu malam adalah malam Lailatul Qadr yang menjanjikan semua kebaikan diberikan ganjaran seolah beribadah lebih dari 1000 bulan. Masya Allah.
Sedekah RM10 setiap malam pada 10 akhir Ramadhan, jika jatuh pada malam lailatul qadar, bermakna seolah-olah kita bersedekah setiap hari selama 83 tahun. Solat 2 rakaat setiap malam dan witir 1 rakaat, jika jatuh pada malam lailatul qadar, bermakna kita solat setiap hari selama 83 tahun.
Masya Allah kita pun belum tentu lagi dapat hidup mencapai usia 83 tahun. Kalau pun mencapainya, 15 tahun pertama adalah usia kita sebelum mencapai baligh.
Jika bukan Ramadhan ini, bila lagi nak beramal dan menambahkan ibadah. Bila lagi? Kita akan menyesal kelak jika kita mensia siakan peluang yang Allah bagi pada umat Nabi Muhammad SAW.
Jom lah kita mulakan malam ni dengan set alarm dalam pukul 9 malam ke untuk kita bersedekah secara online pada mana mana masjid, tahfiz atau asnaf lain. Semoga bermanafaat.
Saya menyediakan sayur air pucuk manis kerana masih ada lebihan pucuk manis yang dibeli hari tu. Boleh klik di SINI. Saya juga masak lemak pucuk manis tapi kerana nak kelainan, saya buat pulak sayur air.
Yang beza antara keduanya ialah. sayur air, saya masukkan sedikit lada hitam dan santan pula diganti dengan air. Yang lain semua sama.
Alhamdulillah sedap sangat sayur air pucuk manis. Lagi pulak masakan seperti ini sangat berkhasiat dan menyihatkan. Tak ada lemak dan tak ada menggunakan minyak. Betul tak?
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...
Sayur Air Pucuk ManisOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan: 1 ikat daun pucuk manis1 biji ubi keledek3 biji cili padi - ketuk½ sudu kecil garam
Bahan tumbuk: 4 biji bawang merah 2 sudu besar ikan bilis Sedikit lada hitam
Cara cara:Masak air bersama dengan bahan tumbuk dan ubi keledek sehingga mendidih dan ubi hampir empuk.
Masukkan pucuk manis dan garam secukup rasa. Kacau rata dan boleh tutup api.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziekitchen.com/2024/03/sayur-air-pucuk-manis.html